Minit Koku 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SJK (T) LADANG TELUK BULOH,

36400 TELUK INTAN, PERAK.

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE 3 /2022

Tarikh : 29 November 2022 (Selasa)

Masa : 1:00 petang – 5:00 petang

Tempat : Bilik Profesional SJKTLTB

Pengerusi : En : Sankar A/L Rajagopal, PPT (Guru Besar)

Kehadiran (bilangan) : 10/11 Orang

Nama Yang Hadir : 1. En : Sankar A/L Rajagopal, PPT (Guru Besar)


2. Pn: Uma A/P Rengasamy ( GPK Pentadbiran/Kurikulum)
3. Pn: Aswane A/P Poornesveran (GPK Hal Ehwal Murid)
4. En: Pertipkumar A/L Cilwarajan (GPK Kokurikulum)
5. Pn: Vangleswari A/P Rajasegaran
6. En: Veerah A/L Subramaniam
7. Pn. Thanapakiam A/P Subramani
8. Pn: Thuvanyaah A/P S.Manimaran
9. Pn: Sangeetha A/P Maniam
10. Cik: Mohanasundari A/P Muniandy

Nama Guru Yang Tidak Hadir : Pn: Pusparani A/P Muttusamy (cuti bersalin)

1.0 : Ucapan Pengerusi (PK Kokurikulum)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca Ummul Kitab. Pengerusi


mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ajk dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kokurikulum Akhir bagi sesi persekolahan tahun 2022. Mudah-
mudahan, idea dan sumbangan fikiran para ajk dapat melancarkan mesyuarat
pada hari ini.

Tindakan : Makluman
2.0 : Membentang Minit Mesyuarat kedua

2.1 Setiusaha Kokurikulum membentangkan minit mesyuarat yang ke-2 untuk


diterima dan disahkan :
2.1.1 Dicadangkan oleh : En.Veerah A/L Subramaniam
2.1.2 Disokong oleh : Pn. Vangleswari A/P Rajasegaran

Tindakan : Makluman

3.0 : Perkara Berbangkit

Tiada perkara yang dibangkitkan

4.0 : Laporan Aktivti Kokurikulum

4.1 Penyelaras Kelab dan Persatuan

4.1.1 Kelab dan persatuan telah melaksanakan 12 kali


perjumpaan. Buku Pajsk bahagian kelab/persatuan telah
melengkapkan
maklumat untuk tahun 4,5 dan 6.

4.1.2 Buku laporan Gerko telah lengkap, Begitu juga laporan tahunan murid
dan laporan tahunan guru masih dalam proses dan akan diserahkan
kepada guru besar untuk ditandatangani.

4.1.3 Peratusan kehadiran mengikut kelab/persatuan keseluruhan adalah


seperti berikut:

i) Kelab Bahasa Melayu - 91.6%


ii) Kelab Bahasa Inggeris - 89.5%
iii) Kelab Bahasa Tamil - 95.0%
iv) Kelab MT&SN - 95.4%
v) Kelab Komputer - 92.9%

Tindakan : Makluman
4.2 Penyelaras Unit Beruniform

4.2.1 Aktiviti badan beruniform juga berjalan sebanyak 12 kali. Antara


program yang telah dilaksanakan dalam semester akhir ini ialah
khidmat masyarakat.

4.2.1 Peratus keseluruhan kehadiran adalah seperti berikut:

i) TKRS - 81.8%
ii) Pengakap Kanak-kanak - 85.0%

Tindakan : Makluman

4.3 Penyelaras Sukan dan Permainan

4.3.1 Kelab sukan juga berjaya melaksanakan 12 kali perjumpaan Gerko.


Kehadiran ahli dikira termasuklah dalam aktiviti Hari Sukan Negara,
Karnival Permainan, Karnival Seni Kebudayaan- Mengenali Warisan
Bangsa.

4.3.2 Peratus keseluruhan kehadiran adalah seperti berikut:

i) Kelab Bola Sepak - 98.0%


ii) Kelab Olahraga - 89.9%
iii) Kelab Bola Baling - 92.9%

Tindakan : Makluman

6.0 : PAJSK 2022

6.1 Setiausaha Kokurikulum memaklumkan bahawa data PAJSK tahun 6 telah


selesai. Sijil Pajsk dan segak telah dihantar kepada guru besar untuk
ditandatangani dan akan diserahkan kepada pelajar dalam Majlis Graduasi.

6.2 Rumusan keseluruhan untuk tahun 6, hanya 3 orang dapat gred A tetapi
mencapai 100% lulus.

6.3 Bagi tahun 4 dan 5 masih dalam proses melengkapkan data. Hanya badan
uniform telah selesai dan akan diteruskan dengan persatuan dan kelab sukan.
Proses pengisian data terganggu apabila buku PAJSK pelajar tidak lengkap
dan tiada tandatangan guru menyebabkan kesangsian terhadap kesahihan data
yang ditulis oleh murid.

6.4 Pn. Uma A/P Rengasamy mencadangkan supaya pada tahun hadapan,
penasihat kelab sendiri yang mengisi data supaya segala data/maklumat yang
kurang itu dapat dilengkapi segera oleh penasihat dengan maklumat yang ada.
Sementara itu, penyelaras bertindak sebagai penyelia bagi memastikan data
dilengkapkan oleh semua unit.
Pengerusi: Cadangan yang boleh dipertimbangkan. SU Koku telah cuba
membantu guru selama dua tahun tapi cara ini tidak lancar apabila sering
terdapat maklumat PAJSK yang tidak lengkap dan situasi ini menyulitkan dan
melambatkan proses pengisian data.

6.5 Pengerusi juga mengingatkan guru-guru supaya tidak terlepas pandang akan
pencapaian pelajar. Di samping menandakan petak peserta jika pelajar
menyertai aktiviti atau pertandingan. Status peserta ialah 10 markah yang
sepatutnya tidak diabaikan oleh guru penasihat.

6.6 Pn. Uma A/P Rengasamy turut menambah tentang item komitmen pelajar.
Jika murid mempunyai jawatan atau mempunyai bakat kepimpinan, guru
boleh tanda diruangan ciri-ciri kepimpinan yang memperolehi 3 markah
supaya pelajar mendapat jumlah 10 markah.

6.7 Buku PAJSK akan disimpan oleh PK koku sebagai eviden pencapaian murid
dalam Kokurikulum. Justeru, buku ini perlu dicatat dengan teliti dan kemas.

7.0 : Masalah dan Penambahbaikan Aktiviti Kokurikulum 2022

7.1 En. Veerah mencadangkan supaya aktiviti kokurikulum ini dikurangkan


kerana terlalu padat dan pada tahun ini aktiviti Gerko juga masih berjalan
walaupun sudah memasuki bulan November.
Pengerusi: Terima kasih atas cadangan. Semua aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan ini adalah aktiviti yang mesti atau wajib. Tiada item tambahan
sendiri.
Berhubung dengan Gerko yang lewat ditamatkan adalah kerana banyak waktu
Gerko digunakan untuk menyokong aktiviti kurikulum. Sedangkan, aktiviti
kokurikulum masih perlu dijalankan kerana perlu menyediakan laporan.

7.2 Pengerusi juga mencadangkan supaya pada tahun hadapan aktiviti Gerko
ditamatkan selewat-lewatnya pertengahan bulan Oktober supaya data PAJSK
tahun 6 dapat dimasukkan lebih awal. Beliau juga berharap tiada permintaan
daripada mana-mana pihak untuk membatalkan aktiviti yang telah dirancang.
7.3 Pn. Thanapakiam meminta para guru mencari solusi bagi mengatasi masalah
kehadiran pelajar. Walaupn masa pelaksanaan kokurikulum telah diubah
namun peratus kehadiran juga belum lagi mencapai objektif.

7.4 Pn. Aswane mencadangkan supaya guru kelab atau uniform mengewar-
warkan aktiviti mereka yang menarik itu lebih awal supaya murid tidak
merancang untuk ponteng Gerko.

8.0 : Hal- hal lain


Tiada

9.0 : Ucapan Penangguhan

9.1 Mesyuarat ditangguhkan: 5.00 petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

__________________________ ____________________________

EN.PERTIPKUMAR A/L CILWARAJAN EN: SANKAR A/L RAJAGOPAL, PPT

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM GURU BESAR

SJK (T) LDG TELUK BULOH SJK (T) LDG TELUK BULOH

You might also like