Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

CTU554

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II

PERANAN PBB DALAM MENGEKALKAN KEAMANAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO PELAJAR
1. MOHAMMAD IMRAN BIN AWANG KECHIK 2020798951
2. MOHAMMAD NOOR NADZIR BIN MOHAMAD NASIR 2020906351
3. MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD AMIN 2020734751
4. NUR FAATIHAH BINTI ABDUL RAHIM 2020398525

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN DASAR


SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN (KEPUJIAN) AM228

DISEDIAKAN UNTUK:
EN. AHMAD AFIQ IRSHAD BIN OMAR

KRITERIA PENILAIAN MARKAH


1. Pengenalan
2. Objektif Kajian
3. Latarbelakang Pertubuhan
4. Isu-isu yang diketengahkan
5. Sumbangan Pertubuhan PBB Dalam
Mengekalkan Keamanan
6. Kaitan isu PBB dengan Negara Malaysia
7. Faedah daripada kajian tajuk Peranan PBB
Dalam Mengekalkan Keamanan
8. Kesimpulan
Jumlah

PENGAKUAN KEASLIAN TUGASAN


“Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya
serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan rujukan yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.”

Bil Nama No Pelajar Tandatangan Tarikh Gambar


Pelajar

1 MOHAMMAD IMRAN 2020798951 IMRAN


BIN AWANG KECHIK

2 MOHAMMAD NOOR
NADZIR BIN 2020906351 NADZIR
MOHAMAD NASIR

3 MUHAMMAD AIMAN 2020734751 AIMAN


BIN MOHAMAD AMIN

4 NUR FAATIHAH BINTI 2020398525 FAATIHAH


ABDUL RAHIM
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGAKUAN KEASLIAN
ISI KANDUNGAN
TUGASAN PENGHARGAAN

1. Pengenalan
2. Objektif
3. Latarbelakang Pertubuhan
4. Isu-isu yang diketengahkan
4.1 Keamanan dan Keselamatan Antarabangsa
4.2 Hak Asasi Manusia
4.3 Kebajikan Sosial
4.4 Kesihatan Global
5. Sumbangan PBB Dalam Mengekalkan Keamanan
5.1 Dasar Aparteid
5.2 Menangani Konflik Antarabangsa
5.3 Menangani Isu Pelarian
6. Kaitan Isu Pertubuhan PBB Dengan Negara Malaysia
6.1 Penyertaan Malaysia Dalam PBB
6.2 Penyertaan Malaysia Dalam Misi Keamanan PBB
6.3 Penglibatan Malaysia Terhadap Pelbagai Aspek
7. Faedah Daripada Kajian Tajuk Peranan PBB
8. Kesimpulan
9. Rujukan
10. Lampiran (Buku Log Proses Tugasan Berkumpulan)
PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah dan limpah kurnianya kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Kami
bersyukur kepada Tuhan atas segala peluang, dugaan dan kekuatan yang telah dilimpahkan
kepada kami untuk menyelesaikan tugasan ini. Banyak yang kami alami sepanjang proses ini,
bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga dari aspek sahsiah. Setinggi-tinggi rasa syukur
kami panjatkan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW yang telah menjadi pedoman hidup
kami.

Pertama sekali, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami En.
Ahmad Afiq Irshad bin Omar atas tunjuk ajar, pemahaman, kesabaran dan yang paling
penting, beliau telah memberikan dorongan positif dan semangat yang hangat untuk
menyiapkan tugasan ini. Ia adalah satu keseronokan dan penghormatan untuk mempunyai
beliau sebagai pensyarah kami. Kami mengambil kesempatan yang paling rendah ini untuk
rasa terima kasih dan rasa terima kasih kami yang mendalam kepada beliau.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli kumpulan kami, dengan tulus ikhlas ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan tercinta yang bersama kami dan menyokong
kami melalui suka dan duka. Di samping itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak Universiti Teknologi Mara (UITM) Merbok, Sungai Petani Kedah kerana
menyediakan persekitaran dan kemudahan yang baik untuk kami menyiapkan projek ini.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pusat
Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi (FSSPP) Universiti Teknologi Mara (UITM) Kedah
kerana menawarkan subjek ini, nilai dan tamadun (CTU554) kerana memberi kami peluang
untuk mengambil bahagian dan mempelajari subjek ini.
1.0 PENGENALAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan penulisan kertas kerja ini adalah untuk meninjau peranan yang dimainkan oleh
Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) dalam mengekalkan keamanan. Kajian ini juga
akan cuba mencungkil isu - isu yang diketengahkan oleh PBB sejak awal pertubuhan
organisasi tersebut dan sumbangan yang telah dilakukan oleh pihak PBB. Di samping itu
juga, kajian akan cuba melihat kaitan isu pertubuhan dengan negara Malaysia.

Di samping itu kajian juga akan turut membincangkan sepintas lalu latar belakang penubuhan
PBB yang merupakan pertubuhan antarabangsa yang terulung, yang mana menjadi tempat
untuk negara-negara dunia meluahkan perasaan, hasrat dan memberikan pandangan mereka
sama ada untuk keamanan dunia mahupun untuk memajukan negara-negara anggota dalam
pelbagai segi.

Akhir sekali, kajian akan menyatakan faedah yang boleh didapati melalui peranan Pertubuhan
Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) dalam mengekalkan keamanan dunia. Pandangan akan
dikemukan dalam kesimpulan bagi memberikan pemahaman yang lebih terperinci tentang
peranan Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) dalam mengekalkan keamanan dunia
dalam kalangan pelajar bergantung kepada situasi semasa yang sesuai untuk diaplikasi pada
masa kini.

.
3.0 LATARBELAKANG PERTUBUHAN PBB

Pada tahun 1816–1945, lebih daripada 200 pertelagahan dan peperangan telah berlaku. Hal
ini termasuklah peperangan saudara Amerika Syarikat, Peperangan Jerman – Perancis,
Peperangan Dunia Pertama dan Peperangan Dunia Kedua. Punca utama pertelagahan ini
berlaku apabila meningkatnya perlumbaan industri teknologi persenataan di rantau tersebut.
Pendapat ini juga telah disokong oleh para ahli akademik dan pengkaji sejarah. Maka, bagi
membendung gejala tersebut, masyarakat seluruh dunia pada masa itu bersetuju
menubuhkan organisasi pertama dunia bagi mengawal pertelingkahan dan kelakuan
antarabangsa, iaitu Pertubuhan Liga Bangsa-Bangsa. (Abu Bakar, 2005) Namun, pemikir-
pemikir Barat dan para ahli akademik berpendapat bahawa pertubuhan tersebut mempunyai
banyak kelemahan yang harus diperbaiki. Setelah mengambil iktibar dan panduan dari
pertubuhan pertama, pertubuhan yang kedua telah diwujudkan dan diberi nama Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) secara rasminya telah ditubuhkan pada 24
Oktober, 1945 dalam Persidangan Francisco yang diwakili oleh setiap wakil daripada 50
buah negara. Sejarah penubuhan PBB bermula dalam perisytiharan London pada tahun
1941. Semua negara yang telah menentang Jerman Nazi, yang dipimpin oleh Adolf Hitler,
telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah badan dunia yang bebas dari pencerobohan agar
keselamatan ekonomi dan sosial setiap negara dipelihara. (Norasmah, 1997) Kemudian,
perkara ini telah diberi tumpuan lagi di dalam mesyuarat perikatan pihak berikat atau lebih
dikenali sebagai Mesyuarat Perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan di
Washington, Amerika pada tahun 1942. Usaha untuk mengekalkan pertubuhan dunia yang
kuat ini diteruskan sehingga membawa kepada persidangan Perisytiharan Moscow pada
1943. (Norasmah, 1997).

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah tebukti dapat mengawasi kelakuan masyarakat


dunia sehingga ke hari ini. Jika pertubuhan ini tidak diadakan, maka pasti kelakuan
manusia tidak dapat dikawal dan akan lebih banyak kemusnahan di dalam dunia sekarang.
Dalam mengawal kelakuan masyarakat antarabangsa, PBB telah mewujudkan badan-
badan khas, iaitu Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan, Sekretariat, Makamah Keadilah
Antarabangsa, Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) dan Majlis Peramanahan. (Abu Bakar,
2005) Setiap badan-badan khas ini telah dipertanggungjawabkan kepada setiap tugas yang
tertentu.
4.0 ISU-ISU YANG DIKETENGAHKAN OLEH PBB

Sebagai satu-satunya organisasi global yang benar-benar universal di dunia, PBB dalam tujuh
dekad sejak penubuhannya telah menangani isu-isu yang melangkaui sempadan negara dan
tidak boleh diselesaikan oleh mana-mana negara yang bertindak sendirian. Secara asasnya,
PBB bermatlamat untuk menjaga keamanan, melindungi hak asasi manusia, mewujudkan
rangka kerja keadilan antarabangsa dan menggalakkan kemajuan ekonomi dan sosial.
Matlamat utama penubuhan PPB adalah memelihara keselamatan dan keamanan sejagat.
PPB juga memainkan peranan menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman tanpa
penggunaan kekerasan.

Sejak awal penubuhan sehingga hari ini, PPB telah memberikan sumbangan amat besar
dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia. PBB sering dipanggil
untuk menghalang pertikaian daripada meningkat menjadi peperangan, untuk memujuk pihak
lawan menggunakan meja persidangan dan bukannya menggunakan kekuatan senjata, atau
untuk membantu memulihkan keamanan apabila konflik bersenjata tercetus. Selama beberapa
dekad, PBB telah membantu menamatkan banyak konflik, terutama melalui tindakan Majlis
Keselamatan, iaitu organ utama untuk menangani isu keamanan dan keselamatan
antarabangsa.

Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung dan Setiausaha Agung semuanya memainkan


peranan yang saling melengkapi dalam memupuk keamanan dan keselamatan. Aktiviti PBB
meliputi pencegahan konflik, perdamaian, pengaman, penguatkuasaan dan pembinaan
keamanan. Berikut adalah isu-isu utama yang diketengahkan oleh PBB dalam mengekalkan
keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.

4.1 Keamanan dan Keselamatan Antarabangsa

Matlamat sebenar penubuhan PBB pada tahun 1945 adalah untuk “menyelamatkan generasi
yang akan datang daripada bencana perang” dan salah satu tujuan utamanya adalah untuk
mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Piagam PBB memberikan Majlis
Keselamatan tanggungjawab utama untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan
antarabangsa. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, Majlis Keselamatan boleh
menggunakan pelbagai pendekatan, termasuk penubuhan operasi pengaman dan sekatan
perdagangan, apabila terdapat ancaman kepada keamanan di sesuatu wilayah.
Walaubagaimanapun, dalam usaha perdamaian oleh PBB, mereka menggunakan pendekatan
yang berbeza-beza bergantung kepada peringkat konflik yang berlaku.

4.1.1 Pencegahan Konflik dan Perdamaian

PBB menggunakan diplomasi politik pencegahan dan pengantaraan untuk membantu mana-
mana negara dalam mencegah dan menyelesaikan konflik secara aman. Pasukan PBB
dihantar ke kawasan-kawasan bertelagah di seluruh dunia untuk membantu meredakan krisis
dan menjadi orang tengah untuk rundingan penyelesaian konflik.

4.1.2 Penjaga Keamanan

Operasi pengaman pelbagai dimensi oleh PBB memudahkan proses politik, melindungi orang
awam, membantu dalam perlucutan senjata, dan menamatkan kerahan tentera dengan
menyokong penganjuran pilihan raya, melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia
serta membantu memulihkan kedaulatan undang-undang. Pengaman PBB berpandukan tiga
prinsip asas iaitu persetujuan antara pihak yang terlibat, kesaksamaan, dan tidak
menggunakan kekerasan kecuali untuk mempertahankan diri, mempertahankan mandat dan
orang awam terutamanya dalam situasi di mana negara tidak dapat menyediakan keselamatan
dan mengekalkan ketenteraman awam.

4.1.3 Pembinaan Keamanan

Hasil daripada sejarah dan pengalaman lalu, PBB telah mula menumpukan perhatian kepada
pembinaan keamanan dalam usaha untuk mengurangkan risiko negara kembali ke dalam
konflik dengan mengukuhkan kapasiti negara untuk pengurusan konflik, dan meletakkan asas
bagi keamanan dan pembangunan yang kukuh. PBB menghadapi cabaran terbesar dalam
usaha membina keamanan dan keselamatan global yang berkekalan dalam masyarakat yang
dilanda peperangan. Oleh itu, pada tahun 2005, PBB telah menubuhkan ‘Peacebuilding
Commission’ untuk lebih bersiap sedia dan bertindak balas terhadap cabaran pembinaan
keamanan.
4.1.4 Perlucutan Senjata

Sejak ditubuhkan, PBB disifatkan sebagai pusat untuk mengekalkan keamanan dan
keselamatan antarabangsa dalam matlamat perlucutan senjata pelbagai hala dan pengehadan
senjata. Matlamat ini termasuk dalam usaha mengurangkan atau menghapuskan senjata
nuklear, memusnahkan senjata kimia dan mengukuhkan larangan terhadap senjata biologi,
menghentikan penggunaan periuk api, senjata kecil dan senjata ringan. Pada tahun 1970,
perjanjian mengenai ‘Non-Proliferation of Nuclear Weapons (NPT)’, iaitu yang paling
universal dari semua perjanjian perlucutan senjata telah dikuatkuasakan. Manakala
Konvensyen Senjata Kimia mula berkuat kuasa pada tahun 1997, dan Konvensyen Senjata
Biologi pada tahun 1975.

4.1.5 Keamanan dan Keselamatan Wanita

Dalam sesuatu konflik atau peperangan, wanita dianggap sebagai minoriti, namun mereka
tetap mengalami kemudaratan yang besar. Majlis Keselamatan PBB mengiktiraf wanita
dalam membuat keputusan dan boleh mengukuhkan prospek untuk keamanan yang mapan
dengan penerimaan sebulat suara ‘Resolusi 1325’ mengenai wanita, keamanan dan
keselamatan. Resolusi 1325 adalah berkaitan kesan perang terhadap wanita dan kepentingan
penyertaan penuh wanita dalam penyelesaian konflik, pembinaan keamanan, pengaman,
tindak balas kemanusiaan dan dalam pembinaan semula pasca konflik. Resolusi itu penting
dalam menangani situasi wanita dalam konflik bersenjata dan menyeru penyertaan mereka di
semua peringkat.

4.1.6 Banteras Keganasan

Membanteras serangan keganasan merupakan salah satu agenda PBB selama beberapa dekad
demi kepentingan semua negara. Tindakan keganasan berlaku di mana-mana tempat di dunia
dan secara tidak langsung menjejaskan ketenteraman dan orang awam yang tidak bersalah.
Pada September 2006, strategi global untuk menentang keganasan telah dipersetujui dimana
semua negara anggota PBB telah bersetuju dengan rangka kerja strategik dan operasi bersama
untuk memerangi keganasan. Strategi ini membentuk asas untuk pelan tindakan yang konkrit
untuk menangani penyebaran keganasan, mencegah dan memerangi keganasan, membina
keupayaan memerangi keganasan, mengukuhkan peranan PBB dalam memerangi keganasan,
dan untuk memastikan penghormatan hak asasi manusia semasa menentang keganasan.

4.1.7 Jenayah Terancang

Jenayah terancang rentas sempadan terdiri daripada pelbagai bentuk seperti pengedaran
dadah, senjata api dan juga manusia serta pengubahan wang haram dan rasuah. Hari ini,
jenayah terancang telah mengalami revolusi, menjadi global dan menjadi suatu perniagaan,
sehingga menjadi suatu ancaman kepada keamanan dan keselamatan. Pejabat Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) ialah pembimbing
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menentang Jenayah Terancang
Transnasional (Konvensyen Jenayah Tersusun) dan tiga Protokol tambahan iaitu berkenaan
pemerdagangan orang, penyeludupan migran dan pemerdagangan senjata api.

4.2 Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia ialah hak yang wujud kepada semua manusia, tanpa mengira bangsa,
jantina, kewarganegaraan, etnik, bahasa, agama, atau apa-apa status lain. Hak asasi manusia
termasuk hak untuk hidup dan kebebasan, iaitu kebebasan daripada perhambaan dan
penyeksaan, kebebasan berpendapat dan bersuara, hak untuk bekerja dan pendidikan. Semua
orang berhak mendapat hak ini tanpa diskriminasi. ‘Undang-Undang Hak Asasi Manusia
Antarabangsa’ menetapkan kewajipan mana-mana kerajaan untuk bertindak dengan cara
tertentu atau menahan diri daripada tindakan tertentu, untuk mempromosikan dan melindungi
hak asasi manusia dan kebebasan asasi individu atau kumpulan.

Istilah "hak asasi manusia" disebut tujuh kali dalam Piagam pengasas PBB, menjadikan
kempen dan perlindungan hak asasi manusia sebagai tujuan utama dan prinsip panduan
Pertubuhan. Pada tahun 1948, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat meletakkan prinsip yang
membawa hak asasi manusia ke dalam bidang undang-undang antarabangsa. Sejak itu, PBB
secara beransur-ansur memperluaskan undang-undang hak asasi manusia untuk merangkumi
piawaian khusus untuk wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya, minoriti dan kumpulan
terdedah lain, yang kini memiliki hak yang melindungi mereka daripada diskriminasi yang
telah lama berlaku dalam kebanyakan masyarakat. Organisasi ini bersungguh-sungguh
melindungi hak asasi manusia melalui instrumen undang-undang dan aktiviti di lapangan.

Beribu pejabat di Geneva, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) memimpin
tanggungjawab dalam sistem PBB untuk promosi dan perlindungan hak asasi manusia.
Mereka menyokong komponen hak asasi manusia dan misi pengaman di beberapa negara.
OHCHR kerap mengulas tentang situasi di dunia yang berkaitan dengan isu hak asasi
manusia, dan mempunyai kuasa untuk menyiasat situasi dan menerbitkan laporan
mengenainya. PBB juga kadangkala melantik pakar untuk menangani isu hak asasi manusia
di negara tertentu. Pakar ini boleh menjalankan kajian, melawat negara tertentu, menemu
bual mangsa, membuat rayuan khusus dan menyerahkan laporan dan cadangan.

OHCHR dan sekutunya bertemu setiap tahun di Geneva untuk mempertimbangkan pelbagai
isu hak asasi manusia. Pelanggaran hak asasi manusia disiasat oleh Jawatankuasa Hak Asasi
Manusia yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil
dan Politik. Mereka telah mengukuhkan norma hak asasi manusia dan memperluaskan julat
hak yang diiktiraf, sebahagiannya dengan merangka konvensyen tambahan mengenai perkara
seperti hak wanita, diskriminasi kaum, penyeksaan, undang-undang buruh, aparteid dan hak
orang asli. PBB melalui laporan khas dan kerja berpasukan, memantau pematuhan piawaian
hak asasi manusia. Pada tahun 1993 Perhimpunan Agung menubuhkan jawatan Pesuruhjaya
Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCHR), yang merupakan
titik fokus dalam Sekretariat PBB untuk aktiviti hak asasi manusia.

4.3 Kebajikan Sosial

PBB prihatin dengan isu hak asasi manusia, termasuk hak wanita dan kanak-kanak,
penempatan semula pelarian, dan kawalan narkotik. Beberapa kejayaan terbesar mereka
adalah dalam bidang meningkatkan kesihatan dan kebajikan penduduk dunia. Pada tahun
1990-an, walaupun terdapat tekanan besar kepada sumber program dan agensi pembangunan
PBB akibat pergerakan pelarian dan krisis kemanusiaan yang besar, PBB meningkatkan
penekanannya terhadap pembangunan sosial.

4.3.1 Bantuan Kemanusiaan


Menurut piagam, PBB juga bertujuan untuk mencapai kerjasama antarabangsa dalam
menyelesaikan masalah antarabangsa yang bercirikan ekonomi, sosial, budaya, atau
kemanusiaan. Ia bermula selepas Perang Dunia Kedua di benua Eropah yang musnah, dengan
bantuan untuk pembinaan semula. PBB kini dipercayai oleh masyarakat antarabangsa untuk
menyelaraskan bantuan kemanusiaan bagi kecemasan akibat bencana alam dan buatan
manusia. Ini termasuk penghantaran makanan, penyediaan tempat tinggal sementara, serta
perkhidmatan kesihatan. Empat entiti PBB yang mempunyai peranan utama dalam
menyampaikan bantuan kemanusiaan ialah Program Pembangunan PBB (UNDP), Agensi
Pelarian PBB (UNHCR), Dana Kanak-Kanak PBB (UNICEF) dan Program Makanan
Sedunia (WFP).

4.1.2 Melindungi Pelarian

Selepas perang dunia kedua, Pertubuhan Pelarian Antarabangsa berjaya menempatkan


semula, menghantar pulang, mengangkut, dan mengekalkan lebih daripada satu juta pelarian
Eropah dan Asia. Ia telah dimansuhkan pada tahun 1952 dan digantikan dengan struktur
pelarian antarabangsa yang baharu. Pada tahun 1951, Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC)
telah mengadakan konvensyen berkaitan status pelarian. Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kemudiannya dilantik dan diarahkan untuk
bertindak di bawah konvensyen ini, dan ECOSOC melantik Suruhanjaya Penasihat untuk
membantu pesuruhjaya tinggi.

Kerja-kerja UNHCR telah menjadi semakin penting sejak akhir 1980-an, melibatkan operasi
bantuan besar di Afrika, Asia Tenggara dan Tengah, Amerika Tengah, Eropah barat dan
tengah, dan Balkan. Pada penghujung tahun 1990-an kira-kira 20 juta orang telah terpaksa
berhijrah atau telah melarikan diri dari penindasan, keganasan, dan kelaparan. UNHCR
bekerja di lebih 120 negara dan bekerjasama dengan lebih 450 NGO untuk memberikan
bantuan dan membantu penempatan semula. Atas perkhidmatannya bagi pihak pelarian,
Pejabat UNHCR telah dianugerahkan Hadiah Nobel untuk Keamanan pada tahun 1954 dan
1981.

4.4 Kesihatan Global


Keluarga yang sihat adalah asas untuk komuniti yang sihat. Melalui matlamat pembangunan
mapan, dunia telah menjanjikan perlindungan kesihatan sejagat dan kesihatan untuk semua.
PBB, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan rakan kongsi telah berusaha menyampaikan
perkhidmatan penting untuk meningkatkan kesihatan secara global dan menjalin perkongsian
baharu dan dinamik untuk kesihatan. Mereka juga berusaha untuk menjangkakan cabaran
kesihatan yang muncul seperti wabak penyakit serta keselamatan kesihatan.

Sejak penubuhannya, PBB telah terlibat secara aktif dalam mempromosikan dan melindungi
kesihatan di seluruh dunia. Mengetuai usaha itu dalam sistem PBB ialah Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), yang perlembagaannya dikuatkuasakan pada 7 April 1948.
Tarikh ini juga telah menjadi sambutan setiap tahun sebagai Hari Kesihatan Sedunia.

WHO pada awalnya memberi keutamaan kepada penyakit malaria, kesihatan wanita dan
kanak-kanak, batuk kering, penyakit kelamin, pemakanan dan pencemaran alam sekitar. Hari
ini, mereka menambah fokus kepada penyakit yang agak baharu seperti HIV, diabetes, kanser
dan penyakit baru seperti SARS, Ebola dan virus Zika. WHO juga menerajui tindak balas
antarabangsa terhadap penyakit Coronavirus (COVID-19) dengan mengisytiharkannya
sebagai pandemik.

Pada tahun 1948, WHO mengambil tanggungjawab untuk mengklasifikasi penyakit


antarabangsa, iaitu piawaian antarabangsa untuk mentakrif dan melaporkan penyakit serta
keadaan kesihatan. WHO telah menyumbang kepada banyak pencapaian bersejarah dalam
kesihatan awam global seperti pengenalan Antibiotik pada tahun 1950, vaksinasi penyakit
cacar pada tahun 1979, rawatan penyakit TB pada tahun 1995, dan mengawal virus Ebola
yang menyerang Afrika Barat pada tahun 2014.

Sehingga hari ini, seramai 149 kakitangan WHO iaitu doktor, pakar kesihatan awam, saintis
serta pakar lain bertugas di seluruh dunia. Mereka menyediakan khidmat nasihat kepada
Kementerian Kesihatan mengenai isu teknikal dan menyediakan bantuan berkaitan
pencegahan, rawatan dan perkhidmatan penjagaan di seluruh sektor kesihatan.

Campur tangan WHO merangkumi semua bidang penjagaan kesihatan global. Sebagai
contoh, WHO campur tangan semasa krisis dan bertindak balas terhadap kecemasan
kemanusiaan. Mereka berfungsi untuk mewujudkan Peraturan Kesihatan Antarabangsa,
dengan mengenal pasti negara mana mencetuskan wabak penyakit dan menghentikannya
daripada merebak. Contohnya penyakit COVID-19 di Wuhan, China yang menggemparkan
dunia pada awal tahun 2019. Dengan kata lain, PBB atau WHO memelihara keamanan dunia
melalui bantuan pencegahan penyakit kronik dan mencapai Matlamat Pembangunan Mapan
berkaitan kesihatan.

5.0 SUMBANGAN PBB DALAM MENGEKALKAN KEAMANAN

Matlamat utama pertubuhan bangsa-bangsa bersatu ialah memelihara keamanan dan


keselamatan sejagat. PBB juga mainkan peranan dalam menyelesaikan setiap konflik
antarabangsa yg berlaku secara aman dan tanpa kekerasan. Sejak awal penubuhan hingga hari
ni, PBB telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam pelihara keamanan dan
kesejahteraan dunia.

5.1 Dasar Aparteid

Di Afrika Selatan, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan
kulit putih. Hendrik Frensch Verwoerd iaitu perdana menteri Afrika Selatan ke-7, terkenal
sebagai arkitek aparteid dan telah melaksanakannya secara berleluasa sewaktu
pemerintahannya. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai lebih
rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan
kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan
undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan
kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam. Menurut
Ismail. J (2017), dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman
di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Dibawah dasar ini, rasisme telah
dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan
antara kulit putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih
dan pekerjaan yang dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah
dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah negara yang dipanggil bantustan atau
homelands, supaya mereka hilang hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain. Oleh itu, pada
tahun 1962 majlis perhimpunan agung PBB telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi
menangani masalah aparteid yang secara jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi
manusia dengan menyarankan semua negara anggotanya memutuskan hubungan diplomatik
dengan Afrika Selatan sebagai tanda protes atas tindakan Hendrik Frensch Verwoerd kepada
kaum kulit hitam. Pada tahun 1963, majlis perhimpunan agung PBB telah meluluskan
pengisytiharaan pembasmian segala bentuk diskriminasi ras sebagai tanda menjaga hak asasi
manusia dan dasar aparteid akhirnya dimansuhkan pada 1994 apabila Nelson Mandela
menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.

5.2 Menangani Konflik Antarabangsa

Konflik antarabangsa telah menjadi suatu isu global pada masa kini dan meninggalkan kesan
kepada sesebuah negara. Keselamatan rakyat akan sentiasa terancam dan sukar untuk
mendapatkan perlindungan dan perlu mengelakkan dari serangan dengan bersembunyi di
kawasan yang selamat. Hal ini akan menyebabkan mereka sentiasa dibayangi ketakutan
dan tidak berani untuk keluar dari rumah kerana takut akan menjadi mangsa
keganasan. Selain itu, ekonomi sesebuah negara juga akan mengalami kejatuhan akibat isu
konflik antarabangsa ini. Sesebuah negara itu perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk
membiayai perubatan dan harta benda yang telah musnah dan rosak. Isu ini juga akan
menyebabkan harga saham jatuh. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat
Dagangan Dunia (WTC) di AS menyebabkan harga saham jatuh sekaligus menjejaskan
ekonomi beberapa buah negara. Di samping itu, apabila sesebuah negara itu terlibat dengan
konflik antarabangsa, pelancong dari luar akan takut untuk datang melancong kerana takut
mereka akan menjadi mangsa keganasan. Hal ini akan menyebabkan ekonomi negara mundur
dan bilangan pelancong akan menjadi kurang. Sebagai contoh, eksiden rampasan kapal
terbang dan pengeboman bangunan oleh pengganas menyebabkan kebanyakan
pelancong berasa tidak selamat.

Majlis keselamatan PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik dengan aman dan
sentiasa komited dan bersungguh-sungguh menangani masalah ini dengan mengambil
beberapa tindakan sewajarnya untuk membendung ancama ini. Antara konflik antarabangsa
yang dapat diselesaikan oleh pihak PBB ialah negara Congo. Menurut Ma’amor. Zulheimy
(2012), Congo ialah sebuah negara yang terletak di Afrika memperolehi kemerdekaan dari
Brussel pada 30 Jun 1960. Bagaimanapun selepas 4 hari mencapai kemerdekaan, satu
pemberontakan tentera telah berlaku. Memandangkan keadaan yang semakin serius presiden
Congo ketika itu telah meminta pertubuhan bangsa-bangsa bersatu menghantar tentera PBB
bagi memulihkan keamanan di Congo. Terup pertama tentera PBB yang tiba ialah dari
Negara Tunisia dan di ikuti dengan negara-negara lain kemudiannya termasuk dari
Persekutuan Tanah Melayu. Penglibatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu bermula apabila
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra bermesyuarat di
London dengan Perdana Menteri Britain membincangkan penyertaan Tentera Tanah Melayu
dalam misi Pengaman PBB di Congo pada Mei 1960 dan pada tahun 1962 Pemberontakan
tentera telah dapat ditangani. Secara tidak langsung ia merupakan salah satu usaha PBB
dalam mengekalkan keamanan.

5.3 Menangani Isu Pelarian

Terdapat beberapa faktor yang menjadi sebab terjadinya isu pelarian. Secara amnya, faktor
pelarian berkait rapat dengan faktor bangsa atau perkauman, agama, kewarganegaraan,
politik , keangggotaan sesebuah kumpulan ataupun masalah bencana alam semula jadi.
Menurut Norwegian Refugee council (2002), konflik bersenjata, keganasan umum dan
pencabulan hak asasi manusia secara terancang serta paksaan penempatan oleh pemberontak
ataupun kerajaan adalah merupakan sebab-sebab utama terjadinya perpindahan pelarian.
Antara faktor lain adalah termasuk serangan ganas yang tidak membezakan antara orang
awam dan pejuang, pembunuhan besar-besaran, penyeksaan dan layanan tidak
berperikemanusian. Manakala, Melander dan Oberg (2003) menyatakan bahawa peperangan
dan kekejaman negara merupakan dua faktor yang memaksa manusia untuk berpindah.
Mereka juga menerangkan geografi konflik memainkan peranan penting yang menyebabkan
berlakunya perpindahan secara paksa ini berbanding dengan tahap konflik tersebut.
Kumpulan manusia yang tinggal lebih dekat dengan tempat di mana konflik itu berlaku lebih
terdorong untuk melarikan diri dari tempat tinggal mereka berbanding dengan tahap konflik
tersebut dan sebagai contohnya yang dapat kita lihat disini adalah isu pelarian rohingya.
Penindasan etnik rohingya ini bermula sejak kemerdekaan Myanmar pada tahun 1946 apabila
kerajaan di negara berkenaan tidak mengiktiraf rohingya sebagai sebahagian daripada 135
etnik rasmi di negara berkenaan. Alasan paling utama yang sering diberikan oleh pemerintah
ialah rohingya berbeza secara keseluruhannya termasuk bahasa, agama dan keturunan dengan
etnik Buddha yang dominan di Myanmar. Kerajaan Myanmar juga menafikan pemberian hak
kewarganegaraan kepada Rohingya dan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai
dokumentasi kewarganegaraan secara perundangan. Hak dan diskriminasi terhadap etnik
rohingya ini bukan sahaja berlaku atas kapasiti kewarganegaraan, namun ia melibatkan
keseluruhan kehidupan etnik berkenaan. Keganasan besar-besaran terhadap etnik rohingya,
khasnya mereka yang menetap di wilayah Rakhine berlaku sebanyak dua kali pada tahun
2012 dan 2017. Keganasan pada tahun 2012 berlaku dalam dua gelombang pada Jun dan
Oktober dan ia menjejaskan kira-kira 12 kawasan perkampungan di wilayah berkenaan. Oleh
itu, bagi menangani masalah ini PBB telah menubuhkan International Refuges Organization
(IRO) bagi menempatkan semula, menghantar pulang dan memberi perlindungan kepada
pelarian dan PPB telah mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian
dinegara-negara tertentu. Disamping itu juga, UN High Commissioner For Refuges
(UNHCR) ditubuhkan Oleh PBB untuk menangani masalah pelarian dengan lebih berkesan
dan nasib pelarian dapat terus terbela.

6.0 KAITAN ISU PBB DENGAN NEGARA MALAYSIA

Selepas mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perdana Menteri pertama Tunku
Abdul Rahman telah menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Dag Hammarskjöld untuk menyatakan minat Malaysia atau pada masa itu dikenali
sebagai Malaya untuk menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada 17 September
1957, sesi kedua belas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang
dipengerusikan oleh Sir Leslie Munroe, sebulat suara bersetuju untuk menerima Tanah
Melayu sebagai ahli ke-82 melalui resolusi. Kehadiran Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu antara lain adalah untuk merumus, menyelaras, mempertahankan dan
memajukan kedudukan dan kepentingan Malaysia di atas ketiga-tiga tonggak Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Walaupun waktu tersebut telah hampir masuk sebulan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan, pemimpin - pemimpin pada waktu itu giat mengambil
bahagian dalam menyuarakan perjuangan hak kesaksamaan dan kepentingan negara-negara
dunia ketiga serta melibatkan diri dalam pasukan-pasukan pengaman. Pada tahun 1965,
Malaysia telah dipilih buat pertama kali menganggotai majlis keselamatan dan Malaysia
juga telah diberi kepercayaan yang tulus untuk bersama-sama berada di dalam majlis penting
yang akan menentukan keputusan tentang keamanan dunia.

Hasil usaha dalam penyuaraan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia ini telah


memperkuatkan kepercayaan yang diberi oleh masyarakat dunia. Pada keseluruhannya,
penglibatan Malaysia telah memberikan hasil di mana pasukan pengaman dari Malaysia yang
telah ditugaskan sentiasa mendapat sambutan dan sokongan dari pelbagai pihak. Tambahan
pula, ada diantara negara-negara yang dilanda konflik negara telah menjadi aman damai
sehingga ke hari ini diatas pertolongan dan sumbangan yang diberikan oleh rakyat serta
pemimpin-pemimpin Malaysia. Oleh itu, Malaysia telah diberi kepercayaan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk memikul tangungjawab sebagai pasukan pengaman
sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. (Abu Bakar, 2005) Di samping itu, Malaysia juga
turut menghantar pasukan-pasukan permerhati ke berberapa negara yang dilanda konflik bagi
membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengawasi keamanan. Berikut adalah kaitan
isu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan negara Malaysia.

6.1 Penyertaan Malaysia Dalam PBB

PBB ditubuhkan adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta
tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam hal-ehwal negara lain. Selain itu, PBB
juga bermatlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman. Malaysia juga
pernah dipilih untuk memimpin negara-negara kumpulan 77 yang ditugaskan untuk
membincangkan isu-isu pembangunan dunia. Selain itu, Malaysia telah dipilih menjadi
pemimpin ICDATT, iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras
penyalahgunaan dadah. Juga, Malaysia terlibat dalam memberikan pandangan, cadangan
atau teguran kepada badan dunia ini. (Abu Bakar, 2005). Antara penyertaan Malaysia
dalam PBB ialah menamatkan perang dan memulihkan keamanan di kalangan negara
anggota PBB. Iaitu pada 1959, Malaysia dan Ireland taja satu usul mengutuk tindakan
Republik Rakyat China menceroboh dan melanggar hak asasi rakyat Tibet.

Di samping itu, kutukan tindakan kuasa besar yang telah menceroboh negara kecil seperti
Rusia di Czechoslovakia (1968), Vietnam di Kemboja (1979), Rusia di Afghanistan
(1980) serta Iraq ke atas Kuwait (1990). (Abu Bakar, 2005) Tambahan pula, pada Oktober
1961, tentera Malaysia telah menghantar pasukan pendamai PBB ke Congo untuk menyertai
penamatan perang saudara dan mengekalkan keamanan. Sehubungan dengan itu,
Malaysia telah mengeluarkan belanja sebanyak RM30 juta bagi tujuan tersebut. Lanjutan
daripada itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad membangkitkan kesedaran antarabangsa berkaitan
Dasar Apartheid. Justeru itu, Malaysia dipilih menganggotai PBB. Begitu juga dengan
isu penjajahan dimana sokongan Malaysia dilihat melalui perjuangan kemerdekaan di
beberapa buah negara seperti Portugal di Angola dan Mozambique, Belanda di Irian
Barat, Perancis di Algeria, British di Rhodesia Selatan serta membebaskan Rhodesia
(Zimbabwe) daripada belenggu penjajahan British yang diketuai Ian Smith. (Abu
Bakar, 2005) Selain daripada itu, dua prinsip utama perlembagaan demokrasi iaitu terlibat
dalam misi pengaman 1988, kawal genjatan senjata Iran-Iraq bahkan juga pada 1990 dan
1992, khidmat bawah PBB juga telah menjaga sempadan Iran-Iraq serta Kemboja. Bukan itu
saja malah, telah menjaga keamanan di Namibia dan menyertai pasukan pengaman di Bosnia-
Herzegovina dan Somalia. (Abu Bakar, 2005).

6.2 Penyertaan Malaysia Dalam Misi Keamanan PBB

Malaysia telah menyertai pelbagai operasi keamanan sejak menjadi ahli Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1957. Operasi-operasi ini melibatkan aspek-
aspek kewangan, sosial, politik dan lain-lain untuk keamanan di dunia. Penglibatan Malaysia
dalam operasi keamanan ini juga telah memberikan banyak impak kepada pelbagai pihak.
Seramai 838 anggota pengaman PBB dari Malaysia terbabit dalam misi pengaman PBB di
Lubnan, Sahara Barat, Sudan Selatan dan Congo. Selain itu, Malaysia juga antara negara
konsisten memperjuangkan pelucutan dan pengharaman pemusnah besar-besaran,
termasuk senjata nuklear. (Tun Hussein, 2020) Contohnya, dalam soal hak asasi manusia,
Malaysia antara negara paling tegas menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memiliki
negara merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara. Seterusnya,
Malaysia juga konsisten mengutuk sekeras-kerasnya perancangan terbaru Israel untuk
menghilangkan sebahagian wilayah Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan. Selain itu,
dalam soal ekonomi dan bantuan kemanusiaan, Malaysia bangga menjadi ‘Hub Respons’
kemanusiaan Asia Pasifik yang memudahkan cara usaha PBB dalam menyalurkan bantuan
perubatan makanan ke negara memerlukan menerusi Program Makanan Dunia (WPF).
(Tun Hussein, 2020) Malaysia juga menyalurkan sumbangan kewangan secara berkala,
terutama kepada Palestin melalui sumbangan sukarela kepada agensi kerja dan bantuan
pertubuhan bangsa–bangsa bersatu bagi perlarian Palestin (UNRWA).

6.3 Penglibatan Malaysia Terhadap Pelbagai Aspek

Pada tahun 1985, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengumumkan


bahawa 5 Disember dijadikan sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa ataupun dikenali
lebih sebagai International Volunteer Day for Economic and Social Development
(IVD). Keputusan ini dibuat semasa Perhimpunan Agung PBB diadakan pada tahun tersebut
(UNV 2021). Penglibatan Malaysia dalam program ini telah memberikan pelbagai impak
positif. Persatuan-persatuan dan kelab-kelab sukarelawan banyak ditubuhkan dan didaftar
pada peringkat institusi, kebangsaan dan juga antarabangsa. Objektif Hari Sukarelawan
Antarabangsa (IVD) adalah untuk memberikan peluang kepada sukarelawan dan organisasi
sukarelawan bagi mempromosikan sifat kesukarelaan kepada orang awam, menggalakkan
kerajaan untuk menyokong usaha-usaha sukarelawan serta mengiktiraf sumbangan dan
pencapaian sukarelawan tersebut (UNV, 2021). Contohnya, sumbangan sukarela dari segi
kewangan telah diberikan oleh pihak Malaysia kepada negara-negara yang memerlukan
terutamanya Palestin.

Antara sumbangan sukarelawan daripada individu, syarikat, kerajaan dan badan bukan
kerajaan kepada Hari Sukarelawan Antarabangsa (IVD) adalah melalui projek komuniti
sukarela dan kempen derma darah (Rahim, 2020) Terdapat banyak syarikat korporat di
Malaysia yang mematuhi objektif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu
mempromosikan sifat kesukarelawanan kepada pekerja-pekerja syarikat dan menderma
kepada kebajikan. Contoh Allianz Malaysia Berhad telah mengadakan program
Allianz4Good secara sukarela dalam literasi kewangan, keselamatan jalan raya serta
komuniti dan alam sekitar. Seramai 417 sukarelawan telah dedikasikan masa mereka
selama 3050 jam untuk mencapai kira-kira 17600 orang melalui program sukarela tersebut.
Selain itu, CIMB Group Holding Berhad juga telah menyumbang lebih RM 76 juta
untuk pembangunan masyarakat. (Eclimo Sdn Bhd, 2019).

Malaysia sangat komited dalam kerjasama bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(PBB). Penglibatan Malaysia dapat dilihat melalui usaha-usaha oleh wakil-wakil Malaysia
yang telah bekerja keras untuk membantu menangani krisis-krisis dunia. Malaysia juga tidak
terlepas daripada mendapat pelbagai anugerah sebagai bukti hasil kerja keras dalam
menghulurkan tangan kepada pihak-pihak yang memerlukan. Malaysia telah menjalankan
tanggungjawab sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai
aspek, secara tidak langsung berkait antara satu sama lain demi menjaga keamanan global.
7.0 FAEDAH DARIPADA KAJIAN TAJUK PERANAN PBB DALAM

MENGEKALKAN KEAMANAN
8.0 KESIMPULAN
Lampiran

BUKU LOG PROSES TUGASAN BERKUMPULAN

BAHAGIAN A:
PEMBAHAGIAN TUGAS

Bil. No. Nama Tanggungjawab


Matrik
1. 2020798951 MOHAMMAD IMRAN BIN
AWANG KECHIK
2. 2020906351 MOHAMMAD NOOR NADZIR
BIN MOHAMAD NASIR
3. 2020734751 MUHAMMAD AIMAN BIN
MOHAMAD AMIN
4. 2020398525 NUR FAATIHAH BINTI ABDUL
RAHIM

BAHAGIAN B:
PERAKUAN TANGGUNGJAWAB DAN KOMITMEN

Diakui sah dan ditandatangani oleh ahli kumpulan

Bil. No. Nama Tandatangan


Matrik
1. 2020798951 MOHAMMAD IMRAN BIN IMRAN
AWANG KECHIK
2. 2020906351 MOHAMMAD NOOR NADZIR NADZIR
BIN MOHAMAD NASIR
3. 2020734751 MUHAMMAD AIMAN BIN AIMAN
MOHAMAD AMIN
4. 2020398525 NUR FAATIHAH BINTI ABDUL FAATIHAH
RAHIM
RUJUKAN

United Nations. (n.d.). Our work. United Nations. Retrieved from https://www.un.org/en/our-
work

United Nations. (n.d.). Health. United Nations. Retrieved from


https://www.un.org/en/global-issues/health

The United Nations and human rights. UNICEF. (n.d.). Retrieved from
https://www.unicef.org/child-rights-convention/united-nations-human-rights

Ismail, J. (2017, January 15). Dasar Apartheid. DASAR APARTHEID. Retrieved from
http://jijiismail.blogspot.com/2017/01/dasar-apartheid.html

ma'amor, zulheimy. (2012, July 16). CONGO MISI ANTARABANGSA PERTAMA RASMI
TIM MALAYSIA. Retrieved from https://zulheimymaamor.blogspot.com/search?
q=congo

Faezah. (2015, April). kanak - kanak pelarian. Scribd. Retrieved from


https://www.scribd.com/document/323205680/FAKTOR-pelarian#

Abu Bakar, R. (2006). Peranan Malaysia dalam pasukan pengaman Pertubuhan


BangsaBangsa Bersatu (PBB). Retrieved from https://studentsrepo.um.edu.my/1287

Norasmah, B. Y. (1997). Peranan Malaysia dalam misi-misi pengaman Pertubuhan Bangsa-


Bangsa Bersatu. UNIMAS Institutional Repository.
https://ir.unimas.my/id/eprint/8576/
United Nations. (2015). Functions and Powers | United Nations Security Council. Un.org.
https://www.un.org/securitycouncil/content/functions-and-powers

United Nations. (2015). Current Members | United Nations Security Council. Un.org.
https://www.un.org/securitycouncil/content/current-members

Ngali, B., Abdul Razak, N. F., Kirok, P., Marjuki, F., Alauddin, A. S., & Emis, M. (2018).
Faktor dan kesan penindasan etnik Rohingya di Myanmar. UMS Tamadun Islam
Tamadun Asia,1(2018).
https://www.academia.edu/41193204/FAKTOR_DAN_KESAN_PENINDASAN_ETN
IK_ROHINGYA_DI_MYANMAR

Hassan, M. S. (2022, March 6). Merungkai Empat Punca Terbesar. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/03/817578/merungkai-empat-punca-terbesar

Tun Hussein, H. (2020, October 24). Malaysia komited sokong PBB perjuang keamanan
dunia. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/745612/malaysia-komited-
sokong-pbb-perjuang-keamanan-dunia

Nations, U. (2021). International Volunteer Day. United Nations.


https://www.un.org/en/observances/volunteer-day

Rahim, S. (2020, April 12). Hari Sukarelawan Antarabangsa. UPM PUSAT SUMBER DAN
PENDIDIKAN KANSER (CaRE).
https://care.upm.edu.my/artikel/hari_sukarelawan_antarabangsa-59618

Abu Bakar, R. (2005). Peranan


Malaysia dalam pasukan
pengaman Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB).
University Malaya Students’
Repository.
Abu Bakar, R. (2005). Peranan
Malaysia dalam pasukan
pengaman Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB).
University Malaya Students’
Repository. Abu Bakar, R. (2006). Peranan Malaysia dalam pasukan
pengaman Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB). Retrieved from
https://studentsrepo.um.edu.my/128

You might also like