Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

3.

0 LOKASI KAJIAN

Pengkaji melakukan kajian ini di Negeri Kedah. Kajian ini dijalankan di sebuah daerah di
Negeri Kedah iaitu di daerah Kota Setar. Kajian ini dijalankan di tempat yang lebih spesifik
iaitu di Kampung Alor Gunong, Alor Setar, Kedah.

3.1 Negeri Kedah Darul Aman

Peta 1 : Peta Negeri Kedah Darul Aman

Sumber : Diperoleh Daripada Laman sesawang https://people.utm.my/shahabuddin/?p=2857

Negeri Kedah Darul Aman terletak di Semenanjung Malaysia. Perkataan Kedah berasal
dari Bahasa Siam iaitu ‘kedat’ yang bermaksud kertas atau watikah manakala dalam Bahasa Thai
pula, disebut sebagai ‘kradat’. Watikah yang digambarkan sebagai kedat ini adalah amanat yang
dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara pada masa itu. Ramai Sejarawan bersetuju
bahawa Kedah adalah negeri yang tertua di Tanah Melayu. Menurut Khoo Kay Kim (1983),
negeri Kedah mempunyai sejarah yang lebih tua dari Melaka. Bukti ketemadunan dan
penempatan manusia di Kedah telah ditemui sejak berabad-abad. Jumlah penduduk di negeri
Kedah, mengikut bancian penduduk Malaysia 2020, adalah seramai 2,131,427 orang. Majoriti
penduduk di Kedah ialah penduduk etnik Bumiputra iaitu seramai 1,632,756 orang manakala
etnik Cina dan India adalah seramai 250,600 orang dan 129,055orang. Pada hari ni, kepadatan
penduduk negeri Kedah atau lebih dikenali sebagai negeri “Jelapang Padi” kira-kira 225
kilometer persegi. Selain itu, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan
Badlishah ialah sultan Kedah ke-29 manakala Menteri Besar Kedah yang terkini pula ialah Dato’
Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. Terdapat 12 buah daerah pentadbirannya di Kedah
iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu, Langkawi, Pendang, Padang Terap, Baling,
Sik, Pokok Sena, Yan dan Bandar Baharu (Diperoleh daripada laman sesawang
https://statsgeo.mycensus.gov.my/geostats/mapv2.php#)

3.2 Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman

Peta 2 : Peta Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman

Sumber : Diperoleh Daripada Laman Sesawang https://webpdt.kedah.gov.my/profil-7/

Nama Kota Setar yang berasal daripada nama pokok ‘stak’ yang tumbuh di kawasan itu.
Sejak tahun 1991, seluruh Daerah Kota Setar terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota
Setar merangkumi 34 buah mukim, manakala pentadbiran tanahnya pula terbahagi kepada
pentadbiran Pejabat Tanah Kota Setar merangkumi 28 buah mukim dan Pejabat Tanah Pokok
Sena merangkumi enam buah mukim. Pada 1 Januari 2008, daerah Pokok Sena telah diasingkan
daripada daerah Kota Setar selepas tertubuhnya Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena. Pihak
berkuasa tempatan di daerah Kota Setar ialah Majlis Bandaraya Alor Setar. Majlis Bandaraya
Alor Setar telah dinaik taraf dari Majlis Perbandaran Kota Setar pada 28 November 2003
sekaligus menjadi bandaraya kesembilan di Malaysia. Dari segi bilangan penduduk, mengikut
bancian penduduk Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kota Setar ialah seramai 417,800
orang dengan kepadatan penduduk 982 orang perkilometer persegi. Penduduk paling ramai
berbangsa Melayu iaitu seramai 310,500 orang. Pada hari ini, keluasan daerah kota setar atau
dikenali sebagai alor setar adalah seluas 420 kilometer persegi. Pengiraan pada tahun 2021,
terdapat 125 buah bilangan sekolah yang ada termasuk sekolah menengah dan rendah.
(Diperoleh daripada laman sesawang https://www.dosm.gov.my/ )

3.3 Kampung Alor Gunong, Alor Setar, Kedah

Gambar 1 : Gambar Masjid Halim Shah yang Menjadi Mercu Tanda Kampung Alor Gunong,
Alor Setar, Kedah

Sumber : Kajian Lapangan 2023

Kampung Alor Gunong merupakan sebuah kampung yang terletak di Alor Setar, dalam
negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia. Terdapat beberapa kemudahan yang
disediakan seperti sebuah Tabika KEMAS (di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar)
di sebelah sungai Kampung Alor Gunung kira-kira 30 meter dari jalan besar Jalan Gunung
Keriang. Surau Kampung Alor Gunung terdapat di dalam kampung bersebelahan iaitu Kampung
Pokok Tai. Selain itu, Kampung Alor Gunong juga mempunyai sebuah pasar ikan, barang guna
keperluan rumah dan kuih-muih di pintu masuk. Kampung Alor Gunong ini hanya diduduki oleh
satu kaum iaitu kaum Melayu. Di kampung ini terdapat ketua kampung yang bernama
Muhammad Afifi bin Basri berumur 27 tahun dan beliau baru menamatkan kuliah di Institut
Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) atau sekarang dikenali sebagai Universiti
Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS). Sekarang beliau
ditugaskan untuk menjadi imam di Masjid Halim Shah. Selain itu, anggaran rumah yang terdapat
di Kampung Alor Gunong adalah sebanyak 800 buah rumah dan anggaran bagi jumlah penduduk
pula adalah seramai 3200 hingga 4000 orang penduduk.

You might also like