Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Fokus Bab 2

Konsep KNK dan KDNK


Keluaran Negara Kasar (KNK)
• Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor-faktor
pengeluaran milik negara tersebut yang berada di dalam negara atau di luar
negara dalam tempoh setahun.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


• Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor-faktor
pengeluaran di dalam negara milik warga negara tersebut dan warga negara
asing dalam tempoh setahun.

Perbezaan antara KNK dengan KDNK


• Perbezaan antara KNK dengan KDNK ialah pendapatan faktor bersih luar
negeri (PFBLN)
• PFBLN ialah berbezaan antara pendapatan faktor yang diterima dari luar
negara (YL) dengan bayaran faktor ke luar negara (BL)

Hubungan antara KNK dengan KDNK


• KNK dan KDNK dihubungkan melalui persamaan di bawah iaitu :-

KNK = KDNK + PFBLN

(i) Sekiranya PFBLN bernilai positif maka KNK melebihi KDNK.


(ii) Sekiranya PFBLN bernilai negatif maka KNK kurang daripada KDNK.
(iii) Sekiranya PFBLN bernilai sifar maka KNK sama dengan KDNK.

Konsep KNKhp dengan KNKkf atau


Konsep KDNKhp dengan KDNKkf
Keluaran Negara Kasar harga pasar (KNKhp) atau Keluaran Dalam Negeri Kasar
harga pasar (KDNKhp)
• Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah
negara yang dihitung berdasarkan harga yang dibayar oleh pembeli di
pasaran

Keluaran Negara Kasar kos faktor (KNKkf) atau Keluaran Dalam Negeri Kasar kos
faktor (KDNKkf)
• Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah
negara yang dihitung berdasarkan harga yang dibayar kepada faktor
pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang akhir dan
perkhidmatan.
Perbezaan antara KNKhp dengan KNKkf atau
Perbezaan antara KDNKhp dengan KDNKkf
• Perbezaan antara KNKhp dengan KNKkf atau KDNKhp dengan KDNKkf ialah
cukai tak langsung dan subsidi.
• Cukai tak langsung ialah cukai di mana bebannya boleh dipindahkan kepada
orang lain seperti cukai perkhidmatan, cukai eksport dan cukai import.
• Cukai tak langsung menyebabkan harga pasaran meningkat
• Subsidi ialah bantuan Kerajaan kepada pengeluar dalam menghasilkan
sesuatu barang dan perkhidmatan.
• Subsidi menyebabkan kos faktor menurun.

Hubungan Antara KNKhp dengan KNKkf atau


KDNKhp dengan KDNKkf
• KNK hp dan KNKkf dihubungkan melalui persamaan di bawah iaitu :-

KNKhp = KNKkf + CTL - Subsidi

• KDNKhp dan KDNKkf pula dihubungkan melalui persamaan di bawah iaitu :-

KDNKhp = KDNKkf + CTL - Subsidi

(i) Sekiranya CTL melebihi subsidi maka KNKhp melebihi KNKkf atau KDNKhp
melebihi KDNKkf
(ii) Sekiranya CTL kurang daripada subsidi maka KNKhp kurang daripada KNKkf
atau KDNKhp kurang daripada KDNKkf.
(ii) Sekiranya CTL sama dengan subsidi maka KNKhp sama dengan KNKkf atau
KDNKhp sama dengan KDNKkf

Konsep KNK Benar dengan KNK Nominal


KNK Benar
• Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah
negara dalam tempoh setahun yang dihitung berdasarkan harga pada tahun
asas,

KNK Nominal
• Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebua
negara dalam tempoh setahun yang dihitung berdasarkan harga pada tahun
semasa.
Perbezaan antara KNK Benar dengan KNK Nominal
• Perbezaan antara KNK benar dengan KNK nominal ialah pendeflasi KNK atau
indeks harga tahun semasa

Hubungan antara KNK Benar dengan KNK Nominal


• KNK benar dan KNK nominal dihubungkan melalui persamaan berikut :-

KNK Benar = 100 x KNK Nominal


IHP1

(i) Sekiranya IHP1 melebihi 100 maka KNK Benar kurang daripada KNK Nominal.
(ii) Sekiranya IHP1 kurang daripada 100 maka KNK Benar melebihi KNK Nominal.
(iii) Sekiranya IHP1 sama dengan 100 maka KNK Benar sama dengan KNK
Nominal.

Sebab KNK Benar lebih rendah daripada KNK Nominal


• Ini kerana KNK Nominal dipengaruhi oleh kenaikan tingkat harga umum.
Pengiraan Pendapatan Negara Mengikut Kaedah Perbelanjaan
• Pendapatan negara dihitung dengan menjumlahkan perbelanjaan yang
dilakukan oleh sektor isirumah, firma, Kerajaan dan sektor luar negara dalam
ekonomi dalam tempoh setahun.

Cara Pengiraan

Jenis Perbelanjaan RM juta


Perbelanjaan penggunaan
• Awam 100
• Swasta 200
Pembentukan modal tetap kasar
• Awam 300
• Swasta 400
Perubahan stok 50
Eksport bersih
• Eksport barang dan perkhidmatan 500
• Tolak import barang dan perkhidmatan -300
Keluaran Dalam Negeri Kasar harga pasar RM1250 juta

Huraian
• Perbelanjaan penggunaan awam ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh
kerajan terhadap barang akhir dan perkhidmatan iaitu perbelanjaan
mengurus seperti membayar gaji kakitangan awam.
• Perbelanjaan penggunaan swasta ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh
isirumah terhadap barang akhir dan perkhidmatan seperti perbelanjaan
makan minum dan sebagainya.
• Pembentukan modal tetap kasar awam ialah perbelanjaan yang dilakukan
oleh kerajaan terhadap barang modal yang digunakan untuk
meningkatkan keupayaan pengeluaran barang dan perkhidmatan iaitu
perbelanjaan pembangunan seperti membina jalanraya, jambatan dan
sebagainya.
• Pembentukan modal tetap kasar swasta ialah perbelanjaan yang dilakukan
oleh firma terhadap barang modal yang digunakan untuk meningkatkan
keupayaan pengeluaran barang dan perkhidmatan seperti membeli mesin
dan jentera.
• Perubahan stok ialah perbezaan di antara baki stok akhir tahun dengan baki
stok awal tahun
• Eksport bersih ialah perbezaan di antara eksport barang dan perkhidmatan
dengan import barang dan perkhidmatan.
KDNKhp = C + I + G + perubahan stok + eksport bersih
=100 + 200 + 300 + 400 + 50 + 500 – 300
= RM1250 juta
Pengiraan Pendapatan Negara Mengikut Kaedah Keluaran
• Dihitung dengan menjumlahkan nilai ditambah yang dilakukan oleh sektor
utama, sektor kedua dan sektor ketiga dalam tempoh setahun atau pada
satu jangkamasa tertentu.
• Tujuannya : untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali

Cara Pengiraan

Butiran RM juta
Pertanian, perikanan, perhutanan 100
Perlombongan dan kuari 200
Pembuatan 300
Pembinaan 400
Utiliti (Elektrik, Gas dan Air) 500
Perdagangan borong dan runcit 600
Hotel dan restoran 700
Pengangkutan dan penyimpanan 800

Tambah cukai import 100


Keluaran Dalam Negara Kasar harga pasar 3700

Huraian
• Mengikut kaedah keluaran, pendapatan negara dihitung dengan
menjumlahkan nilai ditambah sektor utama , sektor kedua dan sektor ketiga
dalam tempoh setahun
• Nilai ditambah untuk sektor utama iaitu pertanian, perikanan, perhutanan,
perlombongan dan kuari bernilai RM300 juta.
• Nilai ditambah untuk sektor kedua iaitu pembuatan dan pembinaan bernilai
RM700 juta
• Manakala nilai ditambah untuk sektor ketiga iaitu utility, perdagangan borong
dan runcit, hotel dan restoran serta pengangkutan dan penyimpanan bernilai
RM2600 juta
• Untuk mendapatkan nilai KDNKhp maka cukai import bernilai RM100 perlu
ditambah menjadikan nilai KDNKhp bernilai RM3700 juta
Nilai Ditambah
• Tambahan nilai suatu barang dan perkhidmatan setelah melalui beberapa
proses pengeluaran untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali.

Proses Nilai Ditambah Menggunakan Jadual

Peringkat Kos input Nilai Keluaran Nilai Ditambah


(RM) (RM) (RM)
Kayu balak 0 100 100 – 0 = 100
Papan 100 200 200 – 100 = 100
Meja 200 300 300 – 200 = 100
Meja dijual di 300 400 400 – 300 = 100
Kedai Perabot
Jumlah nilail ditambah 400

• Pada peringkat pertama, andaikan kos input untuk menanam balak adalah
sifar dan harga kayu balak ialah RM100. Jadi nilai ditambah pada peringkat
ini ialah RM100 iaitu (RM100 – 0).
• Pada peringkat kedua kayu balak diproses menjadi papan. Untuk
menghasilkan papan, kos inputnya ialah RM100 dan harga papan ialah
RM200. Jadi nilai ditambah pada peringkat ini ialah RM100 iaitu (RM200 –
RM100).
• Pada peringkat ketiga papan diproses menjadi meja. Untuk menghasilkan
meja, kos inputnya ialah RM200 dan harga meja ialah RM300. Jadi nilai
ditambah pada peringkat ini ialah RM100 iaitu (RM300 – RM200).
• Pada peringkat keempat meja dijual di kedai perabot pada harga RM400
dengan kos inputnya ialah RM300. Jadi nilai ditambah pada peringkat ini
ialah RM100 iaitu (RM400 – RM300)
• Daripada jadual dapat disimpulkan bahawa nilai ditambah adalah sama
dengan nilai keluaran meja yang dijual di kedai iaitu RM100 + RM100 +
RM100 + RM100 = RM400
• Berdasarkan jadual :-
(i) Sumbangan sektor utama
= Nilai ditambah kayu balak
= RM100

(ii) Sumbangan sektor kedua


= Nilai ditambah papan + Nilai ditambah meja
= RM100 + RM100
= RM200

(iii) Sumbangan sektor ketiga


= Nilai ditambah meja yang dijual di kedai perabot
= RM100
Kelemahan Menggunakan Pendapatan Perkapita Untuk Membandingkan Taraf
Hidup Antara Negara
(1) Perubahan agihan pendapatan
• Sekiranya pendapatan perkapita sesebuah negara meningkat tidak
semestinya taraf hidup penduduknya meningkat jika agihan
pendapatan adalah tidak setara.
• Hal ini menunjukkan bahawa ramai penduduknya berada di bawah garis
kemiskinan

(2) Perubahan masa kerja dan masa rehat


• Sekiranya pendapatan perkapita sesebuah negara meningkat tetapi
tidak semestinya taraf hidup penduduknya meningkat jika masa kerja
adalah panjang dan masa rehat adalah pendek.
• Hal ini menunjukkan bahawa penduduknya kurang masa untuk berehat
bersama keluarga atau beriadah.

(3) Perubahan eksternaliti negatif


• Sekiranya pendapatan perkapita sesebuah negara meningkat tetapi
tidak semestinya taraf hidup penduduknya meningkat jika berlakunya
kesan eksternaliti negatif yang tinggi seperti pencemaran udara,
pencemaran air dan sebagainya.
• Hal ini menunjukkan bahawa kesan eksternaliti negatif yang tinggi telah
menjejaskan kesihatan penduduknya.

(4) Perubahan komposisi keluaran


• Sekiranya pendapatan perkapita sesebuah negara meningkat tetapi
tidak semestinya taraf hidup penduduknya meningkat jika peningkatan
pendapatan adalah disebabkan oleh pertambahan pengeluaran
barang seperti kelengkapan ketenteraan.
• Hal ini kerana kelengkapan ketenteraan tersebut tidak dapat digunakan
secara langsung oleh penduduk dan bukannya barang keperluan untuk
hidup.

(5) Perubahan kadar pengangguran


• Sekiranya pendapatan perkapita sesebuah negara meningkat tetapi
tidak semestinya taraf hidup penuduknya meningkat jika kadar
pengangguran adalah tinggi.
• Hal ini kerana apabila kadar pengangguran yang tinggi menunjukkan
ramai penduduk tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai
sumber pendapatan untuk menyara kehidupan.
(6) Perubahan tingkat harga umum
• Sekiranya pendapatan perkapita sesebuah negara meningkat tetapi
tidak semestinya taraf hidup penduduknya meningkat jika tingkat harga
umum adalah tinggi.
• Hal ini kerana peningkatan tingkat harga umum menyebabkan kos sara
hidup semakin meningkat dan taraf hidup masyarakat adalah rendah.
Kelemahan Menggunakan Pendapatan Perkapita Untuk Membandingkan Taraf
Hidup Antara Masa
(1) Perubahan agihan pendapatan
• Sekiranya pendapatan perkapita pada suatu tahun meningkat tidak
semestinya taraf hidup penduduknya meningkat jika agihan
pendapatan adalah tidak setara.
• Hal ini menunjukkan bahawa ramai penduduknya berada di bawah garis
kemiskinan

(2) Perubahan masa kerja dan masa rehat


• Sekiranya pendapatan perkapita pada suatu tahun meningkat tetapi
tidak semestinya taraf hidup penduduknya meningkat jika masa kerja
adalah panjang dan masa rehat adalah pendek.
• Hal ini menunjukkan bahawa penduduknya kurang masa untuk berehat
bersama keluarga atau beriadah.

(3) Perubahan eksternaliti negatif


• Sekiranya pendapatan perkapita pada suatu tahun meningkat tetapi
tidak semestinya taraf hidup penduduknya meningkat jika berlakunya
kesan eksternaliti negatif yang tinggi seperti pencemaran udara,
pencemaran air dan sebagainya.
• Hal ini menunjukkan bahawa kesan eksternaliti negatif yang tinggi telah
menjejaskan kesihatan penduduknya.

(4) Perubahan komposisi keluaran


• Sekiranya pendapatan perkapita pada suatu tahun meningkat tetapi
tidak semestinya taraf hidup penduduknya meningkat jika peningkatan
pendapatan adalah disebabkan oleh pertambahan pengeluaran
barang seperti kelengkapan ketenteraan.
• Hal ini kerana kelengkapan ketenteraan tersebut tidak dapat digunakan
secara langsung oleh penduduk dan bukannya barang keperluan untuk
hidup.

(5) Perubahan kadar pengangguran


• Sekiranya pendapatan perkapita pada suatu tahun meningkat tetapi
tidak semestinya taraf hidup penuduknya meningkat jika kadar
pengangguran adalah tinggi.
• Hal ini kerana apabila kadar pengangguran yang tinggi menunjukkan
ramai penduduk tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai
sumber pendapatan untuk menyara kehidupan.

You might also like