Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

MAJLS PERSARAAN K.

DA – 24 OGOS 2023 (KHAMIS)

Biodata Persaraan Puan Hajah Ros Anida binti Hj.Salleh.

Segak bergaya puteri mahkota,

Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,


Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz Bismillah.

Bismillahirrahmanirrahim..... Tanggal 29 Ogos 1967 merupakan detik kelahiran beliau, bertempat


di Kampung Dewan Beta. Beliau merupakan cahaya mata kelima daripada lapan orang adik
beradik, bagi tambatan hati pasangan bahagia Encik Salleh bin Ali dan Puan Mariam binti Jusoh.
Mendapat pendidikan awal pada tahun1974 hingga 1979 di Sekolah Kebangsaan Dewan Beta,
bermula Darjah Satu hingga Darjah Enam. Meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Zainab
pada tahun 1980 hingga 1986. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sebaik
sahaja menamatkan alam persekolahan beliau terus mendapat tawaran meneruskan pelajaran
di bidang perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor dalam bidang pengajian
Melayu pada tahun 1987 hingga 1989.

Bermula dari sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk menempuhi
segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang, “alah biasa
tegal biasa” dan “genggam bara api biar sampai jadi arang”, begitulah semangat yang dimiliki
oleh Puan Ros Anida Hj Salleh, Guru Koperasi Sk. Dewan Beta yang sangat dihormati dan
disayangi. Memulakan tugas beliau sebagai seorang pendidik di Sk. Renok Baru bermula 1
Disember 1989 sehingga 2 Disember 1990. Seterusnya, Beliau telah bertukar ke SK Dewan Beta
pada 3 Disember 1990 sehinggalah sekarang.

Apalah guna memasang pelita, Jika tidak dengan sumbunya,


Apalah guna bermain mata, Jika tidak dengan sungguhnya.

Ambil gendang di Kampung Kandis, Ditabuh ramai ditingkah biola,


Makin dipandang semakin manis, Dilabuh hati menyala cinta.
Begitu indahnya pantun Melayu yang tersimpan pelbagai maksud yang tersirat dan tersurat.
Benar jugalah kata pepatah, “Kalau jodoh tak ke mana...”, akhirnya dua hati ini bersatu dengan
ijab dan kabul dengan restu seluruh ahli keluarga tercinta. Tanggal 20 Julai 1990, termeterailah
ikatan hati pasangan sejoli ini..Ketentuan Allah swt adalah yang terbaik buat sekalian hamba-
Nya, begitulah ungkapan yang boleh menggambarkan penyatuan antara dua hati ini. Mengecapi
bahagia, hasil pengkongsian hidup beliau dikurniakan 6 orang cahaya mata, iaitu seorang putera
dan lima orang puteri. Didikan dan amalan untuk meraih kecemerlangan di sekolah , dipraktikkan
semasa mendidik anak-anaknya. Bahkan kejayaan anak-kanaknya pula menjadi pemangkin
serta pencetus semangat untuk beliau terus berbakti kepada anak bangsa demi negara bangsa
yang tercinta.
Bertautnya kasih di Jabbar Rahmah,

Adam dan hawa menyulam rasa,


Anak-anak itu amanah Allah,
Pengikat kasih dan sayang keduanya.

Pucuk pegaga tumbuh melata,


Jadi ulaman penambat selera,

Anak itu seumpama permata,


Sejuk di mata damai di jiwa.

Anak sulung pasangan ini, Sarah Nadia 32 tahun, merupakan graduan dalam bidang ICT diikuti
Sofea Nabila 31 tahun graduan Islamik Banking, ketiga Ahmad Syahir 28 tahun,.Merupakan
graduan Medikal dan Sugeri. Anak Keempat dan kelima iaitu Huda Syafinz 26 tahun dan Aisya
Syairah 21 merupakan bakal pendidik. Kelima-lima anak pasangan ini berjaya dalam bidang
masing-masing dan mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan. Manakala anak bongsu
pasangan ini masih menuntut di pusat pengajian tinggi.

Kini Puan Hjh Ros Anida dan suami boleh tersenyum gembira kerana telah dikurniakan dengan
kehadiran 3 cucu yang comel dalam keluarga mereka. Tahniah diucapkan. Semoga
kebahagiaan yang dimiliki oleh keluarga ini akan terus berkekalan dan berpanjangan hingga ke
akhirnya. Aameen Ya Allah.
Bak kata bidalan Melayu, ‘benih yang baik, dilempar ke mana-mana pun tetap memberikan hasil’,
begitulah juga dengan Puan Hjh Ros Anida Hj Salleh. Khidmat bakti beliau sentiasa ditagih
lantaran ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang telah sebati dalam diri beliau serta
semangat beliau yang sentiasa membara dan tidak pernah mahu mengalah. Buktinya beliau
mampu menguruskan koperasi sekolah berbekalkan modal RM 416 hingga mampu membuat
belian tunai sehingga 18k.Hebaat.Taniah Kak Da.

Bakat kepimpinan beliau sungguh menyerlah dan beliau mempunyai wawasan pendidikan yang
cukup tinggi dan patut dicontohi. Dan apa yang pasti beliau begitu prihatin terhadap anak-anak
didiknya malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Tidak pernah jemu dan
mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya,
sejajar dengan prinsip hidup beliau ‘mengajar anak orang bersungguh-sungguh, pastinya anak
kita orang lain akan ajar bersungguh-sungguh juga’. Seharusnya kita semua meneladani sikap
beliau ini.
Perlu dinyatakan di sini, sifat keprihatinan Kak Da begitu terserlah dan sukar disanggah. Beliau
telah membantu banyak perubahan di SKDB ini. Antaranya mencari dana dan sponser sehingga
SKDB mampu mempunyai sebuah surau yang baru dan selesa. Turut membantu dari sudut
kewangan dan tenaga ,terutama memberikan motivasi dan semangat kepada semua murid,
buktinya setiap kali peperiksaan UPSR Kak da n koperasi lah yang menyediakan alat tulis.
Bahkan roti untuk anak-anak SKDB bila mengadakan kelas tambahan atau ‘prep malam’ bagi
calon-calon UPSR, Makna kata, sikap keprihatinan beliau terhadap anak bangsa tidak pernah
luntur ditelan masa dimamah usia.

Sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan wang
ringgit. Mempunyai ramai anak angkat yang terdiri daripada murid-murid miskin yang tidak
berkemampuan. Beliau sanggup membelanjakan wangnya semata-mata ingin melihat kejayaan
anak- anak muridnya.Malah ada di antara anak muridnya yang telah berjaya dalam bidang
kerjaya mereka berkat bantuan Puan Ros Anida Hj Salleh. Membiayai pengajian mereka
sehingga ke peringkat yang tertinggi dan boleh dibanggakan. Begitulah mulianya hati Puan Ros
Anida Hj Salleh. Kebanyakan daripada masanya dihabiskan dengan mengabdikan diri pada
tugasnya sebagai guru dan anggota masyarakat. Beliau lebih mengutamakan tugasnya daripada
perkara-perkara yang lain.

Keterampilan beliau telah membawa kepada penganugerahan Sijil Khidmat Cemerlang pada
tahun 2008 dan 2016.Sepanjang perkhidmatannya beliau merupakan seorang yang ramah,
berdidikasi, sopan santun dan lemah – lembut. Namun dalam kelembutan ada ketegasan ketika
menangani kerenah anak didiknya.Gaya penampilannya yang sederhana tetapi menarik sering
menjadi idola rakan sejawatan dan anak didiknya.

Setelah 33 tahun mengerah keringat mencurah bakti maka pada hari ini tamatlah sebuah
perjalanan yang panjang dalam dunia pendidikan. Selamat tinggal suara-suara ceria, Padang
perhimpunan dan dewan perkasa, Bilik darjah dan anak-anak keletah, Pejabat tugas dan
pembantu ikhlas,

Bilik guru dan timbunan buku. Selamat tinggal anak-anak didik semua Jadilah anak bangsa
yang berguna Agar ilmu yang diberi bukan sia-sia Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti
yang beliau tinggalkan. Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata. Benar kata
pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi. Demikianlah
serba sedikit biodata Puan Ros Anida Hj Salleh yang akan menamatkan perkhidmatan beliau
pada hari ini. Segala jasa bakti beliau akan dikenang sepanjang hayat kita dan hanya Allah swt
sahaja yang dapat membalasnya Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia
dalam menjalani kehidupan baru selepas ini iaitu alam persaraan beliau. Melati kuntum tumbuh
melata, Sayang merbah dipohon cemara, Akhir kalam penyudah kata, Moga bahagia di alam
pesara. InsyaAllah. Wassalam.

Tinggi bukit gilang-gemilang, Air laut tenang-tenangan,


Budi sedikit tidakkan hilang, Ia menjadi kenang-kenangan.

Tenanglah tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung,


Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung.

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,

Jasa baktimu tetap dikenang,


Budi baikmu tetap disanjung.

Sekian, terima kasih.

You might also like