Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Bab 4

SENARAI PANDANGAN DAN INPUT

4.0 Merakyatkan Komuniti

Merakyatkan dan penataan semula adalah katakunci bagi senarai pandangan dan
input kepada Suarakan Pendapat Anda dari kami sebagai warga dan aktivis komuniti.
Merakyatkan komuniti boleh dicapai melalui empat (4) strategi utama iaitu;
i. Pembaharuan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
ii. Pemanfaatan dan pengoptimuman sumber komuniti secara strategik.
iii. Pencegahan rasuah, ketirisan dan kelompongan perundangan.
iv. Ekosistem keselamatan menyeluruh untuk kemakmuran bersama.

4.1 Pembaharuan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam

Senarai cadangan berserta kerangka masa bagi pembaharuan sistem penyampaian


perkhidmatan awam diringkaskan seperti di Jadual 4A berikut;

Tindakan Pihak Berkuasa 2024 2025 2026-30


1. Pemurnian Fungsi Bajet 2024 RMKe-13
a Mengubal undang-undang dan dasar
b Mengawasi perjalanan jentera kerajaan
c Menyusun semula institusi dan agensi berkaitan komuniti
2. Desentralisasi Pentadbiran
a Penubuhan 222 Pejabat Pentadbiran Daerah termasuk
Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
b Penyusunan semula dan pengukuhan organisasi platform
pentadbiran daerah
c Desentralisasi pentadbiran dari platform Pentadbiran
Putrajaya ke 222 buah platform Pentadbiran Daerah.
3. Konsolidasi Sumber
Penjajaran / penyusunan semula semua sumber jentera
kerajaan di peringkat daerah melalui Strategi Lautan Biru
Daerah termasuk berada sebumbung di Pejabat Daerah
4. Komunitisasi Tanggungjawab
a Penubuhan dan pengukuhan WPK / BOS Komuniti
b Agihan dan pengoptimuman sumber komuniti
c Pengkongsian tanggungjawab dan sumber
5. Autonomi Wadah Pentadbiran Komuniti
a Pengukuhan platform rakyat
b Tubuh dan kukuhkan jentera rakyat
c Penerimaan dan pengurusan bajet mandiri
d Pelaksanaan fungsi WPK / BOS Komuniti
Jadual 4A: Senarai cadangan pembaharuan sistem penyampaian perkhidmatan awam .

25
Langkah-langkah yang perlu diberi perhatian bagi Jadual 4A adalah seperti berikut;

4.1.1 Pengukuhan platform pentadbiran komuniti dan platform rakyat melalui


kelulusan satu set perundangan yang jelas, teratur dan berwibawa. Pindaan
sepenuhnya Akta Rukun Tetangga 2012 adalah dicadangkan dengan memberi kuasa
autonomi pentadbiran komuniti kepada WPK. Di antara cadangannya ialah semua
WPK seperti JPKK, JPKKP, JPP dan seumpamanya disatukan sebumbung di bawah
satu jabatan.

WPK perlu dipimpin oleh kepimpinan bersama dari 3 pemegang taruh utama iaitu
warga komuniti, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkenaan. MoF perlu
memberikan peruntukan khas dan segera bagi penyusunan semula WPK agar
madani. Sebaiknya tindakan pengukuhan wadah kepimpinan dan pentadbiran
komuniti perlu diselesaikan sebelum Julai 2024.

4.1.2 Pengemblengan jentera rakyat sebagai agen dan pelaksana penyampaian


perkhidmatan awam melalui penubuhan dan pengukuhan platform rakyat dan jentera
rakyat. Penubuhan dan pengukuhan platform rakyat dan jentera rakyat hendaklah
dijalankan sendiri oleh WPK dengan bantuan kerajaan yakni Pejabat Penghulu
Mukim/DUN.

Penubuhan serta penyusunan semula wadah dan jentera rakyat seperti zon rukun
tetangga, NGO komuniti, jiran wanita dan seumpamanya dijalankan di bawah
Peruntukan Bajet 2024 yang disasarkan selesai pada akhir tahun 2024.

4.1.3 Penataan komuniti; Perundangan atau peraturan perlu disediakan oleh


kerajaan berkaitan urusan penataan sempadan pentadbiran komuniti dan termasuk
juga penataan spatial sempadan wilayah pentadbiran daerah/parlimen dan mukim /
dun serta jabatan-jabatan kerajaan supaya harmoni dan teratur.

Peruntukan segera di bawah Bajet 2024 perlu diluluskan. Kerja-kerja penataan


spatial sempadan pentadbiran perlu dijalankan oleh Pejabat Daerah/Parlimen
masing-masing dan perlu disiapkan sebelum kick-off persidangan RMKe-13
diadakan.

4.1.4 Pengurusan data komuniti akan melibatkan 3 projek utama iaitu pemetaan
komuniti, pangkalan data komuniti; dan GIS Komuniti. Arahan pentadbiran yang jelas
dan berwibawa dari pihak berkuasa berkaitan pelaksanaannya adalah diperlukan
untuk menghasilkan produk yang ianya seragam dan produktif. 3 projek berkenaan
boleh dilaksanakan sebagai satu pakej di bawah Bajet 2024 oleh WPK dan ia perlu
siap pada akhir tahun 2024.

4.1.5 Sistem informasi komuniti lazimnya adalah berbentuk portal komuniti. Ia boleh
dilaksanakan oleh WPK di bawah peruntukan Bajet 2025 dan perlu disiapkan pada
akhir tahun 2025.

26
4.1.6 Senarai akta yang dicadangkan untuk digubal atau dipinda ialah;

✓ Akta Perkhidmatan Ahli Legislatif (APAL) bagi memurnikan tugas hakiki,


fungsi, peranan YB-YB ahli legislatif dan institusi negara.
✓ Akta Pentadbiran Komuniti (APK) adalah hasil pindaan Akta Rukun Tetangga
2012 bagi penubuhan WPK. Perkara 7(a) Bahagian 3 Jadual Kesepuluh
Perlembagaan Persekutuan mungkin boleh digunakan untuk memberi kuasa
autonomi kepada WPK dalam pengurusan fiskal dan kewangan komuniti.
✓ Akta Pengurusan Bencana (APB) untuk memberi punca kuasa yang jelas dan
teratur kepada NADMA dan pihak-pihak yang berkaitan.
✓ Akta Pengurusan Aset Dan Hartanah Kerajaan untuk pemanfaatan dan
pengoptimuman aset dan hartanah awam dan kerajaan.
✓ Akta Pengurusan Kanak-kanak Dini sebagai reformasi institusi bagi industri
pengurusan kanak-kanak dini iaitu aset utama Negara di masa depan.
✓ Akta Profesion Kerja Sosial dan Penggerak Komuniti.
✓ Akta Kredit Pengguna dan Kredit Komuniti.

4.1.7 Senarai cadangan penyusunan semula agensi dan institusi awam iaitu;
i. Penjenamaan semula Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN)
kepada Agensi Khidmat Masyarakat Malaysia (AKAR Malaysia). Ia juga adalah
hasil gabungan dari semua bahagian, unit, seksyen agensi-agensi pengurusan
WPK di semua jabatan dan kementerian.
ii. Penubuhan Pejabat Daerah di 222 buah kawasan Parlimen selepas keluar dari
Pejabat Tanah dan Daerah (PDT) bagi negeri-negeri di Semenanjung.
iii. Penjenamaan PDT kepada Pejabat Hartanah Daerah (PHD) dengan membawa
masuk urusan hartanah terutamanya perumahan dan pewarisan.
iv. Penjenamaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kepada Jabatan
Kemajuan Kanak-kanak Dini (JKD) bagi mengabungkan semua urusan
berkenaan kanak-kanak dini (6 tahun ke bawah) di bawah satu jabatan.

4.2 Pemanfaatan Dan Pengoptimuman Sumber Komuniti Secara Strategik.

Sumber-sumber seperti hartanah awam yang terdapat di komuniti perlu dimanfaatkan


secara optimum oleh WPK dan warga komuniti sendiri seperti berikut;

4.2.1 Penjajaran semula ekonomi komuniti melalui pemberian kuasa autonomi


pentadbiran kepada WPK bagi pengurusan fiskal dan kewangan. Diperuntukan 10%
dari bajet tahunan Kerajaan Persekutuan sebagai Dana Komuniti yang disalur terus
ke WPK mulai Bajet 2025. Dasar afirmatif perolehan kerajaan untuk syarikat komuniti.

4.2.2 Pemanfaatan sumber komuniti melalui pembangunan dan pemajuan hartanah


Kerajaan Persekutuan dan tanah awam oleh WPK dan jentera rakyat. Ia boleh
dijadikan homestay, rumah transit, dewan sewa dan seumpamanya. Ianya
dilaksanakan oleh WPK dengan bantuan agensi kerajaan peringkat daerah di bawah
peruntukan Bajet 2025 dan RMKe-13 dengan sasaran selesai sepenuhnya pada
akhir tahun 2030.
27
4.2.3 Pembangunan, penambahbaikan dan penyelenggaraan infrastruktur premis
komuniti menjadi Pusat Operasi Komuniti (Port Komuniti) serta pembinaan premis
baru bagi komuniti yang belum ada premis. Ianya dilaksanakan oleh WPK dengan
bantuan agensi kerajaan peringkat daerah di bawah RMKe-13 mulai 2026 dengan
sasaran selesai sepenuhnya pada akhir tahun 2030.

4.2.4 Perolehan dan penyelenggaraan aset komuniti melalui peruntukan kepada


WPK untuk memiliki kenderaan komuniti, perabot, kelengkapan pejabat dan Port
Komuniti, juga termasuk peralatan menyelamat mengikut kesesuaian setempat.

4.2.5 Pembangunan kapasiti aktivis dan warga komuniti melalui program latihan
berterusan (PLB) untuk kepimpinan, petugas WPK serta aktivis dan sukarelawan
NGO komuniti terutama yang berkaitan tadbir urus, integriti dan seumpamanya.

Senarai ringkas cadangan berserta kerangka masa program merakyatkan komuniti


adalah seperti di Jadual 4B berikut;
Bajet 2024 RMKe-13
Tindakan Pihak Berkuasa 1/24 7/24 2025 2026-2030
a Pengukuhan wadah pentadbiran komuniti
b Penataan komuniti
c Pemetaan komuniti
d Pangkalan data komuniti
e Sistem Maklumat Geografi (GIS) komuniti
f Sistem maklumat komuniti (portal komuniti)
g Sistem komunikasi komuniti
h Pejabat komuniti
i Port komuniti
j Koperasi komuniti
k NGO komuniti
l Rukun Tetangga
m Jiran Wanita Komuniti
n Rakan Muda Komuniti
o Kenderaan komuniti
p Klinik komuniti
q Dapur komuniti
r Kedai komuniti
s Rumah transit komuniti
t Kad komuniti
u Kebun komuniti
v Kredit komuniti
w Taska komuniti
x Dewan komuniti
z Pusat latihan komuniti
Jadual 4B: Senarai cadangan dan kerangka masa program merakyatkan komuniti.

28
4.3 Pencegahan Rasuah, Ketirisan Dan Kelompongan Perundangan.

Rasuah adalah musuh nombor satu Negara yang boleh memusnahkan Negara.
Instrumen semak dan imbang yang terbaik bagi pengawasan perjalanan jentera
kerajaan adalah YB ahli legislatif yang merupakan salah satu tugas hakikinya.

YB-YB Ahli Legislatif wajib mengubal undang-undang serta mengawasi perjalanan


kerajaan dan jenteranya. Lanjutan itu, reformasi institusi mesti dijalankan dan
dicadangkan;
4.3.1 Pemerkasaan Jawatakuasa Khas Parlimen (JKP) melalui penambahan
bilangan JKP yang mungkin sehingga 12 JKP dan meliputi semua bidang.
Seterusnya penambahan kuasa kepada YB Anggota JKP sehingga mereka diberi
kuasa untuk memanggil, mendengar dan menyiasat seterusnya membuat semakan
mengejut di lapangan dalam menjalankan fungsinya..

4.3.2 Sesi Temu YB Ahli Legislatif oleh ketua pejabat agensi kerajaan, badan
berkanun dan GLC yang beroperasi di kawasan pilihanrayanya (Parlimen / DUN yang
berkenaan) termasuklah WPK. Sesi berkenaan perlu dijalankan secara berkala iaitu
sekurang-kurangnya 1 kali setahun dan diperundangkan.

4.3.3 Penyusunan semula dan penempatan semua unit intergriti dan pegawainya di
kementerian dan jabatan semasa ke Sekretariat JKP, Parlimen dan ke 222 buah
Pejabat Ahli Parlimen. Ia akan berfungsi sebagai urusetia bagi membantu YB Ahli
Legislatif untuk menjalankan salah satu fungsinya sebagai pengawas perjalanan
kerajaan dan jenteranya.

4.3.4 Satu set perundangan yang jelas, menyeluruh dan berwibawa mengenai
tatakelola komuniti mesti digubal dan dilaksanakan. Omnibus law bagi tadbir urus
komuniti melibatkan semua komuniti termasuk kampung, bandar, orang asli FELDA
dan sebagainya mungkin perlu dikuatkuasakan. YB Ahli legislatif tidak terlibat dalam
penyampaian perkhidmatan awam maka peruntukan pembangunannya dihapuskan.

4.3.5 Pelaksanaan instrumen semak dan imbang yang mudah, murah dan produktif,
di antaranya ialah;
✓ Kepimpinan bersama WPK yang mewakili 3 pemegang taruh adalah satu
instrumen semak dan imbang yang natural dan berkesan.
✓ Agihan peruntukan kewangan terus ke WPK adalah suatu pemintasan dan
reformasi birokrasi yang mencegah ketirisan yang berlaku di setiap peringkat.
✓ Sistem pelapuran kewangan Pemerintah Desa, Indonesia boleh dijadikan rujukan
iaitu semua lapuran kewangan dipaparkan di tempat awam dan di dalam portal
rasmi. Ia juga mesti dibentangkan di mesyuarat tahunan desa yang diwajibkan.
✓ Penubuhan instrumen hisbah atau ombudsman yang terdiri dari YB Ahli Legislatif
dan individu terkenal (bekas penjawat awam) tetapi bukan penjawat awam.
✓ Perundangan lapuk perlu disemak semula agar relevan dengan persekitaran
semasa dan bagi mencegah kelompongan perundangan.
✓ Penyiasatan, pendakwaan dan penghukuman terpilih perlu dihapuskan.
29
4.4 Ekosistem Keselamatan Menyeluruh Untuk Kemakmuran Bersama.

Ekosistem keselamatan menyeluruh berasaskan komuniti perlu dibangunkan untuk


kemakmuran bersama semua pihak iaitu rakyat (warga komuniti) dan Negara.

Model ekosistem tersebut dicadangkan adalah seperti di Rajah 4A berikut.

NEGARA MALAYSIA MADANI

PARLIMEN / KERAJAAN Pemurnian

Desentralisasi
BOS Komuniti atau WPK adalah sebagai
Agensi-agensi Kerajaan perpanjangan tangan kerajaan berperanan
mengawalselia setiap orang penduduk di setiap
Imigresen
inci tanah air di kawasan pentadbirannya.
Gabungan ekosistem selamat bagi setiap
Pendaftaran komuniti akan membentuk doktrin keselamatan
menyeluruh bagi rakyat dan Negara.
Pertahanan

Bomba
Sumber
Polis Perundangan, Bajet, Gunatenaga, Aset
Komunitisasi

Kesihatan Konsolidasi Imigresen


Pendaftaran
Kebudayaan Imigresen
Platform
BOS Komuniti Pendaftaran
Masyarakat Pertahanan
NGO Komuniti
PORT Komuniti Bomba, Rela, Polis,
Pekerjaan Kesihatan
RT, SRS
PBSM, Kebudayaan
Keagamaan Dan lain-lan Masyarakat
Pekerjaan
Hartanah Keagamaan
Autonomi Kebersihan
Pengangkutan Hartanah
Pengangkutan
Maklumat Pelajaran
Pelajaran Penataan, Pemetaan, Dan lain-lain
Dan lain-lain Pangkalan Data

Komuniti Madani /Rakyat Koperatif & Sejahtera


(Produk dari gabungan warga komuniti-komuniti madani)

Rajah 4A: Model ekosistem keselamatan menyeluruh berasaskan komuniti.

30
“Pengurusan keselamatan negara turut merangkumi aspek kehidupan seharian.
Tanggungjawab memastikan Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera bukan terletak di
bahu pasukan keselamatan dan jentera Kerajaan semata- mata tetapi turut menjadi
tanggungjawab bersama seluruh Keluarga Malaysia. Bagi mengiktiraf sumbangan dan
peranan ahli komuniti, Kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan konsep Pengurusan
Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM). Janganlah kita sesekali lalai dan leka daripada
mempertahankannya dan seterusnya mewariskan kepada generasi akan datang dengan
berdaulat, aman dan sejahtera.” (Sumber: Teks Ucapan YAB Perdana Menteri
Malaysia; https://www.pmo.gov.my)

Penyataan di atas jelas menunjukkan kepentingan program pengukuhan platform


pentadbiran komuniti. Ia adalah mata tombak dan benteng terakhir negara di dalam
pengurusan keselamatan menyeluruh untuk kemakmuran bersama semua pihak.

4.5 Senarai Cadangan Perolehan Program Pemerkasaan Komuniti Di Bawah


RMKe-12 dari kami dikemukakan semula untuk perhatian pihak berkuasa seperti
berikut;
i. Pembangunan, Penambahbaikan Dan Penyelenggaraan Infrastruktur.
a. Penambahbaikan dan penyelenggaran premis komuniti sedia ada dan menjadi
Pusat Operasi Komuniti (Port Komuniti).
b. Pembinaan premis bagi BOS Komuniti atau Port Komuniti bagi yang belum ada
premis.
c. Pembangunan dan penyelenggaraan hartanah serta aset Kerajaan (Persekutuan,
Negeri dan Tempatan) untuk dikawal selia oleh BOS Komuniti dan jenteranya.
Peruntukan khas kepada BOS Komuniti dan jenteranya untuk membangun
membaik pulih, mengurus tadbir dan menyelenggara hartanah milik awam dan
MAIN untuk dijadikan homestay, rumah transit, dewan sewa dan seumpamanya.
d. Pembangunan dan pemajuan tanah-tanah Kerajaan Persekutuan dan tanah awam
oleh BOS Komuniti dan jenteranya. Peruntukan khas untuk BOS Komuniti dan
jenteranya bagi program / inisiatif penanaman pokok buah-buahan dan sayur-
sayuran di tanah kosong milik Kerajaan Persekutuan dan tanah awam.
ii. Perolehan Dan Penyelenggaraan Aset.
a. Kenderaan; Peruntukan kepada BOS Komuniti dan jenteranya untuk memiliki
kenderaan komuniti melalui pembelian baru atau pelupusan kenderaan kerajaan.
b. Perabot dan kelengkapan pejabat / Port Komuniti; Peruntukan khas kepada BOS
Komuniti dan jenteranya untuk perolehan perabot dan kelengkapan pejabat / Port
Komuniti.
iii. Pembangunan Dan Penyelenggaraan Infostruktur.
a. Penyediaan data dan profil komuniti meliputi kutipan data, pemetaan,
penyimpanan dan paparan data warga komuniti.
b. Perolehan perkakasan ICT dan yang berkaitan dengan infostruktur Port Komuniti.
iv. Penjajaran Semula Dan Pembangunan Ekonomi Komuniti
a. Penubuhan beserta dengan pemajuan koperasi komuniti (Ko-Mart) dan syarikat
berkaitan komuniti (CLC).
b. Peruntukan khas dan langsung Dana Komuniti dan keusahawanan komuniti ke
BOS Komuniti.
c. Dasar afirmatif perolehan kerajaan untuk Ko-Mart dan CLC.
31
v. Pembangunan Kapasiti Aktivis Dan Warga Komuniti.
a. Peruntukan khas bagi penubuhan NGO Komuniti.
b. Program latihan berterusan (PLB) untuk pimpinan, petugas BOS Komuniti serta
aktivis dan sukarelawan NGO Komuniti terutama berkaitan tadbir urus, integriti dan
seumpamanya.
c. PLB untuk warga komuniti terpilih terutama berkaitan peningkatan daya saing
ekonomi keluarga, kaedah menyerap tekanan ekoran kemiskinan.

Jadual Perancangan Pelaksanaan


Program Pemerkasaan Komuniti Dalam RMKe-12
RMKe12 (2021 – 2025)
Tindakan Pihak Berkuasa
21 22 23 24 25
1. Program Komunitisasi (Nasional)
a Mengubal Rukun Komuniti
b Mengubal Dasar Pemerkasaan Komuniti
c Mengubal Akta Pentadbiran Komuniti.
d Menubuhkan AKAR Malaysia
e Pindaan Perlembagaan Persekutuan
2. Program Komunitisasi (Komuniti)
a Tranformasi Tadbir Urus Komuniti
-Penubuhan BOS Komuniti
-Komunitisasi: Rakyat rakan kongsi
-Optimalisasi sumber domestik komuniti
b Pemerkasaan Ekonomi Komuniti
- Wujudkan koperasi & syarikat komuniti
- Reformasi birokrasi agihan peruntukan
-Penjajaran kitaran ekonomi komuniti
c Pembangunan Kapasiti Aktivis Komuniti
- Tubuh NGO Komuniti, jaringan aktivis
- Program latihan berterusan (PLB)
- Strategi lautan biru komuniti (CBOS)
d Sosialisasi Terhadap Warga Komuniti
- Bina Port Komuniti dan kemudahan
- Menyerap tekanan kehidupan
- Inklusif dalam persekitaran kondusif
3. Perolehan Pemerkasaan Komuniti
a Pembangunan, penambahbaikan dan
penyelenggaraan infrastruktur Port Komuniti
b Perolehan dan penyelenggaraan aset komuniti
c Pembangunan dan penyelenggaran infostruktur
Premis Komuniti
d Penjajaran semula dan pembangunan ekonomi
komuniti. (Ko-Mart dan CLC)
e Pembangunan kapasiti aktivis danwarga komuniti

32

You might also like