Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SKOP KERJA GURU PENASIHAT KOKURIKULUM

GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM / PERSATUAN / KELAB


1. Menentukan dan menetapkan objektif-objektif persatuan serta menentukan
bahawa objektif-objektif tersebut tercapai.
2. Memastikan Persatuan / Unit Beruniform / Kelab mempunyai perlembagaan.
3. Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan
perjalanan persatuan-persatuan yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan
bergerak.
4. Membuat rancangan / takwim tahunan, satu aktiviti rutin dan satu aktiviti
pembangunan dan menyerahkan satu salinan takwim, aktiviti rutin dan
pembangunan tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
5. Mengawal setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan perjumpaan / kegiatan
itu sihat dan tidak menyalahi undang-undang.
6. Menyelia latihan / perjumpaan pada hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan
mengambil berat terhadap kehadiran ahli.
7. Menyimpan laporan-laporan setiap mesyuarat/kegiatan/laporan tahunan, senarai
nama ahli persatuan, kedatangan ahli dalam Buku Pengurusan Kokurikulum dan
menyerahkan buku tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk
disemak pada akhir setiap bulan.
8. Memastikan ada akaun kewangan sekiranya pengurusan persatuan melibatkan
wang serta menyerahkan akaun kewangan kepada Penolong Kanan Kokurikulum
untuk disemak pada akhir setiap bulan.
9. Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui Pengetua jika melibatkan
gerak kerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan / lawatan sambil
belajar.
10. Mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah.
11. Mengadakan Mesyuarat Agung setahun sekali pada tarikh yang diselaraskan
oleh sekolah dan menghantar satu salinan AJK baru kepada Penolong Kanan
Kokurikulum.
12. Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan
dikemaskinikan.
13. Bekerjasama dengan badan-badan lain sama ada di luar atau di dalam sekolah
dengan menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat.
14. Menghadiri mesyuarat / taklimat / kursus jika dikehendaki.
15. Menjadi jurulatih Unit Beruniform setakat mana yang boleh. Guru Penasihat
hendaklah mendapat persetujuan Guru Besar sekiranya memerlukan jurulatih
luar atau jurulatih luar yang memerlukan bayaran.
16. Menyelenggarakan rekod simpanan peralatan yang dikehendaki.
17. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar
dari semasa ke semasa.

GURU PENASIHAT SUKAN / PERMAINAN DAN RUMAH SUKAN

1. Membentuk jawatankuasa
2. Merancang dan meningkatkanpengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam
aktiviti sukan dan permainaN
3. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi
4. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
5. Menganjurkan perlawanan antara rumah, asrama dan kelas jika perlu
6. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar
7. Mengurus surat kebenaran ibu bapa dan penjaga dan surat akuan rawatan ke
pertandingan luar
8. Melapor dan merekodkan keputusan pertandingan yang disertai
9. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan ahli
10. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi
11. Merancang aktiviti tahunan dengan ahli atau murid dibawah seliaannya
12. Tugas –tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa

You might also like