Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Kajian Kes Sejarah

Tingkatan 3

Tajuk : BAB 7 : Penentangan Masyarakat Tempatan

Nama Penulis : Marissa Neo Jia Xuan

Kelas : 3A12
Objektif Kajian
1.0 : Menjelaskan tentang latar belakang pahlawan tempatan.
2.0 : Mengenal pasti faktor penentangan pahlawan terhadap kuasa British.
3.0 : Menerangkan peristiwa penentangan pahlawan tempatan.
4.0 : Menghuraikan kesan penentangan pahlawan tempatan.
5.0 : Mencadangkan cara untuk mempertahankan kedaulatan negara kita
daripada ancaman luar.

1. Dato’ Maharaja Lela

Latar Belakang
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal
dari daerah Luwuk, Sulawesi. Beliau memegang gelaran Orang Kaya-kaya Maharaja Tun
Jana Putra. Dato’ Maharaja Lela juga merupakan Orang Besar Berlapan Perak yang
mentadbir Pasir Salak. Sebagai Pembesar Yang Lapan di Perak, beliau antara tokoh yang
dianggap berwibawa dan begitu dihormati oleh penduduk. Keprihatinan beliau membela
nasib rakyat dan menghalang gangguan British mendapat sokongan ramai. Seruan beliau agar
mengatur rancangan menghalang pertapakan British telah mengundang ramai pengikut,
bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu malahan juga orang asli sendiri, antaranya
Seputum yang ditugaskan membunuh J.W.W.Birch. Pengetahuan agama dan ketinggian
keperibadiannya, menyebabkan beliau dilantik sebagai mufti Perak dan dianugerahkan
gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa yang boleh memancung tanpa bertanya.

Faktor Penentangan
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang
membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan
diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch juga membakar rumah
Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

b) Mencabar Ketuanan Melayu


Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah
didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British dan kuasa mentadbir
negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai
dan melantik penghulu.

c) Memperkenalkan Cukai Baharu


Birch bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu
atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2
dolar sebagai cukai kelamin.

d) Mencabuli Adat Resam


Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan
amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan
permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.

J.W.W. Birch Sultan Abdullah

Peristiwa Penentangan

Pada 16 Oktober 1874, Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah R.C Woods,
peguam dari Pulau Pinang untuk memansuhkan Perjanjian Pangkor. Namun begitu, usahanya
gagal.
Pada 21 Julai 1875, Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah
bermesyuarat secara sulit di Durian Sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk
membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya. Mereka berazam untuk menghalau British
keluar dari bumi Perak.
Pada 2 November 1875, James Wheeler Woodford Birch (J.W.W. Birch) diiringi oleh
Leftenan Abbott, Mat Arshad, jurubahasanya dan sepasukan tentera tiba Pasir Salak untuk
menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’
Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch.
Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan
dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku
hampir setengah tahun.
Pada 7 November 1875, pertempuran berlaku di Bandar Tua. Dato’ Maharaja Lela
akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.

Ahli-ahli mesyuarat untuk Tempat Birch dibunuh


menghapuskan J.W.W Birch

Kesan Penentangan

Pada tahun 1877, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum
dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang
negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail pula dibuang negeri ke Johor. British
tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa
penjajah.
Kubu Dato’ Maharaja Lela

2. Haji Abdul Rahman Limbong


Latar Belakang
Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau Haji Abdul Rahman
Limbong merupakan ketua Gerakan Kebangkitan Tani. Beliau lahir pada tahun 1868 dan
keluarganya berasal dari Patani dan Terengganu. Haji Abdul Rahman Limbong mendapat
pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Beliau juga mendapat gelaran
Limbong kerana beliau sering mengajar agama di Limbong, Kemaman, Terengganu. Selain
mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulama yang suka mengembara
atau merantau ke beberapa buah negeri dalam mengembangkan syiar Islam.

Faktor Penentangan
a) Pihak British Memperkenalkan Cukai Tanah
Peraturan tanah yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 1921 di Terengganu telah
mensyaratkan bayaran cukai sebanyak 50sen setahun.

b) Undang-undang tanah berlawanan dengan hukum syarak


Pengenalan undang-undang tanah ini bererti menghapuskan undang-undang adat pemilikan
tanah petani yang pernah dikerjakan turun temurun. Tanah yang diusahakan itu adalah hak
pusaka nenek moyang dahulu, jadi tidak wajar bagi mereka membayar cukai dan
mendapatkan surat kebenaran untuk menggunakan tanah mereka sendiri. Dalam peraturan ini
juga, hasil hutan tidak dibenarkan untuk diambil.

Peristiwa Penentangan
Penentangan terhadap British yang pertama berlaku pada tahun 1922 di Hulu
Telemong. Penentangan ini bermula apabila 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke
mahkamah atas tuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa mendapatkan pas
kebenaran daripada Kerajaan British. Mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong yang
telah memohon Lesen Wakil (pleader) untuk menjadi wakil kepada tertuduh. Beliau berjaya
membebaskan mereka dari tuduhan dengan menitikberatkan undang-undang Islam.

Pada tahun 1925, satu lagi kebangkitan menentang undang-undang British berlaku di
Kuala Telemong. Kebangkitan ini disebabkan oleh beberapa orang telah membersihkan
kawasan tanah Kuala Telemong tanpa meminta pas kebenaran untuk bercucuk tanam.
Kebangkitan ini mendapat sokongan yang kuat daripada ramai rakyat Terengganu. Walau
bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam kebangkitan tersebut.

Peristiwa-peristiwa kebangkitan rakyat Terengganu di Hulu Telemong dan Kuala


Telemong pada tahun 1922 dan 1925 telah menambahkan kebencian rakyat terhadap British.
Semangat kebangkitan rakyat Terengganu sampai ke kemuncaknya pada tahun 1928 di Kuala
Berang.

Pada 23 Mei 1928, penduduk yang berhimpun di Kuala Berang telah menduduki pejabat
kerajaan dan memusnahkan balai polis di situ. Kerajaan British telah menghantar sepasukan
polis di bawah pimpinan Dato’ Seri Lela Diraja dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang
untuk mengawal keadaan. Di situ, Dato’ Seri Lela Diraja telah memberi amaran kepada
rakyat supaya berhenti dan tidak meneruskan pergerakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan
tidak menghiraukan amaran tersebut. Akibatnya, pasukan polis telah melepaskan tembakan.
Haji Abdul Rahman Limbong menerima sokongan daripada penduduk tempatan

Kesan Penentangan
Apabila berlaku Kebangkitan Tani 1928, Haji Abdul Rahman Limbong akhirnya
ditangkap oleh British semasa beliau berada di rumahnya di Kampung Beladau. Beliau
dikenakan tuduhan menghasut dan terlibat dengan pemberontakan pada tahun 1928.

Setelah disoal siasat di Istana Maziah, dan diatas nasihat Dato’ Seri Amar Diraja, beliau
dikenakan hukuman buang negeri ke Mekah. Bagaimanapun segala perbelanjaan dan urusan
penghantarannya ke Mekah ditanggung oleh kerajaan negeri Terengganu. Haji Abdul
Rahman Limbong menghembuskan nafas terakhir pada 6 November 1929 dan dikebumikan
di Mekah.
Makam Pahlawan di Perkarangan
Masjid Kuala Telemong

3. Rentap
Latar Belakang
Rentap (lahir sebagai Libau anak Ningkan, juga dikenali sebagai Libau Rentap) ialah seorang
pahlawan Iban-Dayak dan salah satu pejuang Iban yang dikenali di Sarawak semasa
pemerintahan pertama Raja Putih, James Brooke. Beliau dilahirkan pada tahun 1800 dan
mendapat gelarannya apabila dia memenggal kepala musuh yang pertama. Selain panggilan
Rentap, beliau juga dipanggil ‘Raja Darat’ dan ‘Raja Ulu’. Rentap juga merupakan
pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Nama pujiannya, "Rentap Tanah,
Runtuh Menua", diterjemahkan dari Bahasa Iban sebagai "Bumi-gegar, Penggoncang-
dunia". Slogan beliau yang paling terkenal dan sering digunakan adalah "Agi idup, Agi
ngelaban" yang bermaksud "Masih hidup, masih melawan".

Faktor Penentangan
a) Rentap dituduh oleh James Brooke sebagai lanun
James Brooke telah menghapuskan petempatan orang Iban dan mendirikan kubu di Nanga
Skrang untuk mengawasi pergerakkan orang Iban.

b) Penjajahan Brooke
Tindakan Brooke seperti merampas tanah orang Iban dan memaksa orang Sarawak bayar
pelbagai cukai telah menimbulkan rasa marah dalam Rentap.
James Brooke

Peristiwa Penentangan
Pada 19 Ogos 1844, Rentap merancang untuk menyerang James Brooke di kubu British
dekat Sungai Skrang pada. Buat pertama kalinya, Rentap berjaya dan kemenangan ini buat
ramai orang Iban menyanjunginya.

Pada 24 Julai 1849, Brooke kembali bersama askarnya dan menyerang kampung Rentap.
British telah bawa bersama kapal tentera laut, H.M.S Royalist, H.M.S Ranee dan 8 lagi kapal
kecil masuk kawasan Skrang dan Saribas. Kemudian pada 31 Julai 1849, perang terbesar di
Sarawak tercetus dan membunuh lebih kurang 500 orang Rentap. Namun kejayaan tetap
berpihak kepada Rentap kerana dia berjaya lindungi orang penting dalam kampungnya.

Pada awal tahun 1853, Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang
pasukan Brooke di kubu Nanga Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Pertempuran
yang sengit antara kedua-dua pihak di Lintang Batang berlaku. Semasa pertempuran itu,
seorang pengawai James Brooke bernama Alan Lee terkorban. Walau bagaimanapun,
pengikut Brooke kemudiannya telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang
tempat kediaman para pengikut Rentap.
Pada tahun 1854, James Brooke menyerbu kubu Rentap di Bukit Sadok. Ini
menyebabkan Rentap terpaksa berundur pulak ke Bukit Sadok dan kemudian membina kubu
yang lebih kuat untuk melindungi diri mereka daripada serangan British.

Pada tahun 1857, James Brooke telah menghantar Sir Charles Brooke untuk menyerang
kubu Bukit Sadok. Charles Brooke menggempur kubu Rentap di Bukit Sadok tetapi Rentap
berjaya mengundurkan pasukan Charles Brooke.
Pada Ogos 1858, Charles Brooke cuba untuk serang kubu Rentap di Bukit Sadok buat
kali kedua. Namun, mereka masih tidak berjaya disebabkan oleh kubu yang telah dibina
dengan ciri-ciri keselamatan yang hebat.

Pada September 1861, James Brooke dan Charles Brooke telah mengetuai serangan
ketiga ke atas kubu Rentap di Bukit Sadok. Dalam peperangan ni, Rentap dan pahlawannya
telah diserang dalam jarak yang dekat menggunakan pistol Six-Pounder dan sebuah meriam
yang dipanggil “Bujang Sadok”. Semasa pertempuran tu, kedua-dua belah pihak saling
berbalas tembakan meriam dan lepas sebulan, barulah pihak British dapat tawan Bukit Sadok.
British mencapai kemenangan dan James Brooke membakar tempat tinggal Rentap serta
kubu Bukit Sadok tersebut.

Charles Brooke Kubu Rentap di Bukit Sadok

Kesan Penentangan
Selepas kekalahan mengejut di Bukit Sadok, Rentap dan orang-orangnya
berundur ke Bukit Lanjak yang kini dikenali sebagai Entabai. Mereka cuba
merancang untuk menyerang hendap British lagi tetapi perjuangan Rentap
berakhir apabila dia meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Lumbung Libau Rentap

Bagaimanakah kita boleh mempertahankan kedaulatan


negara kita daripada ancaman luar?
Antara cara kita boleh mempertahankan kedaulatan negara kita daripada ancaman luar
adalah bermula daripada diri pemimpin sendiri. Pemimpin merupakan salah satu individu
yang terpenting dalam tampuk pemerintahan negara. Sebagai contoh, pemimpin haruslah
bersifat adil dan saksama serta sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat. Kesannya, rakyat
akan memberi kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada pemimpin dan keselamatan
negara turut terpelihara.
Selain itu, rakyat haruslah memupuk sikap patriotism dalam diri. Hal ini demikian kerana
sikap ini dapat melahirkan masyarakat yang progresif, demokratik, dan bersifat terbuka.
Perpaduan kaum juga amat penting bagi menjaga keselamatan negara kerana jika tiadanya,
negara akan menjadi huru-hara dan kacau-bilau. Justeru itu, sikap patriotism dan perpaduan
antara kaum perlu dipupuk supaya kedaulatan negara lebih terjamin.

Seterusnya, rakyat haruslah saling menghormati perbezaan keturunan, kebudayaan dan


agama masing-masing. Setiap individu haruslah bertolak ansur antara satu sama lain dan
menghormati cara hidup, pegangan, adat resam, budaya serta keturunan kumpulan etnik. Hal
ini kerana, apabila semua rakyat menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain,
pergaduhan atau peselisihan faham tidak akan berlaku dan keharmonian serta keselamatan
negara turut terpelihara.

Di samping itu, kedaulatan negara juga dapat dikekalkan dengan menjalinkan hubungan
persahabatan dengan negara-negara lain. Hubungan ini dapat mewujudkan pelabuhan asing
serta menghalang sebarang penjajahan pada masa akan datang. Peluang pekerjaan juga dapat
diwujudkan dan ekonomi negara akan turut meningkat.

Akhir sekali, kedaulatan negara juga dapat dikekalkan melalui kebolehan yang
ditunjukkan oleh negara dan pemimpinnya. Kebolehan yang ditunjukkan oleh negara kita
kepada negara luar akan menyebabkan negara luar hormat kepada negara kita. Rasa
kehormatan ini akan mengukuhkan lagi kedaulatan negara kita.

Kesimpulan

Sistem pentadbiran Barat telah menyebabkan penderitaan dan penghinaan dalam


kalangan penduduk tempatan. Bukan itu sahaja, kekayaan tanah air telah dirampas oleh
British dan masyarakat tempatan turut ditindas. Demi mengembalikan maruah bangsa dan
kedaulatan negara, masyarakat tempatan telah bangkit berjuang menentang British yang
menggunakan pelbagai strategi seperti tipu helah, manipulasi, pengaruh istana, kekuatan
tentera dan menguatkuasakan undang-undang untuk menewaskan kebangkitan tersebut.
Pejuang-pejuang negara ini dijatuhi hukuman mati, dibuang negeri, dipenjara, harta benda
mereka dirampas dan kampung halaman mereka dibakar sehingga menjadi padang jarak
padang terkukur. Semangat perjuangan mereka dikagumi dan menjadi inspirasi kepada
generasi akan datang agar bersiap sedia mempertahankan kedaulatan maruah bangsa dan
bumi tercinta. Akhir sekali, generasi muda juga akan mendapat iktibar dan semangat
perjuangan ini akan terus dicontohi oleh seluruh rakyat negara.
Bahan Rujukan
https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/
https://intelekblogirls.wordpress.com/
https://www.koolfm.com.my/koolberita-haji-abdul-rahman-limbong-menentang-british-
tanpa-menggunakan-senjata-dan-kekerasan/
https://prezi.com/p/xp7cqqnnytaz/penentangan-haji-abdul-rahman-limbong-di-terengganu/
https://lobakmerah.com/rentap-pejuang-iban-paling-digeruni-penjajah-brooke/
https://www.permohonan.my/peranan-rakyat-untuk-menjaga-keselamatan-negara/

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like