Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Pengenalan tentang lagu rakyat.

Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesuatu
kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Malaysia,
Singapura, Brunei hatta dimana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekalipun, dan
merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan
perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan
tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan
setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu rakyat juga
dilihat amat suka didendangkan secara berkumpulan oleh anak-anak dara sunti dan kanak-kanak
Melayu.

DISEDIAKAN OLEH: NUR AMIRA SOLEHAH BT NORSOLIHIN

You might also like