27.2016 JurnalWarisan Melestarikantapakwarisan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/312494931

Melestarikan Tapak Warisan Arkeologi, Monumen dan Bangunan Bersejarah


Dalam Konteks Arkeopelancongan di Malaysia

Article · December 2016

CITATIONS READS

5 28,525

1 author:

Adnan Jusoh
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
121 PUBLICATIONS 196 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

WARISAN KEPIMPINAN DAN KETUANAN MELAYU View project

Motif Hiasan gendang gangsa di Malaysia View project

All content following this page was uploaded by Adnan Jusoh on 18 January 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


JILID 1 BIL. 1/2016 Disember 2016

JABATAN WARISAN NEGARA


JILID 1 BIL. 1/2016 Disember 2016

Penasihat
Dr. Zainah binti Ibrahim

Ketua Penyelaras
Mod Zaky bin Haji Din

Ketua Editor
Mohamad Muda bin Bahadin

Editor
Sr. Dr. Robiah binti Abdul Rashid
Khalid bin Syed Ali
Ruzairy bin Arbi
Mohd Syahrin bin Abdullah

Editor Perunding
Professor Dr. A. Ghafar bin Ahmad
Professor Dato' Dr. Mokhtar Saidin
Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Latiff Mohamad
Siri Neng Buah

Urus Setia Penerbitan


Muhammad Heeza bin Hassan
Datu Roynie Hasim bin Datu Pindatun
Elviza binti Marjali
Izamuddin bin Jusoh @ Md Rohim
Nur Hamizah binti Abd Kadir
Mohd Khafiruddin bin Faijan

NO. ISBN:

Diterbitkan Oleh: Published By:


Jabatan Warisan Negara, 2016 Department of National Heritage, 2016

©Hakcipta terpelihara © All Copyrights reserved

Tidak dibenarkan mencetak semula, mengeluarkan No part of this publication may be produced or
mana-mana bahagian dalam buku ini dalam apa transmitted in any form whether by means of
jua bentuk sama ada secara elektronik, mekanikal, electronic or mechanical including photocopying,
termasuk fotokopi dan rakaman atau dengan apa recording or any information storage and retrieval
jua cara sebelum mendapat izin bertulis daripada system, without written permission from the
Jabatan Warisan Negara. Buku ini diterbitkan Department of National Heritage. This book is
setahun sekali. published once a year.
KANDUNGAN

muka surat

PRAKATA 1

SEDEKAD JABATAN WARISAN NEGARA MENGORAK 4


LANGKAH KE ARAH KECEMERLANGAN DALAM
PEMULIHARAAN, PEMELIHARAAN DAN PERLINDUNGAN
WARISAN NEGARA
Dr. Zainah Ibrahim

MENGANGKAT WARISAN MALAYSIA KE PERSADA 19


DUNIA: CABARAN DAN FAEDAH
Mod Zaky Haji Din dan Mohd Syahrin Abdullah

MELESTARIKAN TAPAK WARISAN ARKEOLOGI, 35


MONUMEN DAN BANGUNAN BERSEJARAH DALAM
KONTEKS ARKEOLOGI PELANCONGAN DI MALAYSIA
Prof. Madya Dr. Adnan Jusoh

ADAPTASI CIRI SENI BINA RUMAH TRADISIONAL 61


MELAYU KE BANGUNAN KONTEMPORARI
Prof. Madya Dr. Aminatuzuhariah Megat Abdullah, Prof. Madya Dr.
Mohini Mohamed dan Dr. Hazrina Haja Bava Mohidin

PENYELIDIKAN ARKEOLOGI DI LEMBAH BUJANG: 82


PENDEKATAN SAINTIFIK ATAU RETORIK
Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli

CIRI-CIRI KEISLAMAN DALAM KESENIAN WARISAN 118


PAHANG
Norazlinda Mohamed Rosdi

ISTANA TENGKU LONG, TERENGGANU: PENGAMATAN 142


KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP WARISAN
SEJARAH MALAYSIA
Nur Haiza A Kadir dan Dr. Nur Azuki Yusuff

ARKEOLOGI MARITIM DI KAWASAN PERAIRAN PULAU 161


BIDONG, TERENGGANU: PRA-TINJAUAN
Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad
MELESTARIKAN TAPAK WARISAN ARKEOLOGI,
MONUMEN DAN BANGUNAN BERSEJARAH DALAM
KONTEKS ARKEOPELANCONGAN DI MALAYSIA

Adnan Jusoh *

ABSTRAK

Artikel ini menfokuskan tentang tapak warisan arkeologi, monumen dan


bangunan bersejarah dalam konteks arkeopelancongan di Malaysia. Ini kerana
negara kita mempunyai sejumlah tapak warisan yang sangat berpotensi untuk
dikembangkan dan dilestarikan dalam konteks arkeopelancongan. Sungguhpun
demikian, tidak semua potensi tapak warisan arkeologi, monumen dan
bangunan bersejarah yang ada telah digemblingkan untuk tujuan tersebut.
Selain itu, wujud beberapa isu yang menjejaskan usaha untuk memajukan lagi
arkeopelancongan di negara ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif
daripada merujuk sumber primer dan sekunder yang terdapat di perpustakaan
serta arkib. Di samping itu, penelitian di lapangan melalui temubual juga dibuat
untuk mengenalpasti prospek yang telah dan belum dimanfaatkan. Hasil kajian
mendapati arkeopelancongan sangat berpotensi untuk dikembangkan di
Malaysia memandangkan banyak tapak warisan yang unik dan menarik.
Sesetengah tapak warisan tersebut telah dipulihara dan dipelihara
menyebabkan ia berpotensi untuk menarik kedatangan pelancong tempatan atau
luar negara. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu dan cabaran yang
perlu ditangani dalam usaha untuk mengembangkan dan sekaligus melestarikan
tapak warisan dalam konteks arkeopelancongan di negara ini. Antaranya ialah
kedudukan taburan tapak warisan yang berselerak, kemudahan capaian, kos
pemuliharaan dan pemerliharaan serta beberapa isu lain.

Kata kunci: Arkeopelancongan, tapak warisan, arkeologi, monumen, bangunan


bersejarah.

* Prof. Madya Dr. Adnan Jusoh merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains
Kemanusiaan, UPSI
37
PENDAHULUAN

Sejak tahun 2000, industri pelancongan di Malaysia semakin berkembang pesat.


Fakta ini ditunjukkan melalui peningkatan pendapatan dan jumlah kedatangan
pelancong ke negara ini. Justeru itu, tidak hairan industri pelancongan kini
menjadi salah satu pemangkin kepada pertumbuhan dan penyumbang utama
kepada KDNK di negara ini. Sepanjang tempoh tahun 2000 sehingga 2009,
jumlah kedatangan pelancong meningkat daripada 10.2 juta orang kepada 23.6
juta orang iaitu peningkatan sebanyak 131%. Sementara itu, jumlah pendapatan
daripada industri pelancongan turut meningkat daripada RM17 bilion kepada
RM53 bilion dalam tempoh yang sama. Angka ini jelas menunjukkan industri
pelancongan telah menyumbang kepada pendapatan negara sama pentingnya
seperti sektor ekonomi yang lain.

Dalam RMK-9, pelancongan tempatan akan terus diutamakan dan dimajukan


supaya menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan. Ia berupa
usaha memupuk budaya merancang percutian dalam kalangan masyarakat
Malaysia dan menggalakkan masyarakat tempatan menjelajah ke pelbagai
tempat pelancongan yang menarik dalam negara. Selain daripada menanamkan
sifat jati diri dan bangga dengan khazanah warisan negara, pelancongan
tempatan berupaya merangsang sifat inovasi dalam kalangan masyarakat
tempatan untuk merebut peluang ekonomi serta menambahkan pendapatan. Di
samping itu, pelancongan tempatan juga boleh mengurangkan aliran keluar
tukaran wang asing yang boleh merugikan ekonomi negara. Justeru itu, bagi
merealisasikan arkeopelancongan di negara ini, maka pelawat digalakkan untuk
melawat tapak warisan arkeologi, monumen dan bangunan bersejarah yang ada
di negara kita. Sehubungan dengan itu, artikel ini hanya menfokuskan
perbincangan tentang perkembangan tapak warisan arkeologi, monumen dan
bangunan bersejarah dalam konteks arkeopelancongan di Malaysia sahaja.

LATAR BELAKANG

Malaysia amat bertuah kerana memiliki banyak tapak warisan arkeologi,


monumen dan bangunan bersejarah yang unik dan menarik. Anugerah ini wajar
dilestarikan dengan sebaiknya agar ia tidak hilang dan terus dipertahankan.
Selain negara Eropah dan Amerika Syarikat, didapati Turki, Jepun dan Korea
juga telah berjaya memanfaatkan aset warisan mereka secara lebih terancang dan
bersepadu. Aset warisan di negara-negara tersebut telah dibangunkan dengan
komprehensif dan potensinya digemblingkan secara lebih optimum. Kini di
kebanyakan negara di dunia menjadikan sektor pelancongan menjadi salah satu
sumber pendapatan negara yang semakin penting. Malahan pelaburan mereka
dalam sektor ini telah menunjukkan pulangan yang amat menguntungkan

38
berdasarkan angka yang semakin meningkat setiap tahun.

Realitinya, salah satu sektor ekonomi yang masih baru di negara kita ialah
arkeopelancongan. Sektor ini masih kurang popular di negara kita berbanding
dengan perkembangan yang berlaku di luar negara.Walau bagaimanapun, jumlah
bilangan pelancong sentiasa meningkat saban tahun khususnya di negara yang
mempunyai tapak warisan yang terkenal. Trend pelancong dari seluruh dunia
kini sangat teruja untuk melawat tinggalan manusia zaman silam, umpamanya
tamadun Inca (Peru), tamadun Aztec (Mexico), tamadun Maya (Mexico),
piramid (Mesir), Petra (Jordan), Borobudur (Indonesia), Tembok Besar China
(China) dan beberapa buah negara lagi (Chris Scarre, 1999). Malahan
kekaguman pelancongan terhadap tapak warisan tersebut sentiasa diperkatakan
menyebabkan agensi pelancongan mengatur pelbagai bentuk pakej lawatan yang
menarik. Perkembangan ini secara tidak langsung telah membuka peluang
pekerjaan kepada masyarakat setempat untuk menambahkan pendapatan serta
meningkatkan taraf hidup mereka. Namun apa yang penting ialah matlamat
akhirnya ia dapat menjana sumber pendapatan kepada negara berkenaan.

Foto 1.1 Kota Machu Picchu (Peru) dan Kota Petra (Jordan)

Kota Machu Picchu Kota Petra


(Peru) (Jordan)

Sumber: Chris Scarre, 1999

39
ARKEOPELANCONGAN

Arkeopelancongan (archeo-tourism) adalah hasil daripada kombinasi dua


perkataan iaitu ‘arkeologi’ dan ‘pelancongan’. Arkeologi adalah berasal daripada
dua perkataan Yunani iaitu ‘archaic’ dan ‘logos’. Perkataan archaic bermaksud
barang-barang zaman purba, manakala ‘logos’ pula bermaksud ilmu sains atau
ilmu pengetahuan. Kombinasi dua perkataan tersebut telah digunapakai dan
dijadikan sebagai satu disiplin ilmu yang baru bagi membongkar pelbagai
misteri kehidupan manusia dan juga tamadun masyarakat di zaman silam.
Menurut Leonard Cottrell (1974), arkeologi adalah berkaitan dengan penceritaan
manusia yang dapat didedahkan oleh bahan artifak dan bahan bukan artifak,
sama ada bahan tinggalan tersebut merupakan senjata, perabot, kubu, barang
perhiasan, tinggalan manusia dan binatang, rekod tulisan yang terdapat pada
batu, tembikar dan tumbuh-tumbuhan. Sementara pelancongan pula boleh
diertikan sebagai tourism, manakala melancong pula diertikan sebagai travel
atau journey. Pelancongan tidak semuanya bertujuan untuk keseronokan atau
berhibur malahan ia juga merangkumi pelancongan perniagaan, pelancongan
kesihatan, pelancongan sukan dan lain-lain (Chris Cooper et al., 1993).

Walau bagaimanapun, dalam konsep arkeopelancongan kedua-dua perkataan ini


membawa maksud lawatan sambil melancong ke tapak warisan arkeologi,
monumen dan bangunan bersejarah. Konsep ini mempunyai kaitan dengan
konsep pelancongan warisan. Menurut istilah dalam RMK-9, pelancongan
warisan adalah berkaitan dengan pemuliharaan tempat bersejarah, bangunan dan
tinggalan artifak sebagai suatu destinasi tarikan pelancong. Swarbrooke (1994)
mendefinisikan pelancongan warisan sebagai pelancongan berasaskan warisan,
di mana warisan itu sendiri adalah tunjang utama bagi produk yang ditawarkan
dan warisan adalah faktor motivasi (penggalak) utama kepada pelawat atau
pelancong. Sementara Razak (2006) menyatakan pelancongan warisan sebagai
satu bentuk pelancongan untuk melihat segala khazanah warisan yang telah
diwarisi daripada generasi terdahulu seperti sejarah, kebudayaan, kesenian, alam
semula jadi, artifak dan lain-lain. Manakala Dallen & Stephen mentakrifkan
bahawa pelancongan warisan merupakan sebahagian daripada pelancongan,
yang mana motivasi utama pelancong untuk melawat tapak warisan adalah
karakter tapak warisan dan berdasarkan persepsi pelancong terhadap warisan
mereka. Dengan kata lain, arkeopelancongan adalah berkaitan dengan suatu
destinasi pelancongan yang berasaskan tapak warisan arkeologi, monumen dan
bangunan bersejarah. Bagi mencapai matlamat tersebut, usaha pengekalan dan
pemuliharaan tapak warisan arkeologi yang berpotensi akan dibangunkan untuk
dijadikan sebagai suatu destinasi pelancongan yang menarik. Namun dalam
bahasa yang mudah, arkeopelancongan adalah suatu bentuk usaha yang dilaku-
kan bertujuan menarik kedatangan pelancong untuk melawat ke tapak warisan

40
arkeologi, monumen dan bangunan bersejarah.

Foto 1.2 Angkor Wat (Cambodia) dan Borobudur (Indonesia)

Angkot Wat Borobudur


(Cambodia) (Indonesia)

Sumber: Chris Scarre, 1999

Namun skop lokasi tersebut wajar dilebarkan dengan mengambilkira kewujudan


tapak warisan yang mempunyai monumen atau bangunan bersejarah. Ini kerana
monumen dan bangunan bersejarah lazimnya adalah dalam keadaan uzur dan
terbiar, maka bidang arkeologi digunakan untuk membantu kerja-kerja
konservasi di peringkat awal. Justeru itu, dalam keadaan yang tertentu monumen
atau bangunan bersejarah juga memerlukan bidang arkeologi khususnya untuk
mengesan struktur asal bangunan, atap atau genting yang digunakan, bahan
binaan yang digunapakai, perubahan dalam struktur seni bina, seterusnya untuk
mengesan era atau zaman ia dibina. Malahan arkeologi adalah sebahagian
daripada metod dalam kerja-kerja konservasi. Hasil daripada lawatan tersebut
pelawat bukan hanya mendapat pelbagai informasi mengenai tapak tersebut,
bahkan mereka juga mendapat kepuasan minda melalui imbasan berbentuk
nostalgia atau penghayatan warisan silam.

STATUS TAPAK WARISAN (ARKEOLOGI, MONUMEN DAN


BANGUNAN BERSEJARAH) DI MALAYSIA

Sehingga tahun 2015, Jabatan Warisan Negara telah mewartakan sejumlah tapak
warisan yang melibatkan tapak arkeologi, monumen dan bangunan bersejarah di

41
negara ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8 tapak arkeologi telah
diwartakan sebagai ‘warisan’ di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, iaitu
Bukit Bunuh (Perak), Gua Batu Tambun (Perak), Kota Tampan (Perak), Gua
Teluk Kelawar (Perak), Pulau Kalumpang (Perak), Gua Harimau (Perak), Tapak
Megalitik Pengkalan Kempas (N. Sembilan) dan Kota Johor Lama (Johor).
Manakala sebanyak tiga (3) tapak telah diangkat sebagai ‘warisan kebangsaan’
sejak dari tahun 2011 hingga 2015, iaitu Tapak Arkeologi Sungai Batu (Kedah),
Gua Gunung Runtuh Lenggong danTapak Arkeologi Bukit Jawa, Lenggong
(Perak).

Sementara itu, lebih kurang 52 buah monumen dan bangunan bersejarah


(termasuk sejumlah bangunan kolonial, runtuhan kota atau kubu, istana, masjid,
gereja, kuil dan penjara) telah diwartakan di bawah Akta Warisan
Kebangsaan. Sebanyak 34 tapak monumen dan bangunan bersejarah diwartakan
di bawah kategori ‘warisan’, manakala sebanyak 18 buah tapak bangunan
bersejarah yang telah diangkat sebagai ‘warisan kebangsaan’ sejak dari tahun
2011 hingga 2015 (50 Warisan Kebangsaan, Jabatan Warisan Negara).
Perincian butiran klasifikasi tapak warisan arkeologi, monumen dan bangunan
bersejarah yang telah diwartakan sama ada kategori ‘warisan’ atau ‘warisan
kebangsaan’ boleh dirujuk di Lampiran 1.

Graf 1.0 Graf menunjukkan perbandingan status pewartaan ‘Tapak


Warisan’ dan ‘Warisan Kebangsaan’ mengikut kategori
oleh Jabatan Warisan Negara sejak dari 2011-2015

18

16

14

12

10

0
Tapak Monumen Bangunan Istana Rumah Ibadat
arkeologi Bersejarah
Warisan Warisan Kebangsaan

42
Gabungan tapak warisan sama ada tapak arkeologi, monumen dan bangunan
bersejarah yang diwartakan dan ada juga telah diangkat menjadi warisan
kebangsaan. Ini menunjukkan negara kita mempunyai hala tuju yang jelas dalam
usaha pengekalan dan pelestarian warisan negara. Secara tidak langsung keadaan
ini menunjukkan pihak kerajaan telah membuka ruang seluas-luasnya kepada
perkembangan arkeopelancongan untuk berkembang di negara kita. Ini kerana
salah satu tumpuan para pelancong yang melawat adalah ingin melihat dan
menghayati tapak warisan sama ada tapak arkeologi, monumen dan bangunan
bersejarah. Justeru itu, kebanyakan negara Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan
Korea telah menyediakan sejumlah peruntukan yang besar bertujuan untuk
menaiktaraf pelbagai kemudahan di sekitar tapak warisan mereka semata-mata
untuk menarik kedatangan pelancong. Ini kerana kemasukan jumlah pelancong
asing yang ramai dan berterusan secara tidak langsung akan menjana pendapatan
kepada negara mereka. Dalam hal ini, pihak kerajaan Malaysia juga melalui
beberapa agensinya telah menyedari kepentingan tapak warisan untuk
diketengahkan ke peringkat global. Ini adalah semata-mata untuk menarik
kedatangan pelancong asing agar melawat negara ini dari semasa ke semasa.

Tanggal 7 Julai 2008, pengiktirafan bandar Melaka dan George Town sebagai
tapak warisan dunia telah diumumkan dalam mesyuarat ke-32 UNESCO World
Heritage Committee, di Quebec, Canada. Dengan perisytiharan Bandaraya
Melaka dan George Town sebagai warisan dunia pada tahun 2013 telah
meningkatkan status warisan negara ini hingga di peringkat dunia. Semua pihak
yang berkepentingan di negara ini wajar melihat ke hadapan dalam merancang
segala aset dan potensi tapak warisan yang ada untuk dikembangkan dengan
lebih tersusun dan bersepadu. Setidak-tidaknya perkembangan ini dapat
membuka ruang kepada semua rakyat di negara ini terlibat samadi dalam sektor
arkeopelancongan untuk menjana pendapatan tambahan.

TAPAK WARISAN DI MALAYSIA

Perkembangan terkini menunjukkan arkeopelancongan sangat berpotensi untuk


berkembang di negara kita. Ini kerana latar belakang geografi dan sejarah negara
kita yang unik telah menyediakan landskap arkeopelancongan yang menarik dan
berpotensi untuk diketengahkan. Taburan tapak warisan arkeologi, monumen
dan bangunan bersejarah di negara ini juga berpotensi untuk dikembangkan dari
aspek arkeopelancongan. Justeru itu, perbincangan mengenai tapak warisan
arkeologi, monumen dan bangunan bersejarah ini boleh dibahagikan kepada tiga
(3) kelompok atau kategori seperti berikut;

43
Gua Batu Kapur

Sejumlah gua batu kapur di Malaysia telah menyumbang kepada pensejarahan


negara kita dengan membekalkan data dan informasi dalam bidang arkeologi.
Jumpaan artifak dan tinggalan rangka manusia di beberapa buah gua batu kapur
dikaitkan sama ada sebagai lokasi persinggahan sementara atau lokasi
pengebumian telah memberi informasi khususnya berkaitan dengan masyarakat
zaman prasejarah sebelum kemunculan sistem tulisan seperti hari ini (Zuraina
Majid, 2003). Interpretasi berdasarkan analisis saintifik digunakan oleh
sejarawan dan arkeologis dalam mentafsir serta merekonstrasikan semula sejarah
zaman lampau negara ini. Dalam bidang arkeologi, aktiviti untuk mendapatkan
data adalah menggunakan kaedah ekskavasi di tapak yang dianggap berpotensi.
Hasil daripada ekskavasi di sesuatu tapak sama ada alat-alat batu, tembikar,
manik, rangka manusia, arang, siput dan sebagainya akan dibuat analisis secara
saintifik di makmal. Dapatan daripada analisis makmal tersebut dijadikan asas
oleh ahli arkeologi untuk membuat interpretasi atau rumusan berkaitan dengan
jumpaan di tapak tersebut. Secara umumnya, kajian awal dalam bidang arkeologi
di negara ini dirintis oleh penyelidik zaman kolonial sebelum ia diambilalih oleh
penyelidik tempatan (Zuliskandar Ramli, 2012). Pada mulanya kajian mereka
adalah berdasarkan minat kepada budaya kebendaan yang bersifat antik dan
purba setelah adanya jumpaan secara tidak sengaja. Kemudian fokus kajian
mereka mula berkembang di beberapa buah tapak terbuka dan gua batu kapur
terutamanya di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu, seperti di negeri
Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Antara penyelidik awal ialah James Low,
I.H.N.Evans, Quaritch-wales, B.A.Peacock, F.L.Dunn, H.D.Colling, Alaister
Lamb, Sieveking, Tweedie, Van Stein Callenfels dan beberapa orang lagi.
Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, penyelidik tempatan
mula mengambil alih peranan penyelidik kolonial tersebut. Antara mereka
adalah termasuk Leong Sau Heng, Adi Taha, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul
Rahman, Othman Mohd Yatim, Mohd. Supian Sabtu, Zulkifli Jaafar, Mokhtar
Saidin, Steven Chia, Hamid Isa, Asyaari Muhammad, Zuliskandar Ramli,
Yunus Sauman@Sabin dan ramai lagi.

Deretan senarai tapak arkeologi di negara ini yang rata-ratanya di gua batu kapur
diteroka dan dikaji oleh penyelidik kolonial dan tempatan. Antara tapak
arkeologi tersebut ialah Gua Niah (Sarawak), Gua Cha (Kelantan), Gua Peraling
(Kelantan), Kota Gelanggi (Pahang), Gunung Senyum (Pahang), Gua Bewah
(Terengganu), Gua Taat (Terengganu), Gua Tok Bidan (Terengganu), Gua
Gunung Runtuh (Perak), Gua Harimau (Perak), Gua Kelawar (Perak), Gua
Madai (Sabah) dan banyak lagi (Zuliskandar Ramli, 2012). Tidak dinafikan
bahawa sumbangan penyelidik kolonial dan tempatan di dalam penyelidikan
arkeologi khususnya di gua batu kapur telah membantu membina semula

44
pensejarahan negara ini (Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 2009).

Rangka manusia hasil ekskavasi G.de.G Rangka manusia Adi Taha di Gua Cha Kelantan
Sieveking di Gua Cha (Kelantan) pada 1954 pada tahun 1979

Foto 1.3 Rangka Manusia Gua Cha (Kelantan)

Sumber: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman 1998

Data dan informasi dalam bentuk laporan kajian, buku dan artikel yang berkaitan
dengan penyelidikan arkeologi diterbitkan dari semasa ke semasa. Dengan
adanya tulisan berkaitan dengan gua batu kapur secara tidak langsung ia juga
telah mempromosi lokasi tapak berkenaan kepada orang awam. Sifat ingin tahu
orang awam tentang hasil kajian lampau atau sesuatu penemuan yang unik di
gua berkenaan akan mendorong mereka untuk berkunjung bagi melihat secara
dekat keistimewaan yang diperkatakan. Ini kerana selain penemuan dalam
bentuk alat-alat batu, tembikar, rangka manusia dan lukisan purba, gua batu
kapur juga menjadi lokasi pengebumian bagi masyarakat zaman prasejarah.
Umpamanya penemuan unik di Gua Niah (Sarawak), Gua Cha (Kelantan) atau di
Gua Gunung Runtuh (Perak) telah menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
gua batu kapur khususnya dalam kehidupan seharian masyarakat zaman
prasejarah di negara ini.

45
Rangka Perak Man hasil ekskavasi Zuraina Rangka manusia hasil ekskavasi Nik Hassan
Majid di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak Suhaimi Nik Abdul Rahman di Gua Runtuh,
pada tahun 1991 LenggBewah (Terengganu) pada tahun 2009

Foto 1.4 Rangka Manusia (Perak Man) dan Rangka Manusia


Gua Bewah (Terengganu)

Tapak Terbuka

Selain gua batu kapur, penemuan arkeologi adalah di kawasan tapak terbuka atau
kadang kala disebut ‘open site’. Kedudukan tapak terbuka lazimnya adalah di
kawasan lapang berkemungkinan di kawasan ladang, tepi sungai, hutan, bukit,
kawasan payau bakau dan sebagainya. Berbanding dengan gua batu kapur,
walaupun tidak semua lazimnya penemuan artifak di tapak terbuka adalah secara
tidak sengaja. Penemuan artifak secara tidak sengaja biasanya melibatkan orang
awam seperti orang kampung, petani, penoreh getah, pencari hasil hutan dan
sebagainya. Selamat atau tidak hasil daripada penemuan tidak sengaja ini juga
ditentukan oleh sikap individu, sekiranya beliau melaporkan penemuan tersebut
kepada pihak berkuasa maka pada kebiasaannya kajian susulan akan dilakukan.
Sekiranya ia benar berpotensi satu ekskavasi untuk menyelamat akan dijalankan
di kawasan tapak penemuan artifak tersebut. Objektif ekskavasi ini lebih kepada
usaha menyelamatkan artifak dan melihat potensi tapak serta memberi cadangan
kepada pihak berkuasa untuk menjalankan langkah seterusnya sebelum
terlambat. Sekiranya individu tersebut tidak melaporkan kepada pihak berkuasa,
maka penemuan sesuatu artifak tersebut akan berakhir di situ sahaja. Ini
bermakna tiada kajian susulan boleh dibuat kerana tiada petunjuk yang boleh
membantu ahli arkeologi dan pihak berkuasa untuk meneruskan penyelidikan.

46
Jika dilihat dari segi kelestariannya, tapak terbuka lebih cenderung untuk
musnah dan lenyap. Kedudukan negara kita di kawasan Khatulistiwa yang
menerima banyak taburan air hujan dan berselang seli dengan cuaca panas
lembab serta banjir akan memberi kesan kepada tapak terbuka. Ini disebabkan
oleh faktor alam akan bertindak balas apabila cuaca panas dan hujan bersilih
ganti hingga boleh mereputkan artifak yang berada di sesuatu tapak terbuka.
Selain faktor alam, gangguan oleh aktiviti manusia yang membuat penerokaan
dan pembangunan juga menjadi punca kemusnahan artifak di tapak terbuka.
Antara beberapa contoh tapak warisan arkeologi yang dikategorikan sebagai
tapak terbuka ialah Kota Tampan (Perak), Bukit Jawa (Perak), Bukit Bunuh
(Perak), Kuala Selinsing (Perak), Jenderam Hilir (Selangor), Lembah Bujang
(Kedah) dan beberapa tempat lagi. Penemuan tapak arkeologi Sungai Batu di
Lembah Bujang tahun 2005 juga telah mencetuskan fenomena baru dalam
bidang penyelidikan arkeologi dan secara tidak langsung ia akan menggalakkan
lagi perkembangan arkeopelancongan di negara ini.

Foto 1.5 Tapak Sungai Batu dan Pengkalan Bujang (Kedah)

Tapak Arkeologi Sungai Batu (Kedah) Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8)
Pengkalan Bujang (Kedah)

Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2013

Dari segi sumbangan, tapak terbuka juga banyak membekalkan data arkeologi
dengan penemuan yang unik dan menarik. Antaranya ialah penemuan Kubur
Kepingan Batu di Lembah Bernam (Perak), Sungai Klah (Perak), Sungai Kruit
(Perak), batu megalitik di Pengkalan Kempas (N. Sembilan) dan beberapa tapak
lagi. Pendek kata, tapak terbuka juga turut memberi sumbangan data berkaitan
dengan kehidupan masyarakat zaman prasejarah dan protosejarah sekaligus turut

47
menyumbang kepada pensejarahan negara kita. Walau bagaimanapun, beberapa
lokasi yang dikategorikan sebagai tapak terbuka di negara kita telah
dibangunkan dan kini ia menjadi salah satu lokasi yang sering menjadi tumpuan
pelancong tempatan atau luar negara, antara yang terkenal ialah Lembah Bujang,
Kedah.

Foto 1.6 Kota Johor Lama (Johor) dan Kota Lukut (N. Sembilan)

Kota Johor Lama (Johor) Kota Lukut (N. Sembilan)

Monumen dan Bangunan Bersejarah

Selain gua batu kapur dan tapak terbuka, terdapat juga tapak warisan yang
ditemui dalam bentuk monumen sama ada ia berupa runtuhan candi, kota atau
kubu pertahanan. Menurut Akta Warisan Kebangsaan, monumen bermaksud
kerja seni bina, kerja membuat arca dan mengecat monumen, elemen atau
sturktur daripada jenis arkeologi, inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri,
yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau
sains (Akta Warisan Kebangsaan 2005).

Memandangkan monumen dan bangunan bersejarah sering dikaitkan dengan


bangunan lama dan bersejarah, lazimnya ia dalam keadaan yang kurang
sempurna, rosak dan cenderung untuk runtuh dan lenyap. Walau bagaimanapun,
sesuatu yang pasti adalah monumen dan bangunan bersejarah mempunyai nilai
estetika yang tinggi dan ia perlu dipulihara. Ini kerana dengan melihat dan
menghayati bangunan bersejarah dapat melahirkan perasaan atau keinginan
untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kisah di sebalik bangunan
seperti kisah sejarah dan bagaimana ia dibina (Siti Norlizaiha, 2010). Justeru itu,
kaedah yang penting di dalam aktiviti pemuliharaan monumen dan bangunan

48
bersejarah ialah konservasi. Kerja-kerja konservasi mempunyai teknik dan
prinsipnya yang tersendiri kerana ia seolah-olah seorang doktor yang cuba
merawat pesakit kronik. Tanpa pengetahuan yang cukup belum tentu sesuatu
monumen dan bangunan bersejarah dapat dipulihara dan dipelihara dengan baik.
Bangunan bersejarah yang telah siap dipulihara dengan baik boleh diubah suai
ruang dalamannya untuk dijadikan sebagai premis perniagaan dan perkhidmatan
bercirikan pelancongan warisan (A Ghafar Ahmad, 2010).

Realitinya penemuan tinggalan monumen di negara kita dalam pelbagai rupa


bentuk atau variasi. Sesetengahnya adalah bersifat stereotype dengan jumpaan di
negara lain umpamanya di Indonesia, Thailand, Kemboja dan juga dari negara
Barat, 11 namun ada juga antaranya yang agak unik dan menarik. Misalnya
Angkot Wat (Cambodia), Candi Borobudur, Candi Prambhanan, Candi Mendut
yang terletak di Indonesia boleh diklasifikasikan agak bertuah kerana kondisinya
masih utuh dan terpelihara. Malangnya setakat ini tinggalan monumen di negara
kita ditemui dalam bentuk runtuhan dan puing-puing yang tidak sempurna malah
dan hampir lenyap. Antara monumen yang ditemui di negara ini ialah sejumlah
candi di Lembah Bujang seperti Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat, Candi
Bendang Dalam, Candi Pengkalan Bujang dan beberapa buah candi lagi.
Kebanyakan bahan binaan candi tersebut menggunakan batu laterite yang
diperoleh dari kawasan sekitar lokasi candi tersebut dibina (Zuliskandar Ramli,
2014).

Candi Tapak Bendang Dalam (Tapak 50) Candi Pengkalan Bujang (Tapak 19)
(Kedah) (Kedah)

Foto 1.7 Candi Bendang Dalam dan Candi Pengkalan Bujang (Kedah)
Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2013

49
Selain candi, terdapat juga sejumlah istana, kota atau kubu pertahanan sama ada
peninggalan pembesar Melayu atau kerabat diraja dan ada juga antaranya
merupakan monumen tinggalan penjajah. Lokasinya juga berselerak, ada yang
terletak jauh di kawasan luar bandar, pinggir bandar, namun tidak kurang juga
kini ia terletak di kawasan bandar. Sesetengah monumen ini masih tersergah
indah selepas dipulihara dan dipelihara, namun ada juga yang kurang diberi
perhatian menyebabkan struktur binaannya mengalami kerosakan dan
memerlukan kos untuk dibaikpulih. Antaranya contoh beberapa buah istana yang
ada di negara kita yang dikategorikan sebagai bangunan bersejarah ialah Istana
Bandar (Selangor), Istana Raja Billah (Perak), Istana Balai Besar (Kelantan),
Istana Sepachendera (Kedah), Istana Anak Bukit (Kedah), Istana Jahar
(Kelantan), Istana Batu (Kelantan), Istana Seri Menanti (N. Sembilan), Istana
Leban Tunggal (Pahang), Istana Jugra (Selangor) dan beberapa buah istana lagi.
Sebahagian daripada istana tersebut masih digunakan tetapi ada juga sebahagian
daripadanya kini tidak lagi digunakan.

Selain itu, terdapat juga sejumlah tapak bersejarah di Malaysia dikaitkan dengan
binaan kota atau kubu pertahanan. Antaranya ialah Kota Melawati (Selangor),
Kota Johor Lama (Johor), Kota A’Farmosa (Melaka), Fort Magerita (Sarawak),
Fort Alice (Sarawak), Kelley’s Caslte (Perak), Kota Cornwallis (Pulau Pinang)
dan banyak lagi. Begitu juga dengan sejumlah bangunan bersejarah terdiri
daripada bangunan 12 warisan tinggalan penjajah dan rumah ibadat masyarakat
yang mendiami negara ini turut menjadi tumpuan pelawat. Antaranya termasuk
Bangunan Sultan Abdul Samad (Kuala Lumpur), Panggong Bandaraya (Kuala
Lumpur), Maktab Melayu Kuala Kangsar (Perak), Maktab Perguruan Sultan
Idris (Perak), Bangunan Stadthuys (Melaka), Masjid Kapitan Keling (Pulau
Pinang), Masjid Kampung Keling (Melaka), Masjid Lebuh Acheh (Pulau
Pinang), Masjid Kampung Hulu (Melaka), Rumah Berhala Leong San Tong
Khoo Kongsi (Pulau Pinang), Gereja St. George (Pulau Pinang), Kuil Sri
Arulmigu Maha Mariamman (Pulau Pinang), Kuil Sri Poyyatha Vinayagar
Moorthi (Melaka) dan banyak lagi (sila rujuk Lampiran 2). Sesetengah tapak
warisan ini telah dipulihara dan dipelihara, sebahagian besarnya masih
digunakan sebagai pejabat kerajaan atau swasta, premis perniagaan dan
sebagainya. Namun apa yang sangat menarik, sebahagian daripada bangunan
bersejarah tersebut terus menjadi tumpuan pelawat sama ada pelancong
tempatan mahupun antarabangsa.

50
Foto 1.8 Porta de Santiago (Melaka) dan Kota Cornwallis
(Pulau Pinang)

Porta de Santiago Kota Cornwallis


(Melaka) (Pulau Pinang)

Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2013

CABARAN DALAM MELESTARIKAN ARKEOPELANCONGAN DI


MALAYSIA

Realitinya jumpaan artifak di tapak warisan arkeologi dan sejarah bukan hanya
memantapkan pensejarahan negara tetapi juga turut menyumbang kepada data
arkeologi serantau. Tapak warisan arkeologi menyediakan rekod dan maklumat
sejarah yang penting untuk negara. Di kebanyakan negara maju di beberapa
penjuru dunia, warisan arkeologi bukan hanya menjadi rekod sejarah negara
tetapi ia telah menjadi salah satu aset yang penting, khususnya dalam sektor
pelancongan (Steven Chia, 2011). Begitu juga dengan tinggalan monumen dan
bangunan bersejarah yang ditemui di negara ini turut memainkan peranan yang
sama khususnya dalam menyerlah era pemerintah mengikut zaman penjajahan.
Ini kerana, jika dilihat dari sudut pelancongan, pemuliharaan bangunan
bersejarah mampu menarik ramai pelancong tempatan dan luar negeri untuk
melawat negara ini. Dengan kata lain, selain menggamit nostalgia sebenarnya
tinggalan monumen dan bangunan bersejarah adalah manifestasi sejarah
kemajuan seni bina yang berkembang mengikut era di tanah air kita.

Walau bagaimanapun tidak semua tapak warisan arkeologi dan sejarah yang
dibincangkan di atas berpotensi dalam aspek arkeopelancongan. Ini kerana
taburan tapak warisan tersebut adalah berselerak, tidak berpusat dan tidak
kurang juga ia tidak lagi dalam keadaan yang sempurna, terdedah kepada

51
kemusnahan malah ada yang terbiar. Justeru itu, banyak pertimbangan yang
perlu dibuat dan ia perlu diteliti daripada pelbagai aspek. Tidak dinafikan
sebahagian masalah disebabkan oleh faktor alam, namun banyak lagi faktor lain
yang turut menyumbang kepada permasalahan ini, antaranya kewangan, bahan
binaan, teknologi, penguatkuasaan, kesedaran dan sebagainya.

Taburan Tapak Warisan

Secara umumnya, kedudukan tapak warisan arkeologi dan sejarah di Malaysia


adalah berselerak dan tidak berkelompok. Keadaan ini menyukarkan pihak
berkuasa tempatan untuk merancang pembangunan dan menyediakan
kemudahan prasarana di tapak berkenaan. Selain memerlukan kos yang tinggi,
keadaan ini juga memberi kesan kepada kerja-kerja penyelenggaraan atau
pemantauan. Misalnya untuk melawat Kota Johor Lama yang terletak di Kota
Tinggi (Johor), para pelawat terpaksa mengambil masa yang lama untuk sampai
ke tapak berkenaan kerana kedudukannya jauh ke kawasan pedalaman
Johor. Begitu juga sekiranya pelawat ingin melawat Long Pasia (Sabah) atau
Gua Niah (Sarawak), selain kos yang tinggi pelawat juga perlu mengambil masa
yang lama kerana ia terletak jauh ke kawasan pedalaman. Tanpa adanya
kemudahan asas yang mudah dan murah, nescaya pelawat sukar
mengunjunginya, malahan mereka lebih cenderung untuk memilih lokasi lain
yang lebih mudah dikunjungi. Ini menyebabkan sektor arkeopelancongan sukar
berkembang pesat sekiranya tiada sokongan kemudahan asas yang dapat
menarik kunjungan pelancong.

Kemudahan Capaian

Kedudukan tapak warisan arkeologi dan sejarah yang berselerak menyebabkan


ia mempunyai masalah dari segi kemudahan capaian (accessablity) kepada orang
awam. Keadaan ini menyukarkan orang awam untuk mengunjungi tapak
berkenaan sehingga lama kelamaan ini semakin terpinggir. Terdapat juga
sesetengah tapak warisan yang dalam keadaan terbiar menyebabkan ia sukar
dijejaki, malah ia mudah diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Umpamanya di kawasan persekitaran Gua Naga Mas (Perak) telah dijadikan
tempat pembuangan kereta terpakai, bengkel dan tempat pembuangan sampah
(Adnan Jusoh, 2007). Keadaan ini tidak akan menggalakkan pelawat berkunjung
kerana situasi di lokasi yang kotor boleh mengganggu keselesaan mereka.
Lazimnya pelawat akan memilih sesuatu lokasi yang selesa, selamat dan mudah
dicapai dengan kenderaan. Laluan pejalan kaki untuk mendaki ke Gua Naga Mas
(Perak) tidak selamat kerana persekitarannya yang bersemak, licin dan
merbahaya. Begitu juga dengan tangga untuk kegunaan pelawat ke kawasan Gua
Tambun (Perak) yang agak merbahaya di samping adanya batu kerikil yang

52
tajam disebabkan oleh runtuhan gua (Adnan Jusoh, 2011).

Satu lagi faktor yang turut diambilkira oleh pelancong ialah sesuatu tapak
yang dikunjungi tersebut dekat dengan tapak warisan lain sehingga tidak
memakan masa yang lama untuk melawat. Kegagalan menyediakan kemudahan
prasarana di tapak yang jauh dari arus pengangkutan utama akan menyebabkan
pelancong kurang berminat untuk melawat. Keadaan ini secara tidak langsung
akan menjejaskan minat 14 pelancong untuk berkunjung kerana mereka akan
memilih lokasi yang menawarkan pelbagai kemudahan asas. Contohnya,
kedudukan Bastion Middleburg yang berada di tengah kawasan pusat bandar
Melaka memudahkan para pelancong untuk melawat lokasi berkenaan. Ini
kerana capaian pengangkutan, hotel, pusat membeli belah, tempat hiburan dan
sebagainya mudah diperoleh dan dekat di antara satu sama lain. Justeru itu, dari
segi bilangan pelancong yang datang berkunjung ke tapak warisan, Bandaraya
Melaka adalah antara lokasi popular yang menjadi pilihan pelancong tempatan
atau luar negara. Sekiranya suasana seperti ini boleh diwujudkan di lokasi
warisan bersejarah yang lain di negara ini, nescaya bilangan pelancong juga akan
meningkat. Secara tidak langsung keadaan ini akan menyokong perkembangan
arkeopelancongan di negara kita sebagaimana pelancong dari luar negara yang
datang melawat Borobudur (Indonesia) atau Angkor Wat (Cambodia).

Bastion Middleburg Bastion Middleburg


(sewaktu kajian) (selepas binaan semula)

Foto 1.9 Bastion Middleburg (Melaka)

Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2013

53
Kondisi Tapak Warisan

Walaupun ada sesetengah tapak warisan arkeologi dan sejarah yang sentiasa
dipantau namun tidak dinafikan sebahagian daripadanya ada juga yang kurang
diberi perhatian. Lazimnya tapak warisan yang sudah terkenal dan tidak
mempunyai masalah pengangkutan lebih mudah diberi perhatian, namun banyak
lagi tapak warisan yang kecil atau kurang terkenal seolah-olah diabaikan.
Keadaan ini tidak wajar berterusan kerana ia terdedah kepada pencerobohan atau
kemusnahan aset warisan dan dalam jangka masa panjang ia boleh merugikan
negara. Umpamanya, keadaan Gua Cha (Kelantan) kini seolah-olah terbiar dan
tidak dipantau. Keadaan ini menyebabkan petak ekskavasi yang pernah dibuat
kajian ekskavasi oleh Sieveking, Tweedie dan Adi Taha tidak terurus malah
semakin terancam dan cenderung untuk musnah. Begitu juga jika dilihat dengan
kondisi bangunan lain, umpamanya Istana Sepachandera (Kedah) kurang terurus
dan mudah diceroboh oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Begitu juga
dengan Kota Ngah Ibrahim (Perak) yang kini seolah-olah terbiar dan
ditinggalkan tanpa penyelenggaraan. Apabila tapak warisan kurang diberi
perhatian, lebih-lebih lagi kondisi bangunannya yang uzur, kecenderungan untuk
musnah adalah lebih besar.

Di satu pihak yang lain, kondisi bangunan bersejarah yang uzur dan terbiar akan
menyakitkan mata memandang sehingga akan ada suara sumbang yang
mengesyorkan lebih baik ia dimusnahkan terus. Tambahan pula tuntutan
kemajuan semasa lebih melihat kepada pembangunan fizikal yang lebih
mendesak untuk pembinaan taman perumahan, kilang, kedai, pejabat, klinik dan
sebagainya. Situasi ini lazimnya tidak menyokong pengekalan tapak warisan
apatah lagi sekiranya pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan tidak difahami
oleh orang awam. Justeru itu, pihak berkepentingan perlu mengambil tindakan
sewajarnya agar masalah ini ada penghujungnya. Antara tindakan yang perlu
dilakukan ialah menyenaraikan semua tapak, buat pewartaan, pemantauan,
penyelenggaran dan membaikpulih mana-mana tapak yang difikirkan sesuai.
Tindakan seperti ini bukan hanya akan menyelamatkan tapak warisan arkeologi
dan bangunan bersejarah semata-mata, namun secara tidak langsung juga akan
mengembangkan lagi sektor arkeopelancongan di negara ini.

Kos Pemuliharaan dan Pemeliharaan

Isu kewangan sentiasa menjadi agenda utama di dalam kerja-kerja pemulihan


dan pemeliharaan tapak warisan. Kos yang tinggi adalah disebabkan beberapa
faktor, antaranya masalah kepakaran atau teknikal, bahan binaan, sensitiviti
bangunan yang telah usang dan sebagainya. Memandangkan bidang konservasi
agak baru di negara kita menyebabkan tidak banyak individu (konservator) yang

54
mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Justeru itu, kadar upah seorang
konservator juga adalah tinggi kerana spesifikasi kerjanya yang unik dan tidak
sama dengan bidang teknikal biasa. Konsep dan prinsip dalam kerja konservasi
juga tidak sama dengan arkitek atau jurutera kerana ia turut mengambilkira
elemen estetika. Kita sangat khuatir kos yang tinggi dijadikan alasan oleh
mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengabaikan terus aspek-aspek
pemuliharaan sehingga boleh merugikan tinggalan khazanah warisan negara.

Selain kondisi bangunan yang teruk dan masalah kepakaran, isu berkaitan
dengan kos untuk mendapatkan bahan juga adalah antara masalah utama. Bagi
sesetengah bangunan bersejarah, beberapa jenis bahan yang digunakan di dalam
pembinaannya perlu diimport dari luar negara, antaranya dari negara Eropah,
Amerika Syarikat atau Jepun. Biasanya ia tidak dijual di rantau ini, tambahan
pula ia berkemungkinan kini diklasifikasikan sebagai heritage product yang
hanya dikeluarkan mengikut tempahan pelanggan sahaja. Umpamanya, kos un-
tuk membina semula kota Bastion Middleburg di Melaka amat tinggi kerana ia
melibatkan kajian struktur tapak, kajian seni bina dan usaha untuk mendapatkan
bahan binaan yang sesuai dengan seni bina asal di tapak. Selain itu, bangunan
bersejarah yang menggunakan kayu juga memerlukan kos yang tinggi kerana
harga kayu kini sangat mahal di pasaran. Tambahan pula jenis kayu tertentu
seperti kayu jati, merbau, berlian dan sebagainya kini semakin sukar diperoleh
menyebabkan harganya tinggi. Dengan kos yang tinggi dan kesukaran
mendapatkan bahan binaan menyebabkan usaha untuk memulihara sukar
dilakukan.

Dalam kes-kes seperti ini lazimnya pemilik bangunan bersejarah sama ada
individu atau swasta lebih cenderung untuk membiarkan sahaja dalam kondisi
yang uzur tanpa usaha pemulihan. Ia menjadi lebih kompleks sekiranya pemilik
tersebut mempunyai waris yang ramai dan masing-masing menuntut hak
pemilikan bangunan tersebut. Dalam hal ini, inisiatif pihak kerajaan dilihat lebih
relevan untuk melakukan kerja-kerja pemulihan terutamanya bangunan
bersejarah di kawasan bandar-bandar lama agar ia tidak memberi imej buruk
kepada pengurusan warisan negara. Tidak dinafikan kos baikpulih amat tinggi
namun pihak kerajaan boleh berkerjasama dengan pihak swasta untuk
memainkan peranan yang sama dalam memulihara tapak warisan dan bangunan
bersejarah yang masih ada. Dengan demikian, kita bukan hanya menyelamatkan
tapak warisan dan bangunan bersejarah sahaja, secara tidak langsung situasi ini
turut menjadi pemangkin kepada perkembangan arkeopelancongan di negara
kita.

55
KESIMPULAN

Khazanah negara bukan hanya wujud dalam bentuk hasil bumi seperti emas,
bijih timah, hasil hutan atau minyak sahaja. Ia juga wujud dalam bentuk
peninggalan warisan alam semula jadi dan juga hasil peninggalan masyarakat
lampau. Salah satu daripadanya ialah tapak warisan arkeologi, monumen dan
bangunan bersejarah yang bertaburan di seluruh negara kita sekarang. Selain
memperlihatkan keunikannya yang tersendiri, tapak dan bangunan warisan juga
adalah manifestasi pencapaian masyarakat mengikut era atau zaman tertentu.
Justeru itu, usaha pengekalan dan pemeliharaan tapak warisan wajar digerakkan
secara terancang untuk memastikan khazanah negara ini terus dilestarikan. Dari
segi realitinya, tapak warisan arkeologi, monumen dan bangunan bersejarah
boleh berperanan untuk menjadi pelantar ekonomi yang mampan kepada
pertumbuhan landskap arkeopelancongan negara pada masa akan datang.

Justeru itu, segala isu yang menghalang kelestarian tapak warisan hendaklah
diatasi dengan merangka perancangan yang bersifat menyeluruh dengan
penyertaan pelbagai pihak yang berkepentingan. Di samping itu, promosi
berkaitan dengan tapak warisan arkeologi, monumen dan bangunan bersejarah di
negara ini untuk menarik kedatangan pelancong hendaklah dilipatgandakan lagi.
Umpamanya promosi boleh dibuat sama ada melalui internet, tv, radio,
penerbitan sama ada dalam bentuk filem, dokumentari, cereka, montaj,
pamphlet, buku, artikel dan sebagainya. Hebahan dan promosi juga boleh
diadakan dalam bentuk seminar, bengkel, pameran, Hari Warisan Negara dan
sebagainya untuk mengundang kumpulan penyelidik luar negara membuat
penyelidikan berkaitan dengan tapak warisan di negara kita. Selain itu, agensi
kerajaan dan swasta boleh digembelingkan melalui penajaan program atau
aktiviti yang berimpak tinggi seperti kembara warisan, treasure hunt, XPDC,
sukan lasak dan sebagainya bagi menarik kunjungan pelawat khususnya ke tapak
yang berpotensi. Rumusannya, kini kita berada di antara sebuah persimpangan,
sama ada berusaha untuk terus menghidupkan khazanah warisan, atau
melenyapkan warisan. Ini kerana sekiranya kita melestarikan warisan bererti kita
juga menghidupkan arkeopelancongan di negara ini.

PENGHARGAAN

Kajian ini dijalankan dengan bantuan Fundelmental Research Grant Scheme


(FRGS) (2014-0101-106-02). Terima kasih kepada pihak KPT dan UPSI yang
memberi dana penyelidikan dan pihak yang terlibat dalam kajian ini.

56
RUJUKAN

50 Warisan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara

Adnan Jusoh. 2007. ”Gua batu kapur Lembah Kinta dari perspektif arkeologi”.
Dlm. Mohd Shafeea Leman, Che Aziz Ali & Ibrahim Komoo (Pnyt.). Warisan
geologi Malaysia. Bangi: Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),
Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 169-190.

Adnan Jusoh. 2011. “Warisan semula jadi gua-gua batu kapur di Lembah Kinta”.
Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali dan Mohd Radzi Hj. Ahmad. (Editor). Perak-
Warisan, budaya & sejarah. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. Hlm.
68-106.

Adnan Jusoh. 2011. “Warisan semula jadi gua-gua batu kapur di Lembah Kinta”.
Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali dan Mohd Radzi Hj. Ahmad. (Editor). Perak-
Warisan, budaya & sejarah. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. Hlm.
68-106.

Adi Taha. 2007. Archaeological Investigation at Ulu Kelantan, Peninsular


Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Affifuddin Omar. 2009. ‘Pembangunan warisan kerajaan Melayu Lembah


Bujang’. Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah
Bujang, 31 March- 1 April, Kedah.

Akta Warisan Kebangsaan 2005

Andaya, Leonard Y. 2010. Leaves of the same tree. Singapore: NUS.

Bangunan Warisan Malaysia. 2013. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara

Chris Scarre. (editor). 1999. The seventy wonders of the ancient world-the great
monuments and how they were made. London: Thames & Hudson Ltd.

Lefroy, G. A. 1902. A short account of some ‘ancient remaint’ found on Gunung


Jerai, Kedah. JFMSM 1 (3): 76-79.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli, Mohamad Zain
Musa & Adnan Jusoh. (Editor). 2011. Alam Melayu satu pengenalan. Institut
Alam dan Tamadun Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

57
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 1998. Early history. Vol.4.
Singapore: Archipelago Press, Singapore.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2009. Penemuan Arkeologi dan Cabaran
untuk Memperkasakan Penyelidikan Warisan Lembah Bujang. Prosiding Seminar
Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang. 31 March- 1 April,
Kedah.

Sieveking, G. de G. 1954. 'Excavation at Gua Cha, Kelantan.' FMJ, Vol. 1.

Siti Norlizaiha Harun et al. 2010. Pemuliharaan bangunan bersejarah. Shah


Alam: UPENA

Stephen Chia. 2011. ‘Pemuliharaan dan pemliharaan warisan arkeologi


Malaysia’. Dlm. Sadatulakmar Mohd et al. Kelestarian warisan negara. Pulau
Pinang: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM

Tapak warisan dunia Melaka & George Town. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan
Negara

Warisan arkeologi Malaysia. 2013. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara

World heritage Malaysia. 2013. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara

Yahaya Ibrahim et al. 2008. Pelancongan Malaysia: Isu pembangunan, budaya,


komuniti dan persetempatan. Sintok: Universiti Utara Malaysia

Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi. 2012. Zaman proto sejarah di
Malaysia-satu pengenalan. Universiti Kebangsaan Malaysia: Institut Alam dan
Tamadun Melayu (ATMA).

Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Adnan Jusoh &
Muhammad Rizal Razman. 2014. ”Candi Sungai Batu (Tapak SB1): Kearifan
tempatan dalam teknologi pembuatan bata dan seni bina candi”. International
Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN). Jilid 2 Bil. 3. Bangi:
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Hlm. 43-50.

Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Adnan Jusoh &
Muhammad Rizal Razman. 2014. ”Interpretasi terkini data arkeologi di
Kompleks Percandian Pengkalan Bujang, Kedah”. International Journal of the
Malay World and Civilisation (IMAN). Jilid 2 Bil. 2. Bangi: Institut Alam dan
Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Hlm. 81-90.

58
Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Adnan Jusoh &
Yunus Sauman. 2013. ”Analisis komposisi bahan bata purba, Candi Bukit Kecil,
Lembah Bujang, Kedah”. International Journal of the Malay World and
Civilisation (IMAN). Bil. 1(2). Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA), UKM. Hlm. 3-9.

Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Adnan Jusoh &
Yunus Sauman. 2012. ”Teknologi pembinaan candi di Kedah Tua:
Perkembangan dan pentarikhannya”. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rah-
man, Asyaari Muhamad & Zuliskandar Ramli (eds.). Isu-isu pentarikhan tapak
warisan & artifak budaya Alam Melayu. Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 24-40. 19

Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Adnan Jusoh &
Yunus Sauman. 2011. “Masyarakat maritim di Pulau Kalumpang dan Lembah
Bujang: Pelayar dan pedagang antarabangsa”. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik
Abdul Rahman. (Editor). Perak – warisan arkeologi. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli
Arkeologi. Hlm. 147-171.

Zuraina Majid. 2003. Archaeology in Malaysia. Pulau Pinang: Pusat


Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia.

59

View publication stats

You might also like