Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

1

Skrip Majlis Perpindahan Guru 2020


Tarikh : 22 Ogos 2022(Isnin)
Masa : 7.30 -8.30 pg
Tempat : Dataran Kejat SMK Anderson
BIL SEGMEN SKRIP CATATAN
Tuan-tuan dan Puan-puan.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Kita teruskan agenda pada pagi ini dengan sambutan Majlis


Perpisahan dua orang guru SMK Anderson yang telah banyak
berbakti kepada sekolah ini . Assalamualaikum wbt, salam
sejahtera.
1. Yang Berusaha, En Wan Shaiful Akmar bin Mohamad
Idris, Pengetua SMK Anderson.
2. Yang diraikan, Tn. Hj. Halilul Rahman Bin M.
1 Mukadimah
Shahabuddin, Mantan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SMK Anderson yang kini merupakan Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid SMK Dr Megat Khas, Ipoh.
3. En. Azlan bin Dato’ Hj. Azumu, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid.
4. En. Kamaruzaman bin Din, Penolong Kanan Kokurikulum
5. Encik Sazeli Bin Sani, Penolong Kanan Tingkatan 6.
6. Barisan Guru-guru Kanan, para guru.
7. Barisan pengawas serta rakan murid sekalian.

Buah selasih di dalam puan,


Di bawa gadis ke tengah laman,
Takkan hilang jasamu tuan,
Menjadi ingatan sepanjang zaman.
Ucapan Alu-
2
aluan Yang diraikan, Tn Hj Halilul Rahman.

Jasamu di kenang, budimu terbilang,


Semangatmu dijulang, kepimpinanmu gemilang.
2

Pada pagi nan indah/ kita memanjatkan kesyukuran/ ke hadrat


Rabbul Jalil / kerana di sini /hati kita terpaut erat /untuk
meraikan, guru, yang akan melangkah pergi meninggalkan bumi
Anderson yang tercinta ini . Tidak lain dan tidak bukan /insan
yang kita raikan iaitu Tn Hj Halilul Rahman dan En Mohd Haizan
bin Samsuddin namun Cikgu Haizan tidak dapat bersama-sama
kita kerana beliau terlibat dengan Kejohanan Bola Sepak MSSM.
Bagi memulakan acara, majlis mempersilakan Tuan Pengetua,
En Wan Shaiful bin Mohamad Idris untuk menyampaikan
sepatah dua kata.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan


beliau sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Kini kita teruskan agenda dengan mempersilakan guru penuh
10 berjasa, membangun murid tidak kenal lelah dan penat Tn Hj
Ucapan Insan
Halilul Rahman bin M. Shahabuddin untuk menyampaikan
Diraikan
sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih kepada Tn Hj Halilul Rahman atas ucapan sebentar


tadi.

Hadirin sekalian,
Bakti dan jasa guru yang kita raikan terbukti sudah,
kehadirannya merupakan sebutir permata yang menyinari dunia
pendidikan. Kata nasihat tidak pernah putus dari mulut
beliau,bersama -sama dengan khidmat beliau yg tak pernah
kenal erti lelah. Hari ini kita bertuah kerana berpeluang untuk
mendengar ucapan beliau. Maka tiada kata dapat diungkap
melainkan kata “Terima Kasih Cikgu”

Hadirin sekalian,

Walaupun cikgu Mohd Haizan tidak dapat bersama-sama kita


namun, kita tetap meraikan pertukaran beliau. Untuk itu majlis
dengan segala hormat mempersilakan wakil beliau untuk
menerima hadiah dan cendermata bagi pihak beliau.
Dipersilakan, Ketua Panitia PJPK, En Mohd Badrul Hisham bin
Abd. Majid.

Dipersilakan.
3

Dipersilakan

1. Wakil PIBG Pn Nor Laila binti Kamaruddin


2. Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan, Tn Hj Mahfuza bin
Mahmud.
3. Wakil Bidang Kemanusiaan En. Wan Mohd Hishamuddin
bin Wan Yusoff
4. Bidang Teknik dan Vokasional Pn Normala bin Md Daud
5. Bidang Sains dan Matematik Pn Mahani binti Ahmad
6. Bidang Bahasa Pn Siti Asmak binti Mat Zain
7. Pihak Pengurusan En Wan Shaiful Akmar bin Mohamad
Idris, Pengetua SMK Anderson.

Hadirin sekalian,

Kita teruskan agenda pada pagi ini dengan majlis penyampaian


hadiah dan cenderamata kepada Tn Hj Halilul Rahman.

Penyampaian Untuk itu majlis dengan segala hormat mempersilakan Mantan


Cenderamata Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Hj. Halilul Rahman Bin M.
Shahabuddin, dengan diiringi oleh Tn Pengetua untuk
menyempurnakan majlis.

Dengan penuh takzim dipersilakan.

Dipersilakan

i) .......................................................................................
ii) .......................................................................................
iii) .......................................................................................
iv) .......................................................................................

Seterusnya dipersilakan sekali lagi

1. Wakil PIBG Pn Nor Laila binti Kamaruddin


2. Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan, Tn Hj Mahfuza bin
Mahmud.
3. Wakil Bidang Kemanusiaan En. Wan Mohd Hishamuddin
bin Wan Yusoff
4. Bidang Teknik dan Vokasional Pn Normala bin Md Daud
5. Bidang Sains dan Matematik Pn Mahani binti Ahmad
6. Bidang Bahasa Pn Siti Asmak binti Mat Zain
7. Dan yang terakhir cenderamata daripada Pihak
Pengurusan. Dipersilakan En Wan Shaiful Akmar bin
Mohamad Idris, Pengetua SMK Anderson.
4

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua


penyampai hadiah dan cenderamata atas kesudian
menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Tanam lengguna tumbuh kelapa,


terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan kami tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

Majlis dengan ini mendoakan guru yang kita rai akan sentiasa
sihat sejahtera dan gembira di tempat yang baharu. Kami
mohon ribuan kemaafan diatas segala kekurangan dan
kesilapan jikamana kami terlanjur bicara, terlanjur berkata,

Andai ada jarum yang patah,


jangan disimpan di dalam peti.
Andai ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati .

Sekian, Terima kasih.

Saya serahkan semula majlis kepada pengerusi majlis.

You might also like