Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAKUM

28500 LANCHANG , PAHANG


MESYUARAT KURIKULUM & TAKLIMAT PENTADBIRAN
BIL 2 / 2021

TARIKH : 19 Februari 2021


HARI : Selasa
Masa : 3.00 petang
Medium : Google Meet
Kehadiran : Semua guru

URUSETIA
Unit Kurikulum

CATATAN MESYUARAT
1.1 Ucapan Aluan Guru Besar
Mesyuarat dimulai dengan bacaan al-Fatihah dan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh
Tn.Hj.Sarif b. Yusuf.
Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang menyertai
mesyuarat kali ini.
Guru Besar juga memberi penerangan mengenai jadual baru saranan daripada KPM . Beliau
juga menyatakan harapan KPM untuk murid-murid mencapai tahap minimum sekurang-
kurangnya tahap 3 dalam tempoh PDPR iaitu murid tahu, faham dan boleh buat. Murid juga
boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada satu
situasi.

1.2 PENGESAHAN MINIT


Minit mesyuarat Kurikulum bil 1/2021 dicadangkan untuk disahkan oleh En.Abdul Rahim
dan disokong oleh Pn. Nurul Farhana.
1.3 PERKARA BERBANGKIT
- Verifikasi data – semak semula data dalam e-operasi yang tidak betul dan maklumkan
kepada GPK 1
- SKPMG2 – berjalan seperti biasa walaupun PdPR. Borang kendiri akan diedarkan dalam
masa terdekat.
- Jadual 2.0 akan dikongsikan dalam group rasmi sekolah. Puan Amirul Karamah
memaklumkan bahawa jawatankuasa jadual tidak dapat memenuhi permintaan guru yang
ingin menukar subjek bagi memudahkan urusan semua pihak.

1.4 TAKLIMAT PdPR OLEH GURU BESAR


1.4.1 PdPR SECARA LUAR TALIAN
Pelaksanaan – berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer,
komputer riba , tablet atau telefon pintar tanpa capaian internet.
Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan
pembelajaran lain.
Proses muat turun – guru muat turun bahan PdP dalam bentuk video, slaid , nota daripada
sumber ketika ada capaian internet dan diberikan kepada murid melalui medium
komunikasi yang sesuai.
Tempoh guna peranti – guru perlu menetapkan tempoh masa penggunaan peranti secara
luar talian dengan mengambil kira pandangan ibu bapa.

1.4.2 PdPR SECARA DALAM TALIAN


Pelaksanaan – berlaku apabila terdapat capaian internet dan penggunaan peranti untuk
murid belajar secara real time.
Pelantar pembelajaran – DELIMa, Cikgootube, Eduweb TV dan aplikasi media social.
Penggunaan aplikasi – Google Meet, Zoom, Micosoft Team secara live streaming.
ePermainan – penggunaan gamification, video clip audio, eBuku, rakaman atau tugasan
dalam talian. (kahoot!,quizlet, quizizz)
Bahan pembelajaran – disesuaikan mengikut kelompok kebolehupayaan murid.
Contoh:
1) kelompok cemerlang – teks penuh, bahan mentah yang belum diproses, bahan yang
mencabar daya fikir yang tinggi dikalangan murid.
2) kelompok sederhana / lemah – ringkasan teks, bahan mentah separa siap atau sudah
siap, bahan yang difikirkan sesuai dengan aras kebolehupayaan murid
1.4.3 PANDUAN PELAKSANAAN GURU
1) Mengenal pasti kandungan kurikulum yang terkesan semasa pelaksanaanPdPR dan
pembelajaran tahun semasa.
2) Mengadakan perbincangan dalam panitia untuk merancang pelaksanaan kurikulum tahun
semasa.
3) Merujuk dokumen penjajaran kurikulum bagi kan Dungan kurikulum mata pelajaran yang
terkesan.
4) Merancang pelaksanaan kurikulum dan menyisipkan standard kandungan / standard
pembelajaran dari DPK2.0 tahun sebelum ke dalam DPK2.0 tahun semasa.
5) Menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan
6) Merancang pengajaran harian dengan mengambil kira :
- pendekatan PdP yang bersesuaian
- operasi sekolah dan jadual waktu
- sumber yang ada
7) Melaksanakan PdP
- Secara bersemuka, dalam talian, pembelajaran kendiri berstruktur
8) Melaksanakan PBD dan merekodkan tahap penguasaan murid.

1.5 TAKLIMAT GPK KURIKULUM


- Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat
kali ini.
- Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mendapat kelulusan penggunaan jadual PdPR
terbaru daripada Dr. Nasarudin.
- Beliau telah menunjukkan slide contoh muka depan modul PdPR. (rujuk sisipan)
- Pemantauan PdPR / skpmg2 (standard 4) diteruskan. Jadual pemantauan juga turut
dipaparkan untuk makluman semua guru.
- Beliau mengingatkan supaya semua guru menyediakan rekod PBD PdPR.
1.6 PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang sehingga pada tarikh yang akan diberitahu
kelak

1.7 TARIKH
25 / 2/2021

You might also like