Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

LAPORAN

PROJEK

HAWK’S KITCHEN
BERHAD

2023

KOPERASI SMK BINTULU BERHAD


KM5, JALAN SULTAN ISKANDAR
PETI SURAT NO. 97,
97000 BINTULU, SARAWAK

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ………………………………………………………………………………….. 4

2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN ……………………………………………………….. 5

2.1 PROFIL / BIODATA USAHAWAN ………………………………………………………… 5

2.2 CARTA ORGANISASI ………………………………………………………………………….. 8

3.0 RANCANGAN PERNIAGAAN ……………………………………………………………….

3.1 ASAS PEMILIHAN PRODUK ………………………………………………………………… 8

3.2 JENIS PROJEK …………………………………………………………………………………….. 9

3.3 KOS PROJEK ………………………………………………………………………………………. 10

3.4 PELAN TINDAKAN/JANGKA MASA …………………………………………………….. 11

3.5 UNJURAN PENDAPATAN/SASARAN PULANGAN ………………………………… 12

3.6 KUMPULAN SASAR ……………………………………………………………………………. 13

4.0 PROSES PENGELUARAN/PERKHIDMATAN ………………………………………….

4.1 CARTA ALIR PRODUK ………………………………………….……………………………… 14

4.2 MODAL & BAHAN MENTAH & TENAGA MANUSIA DAN MESIN 14

4.3 LANGKAH-LANGKAH DAN KAWALAN PROSES ……………………………………. 15

4.4 KAWALAN PRODUK & KAWALAN KUALITI …………………………………………. 17

5.0 STRATEGI PEMASARAN ……………………………………………………………………… 26

5.1 HARGA ………………………………………….………………………………………………….. 26

2
5.2 PRODUK ………………………………………….………………………………………………. 27

5.3 PROMOSI ………………………………………….……………………………………………. 28

5.4 SALURAN ………………………….……………………………………………………………… 29

6.0 LAPORAN PEMASARAN DAN PENJUALAN ………………………………………….. 30

6.1 AKAUN UNTUNG/RUGI ………………………………………….………………………… 30

6.2 PENYATA KUNCI KIRA-KIRA ………………………………………….…………………… 30

6.3 NISBAH PULANGAN ATAS MODAL, KOS BERUBAH/KOS TETAP ………….. 32

7.0 KESIMPULAN …………………………………………………………………………………….. 32

1.0 PENGENALAN
3
HAWK’S KITCHEN merupakan sebuah perniagaan yang diusahakan oleh 4 orang pelajar,
seorang guru pembimbing dan seorang guru penasihat. Perniagaan ini ditubuhkan hasil
usahasama ahli Hawk’s Kitchen dan Koperasi SMK Bintulu Berhad yang berperanan sebagai
pengedar utama. HAWKS’ KITCHEN buat masa ini memfokuskan perniagaan sejuk beku
waffle sebagai produk utama. Waffle yang dibekalkan adalah berdasarkan resipi sendiri dan
disejuk bekukan.

Waffle yang dihasilkan boleh didapati dalam 4 perasa iaitu coklat, strawberry, kaya dan
mentega kacang. Satu set waffle terdiri dari 2 keping waffle berbentuk bulat bersaiz 10cm
setiap 1 keping. Perasa akan disalut pada kedua-dua bahagian waffle sebelum disejuk beku.

Setiap set waffle dijual pada harga RM 2.50. Waffle boleh dibeli semasa sejuk beku
atau selepas dipanaskan. Bagi penjualan di sekolah, waffle akan dipanaskan pada ketuhar
gelombang micro selama 2-3 minit selepas di nyahbeku dalam 30 minit dan dijual kepada
pelanggan.

Penyelidikan dan pembangunan resipi waffle telah bermula sejak pertengahan Mei dan
pada akhir Jun 2023, Hawks’ Kitchen telah memasarkan 24 set waffle yang pertama dan laris
pada 1 sesi penjualan sahaja. Oleh itu, pembuatan dan perjualan telah dimulakan sejak akhir
Jun 2023 hingga sekarang.

HAWK’S KITCHEN mempunyai keupayaan menjual 100 set waffle pada 2 minggu
pertama operasi. Pada bulan pertama, dianggarkan 200 set waffle akan terjual dengan
permintaan yang semakin tinggi.

HAWK’S KITCHEN percaya keuntungan bersih yang tinggi dapat diperoleh selepas
jualan pada bulan operasi ke 3. Dengan kelebihan dan permintaan yang tinggi, produk Hawks’
Kitchen mampu pergi jauh dan boleh mendatangkan keuntungan yang tinggi.

2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


4
NAMA MILIKAN : HAWKS’ KITCHEN
TARIKH PENUBUHAN : 20 MEI 2023
TARIKH OPERASI : 12 JUN 2023
MODAL PERNIAGAAN : RM 1000
PENASIHAT : GLORIA TIEH TECK TAU
PEMBIMBING : SUDARMIATY BINTI KAMARUDDIN
ALAMAT PERNIAGAAN : KOPERASI SMK BINTULU BERHAD,
KM 5, JALAN SULTAN ISKANDAR,
97000 BINTULU.
NO. TELEFON : 086 – 331217 / 013- 5435765 / 011 - 26875144
ALAMAT EMAIL : kopsmkberhad@gmail.com
AKTIVITI PERNIAGAAN : Membuat dan membekalkan waffle sejuk beku

2.1 PROFIL / BIODATA USAHAWAN

BUTIR-BUTIR PERIBADI :
NAMA : GLORIA TIEH TECK TAU
NO. KP : 890712-13-5622
ALAMAT : NO. 10, TOP VILLA,
JALAN SIBIYU,
97000 BINTULU.
UMUR : 34 TAHUN
JANTINA : PEREMPUAN
STATUS PERKHAWINAN : BUJANG
WARGANEGARA : MALAYSIA
KELAYAKAN AKADEMIK : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN FIZIK
JAWATAN : GURU
NO. TELEFON : 013 - 5435765
POSISI : PENASIHAT HAWKS’ KITCHEN
NAMA : SUDARMIATY BINTI KAMARUDDIN
NO. KP : 830517 -12 -5184
ALAMAT : NO. 2 – 0101, TINGKAT 1,
TOWER 2, IMPERIAL SUITES,
97000 BINTULU, SARAWAK
UMUR : 40 TAHUN
JANTINA : PEREMPUAN
5
STATUS PERKHAWINAN : BERKAHWIN
WARGANEGARA : MALAYSIA
KELAYAKAN AKADEMIK : IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM
JAWATAN : GURU
NO. TELEFON : 011 - 26875144
POSISI : PEMBIMBING HAWKS’ KITCHEN

NAMA : NURWAFA NAJIHAH BINTI IZRAN


NO. KP : 070329-13-0374
ALAMAT : N0. 110, KG. KUALA SEGAN, JLN BINTULU-TATAU, 97000
BINTULU
UMUR : 16 TAHUN
JANTINA : PEREMPUAN
WARGANEGARA : MALAYSIA
JAWATAN : PELAJAR
NO. TELEFON : 019 - 982 0357
POSISI : AHLI HAWKS’ KITCHEN

NAMA : QASRINA BINTI SULAIMAN


NO. KP : 070227-130568
ALAMAT : NO. 06-05, THE PEAK CONDOMINIUM, NAIM PARAGON,
BINTULU OLD AIRPORT ROAD, 97000 BINTULU
UMUR : 16 TAHUN
JANTINA : PEREMPUAN
WARGANEGARA : MALAYSIA
JAWATAN : PELAJAR
NO. TELEFON : 011 – 5978 3477
POSISI : AHLI HAWKS’ KITCHEN
NAMA : AWATIF NADHIRAH INSYIRAH BINTI ABDULLAH
NO. KP : 070704-13-0932
ALAMAT : LOT 2507, KAMPUNG ASSYAKIRIN, FASA 2, JALAN TUN
AHMAD ZAIDI, 97000 BINTULU, SARAWAK.
UMUR : 16 TAHUN
JANTINA : PEREMPUAN

6
WARGANEGARA : MALAYSIA
JAWATAN : PELAJAR
NO. TELEFON : 014 – 207 9842
POSISI : AHLI HAWKS’ KITCHEN

NAMA : NUR ELYANA BINTI ZAIDI


NO. KP : 071107-13-0824
ALAMAT : SOON BEE TRADING, LOT 8, JLN DURIAN LAUT 1, TMN. CLEAN
TANJONG BATU, 97000 BINTULU, SARAWAK.
UMUR : 16 TAHUN
JANTINA : PEREMPUAN
WARGANEGARA : MALAYSIA
JAWATAN : PELAJAR
NO. TELEFON : 014 – 709 0429
POSISI : AHLI HAWKS’ KITCHEN

2.2 CARTA ORGANISASI

7
3.0 RANCANGAN PERNIAGAAN

3.1 ASAS PEMILIHAN PRODUK

Sejak kebelakangan ini, kesedaran tentang aspek kesihatan dalam kalangan


masyarakat semakin meningkat. Trend Masyarakat kita mula mengamalkan gaya pemakanan
yang sihat. Kebanyakkan pengguna yang berpendidikan kepenggunaan sudah mula mengalih
tumpuan bahan-bahan pemakanan mereka kepada bahan makanan yang asli dengan ramuan
dan bahan yang tidak dipengaruhi oleh bahan-bahan kimia yang mampu memberi kesan
jangka masa panjang kepada kesihatan. Misalnya penggunaan bahan pengawet dalam
makanan. Atas keprihatinan ini, maka kami memilih untuk menghasilkan frozen Waffle yang
merupakan makanan sejuk beku yang menggunakan bahan-bahan asli tanpa pengawet tiruan.

Kami memilih untuk menghasilkan frozen Waffle kerana industri makanan sejuk beku
sudah mula mengambil tempat di dapur-dapur penduduk di Malaysia. Keperluan kehidupan
penduduk negara ini yang bekerja dan mempunyai sedikit masa untuk menyediakan makanan

8
sendiri menjadikan industri makanan sejuk beku ini berkembang dengan pesat. Ini jelas dapat
dilihat keperluannya dalam kalangan pekerja-pekerja terutama sekali di kawasan bandar.
Bukan itu Sahaja, hampir keseluruhan keluarga di negara ini pernah menikmati makanan
sejuk beku, oleh yang demikian industri makanan sejuk beku mempunyai potensi untuk
berkembang lebih baik selari dengan gaya hidup masyarakat kita kebelakangan ini. Atas
kapasiti inilah timbulnya idea untuk menghasilkan makan ringkas iaitu waffle yang boleh
dihidangkan pada bila-bila masa. Tambahan pula waffle adalah satu makanan yang popular
dijadikan sarapan selain nasi lemak dan roti canai.

3.2 JENIS PRODUK

9
Jenis perniagaan yang dipilih selepas perbincangan dan pertimbangan dilakukan ialah
membuat perniagaan makanan sebagai produk perniagaan kami. Kami memilih produk
makanan sejuk beku sebagai produk makanan pilihan. Kami memilih produk makanan sejuk
beku kerana kami percaya, industri makanan sejuk beku (frozen foods) merupakan bidang
yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konsep ini semakin
menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang
ringkas dan berkhasiat. Menurut Food and Agriculture Organization (FAO), makanan sejuk
beku bermaksud makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang bersuhu di bawah negative
18°C. Makanan yang disimpan di bawah suhu tersebut boleh bertahan lama yang boleh
menjamin kualiti kesegaran makanan tersebut. Faktor masa juga menjadi keutamaan kami di
mana Masyarakat memilih untuk mendapatkan makanan yang tahan lama namun kualitinya
masih terjamin. Industri makanan sejuk beku ini semakin meningkat permintaannya dengan
perubahan gaya hidup manusia pada zaman moden ini. Makanan sejuk beku telah mula
menarik perhatian ramai kerana lebih mudah disediakan dan menjimatkan masa.

Namun, bagi para ibu atau suri rumah yang sibuk dan bekerjaya di zaman milenia ini,
mereka sukar untuk menyediakan makanan atau kuih muih ini dalam masa yang singkat.
Penyelesaian untuk masalah ini adalah dengan membeli produk sejuk beku. Tambahan lagi,
setiap rumah pasti mempunyai peti ais yang digunakan untuk menyimpan makanan sejuk.
Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk memilih produk makanan sejuk
beku iaitu Frozen Waffle sebagai produk kami. Ini kerana Waffle merupakan sarapan ringkas
yang mudah diadun dan sangat enak sekiranya dicampur dengan makanan lain. Waffle yang
kami hasilkan diperbuat daripada adunan tepung, susu full cream, serbuk penaik, butter dan
juga telur sebagai bahan utama. untuk menyelesaikan masalah kesibukan dalam kalangan
masyarakat yang sibuk bekerja terutama sekali golongan ibu dan suri rumah, waffle yang kami
hasilkan akan disejuk beku dan boleh dihidang pada bila-bila masa menggunakan pembakar
roti atau microwave.

3.3 KOS PROJEK

10
Kos projek dikenal pasti pada peringkat awal perancangan apabila pemilihan
produk telah dibuat. Pada awalanya, peralatan yang digunakan untuk proses
pengeluaran menggunakan barang daripada sumbangan guru-guru koperasi. Setelah
mengambil kira sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, maka, Syarikat
kami mula membeli peralatan secara berperingkat.

3.3.1 KOS PERALATAN

BIL PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNIT RM


1 MICROWAVE 1 690
2 WAFFLE MAKER 6 210
3 BEKAS PENUTUP LUTSINAR 3 45.00
4 SET SUKATAN CAWAN 1 SET 7.90
5 SET PEMUKUL ADUNAN 1 SET 13.90
6 BEKAS ADUNAN 2 11.50
7 PENYEPIT 2 11.80
8 SARUNG TANGAN PLASTIK 2 BUNGKUS 5.20
9 SPATULA 4 10.40
10 PLASTIK PEMBUNGKUS MAKANAN 100 KEPING 2.60
11 BOTOL BANCUHAN 2 5.20
JUMLAH BESAR 1,013.50
Jadual 3.1 : Kos Peralatan

3.3.2 KOS BAHAN MENTAH

11
No. JENIS BARANG KUANTITI HARGA (RM) / HARGA KOS
DIPERLUKAN UNIT (RM)
1. TEPUNG GANDUM 3 kg 3.80 / kg 11.40
2. SUSU FULL CREAM 2.625 liter 7.00 / liter 18.40
3. BUTTER 1.316 kg 19.90 / kg 26.20
4. TELUR 14 biji 18.50 / 30 biji 8.60
5. GULA ICING 525 g 3.65 / 400g 4.80
6. ESEN VANILA 175 ml 3.40 / 25ml 23.80
7. SERBUK PENAIK 175 g 3.65 / 90g 7.10
8. SERBUK 8.75 g 3.10 / 100g 0.30
BIKARBONAT
9. JEM STRAWBERRY 25 g/set 6.30 / 350g 0.45
10. KAYA 25 g/set 5.30 / 300g 0.45
11. COKLAT 25 g/set 14.00 / 350g 1.00
12. MENTEGA KACANG 25 g/set 14.50 / 510g 0.70
JUMLAH 103.20
*bagi sekali bancuhan 60 ≈ 70 set
Jadual 3.2 : Kos bahan mentah

3.4 PELAN TINDAKAN/JANGKA MASA

BIL PENGHASILAN PRODUK JANGKA MASA MINIMUN


12
OUTPUT
1 PERANCANGAN AWAL (3 MINGGU) -
2 PERSIAPAN BAHAN (2 MINGGU) -
3 PENYELIDIKAN DAN UJIKAJI (2 MINGGU) 24 SET
4 REKA BENTUK LOGO (2 HARI)
5. IDEA PEMASARAN (1 MINGGU) -
6. PENGELUARAN PRODUK 3 HARI SEMINGGU 70 SET
7. JUALAN PRODUK SETIAP HARI 15 SET
Jadual 3.3 : Pelan tindakan

CARTA GANTT BAGI PELAN TINDAKAN/JANGKA MASA

BIL AKTIVITI MEI JUN JUL AUG SEPT


1 PERANCANGAN AWAL
2 PERSIAPAN BAHAN
3 PENYELIDIKAN DAN UJIKAJI
4 REKA BENTUK LOGO
5 IDEA PEMASARAN
6 PENGELUARAN PRODUK
7 JUALAN PRODUK
Jadual 3.4 : Carta Gantt

3.5 UNJURAN PENDAPATAN

PERKARA / BULAN MEI JUN JULAI OGOS

13
BAKI AWAL 0 421 242.70 44.2

WANG MASUK
Modal Koperasi 1516 0 0 0
Jualan 60 875 750 3622.50

JUMLAH WANG MASUK 1576 1296 992.70 3666.70

WANG KELUAR
Peralatan 1,013.50 40.50 35.70 160.60
Bahan mentah 120.90 404.20 392.20 1695.00
Upah 200 200 800
Perbelanjaan Am 20.6 8.6 20.6 103
Bayaran Pinjaman Koperasi 0 400 300 816

JUMLAH WANG KELUAR 1155 1053.30 948.50 3574.60

LEBIHAN 421 242.70 44.2 92.10

LEBIHAN TERKUMPUL 421 663.70 707.9 800

Jadual 3.5 : Unjuran Pendapatan

3.6 KUMPULAN SASAR

Produk makanan pilihan kami ialah Waffle sejuk beku kerana produk ini mempunyai
kesesuaian perniagaan dan sasaran pelanggan. Antara sebab kami memilih produk ini adalah
14
kerana ianya merupakan makanan ringan kegemaran orang ramai yang mudah dimakan
tanpa mengira umur atau jantina. Kumpulan sasaran produk kami ialah dalam kalangan
pelajar , guru dan staf sekolah dan golongan bekerja. Golongan ibu yang bekerja menjadi
sasaran utama kerana berdasarkan pemerhatian, golongan ibu yang bekerja mempunyai
kekangan masa untuk menyediakan sarapan pagi atau minum petang untuk anak-anak yang
bersekolah. Dengan adanya produk ini, sekurang-kurangnya dapat menjimatkan masa ibu-ibu
kerana masa penyediaanya ringkas dan mengambil masa yang singkat untuk disediakan.
Selain itu, pelajar asrama juga menjadi sasaran utaman pelanggan kami kerana pelajar asrama
cenderung untuk mencari makanan ringan selepas habis waktu kelas tambahan pada sebelah
malam dan pada hujung minggu. Dengan ada produk kami, sekurang-kurangnya dapat
memberi pilihan kepada pelanggan diluar sana menu makanan ringan dengan menu yang
sedia ada di pasaran.

4.0 PROSES PENGELUARAN PERKHIDMATAN


4.1 CARTA ALIR PRODUK

4.2 INPUT JUALAN

15
Pinjaman perniagaan RM1000 diperolehi daripada Koperasi SMK Bintulu Berhad
digunakan sebagai modal untuk memulakan perniagaan dan wang pusingan perniagaan bagi 1
bulan pertama.

Perbelanjaan perniagaan termasuk kos untuk membeli bahan mentah seperti tepung , telur,
gula icing, susu penuh krim, mentega, serbuk penaik, serbuk bikarbonat, perasa vanilla,
kertas pembungkusan, kos cetak label dan kos – kos lain untuk memulakan perniagaan.
Sumber bahan mentah diperolehi dari pasaraya berdekatan yang menawarkan harga yang
lebih murah. Bagi bahan seperti serbuk penaik, soda bikarbonat, esen vanilla dan susu full
cream diperolehi dari kedai Bake with Yuen kerana kedai ini menjual bahan mentah yang
kami perlukan dalam kuantiti yang lebih banyak.

Satu kitaran penyediaan produk dapat menghasilkan 50 - 60 set waffle yang siap untuk
disejuk beku. buat masa ini kami hanya menggunakan sepenuhnya tenaga ahli Hawk’s Kitchen
yang terdiri daripada 4 orang pelajar. Proses pengeluaran produk biasanya dilaksanakan pada
sebelah petang dan mengambil masa dalam lebih kurang 3 - 4 jam. Proses pengeluaran
dijalankan di dua tempat, sama ada di bilik katering atau di premis Koperasi SMK Bintulu
sendiri.

Kami menggunakan sepenuhnya 6 set ‘waffle maker’ yang telah dibeli dari daerah Sibu. Kami
memilih untuk membeli dari luar daerah kerana tiada tawaran dengan harga yang lebih
murah di daerah Bintulu.

4.3 PROSES PENGELUARAN PRODUK

16
PROSES 1 : Penyediaan Bahan
Proses pengeluaran produk melibatkan penyediaan bahan dan peralatan. Bahan-bahan yang
dipilih dipastikan bersih, segar dan selamat. Syarikat kami menggunakan kaedah
penyimpanan yang betul bagi memastikan kesegaran bahan mentah agar dapat menghasilkan
produk yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.

Peralatan dan perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan produk kami adalah
bersesuaian dengan fungsinya. Semua perlatan diperolehi dari bilik Katering sekolah. Proses
adunan bahan mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Kemudian, adunan yang telah siap
dibiarkan selama 10 – 15 minit terlebih dahulu sebelum proses pembakan.

PROSES 2 : Bakar
Adunan waffle dibakar selama 2 hingga 3 minit menggunakan mesin pembakar waffle.

17
Untuk mempercepatkan proses pengeluaran, kami menggunakan 6 mesin waffle serentak.

PROSES 3 : Pembungkusan
Waffle yang siap dibakar disejukkan terlebih dahulu sebelum sapuan perisa diletakkan pada
kedua-dua bahagian waffle. Setelah disejukkan, set waffle dibungkus di dalam bekas plastik
biodegradable eco-friendly. Sticker Hawk’s Kitchen dilekatkan pada plastik pembungkusan.

Rajah 4.1 Produk yang telah siap dibungkus dan Sticker produk

PROSES 4 : Sejuk Beku

18
Waffle yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam peti sejuk beku sebelum dipasarkan.
Kami menggunakan peti sejuk beku berjenama Midea 130L dan diletakkan di premis Koperasi
SMK Bintulu Berhad seperti rajah di bawah. Proses sejuk beku mengambil masa sekurang-
kurangnya 24 jam sebelum boleh dipasarkan. Pada hari karnival sukan sekolah, waffle yang
diedarkan tidak melalui proses sejuk beku kerana permintaan yang tinggi pada masa tersebut.
Syarikat terpaksa membuat pengeluaran terus dari dapur Hawk’s Kitchen.

Rajah 4.2
PROSES 5 : Pemasaran/Jualan
Jualan dilaksanakan pada waktu rehat, kelas tambahan malam bagi pelajar asrama dan kelas
tambahan pada hari Sabtu bergantung kepada kesediaan jurujual dan pengurus operasi.
Bukan itu sahaja, kami juga menjual produk kami pada hari Karnival Sukan peringkat Bahagian
Bintulu dan Hari Koperasi peringkat sekolah.

Rajah 4.3 : Jualan semasa Hari Koperasi dan Karnival Sukan


4.4 OUTPUT – KAWALAN PRODUK DAN KAWALAN KUALITI

19
Ada beberapa langkah yang diambil untuk memastikan produk yang dihasilkan
menepati piawaian kualiti yang telah ditetapkan bagi produk makanan. Konsep
kawalan mutu/kualiti bagi produk kami dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti
di bawah :

4.4.1 Pembelian bahan mentah

Bahan mentah adalah bahan dan barang yang diperlukan untuk dalam proses
penghasilan produk kami. Untuk menjaga kualiti bahan mentah, kami akan pastikan semua
bahan dibeli mempunyai logo halal yang diiktiraf oleh JKM. Oleh kerana sasaran pelanggan
kami terdiri daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama,
mendapatkan bahan yang diyakini bersih dan halal adalah sangat penting bagi syarikat kami.

Selain itu, kami juga memastikan tarikh luput bahan mentah yang dibeli terutamanya tepung,
gula, mentega, susu penuh krim dan telur melebihi tempoh masa pemprosesan produk kami
agar kualiti bahan yang digunakan sentiasa terjaga. Kami juga berusaha untuk menggunakan
bahan mentah dari pengeluar yang sama melainkan tidak ada pilihan lain. Untuk
mengelakkan pembaziran, setiap adunan disukat menggunakan cawan penyukat dan setiap
kitaran akan menggunakan saiz adunan yang sama.

Mesin pembuat waffle juga sentiasa dijaga kebersihannya. Setiap kali proses pengeluaran
produk, semua peralatan dibersihkan dan di simpan di tempat yang bersih dan mudah diakses
oleh pegawai operasi kami.

4.4.2 Penerimaan

Baki bahan mentah yang tidak digunakan diletakkan di dalam bekas kedap udara. setiap
bekas dilabel agar mudah diakses. Bagi bahan seperti susu penuh krim dan telur dibeli
mengikut kuantiti yang ingin digunakan bagi satu kitaran pemprosesan untuk memastikan
tiada baki bahan yang berlebihan. Ini kerana susu full penuh krim mudah rosak setelah
dibuka. Telur yang digunakan juga dibersihkan terlebih dahulu sebelum proses adunan untuk
menjamin kebersihan bahan.

20
Rajah 4.4 : Contoh bekas kedap udara yang digunakan untuk menyimpan lebihan baki bahan
mentah

4.4.3 Inventori

Semua bahan mentah yang telah dibeli direkod terlebih dahulu untuk tujuan pengiraan
kos bahan mentah dan disimpan di dalam almari kaca di dalam premis Koperasi SMK Bintulu.
Rekod inventori ini penting bagi syarikat kami untuk menjejak bahan mentah yang perlu
dibeli.

Rekod inventori Bahan mentah

21
Rekod keluar masuk bahan mentah

4.4.4 Proses pengeluaran

Sebelum proses pengeluaran dijalankan, kawasan premis dibersihkan terlebih dahulu.


Begitu juga dengan peralatan yang digunakan untuk adunan. Walaupun semua peralatan dan
bahan disimpan di tempat yang bersih dan selamat, namun langkah berjaga-jaga tetap
diambil kira terutama sekali dari aspek kebersihan kerana syarikat kami mengendalikan
produk makanan.

Ahli yang terlibat dengan pemprosesan juga sentiasa memakai sarung tangan sepanjang
proses pengeluaran. Sarung tangan juga perlu diganti apabila proses meletakkan perasa pada
kedua-dua bahagian waffle.

22
Rajah 4.5 : Pusat pengeluaran

Rajah 4.6 : Mesin waffle yang digunakan untuk penghasilan produk

23
4.4.5 Produk siap

Produk yang telah siap di sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas
pembungkusan. Produk yang telah melalui proses pembungkusan kemudian dimasukkan ke
dalam peti sejuk beku untuk dibekukan.

Rajah 4.7 : Produk yang telah siap dibakar dan disejuk bekukan

24
4.4.6 Inventori produk siap

Inventori produk yang telah siap direkodkan menggunakan perisian Excel untuk memudahkan
pengurus operasi menjejaki baki produk sedia ada. Inventori yang disediakan menjadi rujukan
bila pemprosesan seterusnya akan dilaksanakan memandangkan ahli yang terlibat dalam
proses pengeluaran adalah dalam kalangan pelajar, terdapat kekangan masa sekiranya masa
tidak ditetapkan lebih awal.

Berdasarkan inventori produk yang sudah siap dan dipasarkan, kami dapat mengenalpasti
perisa yang kurang mendapat sambutan sepanjang proses jualan. Selain itu, kami juga
menyediakan kotak maklum balas bagi pelanggan yang berada di dalam sekolah atau melalui
pesan ringkas whatsapp.

25
5.0 STRATEGI PEMASARAN
5.1 STRATEGI PEMASARAN

Kunci kejayaan kepada sesebuah perniagaan adalah strategi pemasaran yang baik dan
sistematik. Oleh itu, Syarikat kami menggunakan strategi pemasaran yang terbahagi kepada
empat komponen untuk memastikan perniagaan yang diusahakan oleh Syarikat kami akan
kekal berjaya dan bertahan lama. Antara komponen-komponen tersebut ialah :

Strategi pemasaran 1 : Harga yang lebih murah berbanding harga pasaran di luar

Harga yang ditawarkan oleh syarikat kami jauh lebih murah berbanding harga waffle yang
berada dipasaran buat masa ini. Sebelum menentukan harga, kami telah membuat tinjauan
terlebih dahulu harga mampu milik dalam kalangan pelajar SMK Bintulu memandangkan
pelajar adalah sasaran utama Syarikat kami. Setelah melakukan tinjauan, kami mengira kos
bahan dan termasuk kos upah dan kos overhead bagi satu set waffle. Dengan itu kami
Syarikat kami menjual satu set waffle dengan harga RM2.50.

Kos Bahan = RM103.20


Set waffle yang dihasilkan ≈ 65 set
Kos upah, keuntungan dan kos overhead = 50%

Harga bagi 1 set waffle :


103.20
×150 % = RM2.50/set
65
26
Strategi pemasaran 2 : Produk yang berkualiti dan dijamin halal

Syarikat kami menyediakan sejuk beku yang berkhasiat dan dijual panas kepada pelajar serta
mempunyai pelbagai perasa yang diminati (coklat, strawberry, kaya dan mentega kacang).
Kami juga sentiasa mendapatkan maklum balas dari pelanggan untuk memastikan kualiti
produk kami terjaga. Maklum balas yang kami baisanya melalui aplikasi whatsapp dan juga
telegram. Sehingga ke hari ini, maklum balas yang kami terima sangat memuaskan.

Rajah : Ketuhar gelombar mikro yang digunakan semasa penjualan

Antara maklum balas dari pelanggan yang kami terima

27
Strategi pemasaran 3 : Menawarkan promosi

Syarikat kami mencetak Flyers untuk dipamerkan di koperasi dan kawasan sekitar sekolah.
Kami juga mempromosi produk kami secara lisan dalam kalangan pelajar dan guru di SMK
Bintulu. Syarikat kami menggunakan aplikasi whatsapp group kelas dan telegram untuk
mempromosikan produk kami dalam kalangan warga sekolah dan keluarga terdekat.

28
Antara flyers yang kami gunakan untuk tujuan promosi
Strategi pemasaran 4 : Saluran

Syarikat kami menggunakan media sosial sebagai saluran untuk memasarkan produk kami.
Kami telah membuka akaun Instagram dan tik tok. Buat masa ini, Syarikat kami masih
tertumpu kepada komuniti sekolah sahaja. Keuntungan yang kami perolehi setakat ini adalah
melalui penjualan di sekolah termasuklah jualan semasa hari koperasi dan karnival sukan.

Rajah : Poster yang digunakan untuk promosi di media social

29
6.0 LAPORAN PEMASARAN DAN PENJUALAN
6.1 AKAUN UNTUNG RUGI

AKAUN UNTUNG - RUGI INDUK


PENDAPATAN

Jualan Waffle 2840.50

Jumlah 2840.50

(-) PERBELANJAAN

Kos Barang Niaga 1340.50

Kos Upah 700

Jumlah 2042.50

Keuntungan (Kerugian) Bersih 800

6.2 KUNCI KIRA - KIRA

Hawks’ Kitchen
Kunci Kira-Kira pada 10 September 2023

RM RM RM

Aset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik

Mesin Waffle 210 Untung Bersih 800

Microwave 690 Ambilan 50

Kelengkapan 113.50
Modal Akhir 850

30
1013.50

Aset Semasa Liabiliti Bukan


Semasa

Tunai di Bank 800 Pinjaman Koperasi 1516

Tunai di Tangan 300

Stok Akhir 252.50 Liabiliti Semasa -

1352.50

2366 2366

6.3 NISBAH PULANGAN ATAS MODAL

PULANGAN SEBENAR MODAL = (UNTUNG BERSIH)/(MODAL DIKELUARKAN ) X 100%


= (800 / 1616) X 100%
= 49.50

MARGIN KASAR = (UNTUNG KASAR)/(JUALAN ) X 100%


= (1752.50 / 2840.50) X 100%
= 61.70

MARGIN UNTUNG BERSIH = (UNTUNG BERSIH)/(JUALAN ) X 100%


= (800 / 2840.50) X 100%
= 28.16

31
7.0 KESIMPULAN

Keutamaan kami adalah menghasilkan produk yang bukan sahaja dapat


menyelesaikan masalah pelanggan malah memberi sesuatu yang terbaik dengan
menitikberatkan kualiti, bukan sahaja dari segi rasa, tetapi impaknya kepada kesihatan.
Kami juga ingin memberikan suatu nilai yang dapat memudahkan kehidupan seharian
dan menjimatkan masa dengan solusi yang dapat syarikat kami tawarkan. produk kami
tidak memerlukan anda berbaris panjang, dan boleh dihidang pada bila-bila masa.
Dengan adanya produk Frozen Waffle kami, diharapkan masalah yang dihadapi para
suri rumah dan ibu-ibu yang bekerja dapat membantu menyelesaikan masalah.

Kelebihan produk ini mampu mengurangkan masa dalam penyediaan,mudah


disediakan dan paling penting boleh di makan waktu produk panas-panas di samping
harga produk yang tidak jauh lebih murah jika dibandingkan yang terdapat di kedai-
kedai waffle sedia ada.

Keselamatan juga adalah ciri yang paling penting sebagai keutamaan kami.
Keselamatan produk kami bermula dengan bahan-bahan mentah yang selamat
digunakan. Syarikat kami sangat komited untuk memastikan produk yang kami
hasilkan dapat membantu masyarakat di luar sana.

32

You might also like