Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja Sukan Tahunan SK Long Aton 2018
Kertas Kerja Sukan Tahunan SK Long Aton 2018
A. Pengenalan
Kejohanan Sukan Antara Rumah Sukan Sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan
sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Long Aton
bagi tahun 2018.
B. Objektif
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ketahap yang lebih
optimum.
2. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerakerja yang
diceburi.
3. Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum.
4. Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk berjaya dengan lebih
cemerlang.
5. Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah ke Kejohanan
Olahraga peringkat daerah.
C. Pelaksanaan
Tarikh : 17hb – 18 hbOktober 2018
Hari / masa :Rabu ( 7.30pm – 12.30pm )
: Khamis ( 7.30am – 12.30pm )
Tempat : Padang Sekolah
D. Aturcara
17hb Oktober 2018
7.30 pagi - Acara padang bermula
- Penyelaras acara lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi bersedia
- Acara 60 meter L7, P7, L8, dan P8.
18hb Oktober 2018
7.00 pagi - Ketibaan pegawai-pegawai Kejohanan Balapan dan Padang dan Ahli Jawatan
Kecil.
- Pendaftaran Peserta bermula
- Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat oleh Kontijen-kontijen
- Lagu Negaraku
- Bacaan Doa oleh Encik Phillip
- Ucapan alu-aluan Guru besar Encik Laurence Jau Wilson
- Ucapan perasmian Kejohanan Sukan Tahunan oleh YDP PIBG Encik Nicholas.
- Upacara melafazkan ikrar kejohanan oleh adik Nickson Panuh
- Upacara menyalakan obor kejohanan.
- Kontijen keluar barisan.
- Acara kejohanan balapan bermula
- Acara Penutupan
- Bersurai
E. JawatankuasaPengelola
F. JawatankuasaPelaksana
G. TARIKH-TARIKH PENTING
TARIKH / HARI MASA KEGIATAN
8 - 16 / 10 / 2018 3.00 PM LATIHAN DAN PEMILIHAN RUMAH SUKAN
15 / 10 / 2018 (ISNIN) 11.00 AM TAKLIMAT KEJOHANAN
9 – 16 / 10/ 2018 3.00 PM PERSIAPAN ASTAKA ,PADANG DAN BALAPAN
12/10/2018 (JUMAAT) 8.00 AM TARIKH AKHIR MENGHANTAR NAMA
ATLIT WAKIL RUMAH SUKAN
17 / 10 / 2018 ( RABU ) 7.30 AM KEJOHANAN BERMULA
17/ 10 / 2018 ( RABU ) 3.00 PM RAPTAI PENUH PERASMIAN KEJOHANAN
18/ 10 / 2018 ( KHAMIS ) 7.30 AM PERASMIAN KEJOHANAN
19/10/2018 ( JUMAAT ) CUTI PERISTIWA SEMPENA SUKAN TAHUNAN
………………………… ……………………………
( EN. PETRUS MINI ) ( EN. MOHD. REDZUAN )
Setiausaha Kejohanan Pengurus Kejohanan
DIluluskan Oleh :
………………………….
( EN. LAURENCE JAU WILSON )
Guru Besar / Penasihat Kejohanan