Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PELAKSANAAN AKTIVITI SAMBUTAN AIDILFITRI YANG DILAKUKAN OLEH

PENDUDUK KAMPUNG ALOR GUNONG, ALOR SETAR, KEDAH UNTUK


MENGUKUHKAN SEMANGAT KEJIRANAN.

ABSTRAK

Tajuk kajian ialah “Pelaksanaan Aktiviti Sambutan Aidilfitri yang Dilakukan oleh
Penduduk Kampung Alor Gunong, Alor Setar, Kedah untuk Mengukuhkan Semangat
Kejiranan”. Objektif kajian ialah mengenal pasti aktiviti sambutan Aidilfitti yang dilakukan oleh
penduduk kampung untuk mengukuhkan semangat kejiranan dan mengkaji kesan positif aktiviti
sambutan Aidilfitri dalam kalangan penduduk kampung. Kajian ini dilaksanakan di Kampung
Alor Gunong, Alor Setar, Kedah. Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan
kepustakaan. Data kajian melalui soal selidik terhadap 30 orang responden dianalisis secara
kekerapan, peratusan dan min serta dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan
aktiviti-aktiviti sambutan Aidilfitri yang dilakukan untuk mengukuhkan semangat kejiranan ialah
aktiviti bermain bunga api bersama, melaksanakan solat sunat hari raya Aidilfitri dan aktiviti
rumah terbuka pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini dapat dapat mengukuhkan semangat kejiranan
kerana menjamin keselamatan penduduk, membentuk masyarakat yang saling membantu, dan
mencegah gejala negatif di kampung ini. Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti sambutan Aidilfitri
yang dapat meningkatkan semangat kejiranan yang sedia ada dan mengukuhkannya.

You might also like