Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS EMCEE SEMPENA KEJOHANAN CATUR MSSD JULAU 2022

MAS ATURCARA CATATAN


A
1600 Selamat petang dan salam sejahtera, semua para hadirin diminta Nyanyian Lagu
untuk berdiri tegak bagi menyanyikan lagu kebangsaan, Lagu Negaraku &
Negaraku. Ibu Pertiwiku

Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Memimpin Doa (
Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Cg Jason)

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, dengan ini majlis
menjemput Cikgu Jason untuk memimpin dalam doa. Dipersilakan…

Terima kasih Cikgu Jason atas doa sebentar tadi.

Yang berusaha, Penolong Kanan Pentadbiran SK Nanga Dayu, Cikgu Ucapan alu-
Chiu Chee Kiong, yang dihormati, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, aluan Pengacara
Cikgu Halianawatie Binti Maliki, Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Majlis
Sanusi Bin Barawi, barisan jurulatih dan pengiring kejohanan catur,
rakan - rakan guru, rakan - rakan AKP, peserta- peserta kejohanan
catur, dan murid - murid yang disayangi. Selamat petang dan salam
sejahtera.

Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua;


Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua.

Berkumpulnya kita pada petang ini adalah sempena untuk majlis


penutupan Kejohanan Catur MSSD Julau.

Pada kali ini, terdapat 9 buah sekolah dalam daerah Julau menyertai
Kejohanan Catur yang diadakan pada julung kalinya di peringkat
daerah kita. Antara sekolah yang terlibat adalah SK Nanga Dayu,
SJK© Yuk Kung, SK Nanga Engkamop, SK Nanga Maong, SK Nanga
Meluan, SK Nanga Semawang, SK St. Alphonsus, SK Ulu Entaih dan
SK Ulu Sungai Naman. Tahniah diucapakan kepada semua sekolah
yang telah menyertai kejohanan pada kali ini.

Untuk pengetahuan murid di samping untuk mengasah dan


memperkembangkan bakat pelajar dalam permainan catur, tujuan
utama kejohanan ini diadakan adalah untuk memilih wakil - wakil
Pasukan MSSD Julau yang akan bertanding dalam Kejohanan Catur
MSS Bahagian Sarikei 2022 di SMK Bandar Sarikei kelak.

Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Ucapan


Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Penutupan
(Cg Chiu)
Dengan ini majlis menjemput Cikgu Chiu Chee Kiong untuk
memberikan sepatah dua kata ucapan aluan dan seterusnya mewakili
Encik Juna Anak Jelani, Pengerusi Pengelola Kejohanan Catur MSSD
Julau untuk menutup secara rasmi kejohanan ini. Dipersilakan.
Terima kasih Cikgu Chiu yang telah menyempurnakan upacara
penutupan sebentar tadi.

Berkebaya batik berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian Upacara


Tibalah masa penyampaian hadiah, Penerima teruja menunggu giliran Penyampaian
Hadiah - hadiah
Para hadirin yang dihormati sekalian, yang kita nanti - nantikan kita Kejohanan
sudah tiba. Majlis kita akan diteruskan dengan Upacara Penyampaian
Hadiah - hadiah Kejohanan

Dengan ini, saya menjemput Penolong Kanan Pentadbiran SK Nanga


Dayu, Cikgu Chiu Chee Kiong uuntuk menyampaikan pingat dan trofi
kejohanan kepada para pemenang.

Dimulai dengan tempat Kategori Lelaki 12 Tahun Kebawah.


Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan, _____________________
Tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan, __________________
Johan jatuh kepada pasukan, ____________________________

Seterusnya, bagi Kategori Perempuan 12 Tahun Kebawah.


Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan, _____________________
Tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan, __________________
Johan jatuh kepada pasukan, ____________________________

Untuk kategori keseluruhan,


Tempat ketiga dimenangi oleh, ___________________________
Tempat kedua pula jatuh kepada, _________________________
Johan keseluruhan Kejohanan Catur MSSD Julau, telah dirangkul
oleh pasukan, ______________________________.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Sesungguhnya usaha


dan pengorbanan anda tidak sia - sia kerana anda telah memberikan
yang terbaik.

Seterusnya, majlis menjemput Ketua Arbiter atau PT Catur Daerah Mengumumkan


Julau, Cik Irene Wong Chai Sia untuk mengumumkan senarai peserta peserta yang
yang akan mewakili daerah Julau dalam Kejohanan Catur MSS akan mewakili
Bahagian Sarikei 2022 di SMK Bandar Sarikei. Dipersilakan. daerah

Terima kasih Cik Irene atas pengumuman peserta sebentar tadi. Nyanyian Lagu
Bagi mengakhiri majlis kita pada petang ini, semua para hadirin Sekolah
dijemput berdiri untuk sama - sama menyanyikan lagu kebesaran
negeri Sarawak, Lagu Ibu Pertiwiku.

Mewakili pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Catur MSSD


Julau 2022, kami memohon maaf atas kekurangan atau kesilapan
semasa mengelolakan kejohanan ini. Terima kasih kepada semua yang
terlibat dan semoga kenangan manis sahaja yang anda ingati semasa
berada di Dayu.

Terimalah dua rangkap pantun untuk mengakhiri majlis kita pada


pada hari ini.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita;


Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi;


Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.

Sekian, Terima Kasih.

You might also like