BMMB3123-Tugasan 1w

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 Pengenalan

Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam ba-
hasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah
semantik dan makna. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos
yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan
sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan,1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyam-
paikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh
struktur permukaandan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk
kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah”
(M.Breal,1893). Makna boleh diberikan dengan bermacam-macam-macam pengertian lain. Ogden
dan Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang intrinsik,
pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna mempunyai makna
yang ruwet. Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang
mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji
maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh
dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna den-
gan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

2.0 Sejarah Perkembangan Bidang Semantik

Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada
perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah
memberi fokus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun
1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur
dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931 merupakan detik bersejarah dalam sejarah seman-
tik. Hal ini demikian kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Mean-
ing and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini
telah menjadi titik tolak trend baharu dalam bidang semantik.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa semantik berasal daripada perkataan
Greek iaitu semantikos yang bermaksud memberi tanda, sesuatu gejala atau tanda serta sesuatu
yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk kepada aspek makna.
Dalam hal ini, makna yang dimaksudkan ialah makna yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa
atau sistem tanda yang lain. Perkataan semantic yang digunakan kini berasal daripada bahasa
Perancis, iaitu semantique. Perkataan tersebut telah digunakan oleh Michel Breal sejak abad ke-
19. Berdasarkan sejarah linguistik, istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkemban-
gan dan perubahan makna dalam bahasa.

Ilmu semantik telah dikaji sejak tahun 429-347 SM oleh Plato (Faridah Nazir dan Faiziah
Shamsuddin, 2016). Plato menyatakan bahawa bunyi-bunyi bahasa secara implisit mengandungi
makna-makna tertentu menerusi karyanya yang bertajuk Crafylus. Seterusnya, Aristotle (384-322
SM) menggunakan istilah makna sewaktu mendefinisikan perkataan pada masa tersebut.
Berdasarkan pendefinsian tersebut, perkataan merupakan satuan terkecil yang mengandungi
makna. Dalam hal ini, perkataan merupakan satuan terkecil yang mengandungi makna yang hadir
secara tersendiri iaitu makna leksikal dan makna gramatikal. Namun demikian, terdapat perbezaan
pendapat antara Plato dan Aristotle berkenaan dengan kajian semantik kerana Plato melihat terda-
pat hubungan makna antara perkataan. Namun demikian, Aristotle melihat hubungan tersebut dari
segi bentuk dan makna kata.
Perkembangan bidang semantik agak lambat di Malaysia berbanding dengan bidang lin-
guistik yang lain seperti morfologi, fonologi, fonetik dan sintaksis (Nor Hashimah Jalaluddin, 2014).
Namun demikian, kajian berkenaan dengan tatabahasa bahasa Melayu telah berlaku sejak era
pramerdeka menerusi hasil penulisan berkenaan dengan tatabahasa pada masa tersebut. Nor
Hashimah Jalaluddin (2014) menyatakan bahawa perkembangan bidang semantik di Malaysia
sebenarnya dipengaruhi oleh perkembangan bidang semantik pada peringkat antarabangsa.
Penulisan buku berkenaan dengan tatabahasa bahasa Melayu lebih berstruktur pada era pas-
camerdeka kerana berlandaskan kerangka teori linguistik yang sistematik. Penulisan tersebut telah
merancakkan lagi perbincangan bahasa Melayu dalam kerangka linguistik. Perbincangan tataba-
hasa tersebut hanya memberi fokus terhadap bidang morfologi dan sintaksis. Dalam hal ini, bidang
semantik yang mengkhusus tentang makna tersisip secara tidak langsung dalam buku tersebut
menerusi perbincangan tentang proses transformasi kata dan ayat. Proses transformasi dalam
kata dan ayat telah membawa penjelasan berkenaan dengan perubahan makna yang berlaku ter-
hadap sesuatu perkataan dan ayat.
3.0 Fitur Makna
3.1 Sifat Makna
Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang mempunyai ciri-ciri
tersendiri. Ciri semantik bermaksud perkataan-perkataan dimasukkan ke dalam golongan masing-
masing menurut makna perkataan berkenaan. Tamsilnya, Za’ba (1965), menggolongkan
perkataan kepada kata nama, perbuatan, sifat (nama), sendi dan seruan. Apabila melihat kritiria
penggolongan kata oleh Za’ba, kita dapat memahami bahawa beliau menggunakan ciri semantik
sebagai asas bagi memasukkan perkataan berdasarkan golongan masing-masing. Penggunaan fi-
tur makna ini dapat memudahkan lagi pemahaman seseorang terhadap makna yang terdapat
dalam perkataan. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa setiap perkataan yang terdapat dalam ka-
mus Dewan ataupun tidak mempunyai komponen makna atau fitur yang boleh dijelaskan atau dis-
enaraikan maknanya.

3.2 Kelas Makna


3.2.1 Makna Emotif
Menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) makna emotif adalah makna yang timbul dari-
pada reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang difikirkan
atau dirasakan. Dalam kata lain, makna emotif ialah makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa
bahasanya. Contohnya, perkataan meninggal dunia, mati, wafat, mampus, mangkat dan kojol
adalah makna emotif yang membawa maksud sudah meninggal dunia. Namun penggunaan
perkataan yang berbeza ini boleh menimbulkan nilai yang berbeza terhadap orang lain. Begitu
juga contoh perkataan bodoh dalam ayat Engkau bodoh, kata itu tentunya menimbulkan perasaan
tidak senang bagi pendengar.

3.2.2 Makna Konotatif


Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung kepada perkara
negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma,
1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat pertalian perasaan kita terhadap apa-apa yang di-
ucapkan atau didengar. Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna
yang tertulis atau makna yang diujarkan. Dalam kata lain, makna konotatif ialah makna tersirat
yang bertujuan untuk menegur, memberi nasihat, tunjuk ajar dan panduan tetapi dalam cara yang
tidak menyinggung perasaan pihak lain dan amat mengutamakan nilai komunitatif. Contohnya
dalam ujaran “Cantiknya muka macam tu”, kata cantik bukan membawa maksud “lawa” atau “in-
dah” tetapi makna yang sebaliknya. Apa yang dimaksudkan oleh pengujar dalam ayat ini ialah
muka orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantik tetapi tidak jelita atau rupawan. Jelasnya
makna ayat ini ditentukan oleh konteks pengguna. Selain itu, makna konotatif juga sering dikaitkan
dengan peribahasa.

3.2.3 Makna Piktorial


Makna piktorial Menurut Shipley (dalam Monsoer Pateda,2001:122) adalah makna yang muncul
dek bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca. Makna piktorial
menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul kerana pemahaman
tentang makna kata yang diujar atau ditulis.

3.3 Lewah Makna dalam Bahasa Melayu


Lewah didefinisikan sebagai berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal dan sebagainya
yang tidak perlu seperti perkataan yang digunakan dalam ayat. Kelewahan atau hal dan keadaan
tersebut sering ditemukan dalam komunikasi lisan mahupun tulisan. Kelewahan juga merupakan
fenomena yang berlakunya penambahan atau pengulangan unsur yang sama dan tidak relevan
lagi. Hal ini berlaku disebabkan pelbagai keadaan seperti pengulangan perkataan yang sama un-
sur dan menjadikan ayat tidak gramatis. Contoh seperti semua guru-guru, demi untuk, memperbe-
sarkan, diperhalusi dan lain-lain. Tanpa menafikan bahawa bahasa sepatutnya diujarkan atau dit-
ulis dengan baik tanpa sebarang kesalahan supaya mesej dapat disampaikan dengan baik.
4.0 Makna Leksikal
Makna leksikal adalah makna unsur-unsur bahasa (leksem) sebagai lambang benda, peristiwa,
objek, dan lain-lain. Dalam kata lain makna leksikal adalah perkataan yang diterbitkan daripada is-
tilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah leksem
iaitu bentuk bahasa yang bermakna (Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikal bermaksud makna
yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemer-
hatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer,1992). Makna leksikal biasanya
dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja, tetapi juga
terdiri daripada beberapa kata. Contohnya, ‘kambing hitam’. Makna kambing hitam bukan meru-
pakan gabungan makna kambing dan makna hitam, tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu
‘orang yang dipersalahkan’, dari makna setiap kata pembentuknya, maka perkataan ‘kambing hi-
tam’ dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna gramatikal
(Kushartanti et.al., 2005).

4.1 Sinonim
Sinonim membawa maksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai
makna yang sama atau hampir sama (O’ Grady, 2000: 118). Merujuk kepada fenomena bahasa
apabila terdapatnya perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama. Walau
bagaimanapun, tidak semestinya perkataan yang mempunyai makna yang sama secara keselu-
ruhannya. Walaupun ada perkataan-perkataan yang sama makna, contohnya kereta dan motokar,
tetapi penggunaannya tidaklah menyeluruh. Maknanya memang sama dalam frasa seperti kereta
besar dan motokar besar.

Grafik
4.3 ANTONIM
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak
sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawan-
nya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya
kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna
satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang kala digunakan bagi me-
nunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’ lawannya ‘tidak lena’ ataupun
‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.

Grafik

4.4 HIPONIM
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,
melati, kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Misalnya gincu ialah hiponim terhadap alat
solek. Berdasarkan contoh, gincu sememangnya alat solek tetapi alat solek boleh merangkumi benda lain
seperti bedak, pewarna pipi, celak, pelembab dan sebagainya. Dapatlah dikatakan alat solek mempunyai
makna umum, manakala benda-benda yang lain itu merupakan makna. Secara umumnya, hiponim meru-
pakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam
erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang
khusus.

4.5 Homonim
Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai sama ada
bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi
berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh,
perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud ‘ketua’ tidak sama maknanya dengan ‘kepala kereta api. ‘kepala
manusia’ dan ‘kepala surat’. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan keke-
liruan jika tidak berlatarbelakangkan konteks tertentu. Hal ini demikian kerana homonim mempunyai sebu-
tan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.

Grafik

4.6 POLISEM
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara kon-
septual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai
dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Sebagai contoh, kata bantu ‘tentang’
boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa
maksud ‘lawan’, seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’
yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya
‘bisa’ digunakan untuk menggantikan perkataan ‘boleh’. Berdasarkan contoh-contoh tersebut,
‘tentang’ dan ‘bisa’ bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan
konteks penggunaan.
5.0 Makna Ayat
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini,
maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman
kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua ba-
hasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat laz-
imnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit.
Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk men-
dapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terda-
pat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna.
Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna. Dalam
konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang in-
gin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa
perkataan.
Makna konotatif merupakan makna yang tersirat daripada makna sebenar yang tertulis
atau yang diujarkan. Penutur Melayu pada zaman dahulu sering menggunakan makna konotatif
dalam komunikasi mereka kerana masyarakat dahulu gemar menggunakan perkataan kiasan
berbanding perkataan sebenar. Hal ini berkait rapat dengan budaya masyarakat Melayu yang
amat mementingkan budi bahasa dalam kehidupan dan percakapan. Ianya lebih mengutamakan
nilai komunikatif. Contohnya, ayat yang sering digunakan apabila hendak meminang anak dara,
wakil akan menggunakan kiasan ‘untuk memetik bunga di taman’ untuk merujuk kepada gadis
yang ingin dipinang tersebut.
Makna denotatif pula merupakan makna yang tersurat dalam ayat. Secara teorinya, pen-
dengar dapat memahami maksud penutur dengan jelas kerana tidak perlu memikirkan makna ter-
sirat disebalik ayat. Tamsilnya, ‘bunga yang cantik itu ditanam oleh Nora’. ‘Bunga’ dalam ayat
tersebut memaksudkan sejenis tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam di darat. Hal ini membuk-
tikan penggunaan makna detonatif dalam ayat.
Makna konseptual pula merujuk kepada makna yang menggambarkan seseorang individu.
Contohnya perkataan rumah, berkemungkinan individu akan menggambar sebuah rumah banglo
yang mewah, manakala seseorang individu akan menggambarkan sebuah rumah teres dua tingkat
yang serba lengkap. Oleh itu, makna konseptual terlahir daripada makna yang digambarkan oleh
individu yang mendengar.
Akhir sekali, makna stilistik merupakan penggunaan bahasa yang digunakan dalam situasi
sosial. Contohnya dalam ayat, ‘jemputlah datang ke teratak saya’. Pengujar ayat sebenarnya tidak
menghuni rumah yang kecil yang biasanya dibina di pinggir Sawah tetapi pengujar sebenarnya
tinggal di rumah yang selesa dan bermaksud untuk bersikap rendah diri.

6.0 Penutup
Bibliografi

Adrienne Lehrer & Eva Feder Kittay (eds.) - 1992 - L. Erlbaum Associates
Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi: Percetakan Ti,
Kuala Lumpur
Fafai (3 Jun 2019). Semantik (Semantik Bahasa Melayu). Diperoleh pada 7 Oktober 2020. Dari-
pada https://www.slideshare.net/FaFaiS/semantik-semantik-bahasa-melayu
S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
https://
www.academia.edu28584316IJAZAH_SARJANA_MUDA_PERGURUAN_DENGAN_KEPUJIAN
Taslimah Jamsari (t&t). Fitur Makna dalam Bahasa Melayu. Diperoleh pada 7 Oktober 2020. Dari-
pada https://www.academia.edu/14612623/Bahasa_Melayu
Mansoer Pateda. 2001. Semantik Leksikal. Jakarta: Rineka Cipta.
Zainal Abidin Bin Ahmad (Z’aba). (1λ65). Pelita Bahasa Melayu II . Kuala Lumpur :Dewan Bahasa
dan Pustaka.

You might also like