Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

1103/3 – UJIAN BERTUTUR INDIVDU

PETIKAN 1

Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

AMALAN MENABUNG

Amalan menabung merupakan satu amalan yang proaktif dengan kesedaran seseorang dalam membuat
persediaan bagi menjamin masa depan yang cerah. Amalan menabung itu bolehlah dilakukan dengan
menyimpan wang dalam tabung mahupun di dalam bank. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi
kebaikan amalan menabung. Perkara ini bergantung kepada setiap individu itu sendiri untuk menabung
secara efektif. Namun perkara yang penting ialah amalan menabung itu akan mendidik kita supaya
sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat cermat sebenarnya merupakan satu amalan yang baik kerana
kita akan lebih berhati-hati dalam membuat perbelanjaan. Oleh itu, amalan ini juga akan mengelakkan
pembaziran. Sikap menabung boleh dipupuk jika sudah terbiasa dan disertai dengan amalan berbelanja
yang terancang serta berhemat sejak usia muda kerana membawa kepada kesejahteraan kewangan.

sitikhadijah
SOALAN

1. Nyatakan cara amalan menabung yang boleh dilakukan.

2. Berikan dua kepentingan amalan menabung.

3. Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-
anak menabung.

4. Huraikan kesan sekiranya amalan menabung tidak diamalkan.

Nota : Soalan 1 dan 2 ialah soalan pemindahan maklumat (jawapan dalam petikan)
Soalan 3 dan 4 ialah soalan KBAT.

JAWAPAN
1. Cara amalan menabung yang boleh dilakukan adalah dengan menyimpan wang dalam
tabung mahupun di dalam bank.

2. Dua kepentingan amalan menabung adalah dapat mendidik kita supaya sentiasa berjimat
cermat dan dapat mengelakkan pembaziran.

3. Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa harus menyediakan tabung untuk anak-
anak di rumah bagi memudahkan anak-anak menabung wang lebihan perbelanjaan mereka di
sekolah. Selain itu, ibu bapa harus membuka akuan bank untuk anak-anak bagi
membolehkan wang tabungan mereka yang penuh disimpan di bank.

4. Pada pendapat saya, kesan sekiranya amalan menabung tidak diamalkan ialah kita akan
mengalami tekanan dan kesusuhan apabila menghadapi sesuatu keadaan kecemasan yang
memerlukan wang seperti ahli keluarga sakit. Selain itu, kita tidak dapat melanjutkan
pelajaran kerana tiada wang untuk membayar yuran pengajian di pusat pengajian tinggi
tersebut.

sitikhadijah
1103/3 – UJIAN BERTUTUR INDIVIDU

PETIKAN 2

Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

GOTONG-ROYONG

Masyarakat di Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Oleh itu, satu aktiviti yang berguna untuk
merapatkan persefahaman antara kaum seperti aktiviti gotong-royong yang mampu membentuk
masyarakat yang bersatu. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman
permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan mewujudkan semangat kekitaan. Gotong-royong
dapat merapatkan ahli masyarakat dan menyemai nilai-nilai murni. Semangat kekitaan, rasa prihatin
dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan membawa negara
mara ke hadapan pada era globalisasi ini. Hal ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang
sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan
kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong menuntut penglibatan seluruh ahli masyarakat.

sitikhadijah
SOALAN

1. Berikan contoh aktiviti gotong-royong dalam petikan.

2. Apakah faedah-faedah aktiviti gotong-royong?

3. Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat menyertai aktiviti gotong-royong?

4. Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya amalan gotong-royong tidak dilaksanakan?

JAWAPAN

1. Contoh aktiviti gotong-royong dalam petikan adalah membersihkan taman permainan,


longkang mahupun rumah ibadat.

2. Faedah-faedah aktiviti gotong-royong adalah dapat merapatkan ahli masyarakat, menyemai


nilai-nilai murni dan menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah
dan kecurian.

3. Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat menyertai aktiviti


gotong-royong ialah kerajaan mengadakan kempen gotong-royong di peringkat
kebangsaan. Melalui kempen ini, maklumat tentang faedah aktiviti gotong-royong dapat
disebarkan kepada masyarakat. Selain itu, persatuan penduduk haruslah mengadakan
aktiviti gotong-royong secara berkala pada hari cuti. Kawasan sekitar kediaman penduduk
dapat dibersihkan seperti mengutip sampah di taman permainan.

4. Pada pendapat saya, kesan sekiranya amalan gotong-royong tidak dilaksanakan ialah sesuatu
kawasan itu menjadi kotar kerana sikap tidak memperdulikan kebersihan dalam kalangan
masyarakat di kawasan tersebut. Selain itu, kawasan tersebut akan dipenuhi dengan semak
samun yang menjadi tempat pembiakan binatang berbiasa seperti ular.

sitikhadijah
1103/3 - UJIAN BERTUTUR INDIVIDU

PETIKAN 3

Baca bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

GASING TRADISIONAL

Banyak permainan tradisional Nusantara yang semakin terpinggir kewujudannya. Gasing antara
permainan tradisional yang popular pada zaman dahulu tetapi semakin dipinggirkan. Kini,
permainan gasing tradisional kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda kerana
wujudnya permainan video dalam Internet dan lahir pelbagai permainan baharu dalam media sosial.
Jika tidak dilestarikan, permainan gasing tradisional bakal lenyap sedikit demi sedikit dan sekadar
menjadi bahan pameran. Setiap jenis gasing diberikan nama berdasarkan sifatnya yang berbeza
seperti gasing piring, gasing leper dan gasing tempayan. Gasing tradisional diperbuat daripada
batang kayu pokok dan dimainkan menggunakan tali yang dipintal sendiri menggunakan sabut.
Bahan pembuatan gasing biasanya daripada bahagian terkuat kayu yang terletak di tengah atau akar
dan jenis kayu yang sering digunakan seperti merbau, bakau dan kempas.

sitikhadijah
SOALAN

1. Nyatakan punca permainan gasing tradisional kurang mendapat sambutan dalam kalangan
generasi muda.

2. Apakah yang akan terjadi jika permainan gasing tradisional tidak dilestarikan?

3. Jelaskan manfaat-manfaat permainan gasing tradisional kepada golongan muda.

4. Huraikan langkah-langkah untuk mengetengahkan permainan tradisional sehingga ke


peringkat antarabangsa.

JAWAPAN
1. Punca permainan gasing tradisional kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi
muda kerana wujudnya permainan video dalam Internet dan lahir pelbagai permainan baharu
dalam media sosial.

2. Jika permainan gasing tradisional tidak dilestarikan, permainan gasing tradisional bakal lenyap
sedikit demi sedikit dan sekadar menjadi bahan pameran.

3. Pada pendapat saya, manfaat-manfaat permainan gasing tradisional kepada golongan muda
adalah dapat menambah ilmu pengetahuan tentang permainan gasing tradisional bagi
membolehkan golongan muda melibatkan diri secara aktif dalam permainan tersebut. Selain itu,
dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan generasi muda. Contohnya, setiap
ahli kumpulan akan bekerjasama sesama mereka dalam mengatur strategi untuk memenangi
sesuatu pertandingan yang disertai.

4. Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk mengetengahkan permainan tradisional


sehingga ke peringkat antarabangsa ialah kerajaan harus menganjurkan pertandingan
permainan tradisional antarabangsa dengan menjemput peserta dari luar negera untuk
menyertai pertandingan tersebut. Selain itu, permainan tradisional boleh disebarkan melalui
Internet agar semua penduduk dunia mengetahui cara dan peraturan permainan tradisional
tersebut. Oleh itu, boleh mencuba permainan tradisional tersebut di negara mereka.

sitikhadijah
1103/3 - UJIAN BERTUTUR INDIVIDU

PETIKAN 4

Baca bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR

Alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan dan menjalankan kehidupan dalam
keadaan yang baik. Kebersihan alam sekitar juga dapat mengekalkan keseimbangan ekosistem dan
menjamin sumber air kerana hutan ialah kawasan tadahan hujan. Hutan yang lengkap dengan flora dan
faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang
turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan pengaliran air.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan
fauna. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama
haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Oleh
itu, penghutanan semula perlu dilakukan secara terancang dan sistematik agar kelestarian alam sekitar
dapat dipulihara dan dikekalkan.

sitikhadijah
SOALAN

1. Nyatakan kelebihan menjaga alam sekitar.

2. Mengapakah kita perlu memulihara alam sekitar?

3. Jelaskan punca yang menyebabkan alam sekitar tercemar.

4. Huraikan langkah-langkah untuk memastikan alam sekitar sentiasa terpulihara.

JAWAPAN

1. Kelebihan menjaga alam sekitar adalah membolehkan kita menikmati keselesaan dan
menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Selain itu, dapat mengekalkan
keseimbangan ekosistem dan menjamin sumber air

2. Kita perlu memulihara alam sekitar untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna kerana
kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi.

3. Pada pendapat saya, punca-punca yang menyebabkan alam sekitar tercemar ialah cuba
sendiri.

4. Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk memastikan alam sekitar sentiasa terpulihara
ialah cuba sendiri.

sitikhadijah

You might also like