Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PERATURAN PERTANDINGAN

BOLA TAMPAR (MIX)


SAKSI 2022
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (MIX)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Tampar Lelaki & Wanita Pesta SAKSI
IPG Zon Sabah & Sarawak Ke-9 Tahun 2022 yang dikelolakan oleh IPG Kampus
KENT Tuaran Sabah
2.0
TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN
Tarikh : 16-19 November 2022

Tempat : Gelanggang Bola Tampar Kompleks Sukan Likas

3.0 PERATURAN PERMAINAN

3.1 Semua perlawanan dalam pertandingan ini mengikut peraturan yang telah
ditetapkan oleh Majlis Sukan SAKSI IPG Zon Sabah-Sarawak. Undang-
undang pertandingan adalah seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola
Tampar Malaysia (MAVA) dan Persatuan Bolatampar Antarabangsa (FIVB).

3.2 Jika terdapat percanggahan antara undang-undang FIVB dengan peraturan


pertandingan ini, maka peraturan pertandingan ini hendaklah diguna pakai.

4.0 PESERTA-PESERTA

Kejohanan ini terbuka kepada semua pegawai/kakitangan IPGK yang tetap pada tahun
semasa sahaja.

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN

5.1 Pendaftaran pemain hendaklah dibuat melalui borang pendaftaran yang disediakan.

5.2 Tidak lebih daripada 12 orang pemain ( 6 orang Lelaki & 6 orang wanita )dibenarkan
mendaftar bagi mewakili satu- satu pasukan. Hanya pemain-pemain yang telah
didaftarkan boleh bermain untuk pasukan masing-masing.

5.3 Sekiranya didapati ada antara pemain satu-satu pasukan bukan daripada
pegawai/ kakitangan jabatan/unit pasukan itu, maka pasukan berkenaan akan
terkeluar dengan sendirinya daripada menyertai pertandingan.

6.0 CARA PERTANDINGAN

6.1 Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan akan dibahagikan kepada dua


kumpulan.

6.2 Semua perlawanan peringkat awal akan dijalankan secara liga dalam kumpulan
dan ditentukan berdasarkan permainan tiga set terbaik.
6.3 Johan dan naib johan setiap kumpulan akan disilang balik (criss-cross) di
peringkat separuh akhir. Peringkat separuh akhir, penentuan tempat
ketiga/keempat dan pertandingan akhir akan dijalankan secara kalah mati dan
ditentukan berdasarkan permainan lima set terbaik.
6.4 Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat kelima hingga kelapan.
Setiap pasukan yang bermain akan terdiri daripada enam orang iaitu WAJIB
3 orang Lelaki dan 3 orang Wanita.
6.5
Semasa permainan dilangsungkan, sebarang pertukaran permain hendaklah
mengekalkan komposisi permain seperti pada Para 6.5.
6.6
Permainan akan ditamatkan sekiranya ada pasukan yang telah mencapai set
kemenangan 2-0 atau 2-1 pada peringkat awal dan set kemenangan 3-0, 3-
1 atau 3-2 pada peringkat separuh akhir, ketiga/keempat dan akhir.

6.7 Bagi perlawanan pusingan awal (round robin) yang mana keputusan ditentukan
berdasarkan permainan tiga set terbaik, mata kemenangan bagi set pertama
hingga kedua ialah 25 mata, manakala set ketiga atau set penentuan ialah 15
mata. Bagi perlawanan separuh akhir dan akhir pula yang mana kemenangan
ditentukan berdasarkan lima set yang terbaik, mata kemenangan ialah 25 mata
bagi set pertama hingga yang keempat, manakala set yang kelima atau set
penentuan ialah 15 mata.
6.8
Apabila kedua-dua pasukan terikat dikedudukan mata 24 sama bagi set pertama
hingga kedua/keempat dan mata 14 sama dalam set penentuan, “deuce” akan
diberikan dengan mata kemenangan berdasarkan perbezaan dua mata terbaik.

6.9 Kemenangan percuma (3-0) akan diberikan sekiranya sesuatu pasukan tidak
mencukupi korum pemain dalam satu-satu permainan seperti pada para 6.5.

6.10 Pengurus/ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama semua


pemain yang akan mengambil bahagian bagi sepanjang acara ini dijalankan
semasa mesyuarat akhir pengurus-pengurus. Pertukaran terakhir pemain
selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan satu jam sebelum permainan
pertama bermula.

6.11 Pengurus/Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan nama pemain yang akan


bertanding pada tiap-tiap perlawanan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan
kepada Ketua Pengadil. Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai nama ini
tidak akan dilayan.

7.0 TEMPAT DAN MASA

Tarikh, tempat dan masa akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.0 WAKTU PERLAWANAN

Semua perlawanan bermula pada masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa


Pertandingan. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu.
Pasukan yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah.

49
9.0 PENGADILAN

9.1 Pengadil-pengadil yang bertauliah dan berdaftar akan mengadili semua


perlawanan. Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan
oleh pengadil kepada Jawatankuasa Pertandingan selepas perlawanan.
Keputusan pengadil adalah muktamad.

9.2 Penjaga-penjaga garisan hendaklah terdiri daripada pemain-pemain pasukan


yang sedang bertanding.

9.3 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan-peraturan tertentu seperti


yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan SAKSI IPG Zon Sabah-Sarawak

10.0 PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

10.1 Dilarang memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Sekiranya


didapati ada pasukan yang berbuat demikian, maka secara automatik pasukan
tersebut terkeluar daripada menyertai pertandingan ini dan akan didenda
sebanyak RM100.00.

10.2 Penangguhan perlawanan hanya dibuat atas keputusan Pengadil dan


Jawatankuasa Pertandingan sahaja.

11.0 PERGADUHAN

Pengadil pertandingan berhak memberhentikan perlawanan jika didapati kedua-dua


pasukan itu terlibat dalam pergaduhan.

12.0 PENANGGUHAN

12.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaimana yang dijadualkan.


Permohonan untuk penangguhan tidak akan dilayan.

12.2 Jawatankuasa Pertandingan Bola Tampar (MIX) berhak meminda sebarang


jadual perlawanan sekiranya perlu.

13.0 KIRAAN MATA

13.1 Pasukan yang menang akan diberi dua mata dan pasukan yang kalah tidak
mendapat sebarang mata.

13.2 Sekiranya terdapat lebih daripada dua pasukan yang mendapat jumlah mata
yang sama, maka kadar berikut akan digunakan:

C=A / B ( A – Jumlah set menang bagi semua perlawanan )


( B – Jumlah set kalah bagi semua perlawanan )
( C – Nisbah set )

13.3 Sekiranya keputusan masih seri, maka kadar berikut akan digunakan:

Z = X/ Y ( X – Jumlah mata menang bagi semua perlawanan )


( Y – Jumlah mata kalah bagi semua perlawanan )
( Z – Nisbah mata )
13.4 Sekiranya selepas kiraan tersebut masih berlaku seri untuk dua pasukan, maka pasukan yang
menang dalam perlawanan di antara mereka dikira menang. Sekiranya tiga pasukan
berkedudukan seri, maka undian akan dijalankan bagi menentukan pemenang.

14.0 HADIAH

14.1 Hadiah-hadiah akan diberikan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga.
Sebanyak 12 hadiah disediakan untuk pemain.

15.0 Yuran Penyertaan

15.1 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan IPGK adalah RM300.00.


15.2 Yuran penyertaan ini hendaklah disalurkan (bank-in transfer) ke akaun
No. Akaun: 1007491000011128 – AGROBANK
(Kelab Sukan dan Rekreasi IPG Kampus Kent)

16.0 HAK JAWATANKUASA PERTANDINGAN

16.1 Jawatankuasa Pertandingan akan menjalankan undian perlawanan mengikut


amalan dan format FIVB masa kini.
16.2 Jawatankuasa Pertandingan ini berhak mengambil/membuat sebarang keputusan jika
timbul sesuatu kemusykilan/masalah sepanjang kejohanan ini yang tidak tercatat
dalam Peraturan Pertandingan ini dan keputusan yang diambil adalah muktamad.

17.0 AM

17.1 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian yang tidak menjolok mata semasa
bermain.

17.2 Semasa permainan berlangsung, pemain tidak dibenarkan meninggalkan


gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

17.3 Minuman dibenarkan pada bila-bila masa diperlukan tetapi hendaklah mendapat
kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil.

17.4 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan


harta benda, kecederaan atau kemalangan yang menimpa pemain/pasukan yang
mengambil bahagian sepanjang kejohanan ini diadakan.

51
JADUAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR LELAKI & WANITA

Tarikh : 16-19 NOVEMBER 2022


Tempat : KOMPLEKS SUKAN LIKAS

KUMPULAN A KUMPULAN B

IPGK IPGK

1 IPGK A1 1 IPGK B1

2 IPGK A2 2 IPGK B2
3 IPGK A3 3 IPGK B3
4 IPGK A4 4 IPGK B4

BIL TARIKH PERLAWANAN KUMPULAN MASA GELANGGANG KEPUTUSAN

1 A1 lwn A2 A 8.30 pg 1

2 B1 lwn B2 B 8.30 pg 2

3 A3 lwn A4 A 10.30 pg 1

4 16.11.2022 B3 lwn B4 B 10.30 pg 2

5 (RABU) A1 lwn A3 A 2.30 ptg 1

6 B1 lwn B3 B 2.30 ptg 2

7 A2 lwn A4 A 4.30 ptg 1

8 B2 lwn B4 B 4.30 ptg 2

9 A1 lwn A4 A 8.30 pg 1

10 17.11.2022 B1 lwn B4 B 8.30 pg 2

11 (KHAMIS) A2 lwn A3 A 10.30 pg 1

12 B2 lwn B3 B 10.30 pg 2

PERINGKAT SEPARUH AKHIR

13 18.11.2022 JKA lwn NJKB A 8.00 pg 1

14 (JUMAAT) JKB lwn NJKA B 8.00 pg 2

PERINGKAT AKHIR

15 18.11.2022 TEMPAT KE 3 & 4 2.30 ptg 2

16 (JUMAAT) AKHIR 2.30 ptg 1

You might also like