PENGHARGAAN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

041006101023

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucakan terima kasih kepada pihak pentadbir Kolej Tingkatan
Enam Petaling Jaya (KTEPJ) terutamanya Pengetua Cemerlang KTEPJ, Puan Ros binti Lizan,
Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Norizah kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada
saya untuk menjalankan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Puan Koh Lee Lee selaku guru pembimbing serta
guru Pengajian Am (900/4) saya. Beliau telah sudi meluangkan banyak masa dan tenaga dalam
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar untuk membantu saya menyempurnakan kerja kursus ini.
Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada semua guru yang telah memberikan nasihat
dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, Encik
Misfan bin Tumiran dan Puan Norhashima binti Ilias serta ahli keluarga saya kerana banyak
memberi sokongan dan nasihat semasa menyempurnakan kerja kursus ini. Mereka sanggup
memberi sokongan penuh dan kerjasama kepada saya tanpa sebarang rungutan dalam
melaksanakan kerja kursus ini.

Selain itu, saya memberikan penghargaan kepada responden-responden yang tinggal di


Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya telah sudi meluangkan masa dan kesabaran untuk
menjawab soal selidik serta informan-informan yang sanggup menerima temu bual saya.
Tambahan pula, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana banyak
memberi bantuan dan nasihat kepada saya dalam melaksanakan kerja kursus ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung yang telah membantu saya menyempurnakan kerja kursus sepanjang masa ini.
Segala jasa yang telah kalian sumbangkan akan dihargai.

Sekian,

( MUHAMMAD AKMAL HAZIQ BIN MISFAN )

III

You might also like