Tugas 1 Jawi Saifol

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester 2 Tahun 2021

BMMB1114
PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

TUGASAN INDIVIDU

NAMA PELAJAR
MUAZ BIN MUNAJAR

ANGKA GILIRAN
2021232310188

NO. KAD PENGENALAN


021219020739

KUMPULAN/ UNIT
PPISMP BM H

Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : MUAZ Tarikh : 22 MAC 2022

Nama Pensyarah SAIFOL AZHAR BIN GHAZALI


Tarikh Terima
Tarikh Serahan 22 MAC 2022 (Diisi oleh Pensyarah)

Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tandatangan : MUAZ Tarikh :22 MAC 2022

ISI KANDUNGAN HALAMAN


PENGHARGAAN 1

1.0 PENGENALAN 2
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI 2
2.1 SISTEM EJAAN PBMPB DIRAJA JOHOR 2-3
2.2 SISTEM EJAAN ZABA 3
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 4
3.1 EJAAN RUMI WILKINSON 4
3.2 EJAAN RUMI ZABA 4-5
3.3 EJAAN RUMI FAJAR ASIA 5
3.4 EJAAN RUMI KONGRES 5
4.0 PENUTUP 5-6

RUJUKAN 7
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya saya dapat
menyempurnakan tugasan bagi kursus “Pengenalan Sistem Ejaan Jawi Dan Rumi” ini. Saya
telah memperoleh pelbagai pengalaman yang amat berharga dan berguna sepanjang saya
menjalankan tugasan ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Saifol
Azhar Bin Ghazali selaku pensyarah bagi kursus ini kerana telah banyak memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya melakukan tugasan ini sehingga
selesai.

Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah membantu secara
langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa bantuan anda semua
tentunya tugasan ini tidak dapat diselesaikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Institut
Pendidikan Guru Kampus Perlis sama ada pensyarah, staf dan guru-guru pelatih lain yang
membantu secara tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya turut mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang sentiasa memberi sokongan serta dorongan moral kepada saya dalam bidang
perguruan ini. Semoga tugasan ini akan memberikan manfaat kepada orang lain dan diri
saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

1
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan
huruf Jawi. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan
yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.

Abjad Rumi adalah sistem tulisan abjad yang paling banyak digunakan di dunia hari
ini. Rumi berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab, Rumiyah, bermaksud Empayar
Rom, dan abjad Latin dipanggil abjad Rumi kerana ia digunakan oleh Empayar Rom pada
masa itu. Abjad Rom asas mengandungi 26 huruf antara A hingga Z. Ia digunakan dalam
hampir semua bahasa di Eropah, Amerika, Afrika Sub-Sahara, dan Kepulauan Pasifik,
dengan pengubahsuaian kecil. Setiap konsonan dalam Rumi dipanggil konsonan Latin.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI

Orang Melayu sangat terkenal dengan beberapa sistem tulisan yang digunakan hasil
daripada beberapa aktiviti serapan masuk yang dibawa oleh para pedagang yang secara
tidak langsung memberikan pengaruh yang besar kepada orang-orang Melayu. Ejaan Jawi
merupakan khazanah bangsa Melayu yang begitu berharga. Ejaan Jawi juga telah
memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu serta kebudayaan bangsa Melayu.
Catatan sejarah Melayu (Hashim Hj Musa,1990) menunjukkan perkataan Jawi diadaptasikan
oleh bahasa Melayu daripada tulisan Arab.

Penggunaan tulisan Jawi mula digunakan di Tanah Melayu kira-kira pada abad ke-3
hijrah atau ke-10 Masihi yang dikatakan oleh para sejarawan bermula di Kedah dan
kemudiannya merebak ke banyak tempat di Asia Tenggara pada abad ke-11. Terdapat juga
tulisan Jawi yang dijumpai penggunaannya melalui buku undang-undang, hukum kanun,
kitab agama, hikayat, prosa Melayu, catatan hasil cukai, geran tanah, kira-kira baitulmal dan
juga perubatan. Melalui pengembangan sistem tulisan Arab tersebut menyebabkan pelbagai
bukti-bukti kewujudan tulisan Jawi pada batu bersurat atau prasasti, manuskrip lama, surat
perjanjian dan surat izin berniaga yang terlampau banyak.

2.1 SISTEM EJAAN PBMPB DIRAJA JOHOR

Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P. Bm. P. B) telah menerbitkan sistem
ejaan Jawi pada tahun 1937. Sistem Ejaan P.Bm P.B disusun dalam bentuk risalah yang
berjudul Risalah Bagi Helaian P.Bm P.B DiRaja Johor yang mengandungi 25 halaman.
Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad

2
ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang
diasaskan pada tahun 1939.

Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor disusun dalam bentuk risalah yang berjudul
Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. DiRaja Johor yang mengandungi 25 halaman dan
diterbitkan pada tahun 1937 dengan menggunakan huruf Jawi. Sistem ejaan ini agak ringkas
dan kata dieja mengikut bagaimana satu-satu suku kata dibunyikan. Kaedah ini juga
mewujudkan huruf Alif ke belakang apabila wujud imbuhan pada kata dasar. Dalam
panduan ini juga terdapat peraturan ejaan kata dalam bentuk gabungan kata yang
digunakan dalam surat rasmi kerajaan Johor dan juga dalam Buku Katan Melayu.

2.2 SISTEM EJAAN ZABA

Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang pakar bahasa, pejuang dan pencinta
tulisan Jawi yang gigih dan pemikir Melayu yang ulung. Penglibatan beliau dalam
bidang bahasa menambahkan lagi kecintaannya terhadap tulisan Jawi menyebabkan
terhasilnya beberapa buah karya mengenai Jawi. Za’aba mula mengumpul
perkataan-perkataan Melayu sejak tahun 1918 bertujuan untuk menyusun sebuah
kamus Melayu yang besar dan lengkap. Pada tahun 1931 beliau telah menerbitkan
sebuah buku bertajuk “Rahsia Tulisan Jawi” dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan
susunan buku “Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi, namun akibat dari kekangan masa
sebelas tahun kemudian barulah ia diterbitkan iaitu pada tahun 1949.

Za’aba telah membahagikan sistem ejaan kepada dua bahagian iaitu ejaan
pada perkataan asal dan ejaan pada perkataan bertambah. Sistem ejaan Za’aba
dianggap sebagai satu sistem ejaan yang bersistematik dan meliputi pelbagai ejaan
kecuali perkataan-perkataan Inggeris dan kata-kata singkatan. Walau
bagaimanapun, terdapat pelbagai bentuk kekangan dan kekurangan seperti terlalu
banyak pengecualian, masih banyak ejaan lama yang dikekalkan, masih banyak
perkataan mempunyai ejaan yang sama tetapi sebutan berbeza dan sebagainya.
Namun, kelemahan dan kekurangan tersebut sentiasa dibaiki dari semasa ke
semasa selaras dengan perkembangan Bahasa Melayu.

3
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI

Sebelum kedatangan Islam ke Pulauan Asia Tenggara, bahasa Melayu telah pun
mempunyai tradisi tulisan ,iaitu tulisan kawi, Batak, Lampung dan Rencong yang digunakan
oleh masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara Melayu. Ejaan bahasa Melayu telah
mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada tulisan rumi atau jawi. Sistem ejaan
ini agak maju dan menggunakan lambing suku kata dan lambing baris untuk menunjukkan
perbezaan bunyi. Bahasa Melayu terus berkembang sebagai lingua franca yang masyhur
dan dianggap sebagai bahasa Islam yang kedua (Syed Naquib Al-Atas:1972).

3.1 EJAAN RUMI WILKINSON


Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang digunakan secara rasmi di semua sekolah-
sekolah umum adalah sama dan seragam dengan yang digunakan dalam semua
kamus dan penerbitan karya Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901
hingga akhir 1940-an. Pedoman ejaan rumi Wilkinson adalah berdasarkan kamus
jawi-Melayu-Inggeris yang disusunnya pada tahun 1903. Wilkinson telah mengambil
pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian
bunyi-bunyi Melayu. Dalam bulan oktober 1904, terbit Ejaan Wilkinson yang dikenali
sebagai Romanised Malay Spelling yang digunakan secara rasmi di semua sekolah
umu di Tanah Melayu. Ejaan ini digunakan dalam kamus bahasa Melayu karangan
Wilkinson.

Terdapat dua sistem logis bagi perumian bahasa Melayu yang disebut oleh
Wilkinson. Sistem yang pertama ialah perumian secara harafiah menurut ejaan
manakala system yang kedua pula ialah perumian secara harafiah ialah pengambilan
huruf-huruf jawi yang membentuk sesuatu kata dan memandankannya dengan huruf-
huruf Rumi tertentu yang diterima.

3.2 EJAAN RUMI ZA’BA


Munculnya Sistem Ejaan Rumi Za’ba apabila pendeta Za’ba telah membuat
perubahan kepada system Ejaan Wilkison. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan
sekolah. Sistem Ejaan Rumi Za’ba daripada satu segi memperlihatkan kaedah
penggunaan lambing huruf yang berbagai jenis yang mengakibatkan
ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua
urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan system Ejaan Rumi Za’ba
menjadi semakin sukar disebabkan adanya pengejaan kata yang masih menurut
sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi lain yang

4
digunakan dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang diterbitkan
serta tersebar semenjak tahun 1920-an.

3.3 EJAAN RUMI FAJAR ASIA


Ejaan Rumi Fajar Asia ialah kaedah ejaan yang terpakai dalam majalah
dwimingguan Fajar Asia yang telah diterbitkan di Singapura bermula pada tahun
1943 di bawah Zainal Abidin Ahmad sebagai ketua pengarang. Terdapat sedikit
perbezaan grafem yang digunakan dalam Fajar Asia daripada yang terdapat dalam
Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Za’ba. Selain itu, sistem Ejaan Fajar Asia
dapat dikatakan sebagai percubaan pertama dalam usaha menyatukan ejaan Rumi
bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia seandainya dipandang
daripada sudut pengejaan kata dan penulis keharmonian vokal.

3.4 EJAAN RUMI KONGRES


Ejaan Kongres merupakan sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang telah
dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketigaa pada tahun
1956. Perkara ini telah dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu
dengan huruf Rumi. Yang pertama ialah ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah
disatukan atau disamakan. Kedua peraturan ejaanhendaklah mudah dan untuk ini
maka sistem fonologi diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik
dan satu fonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja.
Ketiga ialah pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan
semacam. Dan yang keempat ialah kata-kata daripada bahasa-bahasa asing
hendaklah disusun pengejaannya dengan hukum-hukum fonologi.

Sistem ejaan di Tanah Melayu telah diberikan satu perhatian serius yang penting dan
besar pada tahun 1956. Lantaran itu satu kongres telah diadakan, iaitu Kongres
Bahasa dan persuratan Melayu. Pada 17 April 1959 satu perjanjian persahabatan
telah dimenterai antara Tanah Melayu dengan negara Republik Indonesia. Hasil
daripada perjanjian tersebut maka terbentuklah Sistem Ejaan Kongres.

4.0 PENUTUP
Kesimpulannya tulisan dan ejaan Jawi serta Rumi perlu dijulang semula agar ianya
terus bertahan sehingga hari ini. Ini kerana tulisan Jawi merupakan warisan
kebudayaan Melayu Islam yang amat berharga kepada masyarakat Melayu
khususnya kerana ia melambangkan identiti sesebuah bangsa. Jika tulisan Jawi ini

5
tidak dipelihara, tidak mustahil suatu hari nanti tulisan ini akan terus terkubur dan
masyarakat Melayu akan kehilangan sesuatu yang amat berharga.

RUJUKAN

6
Tatiana A. Denisova (2009), “Konsep Ilmu dan Pendidikan dalam Karya Raja Ali Haji “Tuhfat
al-Nafis” (Kertas Kerja Wacana Fikir ATMA di Universiti Kebangsaan Malaysia, 29
Januari 2009).

Kang Kyoung Seok (1985), “Tulisan Jawi Dalam Konteks Pengajian Melayu” (Seminar
Kebangsaan Pengajian Melayu-Antara Tradisi dan Perubahan, 1985).

Kang Kyoung Seok (1990), Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman. (1991). Ejaan rumi Wilkinson 1904. Dlm. Jurnal Bahasa, Februari 1991
hlm. 115- 126

Ismail Dahaman. (1991). Ejaan rumi selepas Za’ba. Jurnal Bahasa, Jun 1991 hlm. 507- 522.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like