Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2023/2024

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN JBA6015

1. NAMA PROGRAM : Program Transisi Tahun 1 SeSDIAN


2. TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Sungai Durian (JBA6015)
3. TARIKH : 19 Mac hingga 13 April 2023
4. HARI/MASA : Rujuk Lampiran 1
5. PENGLIBATAN : Semua murid tahun 1 & guru-guru

6.0 Pendahuluan
Program Transisi Tahun Satu dirangka dengan memberi penekanan terhadap
aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid bagi menyediakan mereka menghadapi
perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di sekolah rendah.
Antara hala tuju program transisi adalah sebagai persediaan murid secara holistik
termasuk penguasaan literasi dan numerasi asas.
Program ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 1 daripada
pelbagai latar belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat meneruskan
proses pembelajaran mereka seterusnya. Kerangka konsep program ini
dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif
(termasuk literasi dan numerasi asas), kreativiti dan estetika serta kesejahteraan
fizikal dan kesihatan. Kelima-lima aspek ini dilaksanakan berasaskan pendekatan
bertema dan bersepadu. Kejayaan pelaksanaan program ini bergantung kepada
kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga, pentadbir dan guru. Persekitaran
sekolah dan rumah yang kondusif serta memberangsangkan juga amat penting
dalam proses pembelajaran murid.

7.0 Objektif Program


7.1 Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di
rumah atau tadika kepada pendidikan formal.
7.2 Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
7.3 Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
7.4 Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam
Interaksisosialserta pembelajaran.
7.5 Membantu murid mengurus diri sendiri.
7.6 Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
pembelajaran seterusnya.
7.7 Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah
tanpa banyak masalah.

8.0 Pelaksanaan
(I) SEBELUM PROGRAM
Sebelum Program Transisi Tahun Satu 2023 dijalankan, satu mesyuarat telah
dijalankan bagi melantik Jawatankuasa yang terlibat dan membuat perancangan
aktiviti sepanjang empat minggu program berlangsung. Hasil mesyuarat yang
dijalankan, satu Jawatankuasa Program Transisi Tahun Satu 2023 telah dibentuk
dan Cik Allyana Binti Jaspizal telah dilantik sebagai Penyelaras Program.
Selepas jawatankuasa dibentuk, penyelaras telah membuat satu kertas kerja
berhubung jadual aktiviti murid sepanjang empat minggu. Satu Group Whatsapp
Transisi Tahun Satu 2022 telah diwujudkan bagi memudahkan perkongsian
maklumat dan perbincangan antara guru-guru yang terlibat.

(II) SEMASA PROGRAM


Program Transisi bermula pada 19 Mac hingga 13 April 2023. Segala aktiviti
guru bersama murid berjalan dengan lancar mengikut jadual pelaksanaan yang
telah dirancang. Murid-murid memberikan kerjasama dan reaksi yang positif
sepanjang mengikut program transisi ini. Program Transisi Tahun Satu 2023 telah
diorganisasi dalam dua fasa, iaitu Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan.

Fasa 1 (Fasa Penyesuaian)


Fasa penyesuaian telah dilaksanakan selama dua minggu bermula pada19
Mac hingga 30 Mac 2023 mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan.
Pengisian dan peruntukan waktu aktiviti harian dalam fasa ini berdasarkan
peruntukan waktu sehari seperti dalam Jadual 1. Fasa ini merangkumi aktiviti suai
kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal dan rehat.
Guru-guru telah melaksanakan pelbagai kaedah penilaian menggunakan item
dalam Senarai Semak Kesediaan Murid.
Fasa Penyesuaian dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan murid
menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah yang baharu serta
membina hubungan baik dengan rakan dan guru serta membina keyakinan diri
murid untuk berkomunikasi. Fasa ini juga akan menggalakkan penglibatan aktif
murid dalam aktiviti pembelajaran.

Fasa 2 (Fasa Kesediaan)


Fasa kesediaan telah dilaksanakan selama dua minggu bermula pada 2
hingga 13April 2023 mengikut jadual pelaksanaan yang telah dirancang.
Pendekatan dalam fasa ini ialah pendekatan bertema. Tema yang digunakan
sebagai medium pembelajaran telah memberi murid peluang membuat perkaitan
dengan pelbagai disiplin ilmu dengan pengalaman sebenar mereka.
Fasa ini bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan
nilai untuk pembelajaran seterusnya serta meningkatkan keyakinan murid dalam
interaksi sosial dan membinna sikap positif dalam pembelajaran. Dengan ini, PdP
dan pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan berdasarkan keperluan dan
minat murid serta kreativiti guru.
Antara tema-tema yang telah digunakan adalah seperti berikut:
 Diri Saya
 Dunia di Sekeliling Saya
 Ekonomi dan Kewangan
 Masyarakat
 Alam Sekitar
 Keselamatan
 Sains dan Teknologi
 Kesenian dan Kebudayaan
 Sukan dan Permainan
 Kesihatan

(III) SELEPAS PROGRAM


Hasil daripada perbincangan antara ahli-ahli Jawatankuasa Program Transisi
bersama barisan pentadbir, satu jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi
menguruskan pelaksanaan Majlis Penutupan Program Transisi Tahun Satu (Rujuk
Lampiran B). Majlis penutupan ini diadakan sebagai simbolik tamatnya murid-murid
tahun satu menjalani program transisi.
Majlis Penutupan Transisi Tahun Satu telah dijalankan pada hari terakhir
minggu transisi, iaitu pada 13 April 2023 (Khamis). Majlis ini telah dijalankan di
Dewan Terbuka SeSDIAN bermula 8.30 hingga 10.30 pagi. Majlis ini telah berjalan
dengan lancar dan meriah mengikut tentatif majlis yang telah dirancang (Rujuk
Lampiran C) hasil daripada komitmen penuh yang diberikan oleh guru-guru. Murid-
murid turut berasa seronok dan teruja sepanjang majlis ini dan disiplin murid juga
terkawal.
Dalam majlis penutupan ini telah diadakan penyampaian hadiah pertandingan
dan anugerah kepada murid-murid dan semua guru Tahun Satu (Rujuk Lampiran C
dan D). Satu persembahan telah dipersembahkan oleh murid-murid dari kelas 1
Zamrud dan 1 Delima. Persembahan ini merupakan hasil bimbingan daripada Pn.
Nur Saadah Binti Abd. Wahab. Persembahan berbentuk nyanyian dan tarian ini
ternyata mendapat tepukan gemuruh dan pujian daripada guru-guru. Majlis
penutupan ini diakhiri dengan sesi bergambar murid bersama guru dan barisan
pentadbir.
(IV) KEKUATAN PROGRAM
1. Ibu bapa dan murid memberikan kerjasama dan menunjukkan minat
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

(V) KELEMAHAN PROGRAM


1. Penyelarasan RPH untuk program transisi tidak ditaklimatkan.

(VI) PENAMBAHBAIKAN
1. Menyelaraskan penulisan RPH untuk semua guru yang terlibat dengan
program transisi.

9.0 Penutup
Program Transisi Tahun Satu pada tahun 2023 ini telah berjalan dengan baik dan
lancar hasil kerjasama daripada semua pihak. Program transisi yang dijalankan
dalam masa yang singkat ini diharapkan dapat memupuk sifat yakin dan berani
dalam diri murid- murid tahun satu dan seterusnya membentuk sikap positif murid
dalam interaksi sosial serta pembelajaran.

DISEDIAKAN OLEH,

_______________________
(En. ABDUL SYUKUR SOBRI BIN KAMARUDDIN)
Setiausaha Program Transisi
Tahun Satu

DISEMAK OLEH,
________________________
(EN. ERWAN FIRDAUS BIN HUSNI TAMRIN)
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sungai Durian
DISAHKAN OLEH,
________________________
(EN. FAIZAM BIN ABD WAHAB)
Guru Besar
SK Sungai Durian
Laporan Bergambar

Sebahagian daripada aktiviti murid sepanjang minggu transisi


Pemantauan dari Pegawai Pendidikan Daerah
Sekitar Majlis Penutupan Program Transisi

You might also like