Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

AHLI JAWATANKUASA PENAJA PENUBUHAN PERSATUAN KELAB BOLA KERANJANG BESUT EAGLES
(BESUT EAGLES BASKETBALL CLUB)

Tarikh : 1 JANUARI 2023

Masa : 8.00 MALAM

Tempat : Bilik Mesyuarat SJKC Chung Hwa Jerteh, 22000 Jerteh,


Terengganu.
Pengerusi : Pn. Ong Siew Peng
Kehadiran (Bilangan) : 10 Orang
Nama Yang Hadir : 1. Pn. Ong Siew Peng
2. En. Chia Han Wei
3. Pn. Alice Ngu Li Ging
4. En. Yeo Chee Keong
5. Pn. Yeo Ley Min
6. En. Lau Xi Shen
7. Pn. Toh Bee Ling
8. Cik Lua Huey Ying
9. En. Poh Chian Gim
10. En. Tan Eng Lim
Nama Yang Tidak Hadir :-
Turut Hadir (Jika ada ) :-

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dan mengucapkan terima kasih
kerana dapat sama-sama menghadirkan diri ke mesyuarat ahli Jawatankuasa
Penaja Penubuhan Kelab Bola Keranjang Besut Eagles (Besut Eagles
Basketball Club).
Tindakan: Makluman

1.2. Pengerusi menyatakan yang beliau berharap agar persatuan ini akan dapat
ditubuhkan bagi mengikuti segala pertandingan yang ada di negeri Terengganu.
Tindakan: Makluman
1.3 Beliau juga berharap agar Pemohonan Penubuhan Persatuan Bola Keranjang ini
diluluskan seawal mungkin agar dapat mengikuti dan menjalankan aktiviti sukan
ini dengan lebih baik dan berkesan dengan adanya ahli jawatankuasa yang telah
dilantik. Beliau juga memaklumkan bahawa, program yang terdekat akan
dilaksanakan adalah Kejohanan Bola Keranjang Bawah 15 Tahun Peringkat
Negeri Terengganu yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.
Tindakan: Makluman

2 RESOLUSI PENUBUHAN KELAB:


2.1 Mesyuarat ahli jawatankuasa penaja penubuhan Kelab Bola Keranjang Besut
Eagles telah dilaksanakan untuk menubuhkan kelab di peringkat Daerah Besut di
bawah naungan Persatuan Negeri Terengganu. Ahli mesyuarat telah bersepakat
untuk memilih Kelab Bola Keranjang Besut Eagles (Besut Eagles Basketball
Club) sebagai nama rasmi badan sukan.
Tindakan: Makluman
2.2 Pengerusi membuka kepada ahli mesyuarat agar mencadangkan penubuhan
Kelab Bola Keranjang Besut Eagles. Berikut adalah nama pencadang dan
penyokong:
Pencadang : En. Chia Han Wei
Penyokong : En. Poh Chian Gim
Tindakan : Makluman

3. PENETAPAN ALAMAT PENUBUHAN:


3.1 Pengerusi berbincang bersama-sama ahli mesyuarat berkaitan dengan alamat
pertubuhan persatuan yang baru.
.
Tindakan : Makluman

3.2 Puan Alice Ngu Li Ging telah mencadangkan alamat persatuan supaya
persatuan mempunyai tempat khusus untuk membuat aktiviti atau perjumpaan.
Berikut adalah alamat yang:
3.2.1 5043 Tmn Jerteh Indah,
22000 Jerteh, Terengganu.
Telefon : 019-2802878
Email : polarbear89119@gmail.com
3.2.2 Pencadang : Pan Alice Ngu Li Ging
Penyokong : Pn. Yeo Ley Min
Tindakan : Makluman
4. PERLANTIKAN JAWATANKUASA:
4.1 Pengerusi meneruskan agenda mesyuarat dengan perlantikan ahli jawatankuasa
Penaja Kelab Bola Keranjang Besut Eagles. Beliau membacakan senarai ahli
jawatankuasa yang diperlukan dalam penubuhan persatuan yang baru ini. Antara
jawatankuasa yang perlu dilantik adalah Presiden. Timbalan Presiden, Naib
Presiden, Setiausaha, Bendahari dan ahli jawatankuasa.
Tindakan: Makluman

4.2 Pengerusi meneruskan agenda dengan membuka kepada ahli untuk melantik
jawatan pengerusi.
4.2.1 Presiden : Pn. Ong Siew Peng
Pencadang : En. Chia Han Wei
Penyokong : En. Poh Chian Gim
Keputusan : Sebulat suara

4.2.2 Timbalan Presiden


: En. Chia Han Wei
Pencadang : Pn. Alice Ngu Li Ging
Penyokong : En. Yeo Chee Keong
Keputusan : Sebulat suara

4.2.3 Naib Presiden


: En. Poh Chian Gim
Pencadang : En. Lau Xi Shen
Penyokong : En. Tan Eng Lim
Keputusan : Sebulat suara

4.2.4 Setiausaha : Cik Alice Ngu Li Ging


Pencadang : Pn. Toh Bee Ling
Penyokong : Cik Lua Huey Ying
Keputusan : Sebulat suara.

4.2.6 Bendahari : Cik Lua Huey Ying


Pencadang : En. Tan Eng Lim
Penyokong : En. Chia Han Wei
Keputusan : Sebulat suara
4.2.7 Penolong Bendahari
: Puan Yeo Ley Min
Pencadang : En. Tan Eng Lim
Penyokong : Puan Toh Bee Ling
Keputusan : Sebulat suara

4.2.8 3 orang Ahli Jawatankuasa:


4.2.8.1 En. Yeo Chee Keong
4.2.8.2 Puan Toh Bee Ling
4.2.8.3 En. Lau Xi Shen
4.2.8.4 En. Tan Eng Lim
Tindakan : Makluman

5. MENYEMAK DAN MELULUSKAN PERLEMBAGAAN:


5.1 Pengerusi membacakan perlembagaan dan membuat perubahan dengan
menambah dan menolak perlembagaan yang sedia ada kepada ahli mesyuarat
mengikut kepentingan dan keperluan persatuan. Beberapa fasal yang terdapat di
dalam perlembagaan telah diubah dan dikemaskini serta dilengkapkan mengikut
persetujuan ahli mesyuarat. Berikut adalah perubahan fasal yang telah
dipersetujui oleh ahli mesyuarat :

5.1.1 Nama Persatuan : Kelab Bola Keranjang Besut Eagles


(Besut Eagles Basketball Club)
Singkatan : BEBC

5.2 Alamat dan Tempat Urusan:


5043, Tmn Jerteh Indah,
22000 Jerteh, Terengganu.
5.3 Yuran Keahlian:
5.3.1 – Fasal 7.1 – Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan
tahunan kepada kelab seperti berikut :

BIL JENIS KEAHLIAN PENDAFTARAN TAHUNAN


1 Ahli Gabungan RM10.00 RM50.00
2 Ahli Individu RM 10.00 RM50.00
3 Ahli Bersekutu RM10.00 RM50.00
4 Ahli Kehormat PERCUMA

5.3.2 Fasal 7.3 - Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh 2
tahun menyebabkan keahliannya terbatal.

5.3.3 Fasal 7.4 - Sekirannya ahli telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi
ahli semula, beliau hendaklah mengemukakan permohonan baru dan
membayar yuran pendaftaran. Yuran tahunan dan penalti sebanyak
RM100.00.

5.4 Kewangan : ( Rujuk Perlembagaan Fasal 21 )


5.4.1 Fasal 21.4 – Perbelanjaan kurang daripada RM10, 000.00 bagi sesuatu
masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa Induk.
5.4.2 Fasal 21.5 – Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak lebih daripada
RM2, 000.00 dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu
mesti dimasukkan ke dalam akaun persatuan.
5.4.3 Fasal 21.6 – Perbelanjaan melebihi daripada RM20, 000.00 bagi sesuatu
masa hendaklah mendapatkan kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan atau
Mesyuarat Agung Khas.

6. HAL-HAL LAIN
6.1 Pn. Ong Siew Peng
Beliau berharap agar penubuhan kelab ini mendapat kelulusan yang cepat
daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia kerana aktiviti pertama persatuan ialah
kejohanan bola keranjang bawah 15 tahun peringkat negeri Terengganu 2023
yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.30 Malam.


Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………………….
(ALICE NGU LI GING) (ONG SIEW PENG)
Setiausaha, Pengerusi Mesyuarat,
Ahli Jawatankuasa Penaja. Ahli Jawatankuasa Penaja.

You might also like