Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

PROJEK KNOWLEDGE TRANSFER


SMART SOLAT

TARIKH :

4 & 5 Oktober 2023

TEMPAT :

Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A) Ulu Legong,


09100 Baling, Kedah

ANJURAN BERSAMA :

Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia


Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi
KERTAS CADANGAN
PROJEK KNOWLEDGE TRANSFER SMART SOLAT 2023

________________________________________________
1.0 PENGENALAN
Orang Asli adalah sebahagian daripada kepelbagaian budaya yang unik di Malaysia. Bagi mereka, agama
Islam memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka, termasuk dalam amalan solat. Dalam usaha
untuk membantu murid Orang Asli memahami dan melaksanakan solat dengan lebih baik, konsep "Smart
Solat" boleh menjadi satu pendekatan yang relevan. Smart Solat merujuk kepada penggunaan teknologi dan
aplikasi untuk memberikan panduan dan bantuan dalam menjalankan ibadah solat. Kertas kerja ini akan
membincangkan bagaimana konsep Smart Solat boleh diperkenalkan kepada murid Orang Asli dengan tujuan
meningkatkan pemahaman dan pengamalan solat mereka.

2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk mendapatkan kelulusan daripada Ybhg. Prof. Dr. Yahya
Don Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah untuk melaksanakan
Program Pencetus Mursyid Muallaf 2023 dengan tujuan memberi bimbingan dan memperkenalkan konsep
Smart Solat kepada murid Orang Asli dan mengkaji bagaimana teknologi boleh digunakan sebagai alat bantu
dalam memahami, mengamalkan, dan mengatur waktu solat dengan lebih efisien. Selain itu, kertas kerja ini
juga bertujuan untuk memberikan panduan untuk mengatasi cabaran-cabaran yang mungkin timbul dalam
penggunaan teknologi dalam solat. Program ini berkolaborasi dengan Panitia Pendidikan Islam Sekolah
Kebangsaan Bukit Tampoi, Baling, Kedah

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Memahami kebudayaan, nilai-nilai, dan keperluan Orang Asli, termasuk dalam konteks agama
Islam dan amalan solat.
3.2 Memperkenalkan dan menjelaskan konsep Smart Solat kepada murid Orang Asli sebagai alat
bantu dalam memahami solat.
3.3 Mengajar murid Orang Asli cara menggunakan aplikasi dan teknologi yang berkaitan dengan
solat, termasuk aplikasi pengingat waktu solat dan sumber-sumber digital yang boleh
membantu dalam memahami tatacara solat.
3.4 Meningkatkan Pemahaman Solat murid Orang Asli tentang tatacara solat, hukum-hukum solat,
dan makna doa-doa dalam solat.
3.5 Membantu murid Orang Asli dalam mengamalkan solat dengan lebih khusyuk dan teratur.

4.0 KUMPULAN SASARAN


50 murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi, Baling, Kedah.
5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 4 & 5 Oktober 2023
Hari : Rabu dan Khamis
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A) Ulu Legong,
09100 Baling, Kedah

6.0 JAWATANKUASA KERJA


Penasihat : Ybhg. Prof. Dr. Yahya Don
Pengerusi : Prof Madya Dr Mardzelah binti Makhsin
Pengarah Program : Saiful Rafizan bin Jamil
Setiausaha : Ahmad Shafie Bin Mohamad
Bendahari : Mohd Shahrani bin Muhamad Zaidi
Publisiti : Mohd Azam bin Mahat

7.0 CADANGAN AKTIVITI


BIL AKTIVITI
1 Fun n Fair
2 Eksplorace
3 Digital Mode
4 Sky Ping Ball
5 Belon Beracun

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN


BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH
1 Hadiah Peserta

- Kumpulan Terbaik RM 65 x 10 kumpulan RM650

- Kumpulan Lelaki RM100 x 1 kumpulan RM100


Terbaik

- Kumpulan Perempuan RM100 x 1 kumpulan RM100


Terbaik

- Peserta Terbaik Lelaki RM75 x seorang RM75

- Peserta Terbaik RM75 x seorang RM75


Perempuan

JUMLAH BESAR RM1000.00


9.0 PENUTUP
Diharap kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya bagi menjayakan dan
melaksanakan program ini. Semoga perlaksanaan program ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak
yang terlibat. Segala perbincangan dan perkongsian maklumat telah dibuat oleh jawatankuasa projek dengan
begitu rapi dan teliti bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Justeru itu,
kami selaku ahli jawatankuasa program ini amatlah berharap agar pihak pengurusan dapat memberi
pertimbangan yang sewajarnya terhadap program yang bakal dilaksanakan. Segala sokongan dan dorongan
sama ada dari segi kewangan amatlah diperlukan bagi merealisasikan program ini. Segala kerjasama yang
diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Disediakan oleh;

AHMAD SHAFIE BIN MOHAMAD


Setiausaha Program
Universiti Utara Malaysia

Disahkan oleh;

PROF MADYA DR MARDZELAH BINTI MAKHSIN


Pengerusi Program Pencetus Mursyid Muallaf
Universiti Utara Malaysia

Diluluskan oleh;

PROF. MADYA DR. YAHYA DON


Dekan
Pusat Pengajian Pendidikan
Universiti Utara Malaysia
Tarikh:

You might also like