Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SULIT 2 3756/1

1 Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan skop perakaunan

I. Memperoleh keuntungan maksimum.


II. Merancang dan mengawal kegiatan perniagaan.
III. Merekod urus niaga secara tepat dan bersistematik.
IV. Mengklafikasi, menganalisis, mentafsir dan melaporkan maklumat
perakaunan.

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

2 Rajah 1 menunjukkan Kitaran Perakaunan yang tidak lengkap.

Apakah Q?

A Pelarasan
B Imbangan Duga
C Penyata Kewangan
D Imbangan Duga Teselaras

3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan pemilik Perniagaan Jati

Puan Wan Nurelda, pemilik Perniagaan Jati merekod nilai


komputer setiap tahun mengikut nilai pasaran

Apakah prinsip perakaunan yang tidak diamalkan oleh peniaga itu?

A Ketekalan
B Prinsip kos
D Entiti berasingan
D Wang sebagai ukuran
SULIT 3 3756/1

4 Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri satu jenis entiti perniagaan.

Ciri Penerangan
Bilangan Pemilik 2 hingga tiada had
Untung Rugi Diagihkan dalam bentuk dividen
Sumbangan Modal Pemegang saham
Cukai Pendapatan Cukai pendapatan syarikat

Antara berikut, jenis entiti perniagaan yang manakah menepati ciri-ciri itu?

A Klinik Azib dan Aris


B Kedai Runcit Adam
C Syarikat Nafiz Berhad
D Syarikat Afiq Sendirian Berhad

5 Antara yang berikut, komponen manakah yang terdapat dalam Akaun


Perdagangan dan Untung Rugi?

I. Aset
II. Hasil
III. Kos Jualan
IV. Ekuti Pemilik

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

6 Antara berikut, pilih pengelasan yang betul.

Pengelasan Butir
I. Aset Gaji prabayar
II. Hasil Faedah diterima
III. Belanja Pulangan keluar
IV. Liabiliti Sewa belum terima

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
SULIT 4 3756/1

7 Berikut merupakan kesan satu urus niaga terhadap persamaan perakaunan yang
diperoleh daripada Syarikat Elektrik Sinaran

Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik


(RM5 550) (RM6 000) RM450

Pernyataan yang manakah menunjukkan urus niaga di atas?

A Menjual barang berkos RM5 550 pada harga RM6 000 secara kredit.
B Membeli perabot bernilai RM6 000 secara kredit pada harga RM5 550
C Membayar RM5 550 untuk menjelaskan Akaun Belum Bayar sebanyak
RM6 000
D Menerima RM5 550 daripada Akaun Belum Terima dan memberi diskaun
sebanyak RM450

8 Puan Farah pemilik Kedai Buku Jaya telah memulangkan enam buah buku
matematik kepada pembekal kerana rosak

Apakah kesan urus niaga ke atas aset, liabiliti dan ekuiti pemilik kedai Puan Farah

Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik


A Bertambah Bertambah Tiada kesan
B Berkurang Berkurang Tiada kesan
C Bertambah Tiada kesan Bertambah
D Berkurang Tiada kesan Berkurang

9 Padanan manakah yang betul?

Akaun Kontra Akaun Induk


I. Pulangan keluar Jualan
II. Pulangan keluar Belian
III. Peruntukan Hutang Ragu Akaun Belum Terima
IV. Perabot Susut Nilai Terkumpul Perabot

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

10 Dokumen yang manakah digunakan dalam urus niaga tunai?

A Invois
B Nota Debit
C Makluman Debit
D Baucar Pembayaran
SULIT 5 3756/1

11 Apakah yang dimaksudkan dengan istilah “K. & K. D K.” seperti yang
terkandung dalam sesebuah invois

A Kekurangan dan kesilapan dibetulkan


B Ketetapan dan keselamatan diutamkan
C Kelewatan dan kelambatan diketepikan
D Kesilapan dan ketinggalan dikecualikan

12 Mengapakah nota kredit dihantar kepada pembeli?

I. Pembeli ditambahkan caj angkutan


II. Pembeli memulangkan barang niaga yang rosak
III. Pembeli dikurangkan jumlah bayaran pada invois
IV. Pembeli dicaj faedah kerana lewat membayar hutang.

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

13 Apakah fungsi Penyata Bank yang dikeluarkan oleh bank kepada peniaga?

A Menunjukkan baki tunai di bank


B Menggalakkan pembeli membeli secara pukal
C Memberikan ringkasan urus niaga kepada pembeli
D Menggalakkan pembeli membuat bayaran dengan segera

14 Urus niaga manakah yang dicatatkan dalam Jurnal Am.

I. Catatan pembukaan
II. Ambilan barang niaga dan aset
III. Belian dan jualan barang niaga secara kredit
IV. Memulangkan barang niaga yang rosak kepada pembekal

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
SULIT 6 3756/1

15 Dokumen 1 dihantar oleh Kedai Kek Dameya Delicious kepada pelanggannya.

NOTA KREDIT
NK 5050
SALINAN Kedai Kek Dameya Delicious
15 Jalan Rebana,
83000 Batu Pahat, Johor.

Tarikh : 12 Jun
2020

Kepada :
Syarikat Abu Zar
11, Jalan Barat,
83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

Akaun tuan telah dikreditkan seperti berikut :


HARGA JUMLAH
KUANTITI BUTIR
SEUNIT (RM) (RM)

6 Kek Chiffon 120 720


Tolak : Diskaun niaga 20% 144
(Kek Chiffon dipulangkan kerana salah
jenis)
JUMLAH 576
Ringgit Malaysia: Lima Ratus Tujuh Puluh Enam Sahaja.

Meya
Pengurus

Dokumen 1

Buku catatan yang sesuai untuk merekodkan butiran dokumen itu ialah

A Jurnal Belian
B Jurnal Jualan
C Jurnal Pulangan Belian
D Jurnal Pulangan Jualan
SULIT 7 3756/1

16 Urusniaga berikut diambil daripada kedai Bunga Mimie.

Jun 3 Bayar sewa RM600 dengan cek

A Dt. Buku Tunai


Tarikh Butir Tunai Bank
(RM) (RM)
20X9
Jun 3 Sewa 600

B Dt. Buku Tunai


Tarikh Butir Tunai Bank
(RM) (RM)
20X9
Jun 3 Sewa 600

C Buku Tunai Kt.


Tarikh Butir Tunai Bank
(RM) (RM)
20X9
Jun 3 Sewa 600

D Buku Tunai Kt.


Tarikh Butir Tunai Bank
(RM) (RM)
20X9
Jun 3 Sewa 600

Bagaimanakah catatan yang betul dalam Buku Tunai?

17 Maklumat yang berikut diambil daripada Buku Tunai Runcit sebuah perniagaan

1 Jan 2019
Jumlah penerimaan RM250
1Jan - 31 Jan 2019
Jumlah pembayaran RM225
1 Feb 2019
Baki akhir RM25
Berapakah jumlah wang yang perlu dituntut daripada juruwang mengikut Sistem
Panjar?
A. RM25
B. RM225
SULIT 8 3756/1

C. RM250
D. RM275
18 Maklumat yang berikut berkaitan dengan pembahagian lejar

Lejar

X Y

Lejar Jualan Lejar Belian

X Y
A Akaun Nyata Akaun Nominal
B Akaun Nominal Akaun Nyata
C Lejar Am Lejar Subsidiari
D Lejar Subsidiari Lejar Am

19 Pernyataan manakah menerangkan peraturan merekodkan urus niaga ke dalam


lejar?

A Aset didebitkan apabila berkurang


B Hasil dikreditkan apabila berkurang
C Liabiliti didebitkan apabila berkurang
D Ekuiti pemilik dikreditkan apabila berkurang

20 Peniaga membayar sewa kediamannya dengan menggunakan wang perniagaan.

Apakah catatan lejar untuk urus niaga tersebut?

Debit Kredit
A Akaun Sewa Akaun Tunai
B Akaun Tunai Akaun Sewa
C Akaun Ambilan Akaun Tunai
D Akaun Sewa Akaun Modal
SULIT 9 3756/1

21 Maklumat berikut dipetik daripada Buku Perniagaan Bangga pada 30 Jun 2020.

Akaun Kawalan Belum Bayar


RM RM
P 10 400 Baki b/b 6 800
Kontra 640 Belian 25 000
Baki h/b 20 760

31 800 31 800
Baki b/b 20 760

Apakah P?

A Faedah
B Diskaun Diberi
C Pulangan Keluar
D Angkutan Masuk

22 Maklumat yang berikut diperoleh daripada Hidayah Enterprise pada 31 Disember


2019.

1 Jan. 2019 31 Dis. 2019


RM RM
Akaun belum terima 3 680 5 364
Peruntukan hutang ragu 1 372
Cek diterima daripada pelanggan 2 480

Berapakah jumlah jualan kredit?

A RM2 168
B RM4 164
C RM5 536
D RM6 564

23 Akaun manakah yang disenaraikan dengan tepat dalam imbangan duga?

Akaun Ruangan
A Sewa diterima Debit
B Akaun belum terima Kredit
C Akaun belum bayar Debit
D Faedah simpanan tetap Kredit
SULIT 10 3756/1

24 Petikan Imbangan Duga di bawah ini diambil daripada sebuah perniagaan.

Imbangan Duga pada 31 Disember 2020

Butir Debit Kredit


(RM) (RM)

P 600
Q 850

Apakah P dan Q?

P Q
A Jualan Belian
B Pulangan Jualan Pulangan Belian
C Belian Jualan
D Diskaun Diberi Diskaun Diterima

25 Pernyataan manakah yang benar tentang pelarasan pada tarikh imbangan?

I. Sewa belum terima ialah liabiliti semasa bagi sebuah perniagaan


II. Mengikut perakaunan asas akruan hasil diiktiraf apabila tunai diterima
III. Mengikut perakaunan asas tunai hasil diiktiraf apabila tunai diterima
IV. Bertujuan untuk memadankan hasil dan belanja sebenar dalam tempoh
kewangan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

26 Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Kedai Perabot Arissa pada
akhir tempoh perakaunan.

Jenis barang Kuantiti Harga Kos Harga Pasaran


(unit) seunit (RM) seunit (RM)
Rak buku 25 250 400
Kerusi 20 40 35

Berapa nilai inventori akhir?

A RM6 950
B RM7 050
C RM10 700
D RM10 800
SULIT 11 3756/1

27 Kerani akaun Perniagaan Mega menyediakan Akaun Perdagangan.


Apakah tujuan dia berbuat demikian?

A Untuk menghitung untung kasar


B Untuk menghitung untung bersih
C Untuk menghitung belanja operasi
D Untuk menghitung jumlah aset dan liabiliti

28 Yang manakah tujuan sesebuah perniagaan menyediakan Penyata Kedudukan


Kewangan?

A Melihat prestasi perniagaan


B Menutup akaun hasil dan belanja
C Menunjukkan kecairan perniagaan
D Mengetahui keuntungan perniagaan

29 Akaun di bawah diperloleh daripada buku sebuah perniagaan

Akaun Alat Tulis


2018 RM 2018 RM
Jan-01 P 650 Dis 31 Q 580
Baki b/b 70
650 650

Apakah yang diwakili oleh P dan Q?

P Q
A Bank Perdagangan
B Perdagangan Bank
C Bank Untung Rugi
D Untung Rugi Bank

30 Syarikat Amalina membeli sebuah van bernilai RM71 040. Penggunaan van
dijangka selama 8 tahun. Pada akhir tempoh perakaunan, nilai skrap van
dianggarkan sebanyak RM4 240.

Berapakah susut nilai tahunan van tersebut?

A RM4 770
B RM8 350
C RM8 880
D RM9 410
SULIT 12 3756/1

31 Yang manakah antara berikut benar tentang inventori yang direkodkan


menggunakan sistem berterusan?
A. Dihitung pada akhir tempoh sahaja
B. Nilai inventori akhir kurang tepat
C. Digunakan oleh kedai runcit kecil-kecilan
D. Merekod pergerakan inventori sepanjang masa

32 Maklumat yang berikut diperoleh daripada Perniagaan Kencana bagi tahun


berakhir 31 Disember 2019.

Insurans setahun : RM3 600


Tarikh insurans bermula : 1 April 2019

Berapakah nilai insurans yang perlu direkodkan dalam penyata kewangan

A. Insurans prabayar RM900


B. Insurans prabayar RM2 700
C. Insurans belum bayar RM900
D. Insurans belum bayar RM2 700

33 Petikan Imbangan Duga berikut diperoleh daripada sebuah syarikat.

Imbangan Duga pada 31 Disember 2020

Butir Dt (RM) Kt (RM)

Akaun Belum Terima 6000

Peruntukan Hutang Ragu 150

Selepas penyediaan Imbangan Duga seorang pelanggan telah meninggal dunia dan
hutangnya sebanyak RM300 telah dihapuskan sebagai hutang lapuk.

Jika peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 5% atas Akaun Belum Terima
bersih, apakah kesan terhadap belanja dan hasil perniagaan?

A. Hasil bertambah RM135


B. Hasil bertambah RM285
C. Belanja bertambah RM135
D. Belanja bertambah RM285
SULIT 13 3756/1

34 Maklumat berikut dipetik daripada buku perniagaan Setia Kasih yang


menjalankan perniagaan membaiki kereta

1 Januari 2020 31 Disember 2020


RM RM
350 210
Alatan kecil
Maklumat tambahan:
Alatan kecil berjumlah RM430 telah dibeli sepanjang tahun 2020

Berapakah susut nilai alatan kecil yang dicatat pada Akaun Untung Rugi?

A. RM130
B. RM140
C. RM230
D. RM570

35 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kedai Sham pada 31 Disember 2019

RM
Mesin 30 000
Susut nilai terkumpul mesin 6 000

Mesin tersebut dijual pada harga RM25 500 pada 31 Disember 2019.
Berapakah untung atau rugi pelupusan mesin tersebut?

A. Rugi pelupusan RM1 500


B. Rugi pelupusan RM4 500
C. Untung pelupusan RM1 500
D. Untung pelupusan RM4 500

36 Maklumat berikut di ambil daripada perakaunan Perniagaan Arif pada 31 Januari


2020
RM
Untung kasar 3 575
Faedah atas pinjaman 1 100
Sewa diterima 800
Kadar bayaran 720

Maklumat tambahan:
Kadar bayaran prabayar RM180

Berapakah untung bersih Perniagaan Arif?


SULIT 14 3756/1

A. RM2 555
B. RM2 735
C. RM3 155
D. RM3 335

37 Kesilapan manakah yang tidak ketara dalam Imbangan Duga?

A. Bayaran gaji RM600 secara tunai hanya direkodkan dalam Buku Tunai
B. Diskaun diberi RM70 telah direkodkan dalam Akaun Diskaun Diterima
C. Jualan secara kredit RM255 telah direkodkan dengan RM225 dalam
Akaun Jualan
D. Belian alatan pejabat RM500 dengan cek telah direkodkan dalam Akaun
Belian

38 Mengapakah akaun nyata tidak ditutup pada akhir tempoh kewangan?

A. Baki akaun nyata boleh terus digunakan oleh perniagaan dalam tempoh
kewangan akan datang
B. Baki akaun nyata tidak boleh digunakan oleh perniagaan dalam tempoh
kewangan akan datang
C. Baki akhir akaun nyata tahun semasa akan sama dengan baki akhir tempoh
kewangan akan datang
D. Baki awal akaun nyata semasa akan menjadi baki akhir tempoh kewangan
akan datang

39 Kesilapan yang berikut ditemui oleh kerani akaun Perniagaan Kluster selepas
penyediaan Akaun Untung Rugi

Pulangan jualan berjumlah RM1 200 tertinggal rekod

A. Untung kasar terlebih nilai RM1 200


B. Untung kasar terkurang nilai RM1 200
C. Untung kasar terlebih nilai RM2 400
D. Untung kasar terkurang nilai RM2 400

40 Bayaran membaiki premis RM 3 600 dengan cek tersilap rekod ke Akaun Premis.
Bagaimanakah kesilapan ini diperbetulkan?

Butir Debit (RM) Kredit (RM)


A Premis 3600
Bank 3600
B Belanja membaiki premis 3600
Premis 3600
C Belanja membaiki premis 3600
Bank 3600
D Premis 3600
Belanja membaiki premis 3600
SULIT 15 3756/1

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like