Kenyataan Media - Pindaan Perlembagaan Kewarganegaraan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

MENTERI DALAM NEGERI


DAN
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)

Cadangan Pindaan Kepada Bahagian Pertama Dan Bahagian Kedua


Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan Bagi Memberikan
Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang Kepada
Anak Yang Dilahirkan Di Luar Negara Oleh Ibu Warganegara
Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Warganegara
Malaysia

Putrajaya, 17 Februari 2023, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini


telah meneliti dan bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap
Perlembagaan Persekutuan terhadap Bahagian I seksyen 1(1)(d) dan
Seksyen 1(1) (e) dan Bahagian II, Seksyen 1 (b) dan Seksyen 1(c) Jadual
Kedua bagi memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-
undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara
Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara
Malaysia.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri


(BHEUU, JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Perdana
Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim serta barisan kabinet
kerana merealisasikan komitmen negara terhadap kesaksamaan jantina
dan memenuhi hak terhadap kanak-kanak.
Cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai
perkara ini adalah untuk menggantikan perkataan “bapanya” dalam
Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan “sekurang-
kurangnya seorang daripada ibu bapanya” bagi membolehkan ibu
warganegara Malaysia mendapat hak seadilnya menurut Perlembagaan
Persekutuan. Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023
seterusnya dijangka akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen ini
setelah memenuhi kehendak undang-undang.

Walau bagaimana pindaan yang lain berkaitan kewarganegaraan


terutamanya Bahagian III akan dikaji dengan lebih terperinci oleh
Jawatankuasa yang ditubuhkan dibawah KDN dan akan dibentangkan
kepada Jemaah Menteri setelah cadangan pindaan tersebut
dimuktamadkan dengan mengambil kira libat urus dengan semua pihak
yang berkepentingan.

Perkara ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk


mengiktiraf kesamarataan wanita dan lelaki menyingkirkan diskriminasi
terhadap wanita di Malaysia, mengatasi kelemahan peruntukan
kewarganegaraan yang timbul, menyelesaikan lambakan kes-kes
tertunggak bagi wanita yang terkesan yang memohon kewarganegaraan
anak mereka melalui pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama dan
tidak munasabah dan memberikan tafsiran yang jelas dan mengelakkan
tafsiran berbeza dari mahkamah.

Kesan daripada keputusan hari ini adalah anak yang lahir di luar negara
sebelum atau selepas Hari Malaysia yang mana sekurang-kurangnya
seorang daripada ibu bapanya adalah warganegara Malaysia berhak
mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang menurut
Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION AZALINA OTHMAN SAID


BIN ISMAIL MENTERI DI JABATAN
MENTERI DALAM NEGERI PERDANA MENTERI (UNDANG-
UNDANG & REFORMASI
INSTITUSI)

17 FEBRUARI 2023

You might also like