Komunitisasi Sosio Ekonomi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Bab 3

KOMUNITISASI EKONOMI KOMUNITI

3.0 Definisi Komunitisasi.

Komunitisasi adalah perkataan baru yang tidak terdapat dalam Kamus Dewan.
Konsep komunitisasi mula diperkenalkan di Negeri Nagaland, India setelah wujudnya
Nagaland Communitization of Public Institutions and Services Act, 2002. Melalui
program komunitisasi, kekayaan sumber domestik komuniti telah digunakan secara
strategik untuk pengurusan institusi komuniti dan penyampaian perkhidmatan awam
kepada warga komuniti secara bersama oleh kerajaan dan warga komuniti setempat.

Pada hakikatnya, komunitisasi adalah penswastaan tetapi ianya ke tangan komuniti


pengguna. Ia juga adalah inovasi penggunaan kekayaan sumber domestik komuniti
secara strategik yang mendorong penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.
Komunitisasi berkembang dari usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian
perkhidmatan awam dengan menyediakan perkhidmatan yang berskala besar.

Pelaksanaan komunitisasi juga turut melibatkan kawalan komuniti terhadap sistem


penyampaian perkhidmatan awam dan urustadbir harian komuniti. Program
komunitisasi akan;
• melibatkan komuniti dalam proses perancangan, perumusan dan pemantauan
program, aktiviti dan projek kerajaan dan swasta.
• menjadikan komuniti menjadi pemilik, pengurus, pekhidmat serta pengguna
aset dan kemudahan awam.
• menjadikan komuniti akan mengambil bahagian aktif dalam pelbagai program
untuk mereka melalui pendidikan dan tindakan.

Program komunitisasi diadakan bagi mengatasi dan menangani pelbagai isu di


peringkat komuniti dengan mengoptimumkan sumber-sumber komuniti secara
strategik. Kerajaan dan komuniti perlu berkerjasama dalam empat perkara utama bagi
pelaksanaan program komunitisasi iaitu desentralisasi, perwakilan (delegation),
pemerkasaan dan peningkatan keupayaan (building capacity). Program komunitisasi
mestilah berasaskan kepada pendekatan 3T iaitu;
Trust - percaya kepada komuniti pengguna;
Train - latih mereka untuk melaksanakan tanggungjawab baru mereka;
Transfer - pindahkan kuasa dan sumber pemerintahan berkenaan urus tadbir
ke komuniti pengguna.
(Sumber: Communitisation: The Third Way Of Governance, https://www.jstor.org/).

Bagi maksud buku ini komunitisasi ialah proses kerjasama bagi kerajaan dan komuniti
untuk berkongsi tanggungjawab dalam pengurusan penyampaian perkhidmatan
awam serta pembangunan untuk kemakmuran warga komuniti. Ia juga melibatkan
perkongsian antara kerajaan dan komuniti termasuk pemindahan aset kerajaan dan
kemudahan awam kepada platform komuniti pengguna.
11
Tindakan yang perlu diambil bagi pelaksanaan program komunitisasi ekonomi
komuniti adalah seperti berikut;
i. Pembaharuan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
ii. Ekosistem penyampaian perkhidmatan awam peringkat komuniti.
iii. Pemasyarakatan ekonomi komuniti
iv. Pemanfaatan dan pengoptimuman sumber komuniti.
v. Pembangunan modal insan berasaskan komuniti.
vi. Ekosistem ekonomi kitaran koperatif komuniti.

3.1 Pembaharuan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Dalam meniti usia, Negara kini kembali mengharungi pelbagai cabaran getir dan krisis
dalam segenap lapangan yang lebih bersifat serantau dan global. Pembaharuan
pentadbiran awam sangat perlu kepada rakyat agar Negara terus kekal aman,
makmur dan berdaulat. Merakyatkan komuniti adalah langkah pertama dan utama
yang perlu dijalankan oleh kerajaan.

Pembaharuan jentera penyampaian perkhidmatan awam dibahagikan kepada 5


peringkat platform (tambahan 2 platform) dan 5 langkah pembaharuan seperti di
Rajah 3A berikut.
NEGARA MALAYSIA MADANI
(Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur)

5 Peringkat Platform Pentadbiran


5 Langkah Pembaharuan
PLATFORM PARLIMEN
Pembuat Undang-undang & Pengawas Kerajaaan i. Pemurnian fungsi ahli legislatif dan
anggota eksekutif.
Jemaah Kabinet

PLATFORM PENTADBIRAN PUTRAJAYA


ii. Desentralisasi pentadbiran dari Pusat
Jentera Kerajaan (JK)-Urustadbir & Pemantau Pentadbiran Persekutuan Putrajaya ke
222 buah Pejabat Pentadbiran Daerah.
JK Nasional & Negeri
iii. Konsolidasi sumber dan fungsi pelbagai
PLATFORM PENTADBIRAN DAERAH
agensi kerajaan peringkat daerah.
Jentera Kerajaan (Sekretariat dan Koordinasi)

JK Pejabat Daerah iv. Komunitisasi tanggungjawab bersama


atau perkongsian peranan antara
PLATFORM PENTADBIRAN KOMUNITI
kerajaan dan rakyat oleh komuniti.
Jentera Separa Kerajaan & Rakyat (Penyampai)

Jentera BOS Komuniti v. Autonomi pentadbiran platform


pentadbiran komuniti bagi urusan warga
PLATFORM RAKYAT
komuniti dalam kawasan komunitinya.
Jentera Rakyat (Pelaksana)

WARGA KOMUNITI MADANI


(Sasaran perkhidmatan atau subjek pentadbiran)
Rajah 3A: Model 5 teras pembaharuan pentadbiran awam
12
Pembaharuan ini telah memasukkan platform pentadbiran komuniti (jentera separa
kerajaan dan rakyat) dan platform rakyat (jentera rakyat) ke dalam sistem dan
kerangka kerja penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. Penglibatan 2
platform berkenaan adalah selaras dengan konsep merakyatkan dan menegarakan
ekosistem penyampaian perkhidmatan awam.

Model pembaharuan ekosistem penyampaian perkhidmatan awam (khidmat


masyarakat) dicadangkan seperti di Rajah 3B berikut;
NEGARA MALAYSIA MADANI

Platform Parlimen
Dewan Perundangan
Kerajaan
1. Permurnian Fungsi Ahli Legislatif

Penjajaran Semula Jentera Kerajaan Platform Putrajaya


Membentuk Landskap Baru
2. Desentralisasi Perkhidmatan Awam
Kementerian & H/Q Jabatan
Jentera kerajaan
Jabatan Kerajaan Persekutuan
Penyusunan semula
beberapa agensi
Urusan khidmat masyarakat disusun semula dan disatukan

Pembaharuan Pentadbiran Daerah


Platform Daerah Sebumbung Di Daerah
3. Konsolidasi sumber

Pejabat Daerah Pejabat Pejabat Hartanah


N (Premis sedia ada)
di 222 kws Parlimen Daerah
A Pendaftaran, Perumahan,
D Dan Pewarisan, Penilaian, Sewaan
RELA, APAM, KRT, JBPM,
M Tanah dll
JKM, JKD, AKAR Malaysia
A Di Pecahkan -sebumbung-
-sebumbung-

Model Baru Pentadbiran Komuniti Platform Komuniti


Pemerkasaan Komuniti

4. Komunitisasi tanggungjawab (PKM.DUN / AKAR)


Lapisan terakhir jentera kerajaan
Perpanjangan Tangan & Satu Pintu
Hujung Tombak Negara
BOS Komuniti Jentera separa
5. Autonomi pentadbiran Di 16,000 buah Komuniti
kerajaan
Produk Baru
Platform Rakyat dan rakyat
Ko-Mart, CLC, NGO Komuniti, Port Komuniti Jentera rakyat
d
Warga Komuniti (Rakyat)
Subjek pemerintahan, sasaran penyampaian perkhidmatan awam
Penyampaian Perkhidmatan AwamResponsif, Tepat Sasaran & Produktif

Rajah 3B: Model pembaharuan sistem penyampaian perkhidmatan awam berasaskan komuniti.

3.1.1 Pemurnian fungsi ahli legislatif adalah langkah paling awal dan utama dalam
pemasyarakatan sosio ekonomi komuniti. 3 fungsi utama YB Ahli Legislatif dalam
negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan ialah;
13
i. Membuat undang-undang di Dewan Perundangan.
ii. Mengawasi perjalanan pemerintahan eksekutif serta jentera kerajaan peringkat
nasional/negeri di dewan perundangan dan di peringkat kawasan pilihanrayanya
iii. Menerima dan membawa aduan serta aspirasi rakyat di kawasannya ke platform
yang sewajarnya khasnya ke dewan perundangan.
YB Ahli Legislatif sebagai pembuat undang-undang dan pengawas pentadbiran awam
sangat tidak wajar untuk terlibat / dilibatkan dalam sebarang rantaian penyampaian
perkhidmatan awam.

3.1.2 Desentralisasi pentadbiran dari platform Pentadbiran Putrajaya ke platform


Pentadbiran Daerah adalah suatu bentuk reformasi birokrasi bagi melancarkan dan
meningkatkan produktiviti dan prestasi penyampaian perkhidmatan awam.
Perundangan Pentadbiran Daerah perlu digubal terlebih dahulu sebelum menerima
pelbagai sumber dari Pentadbiran Putrajaya. Untuk maksud tersebut, suatu akta yang
boleh dikenali sebagai Akta Pentadbiran Daerah perlulah digubal.

Desentralisasi pentadbiran akan melibatkan penurunan kuasa, perpindahan sumber


manusia, aset, belanjawan dan sebagainya dari Pentadbiran Putrajaya kepada
Pentadbiran Daerah. Pelbagai sumber yang besar yang terdapat di Pentadbiran
Putrajaya wajar dikongsi dan diagihkan kepada 222 buah Pentadbiran Daerah
khasnya Pejabat Daerah agar lebih saksama dan lebih menyeluruh.

Langkah desentralisasi pentadbiran di atas akan mengakibatkan belanja mengurus


serta saiz platform Pentadbiran Putrajaya akan mengecil atau dikurangkan dan
dipindahkan ke platform pentadbiran daerah. Ini akan menyebabkan belanja
mengurus dan saiz platform pentadbiran daerah khasnya Pejabat Daerah membesar
dan bertambah. Reformasi birokrasi di atas wajar dilaksanakan agar jentera kerajaan
peringkat pelaksana (Pentadbiran Daerah) akan menerima kuasa dan peruntukan
yang lebih besar berbanding dengan jentera kerajaan peringkat tadbir urus dan
koordinasi di platform Pentadbiran Putrajaya.

3.1.3 Konsolidasi sumber dan fungsi pelbagai agensi kerajaan peringkat daerah
bermula dengan tiga (3) tindakan berikut;
i. Pejabat Daerah berpisah dan keluar dari premis Pejabat Daerah dan Tanah
(PDT) dan ditubuhkan di 222 buah kawasan Parlimen. Pejabat Daerah akan
memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan penyelarasan pentadbiran
awam peringkat daerah. Sementara PDT kekal di premis sedia ada dan
dijenamakan semula menjadi Pejabat Hartanah Daerah (PHD). PHD akan
memberi tumpuan kepada urustadbir harta dan tanah (hartanah) di peringkat
daerah seperti sedia ada iaitu 167 buah PHD.
ii. Pembaharuan struktur Pejabat Daerah adalah perlu supaya Pejabat Daerah
akan berperanan sebagai sekretariat dan pusat koordinasi bagi sebuah daerah.
Ia juga berkaitan dengan tadbir urus komuniti dan khidmat masyarakat
terutamanya berkaitan dengan urusan kemakmuran, keselamatan, kebajikan
dan pembangunan komuniti. Jabatan-jabatan yang dicadangkan ialah RELA,
APM, JKM, KEMAS, JBPM, JPNIN dan sebagainya.
14
iii. Pejabat Daerah sebagai sekretariat Rancangan Buku Merah sebagaimana
yang telah dilaksanakan tokoh negara bangsa terdahulu.
“untuk menjadikan atur cara pembangunan selari di semua kawasan luar bandar
dengan pelaksanaan melalui 3 peringkat iaitu peringkat Pusat, Negeri dan Daerah.
Rancangan Buku Merah merupakan langkah untuk menanam sifat berkomuniti dan
berkepentingan dalam pembangunan setempat apabila rakyat dan pemimpin
digembleng bukan sahaja dalam proses pelaksanaan pembangunan tetapi juga dalam
proses perancangan. Pada zaman penggunaan Buku Merah, Malaysia dilihat sebagai
model negara yang mempunyai pendekatan pembangunan luar bandar yang mantap di
peringkat global dan merupakan momentum pertama pembangunan luar bandar.”
(Sumber: https://hariinidalamsejarah.com)

3.1.4 Komunitisasi tanggungjawab bersama atau perkongsian peranan dan


tanggungjawab antara kerajaan dan rakyat oleh platform pentadbiran komuniti.
Komunitisasi adalah salah satu the third way of governance di mana tanggungjawab
dan peranan kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat
dikongsi bersama dengan rakyat / warga komunit. Ianya dijalankan melalui platform
pentadbiran komuniti iaitu dari pihak Pentadbiran Daerah (pihak Kerajaan) ke wadah
pentadbiran komuniti (WPK) iaitu sebuah jentera separa kerajaan dan rakyat dan
seterusnya dilaksanakan oleh jentera rakyat.

Begitulah juga kaedah komunitisasi dalam penyampaian perkhidmatan awam ke


sasaran rakyat akar umbi. WPK iaitu (Badan Koordinasi dan Sekretariat Komuniti
(BOS Komuniti) mesti diperkukuhkan terlebih dahulu dengan pelbagai sumber
termasuk kuasa autonomi pentadbiran komuniti. Program komunitisasi ini perlu
dilaksanakan supaya BOS Komuniti akan dapat melaksanakan penyampaian
perkhidmatan awam ke warga komunitinya dengan cara yang berkesan dan produktif.

Sebagai perbandingan, jika pentadbiran awam tertinggi ada Pusat Pentadbiran


Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan sumber-sumber urus tadbir yang lain, maka
WPK iaitu BOS komuniti juga perlu mempunyai premis pusat pentadbiran komuniti
dan sumber-sumber urus tadbir yang lain bagi setiap komuniti masing-masing.

3.1.5 Autonomi pentadbiran diberikan kepada WPK ke atas warga dan kawasan
komunitinya. Secara amnya, komuniti kejiranan merupakan elemen terkecil dalam
sistem pemerintahan negara yang turut mengelola kekayaan sumber-sumber nasional
yang ada di kawasan komunitinya. Hanya 1 pintu keluar / masuk ke / dari komuniti
iaitu melalui pejabat BOS Komuniti.

BOS Komuniti diberi kuasa untuk mengurus tadbir fiskal komuniti, dana komuniti dan
mempunyai bajet komuniti tersendiri. Bagi melancarkan pentadbiran komuniti, BOS
Komuniti perlu menata dan menubuhkan ‘jentera rakyat’ seperti kawasan rukun
tetangga, jiran wanita dan seumpamanya. BOS Komuniti juga mempunyai punca
kuasa perundangan yang jelas dan berwibawa. BOS Komuniti perlu diberi kuasa untuk
mengadakan peraturan-peraturan komuniti untuk diikuti oleh warga komunitinya.

15
3.2 Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan Awam Peringkat Komuniti.

Bottleneck kebanyakan masalah penyampaian perkhidmatan awam adalah terletak di


platform pentadbiran komuniti yang semu dan rentan. Pengukuhan platform
pentadbiran komuniti (BOS Komuniti) secara menyeluruh akan menjadikan ia
berperanan sebagai lapisan terakhir agensi pelaksana penyampaian perkhidmatan
awam kepada rakyat di akar umbi. Ekosistem penyampaian perkhidmatan awam di
peringkat komuniti adalah berkonsepkan sosioekonomi kitaran koperatif komuniti
seperti model di Rajah 3C berikut;

Rajah 3C: Model ekosistem penyampaian perkhidmatan awam di peringkat komuniti.

Model di atas adalah kerangka kerja penyampaian perkhidmatan awam kepada


kebanyakan rakyat yang berasaskan komuniti, di antaranya bagi;

3.2.1 Pengurusan maklumat komuniti yang dicadangkan adalah sebagai solusi


kepada kelemahan pengurusan maklumat yang telah dikenal pasti kerajaan. Solusi
dapatan kerajaan ialah keperluan peningkatan kapasiti komuniti dan tumpuan
terhadap localization di dalam pengurusan maklumat komuniti.

Sehubungan itu, kerajaan perlu melaksanakan program komunitisasi tanggungjawab


kepada WPK iaitu BOS Komuniti dalam pengurusan maklumat komuniti. Lanjutan itu,

16
data komuniti mesti dikutip dan maklumat perlu diurus tadbir secara mandiri oleh WPK
berkenaan. Oleh itu dicadangkan setiap WPK perlu dibekalkan aplikasi Sistem
Maklumat Geografi (GIS) Komuniti dan mempunyai pangkalan data komuniti
tersendiri. Proses pengurusan maklumat yang melibatkan data-data dan informasi
adalah teras utama aktiviti dalam mana-mana platform termasuk platform komuniti.

3.2.2 Pengurusan bencana perlu ditambahbaik tahap pengurusannya dengan


berasaskan komuniti kerana jentera rakyatlah yang pertama sampai ke lokasi
mangsa. Sehubungan itu, WPK ditambah ke dalam peringkat pengurusan bencana
selain peringkat DUN, parlimen, negeri dan nasional yang sedia ada.

3.2.3 Pengurusan krisis berteraskan strategi 2 HANRUH (ketahanan menyeluruh


dan pertahanan menyeluruh) komuniti perlu dimasukkan ke dalam Kerangka
Pertahanan Negara. Ia bertujuan mempertingkatkan kesiapsiagaan pertahanan
negara. WPK iaitu sebelum, semasa dan selepas krisis, boleh bertindak sebagai
pemanjangan tangan kerajaan dan hujung tombak Negara. Ia juga berfungsi sebagai
bilik gerakan pengurusan krisis (komuniti), pusat operasi dan benteng terakhir
ketahanan serta pertahanan Negara dan sebagainya.

3.2.4 Pengurusan sekuriti bekalan makanan boleh ditangani melalui konsep


pertanian komuniti untuk selamatkan rantaian bekalan makanan. Program pertanian
komuniti bermaksud program pertanian yang dilaksanakan sendiri oleh warga
komuniti, diurus tadbir oleh WPK dengan bantuan dan kawalselia kerajaan serta
pemilik tanah. Lima (5) inisiatif yang boleh dijalankan di bawah program pertanian
komuniti iaitu;
✓ Inisiatif penanaman pokok buah-buahan dan sayur-sayuran oleh PBT
✓ Inisiatif pertanian komuniti ke atas sumber komuniti dan domestik secara strategik.
✓ Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) industri hiliran pertanian komuniti.
✓ Pembekalan dan peruncitan mandiri syarikat berkaitan komuniti (CLC) setempat.
✓ Program Rancangan Buku Hijau / Bumi Hijau dihidupkan kembali

3.2.5 Pengurusan subsidi bersasar dan kebajikan warga komuniti adalah teras
perkhidmatan WPK. Berbekalkan sumber-sumber komuniti yang ada, pentadbiran
komuniti boleh mengambil 5 pendekatan yang boleh diambil ialah;
a. Membangunkan sistem sokongan serta jaringan sukarelawan komuniti setempat
dan jaminan keselamatan bagi warga komuniti.
b. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan asas di premis pentadbiran komuniti
seperti kenderaan komuniti dengan partisipasi inklusif dan persekitaran kondusif.
c. Pengoptimuman sumber komuniti secara strategik melalui Strategi Lautan Biru
Komuniti (CBOS) dan dasar afirmatif terhadap jaringan ekonomi komuniti
setempat.
d. Kuasai media warga komuniti dengan promosi gaya hidup sihat dan pembangunan
kapasiti warga komuniti melalui program latihan berterusan.
e. Mewujudkan panel perunding keluarga serta komuniti dengan pendekatan WPK
mendatangi warganya secara tertutup khasnya bagi penyampaian sumbangan.

17
Bagi pengurusan khairat kematian, adalah dicadangkan semua urusan pengurusan
jenazah bagi sesuatu DUN diuruskan secara berpusat oleh Pusat Khidmat
Masyarakat Mukim / DUN berkaitan.

3.2.6 Pengurusan pembangunan komuniti merupakan objektif utama kewujudan


pentadbiran komuniti. Pembaharuan pentadbiran awam komuniti yang memberi
kuasa autonomi dan pelbagai sumber kepada WPK akan menjadikannya lebih
berprestasi tinggi dan produktif dalam pengurusan pembangunan komuniti.

“Tujuan asas pembangunan komuniti ialah meningkatkan taraf hidup, membawa perubahan
sosial, meningkatkan kesejahteraan, meningkat kualiti hidup, dan membawa keadilan sosial.
Liputan pembangunan komuniti ialah penyediaan kemudahan asas, dan penyediaan
perkhidmatan, pemodenan penyediaan institusi latihan.

Ciri-ciri yang terdapat dalam definisi Pembangunan Komuniti ialah penyertaan demokratik
dan aktif serta mengenal pasti dan mengatasi masalah bersama. Seterusnya, berusaha
mencapai keperluan secara bersama serta kesedaran bersama dan tindakan secara kolektif.”
(Sumber: https://www.jkm.gov.my)

Realitinya, program kemajuan, pembangunan, kebajikan masyarakat dan seumpama


nya di akar umbi banyak dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan peringkat daerah.
Penyampaian perkhidmatan awam telah tidak menepati sasaran kerana tiada
koordinasi antara agensi terbabit sehingga bertindih dan tercicir. Ini juga kerana data
tidak lengkap.

Maka, pengukuhan WPK akan menjadi BOS Komuniti mempunyai kuasa autonomi
pentadbiran komuniti termasuk pembangunannya. Hanya ada satu pintu keluar /
masuk bagi sesuatu komuniti iaitu melalui pintu BOS Komuniti.

3.2.7 Pengurusan acara, kebudayaan dan sukan komuniti boleh dijalankan oleh BOS
Komuniti dengan lebih produktif berbanding dengan tata pengurusan sedia ada.
Partisipasi warga komuniti secara inklusif dalam persekitaran yang kondusif perlu
menjadi cara kerja BOS Komuniti agar tiada yang tercicir dan tiada yang terpinggir.

Platform pentadbiran komuniti yang telah diperkasa akan mempunyai semua sumber
dan elemen kejayaan pengurusan. Sumber tersebut adalah seperti sumber data,
sumber manusia, sumber perundangan, sumber inspirasi, sumber tempat, sumber
peserta, penonton, sumber bajet, sumber kearifan tempatan dan sebagainya.

Pemerintah Desa di Indonesia telah terbukti berjaya menguruskan acara, program


Negara peringkat desa dan rukun tetangga secara mandiri seperti program sambutan
ulang tahun kemerdekaan NKRI.

Model ekosistem pengurusan acara, pengurusan pembangunan komuniti,


pengurusan subsidi bersasar dan kebajikan komuniti telah terangkum dalam model
ekosistem penyampaian perkhidmatan awam peringkat komuniti di Rajah 3C.
18
3.3 Pemasyarakatan Ekonomi Komuniti

Pemasyarakatan ekonomi komuniti melalui langkah-langkah strategik yang berikut


dicadangkan adalah untuk kemakmuran bersama.

3.3.1 Pengurusan fiskal komuniti oleh WPK yang mempunyai autonomi pentadbiran
komuniti. Penggubalan Akta Pentadbiran Komuniti (APK) akan membolehkan
pengurusan fiskal yang dinamik dapat dilaksanakan sehingga ke lapangan yang
mendasar iaitu ke peringkat pentadbiran komuniti.

Konsolidasi fiskal komuniti boleh mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan wang


Negara dan meningkatkan hasil dari sumber-sumber strategik di lapangan peringkat
komuniti. BOS Komuniti menggunakan kaedah lokalisasi dalam pengurusan fiskal di
kawasan komunitinya.

Ini bermaksud pentadbir komuniti ‘dengan undang-undang’ boleh melaksanakan


kutipan cukai dan mengagihkan perbelanjaan di kalangan warga komunitinya. Konsep
pengurusan let managers manage adalah perlu bagi membolehkan pengurusan fiskal
yang dinamik, responsif, berkesan dan produktif.

Walaubagaimanapun ia perlu dikawal selia melalui elemen hisbah. Mekanisme


hisbah, semak dan imbang boleh dilaksanakan melalui;

✓ Kepimpinan bersama dari semua pemegang taruh komuniti.


✓ Pengawasan berterusan dan berkala oleh YB Ahli Legislatif kawasan berkenaan.
✓ Perundangan, peraturan dan SOP yang jelas dan berwibawa.
✓ Sesi sidang pertanggungjawaban secara berkala oleh YB Ahli Legislatif berkenaan
✓ Kewajipan pelaporan yang telus, jelas, teratur dan berkala.

3.3.2 Reformasi birokrasi agihan peruntukan kerajaan yang terus kepada WPK bagi
memperkukuhkan platform komuniti dan platform rakyat. Ia akan mengurangkan
ketirisan serta mencegah rasuah dalam rantaian sedia ada. Dengan kata lain,
Kerajaan perlu memastikan rantaian agihan peruntukan kerajaan kepada rakyat di
akar umbi diganti dengan agihan langsung Dana Komuniti dari Parlimen kepada BOS
Komuniti.

WPK atau BOS Komuniti perlu diberi kuasa autonomi penuh untuk mengurus tadbir
peruntukan tersebut. Elemen akauntabiliti, semak dan imbang perlu dipraktikkan
dalam tadbir urus BOS Komuniti.

3.3.3 Penubuhan koperasi komuniti (Ko-Mart) dan syarikat berkaitan komuniti (CLC)
adalah suatu keperluan utama. Sehubungan itu, bagi tujuan tersebut BOS Komuniti di
bawah kawal selia kerajaan perlu;
• menubuhkan koperasi komuniti (Ko-Mart) di mana semua warga komuniti adalah
ahlinya secara automatik.

19
• menubuhkan syarikat perniagaan berkaitan komuniti (CLC) yang terdiri dari
pemegang jawatan BOS Komuniti.
• menjalinkan pakatan strategik dan kolaborasi dengan rakan strategik BOS
Komuniti seperti usahawan warga komunitinya.

3.3.4 Dasar afirmatif terhadap jaringan ekonomi komuniti oleh kerajaan sangat perlu
demi kepentingan strategik rakyat dan Negara. Kerajaan perlu membantu WPK
dengan melaksanakan dasar afirmatif terhadap jaringan ekonomi komuniti setempat.

Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada CLC dan Ko-Mart komuniti setempat bagi
semua tender, perolehan, pembekalan dan seumpamanya yang di bawah peruntukan
kerajaan yang beroperasi di kawasan komuniti berkenaan. Sebagai contoh ialah
perniagaan jualan makanan di kantin sekolah, pembersihan pejabat, mesin rumput
dan seumpamanya.

WPK juga perlu terlibat atau dilibatkan dengan aktiviti-aktiviti berikut;

✓ Pembekalan dan peruncitan bagi warga komuniti untuk meningkatkan daya saing
ekonomi warga komuniti dalam sektor peruncitan.
✓ Pengurusan kredit komuniti kepada warga komuniti dijalankan oleh WPK
(termasuk Ko-Mart) berkenaan dengan limitasi dan kawal selia tertentu. WPK
adalah kontak rapat dengan bakal peminjam iaitu warga komunitinya dalam
persekitaran ‘kita jaga kita.
✓ Projek industri perumahan yang memiliki dana ekonomi yang besar dan menarik.
WPK juga boleh berperanan dan dilibatkan dalam penyediaan perumahan di
kawasan komunitinya seperti program rumah mesra rakyat, rumah transit dan
seumpamanya. WPK seperti institusi masjid biasanya mempunyai hartanah dan
sumber kewangan akan mampu membangunkan perkhidmatan homestay atau
rumah transit melalui strategi lautan biru komuniti.
✓ Kenderaan komuniti adalah salah satu keperluan asas bagi semua orang. WPK
perlu mempunyai kenderaan sendiri bagi kemudahan dan menjana ekonomi
warga di komunitinya.
✓ Peluang pekerjaan melalui pemanfaatan sumber domestik komuniti akan dapat
meningkatkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan dan mengurangkan
pengantungan kepada tenaga kerja asing.
✓ Kebun komuniti melalui inisiatif penanaman pokok buah-buahan dan sayur-
sayuran oleh WPK. Pembelanjaan untuk penanaman pokok buah dan sayur-
sayuran lebih produktif dan berfaedah berbanding dengan penanaman pokok
hutan dan bunga yang hanya dapat memberikan permandangan cantik dan indah.
✓ Kredit komuniti iaitu memberi kredit mudah kepada warganya yang memerlukan.
✓ Program latihan komuniti kepada warga komuniti mengikut keperluan dan
kepentingan semasa.
✓ Taska komuniti sangat diperlukan disetiap komuniti bagi memberi kesejahteraan
kepada pasangan muda warganya dalam menjaga anak-anaknya.
✓ Travel komuniti adalah suatu bentuk perkhidmatan dan peniagaan yang memberi
pulangan lumayan kepada warga komuniti secara keseluruhan.
20
3.4 Pemanfaatan Dan Pengoptimuman Sumber Komuniti

Sumber-sumber komuniti boleh dimanfaatkan secara optimum kegunaannya oleh


WPK. Sumber tersebut adalah seperti aset dan hartanah, sumber manusia serta nilai-
nilai istimewa tertentu yang ada di komuniti melalui CBOS dan sebagainya.

3.4.1 Pemanfaatan hartanah kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Komuniti (CBOS)
oleh WPK dan jentera platform rakyat untuk membangunkan hartanah kerajaan yang
kosong dan terbiar yang akan mendatangkan hasil kepada warga komuniti berkenaan
dan kerajaan. Urusan selenggaraan dan sewaan hartanah kerajaan yang terdapat di
komuniti-komuniti seluruh Negara oleh WPK perlu dipermudahkan. Ini akan dapat
mengelak dari berlakunya hartanah yang terbiar, tidak ekonomik dan mendatangkan
pembaziran ke atas sumber hartanah kerajaan dan kewangan Negara. Model
kerangka kerja pemanfaatan sumber komuniti secara strategik oleh wadah
pentadbiran komuniti adalah seperti Rajah 3D berikut;

NEGARA MALAYSIA MADANI

Pemain PARLIMEN & KERAJAAN


Industri Pemurnian
Hartanah Desentralisasi
Sumber
WPK / BOS Komuniti
JKPTG Perundangan, Dasar Afirmatif & Bajet sebagai hujung
PTG / PTD tombak Negara
Pemasyarakatan atau Komunitisasi

diberi peranan untuk


Platform Pentadbir Komuniti
MAFI mengoptimunkan
BOS Komuniti
sumber komuniti
KPKT Platform Rakyat secara strategik
Ko-Mart, Syarikat Komuniti dll melalui Strategi
KPLB Lautan Biru Komuniti.
Autonomi
Agensi2 Aset & Hartanah pentadbiran komuniti
Selenggara Tanah Kerajaan. dengan konsep
Konsolidasi

Tanah PTP (Persekutuan, Negeri, PBT) ekonomi kitaran


GLC, BBK, koperatif komuniti
Lain-lain Agensi Kerajaan dilaksanakan dalam
Pemilik Tanah Majlis Agama Islam. memanfaatkan
Kemudahan Awam, sumber komuniti
Lain-lain terutamanya terhadap
Tanah Rizab,
Pemajuan Tanah aset dan hartanah
Swasta, Persendirian,
terbiar yang terdapat
Pusaka di kawasan
Informasi Dan lain-lain pentadbiran komuniti.
Pemetaan,
Pangkalan Data
Geospatial Sumber Gunatenaga & Pengguna
Demografi Jentera Rakyat Dan Warga Komuniti
Gunatanah dll
Rajah 3D: Model kerangka kerja pemanfaatan
21 dan pengoptimuman sumber komuniti
3.4.2 Penyelarasan semula pembangunan infrastruktur premis WPK perlu
dijalankan. Pada masa sekarang, pembangunan infrastruktur di premis komuniti
dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan. Ianya tidak ada penyelarasan, tiada
pelan induk perancangan pembangunan menyeluruh dan sebagainya. Ini telah
menyebabkan berlakunya pertindanan, pembaziran, penambahbaikan berulang,
kelompongan ruang serta tanah tidak ekonomik dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu menyelaras semula pembangunan


infrastruktur dan infostruktur di premis WPK sedia ada. Bagi premis WPK yang baru
maka pembangunan berkonsepkan Strategi Lautan Biru Komuniti (CBOS) perlu
dilaksanakan.

Pembinaan infrastruktur berkonsepkan CBOS perlu mengadakan pakatan strategik


dan kolaborasi dengan rakan-rakan strategik WPK dan jentera rakyat seperti Ko-Mart
dan CLC. Kerja-kerja pembangunan dan pembinaan tersebut akan mempunyai ciri-
ciri CBOS seperti duduk sebumbung, gunasama, serbaguna, value for money,
serampang 2 mata dan sebagainya.

Rajah 3E berikut adalah cadangan contoh susun atur Port Komuniti dan Masjid yang
berkonsepkan CBOS;

Rajah 3E: Contoh susun atur Port Komuniti berkonsepkan CBOS

22
3.5 Pembangunan Modal Insan Berasaskan Komuniti

Pembangunan modal insan yang tepat dijangka akan menghasilkan generasi yang
berdaya saing dan mempunyai kekuatan jati diri yang teguh. Situasi semasa
menunjukkan peranan platform pentadbiran komuniti dalam pembangunan modal
insan warganya adalah kecil, terhad dan tidak diperundangkan.

Sehubungan itu, reformasi institusi secara menyeluruh diperlukan agar platform


komuniti dan Kerajaan secara bersama bertanggungjawab membangunkan modal
insan ke atas warganya bermula dari janin sehinggalah ke liang lahat. Secara
ringkasnya, komuniti boleh berperanan adalah seperti berikut;

3.5.1 Pada peringkat janin dalam kandungan, Kementerian Kesihatan (KKM) telah
menyediakan klinik ibu dan anak untuk ‘penjagaan ibu dan babynya’. Pentadbiran
komuniti boleh (bagi yang kurang mampu) menyediakan khidmat kenderaan komuniti,
menyumbangkan makanan berkhasiat, tempat transit dan seumpamanya ke arah
melahirkan bayi yang sihat.

3.5.2 Pada peringkat kanak-kanak dini (early childhood) suatu pasal yang sangat
penting dalam pembangunan modal insan. Jabatan Kanak-kanak Dini perlu
diwujudkan dan diberi peruntukan yang sewajarnya. Platform pentadbiran komuniti
perlu diberi peranan dan tanggungjawab sebagai ‘penjaga’ selain ibubapa / penjaga
sedia ada khasnya bagi keluarga bermasalah. Oleh itu setiap komuniti perlu memiliki
taska, rumah transit dan sebagainya yang tersendiri untuk menjaga kanak-kanak dini
warganya. Kerajaan perlu menyediakan sumber dan peruntukan khas mengenainya.

3.5.3 Pada peringkat sekolah rendah dan menengah, Kementerian Pendidikan


(KPM) telah menyediakan pelbagai kemudahan yang terbaik. Penambahbaikan yang
boleh dilaksanakan ialah platform komuniti boleh berperanan dengan menyediakan
kenderaan komuniti, rumah transit dan seumpamanya. Premis sekolah rendah milik
KPM sebaiknya menjadi milik bersama dengan WPK iaitu sebagai ‘port komuniti’
pelbagai guna yang beroperasi 24 jam sehari (pengoptimuman sumber komuniti).

3.5.4 Pada peringkat lepasan SPM adalah waktu paling kritikal bagi seseorang
pelajar untuk membuat pemilihan halatuju. Kerajaan perlu memberi peranan penting
kepada platform komuniti untuk mengisi ‘kekosongan dan penantian’ tersebut dengan
membangunkan kapasiti ‘budak baru nak up’ warganya melalui program bersesuaian.

Pada peringkat seterusnya, di mana warga komuniti berkenaan telah boleh secara
mandiri membangunkan kapasiti diri dan keluarganya dalam mengharungi kehidupan.
WPK boleh berperanan membangunkan kapasiti warganya yang telah dewasa
dengan memanfaatkan sumber-sumber yang ada pada mereka melalui penglibatan
mereka sebagai aktivis komuniti. WPK yang kukuh dan produktif akan mampu
mengembleng sumber daya warganya khasnya golongan pencen untuk manfaat
generasi baru warganya. Segala pengalaman dan keistimewaan tertentu golongan
pencen perlu dikongsi, diwarisi dan tidak dibawa bersama ke dalam alam kubur.

Sehubungan itu, platform pentadbiran komuniti mesti diperkukuhkan terlebih dahulu


bagi pembangunan modal insan berasaskan komuniti untuk kemakmuran bersama.
23
3.6 Ekosistem ekonomi kitaran koperatif komuniti memerlukan penjajaran
semula aliran kewangan dan kitaran ekonomi komuniti. Ekonomi kitaran koperatif
komuniti secara strategik di antaranya adalah pekerja adalah warga komuniti
setempat, barangan tempatan setempat sebagai sumber input nya. Hasil keuntungan
diagih kembali kepada warga komuniti melalui program kebajikan dan sebagainya.

Sehubungan itu, konsolidasi dan penggemblengan semua sumber komuniti


diperlukan ke arah kemakmuran bersama semua warga komuniti. Natijahnya, akan
berlaku perubahan jajaran aliran kewangan serta kitaran ekonomi komuniti yang
bersifat koperatif sebagaimana Rajah 3F berikut;

Rajah 3F: Model aliran kewangan dan struktur ekonomi kitaran koperatif komuniti.

Rajah 3F di atas menunjukkan aliran kewangan dan aktiviti ekonomi bagi sesebuah
komuniti itu akan berlegar di dalam kitaran tutup komuniti berkenaan sahaja. Lanjutan
itu, dana peruntukkan kerajaan serta hasil pendapatan komuniti dan Negara tidak
mengalir keluar khasnya keluar negeri melalui upah pekerja asing, pembelian barang
import dan sebagainya.

Cadangan bagi pembangunan ekosistem ekonomi komuniti kemakmuran bersama


yang tersebut di atas ada terkandung di Senarai Pandangan Daan Input yang boleh
dimulakan melalui perolehan di bawah Bajet 2024.
24

You might also like