Permohonan Kutipan Bacathonpengarahjpm

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA & GURU KOD SEKOLAH : MEA 0073

SMK RAHMAT NO. TEL / FAX : 06-3876214/ 06-3879550


78200 KUALA SUNGAI BARU,
MELAKA.

______________________________________________________________________________
Rujukan Kami : SMKR/ PIBG/100 /21//(03 )
Rujukan tuan :
Tarikh : 23 November 2010

Kepada:

Hajah Juliah Binti Leman


Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Melaka
Bukit Beruang
Peti Surat No.62
75902 Melaka.

Tuan,

Permohonan Mengadakan Kutipan Derma ‘Bacathon’.

Adalah dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini akan
menganjurkan satu projek kutipan derma ‘Bacathon’. Projek ini akan dijalankan pada 1 Februari
2011 hingga 30 April 2011 . Kami amat berharap agar projek ini mendapat kelulusan dari pihak
tuan.

3. Di antara tujuan kami merancang projek ini ialah untuk

3.1 Menambah pelbagai bahan bacaan dan rujukan bercetak atau media elektronik
di pusat sumber sekolah.
3.2 Membeli buku-buku khusus untuk murid menghadapi peperiksaan dan penilaian
berasaskan sekolah.
3.3 Menaiktaraf tapak perhimpunan dimana program membaca setiap pagi dijalankan.
3.4 Membina balai-balai bacaan yang selesa untuk aktiviti membaca.
3.5 Membiayai program-program kecemerlangan dan inovasi murid.

4. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja Projek Bacathon untuk perhatian dan rujukan
pihak tuan.

5. Semoga perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak
tuan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas

……………………………………. …………………………………….
(Tn. Hj. Zulkapli Bin Othman) (YB Datuk Ar. Hj. Ismail Bin Othman)
Pengetua YDP PIBG
SMK Rahmat. SMK Rahmat.

You might also like