Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

1

WEBINAR AL-QURAN: INDAHNYA HIDUP BERSAMA AL-


QURAN

ANJURAN:
PUSTAKA PERMATA UMMAH

TAJUK :
PERBAHARUI HIDUPMU DENGAN AL-QURAN

TARIKH :
25 OKTOBER 2020

DISAMPAIKAN OLEH :
USTAZAH ASMA’ BINTI HARUN

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


2

BAB 3 : AL-QURAN PETUNJUK BAGI MANUSIA

SIKAP MANUSIA TERHADAP AL-QURAN

Allah SWT mendedahkan sikap manusia terhadap al-Quran yang diturunkan kepada mereka
melalui pembukaan al-Quran pada surah al-Baqarah, bermula ayat 1 sehingga 16. Selepas itu,
Allah SWT menerangkan lagi dalam surah-surah yang lainberkenaan sifat-sifat bagi setiap
kumpulan ini dengan huraian yang lebih terperinci.

Allah SWT membahagikan tiga jenis manusi dalam menentukan pendirian mereka terhadap al-
Quran :
1. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan diri dan hartanya.
2. Golongan yang nyata kekufurannya bersama kedegilan diri mereka.
3. Golongan munafiq yang berpura-pura beriman, namun Allah SWT mendedahkan sifat
mereka.

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


3

AL-QURAN MENJADI SUMBER HIDAYAH


Nabi Muhammad SAW ialah seorang buta huruf dan dilahirkan dalam masyarakat yang jauh
daripada ilmu berkenaan kitab Allah, bahkan ilmu duniawi daripada negara bertamadun yang
lain sama ada melalui pengalaman atau kajian. Ini menjadikan satu bukti yang nyata bahawa al-
Quran itu daripada Allah dan bukannya ciptaan.

Para ulama’ membahagikan hidayah itu kepada empat jenis :


1. Hidayah tabii’ atau fitrah (naluri)
- Terdapat kepada semua makhluk.
- Antaranya pokok yang memerlukan baja dan air atau bayi yang mahukan susu dan
sebagainya.

2. Hidayah hawwas (perasaan)


- Mengikut pancaindera.
- Terdapat kepada semua yang bernyawa sama ada manusia atau binatang.

3. Hidayah akal
- Hanya diberikan kepada manusia.

4. Hidayah ad-din
- Memerlukan kepada akal ilmu dan pertolongan Allah SWT.
- Hidayah ini dikengkapkan dengan Allah mengutuskan para rasul dan diwahyukan
kitab-kitab.

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


4

PERANAN PARA RASUL MEMBAWA HIDAYAH


 Rahmat Allah SWT diutuskan para nabi dan rasul adalah membawa hidayah yang
memandu kepada kebenaran bersama kitab-kitab Allah.
 Para nabi memandu manusia dalam perkara ketuhanan dan cara hidup di dunia dengan
jalan yang betul.
 Sejarah para rasul menunjukkan perjuangan mereka dalam melaksanakan perintah Allah
untuk menyelamatkan manusia bersama hidayah Allah dengan menghadapi semua
lapisan umat.
HARAM MELAMPAUI SEMPADAN ALLAH
 Islam mengharamkan sikap melampau dalam urusan beribadat, makan, minum, pakaian
dan lain-lain.
 Mereka yang melampaui batasan Allah dalam urusan hidayah Islam merupakan taghut
(pelampau). Golongan ini mencampurkan adukkan urusan akidah, syariat dan akhlak
dalam hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesame manusia serta melampaui
sempadan yang ditetapkan oleh Allah.
SIAPA PELAMPAU?
 Pelampau ialah mereka yang melanggar sempadan atau melangkag dan melompat dalam
melakukan perkara di lur sempadan Allah.
 Sempadan itu yang menjadi batasan fitrah jasad, roh dan akal dalam semua hubungan
manusia dengan semua pihak khususnya dalam hubungannya dengan Allah.
 Contohnya mereka yang berlagak menjadi Tuhan atau meletakkan hak kepunyaan Allah
pada yang lain dalam perkara zat, nama dan sifatnya.

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


5

BAB 4 : AL-QURAN MEMBINA KETAMADUNAN ISLAM

ISLAM AGAMA SEJAHTERA

SIRI KEGELAPAN ISLAM

Sebelum kerasulan Nabi SAW, dunia dalam kegelapan tanpa hidayah. Walaupun ada warisan
agama kitab Taurat dan Injil, tetapi sudah banyak yang diselewengkan.

 Para paderi yang memelihara ajaran yang asal Islam agama para rasul, terpaksa
bersembunyi menunggu kedatangan rasul akhir zaman.

 Para pendeta dan sami yang menyelewengkan agama terpaksa bersekongkol dengan
pemerintahan yang zalim. Pemerintah itu emperhambakan rakyat dan bermewah-mewah
dengan harta yang diambildan dibelanjakan sevara haram.

 Para paderi dan sami-sami pula menerima bayaran atas nama agama seperti hak
mengampunkan dosa, menjadi penghubung dengan Tuhan dan bersama-sama
memuaskan hawa nafsu.

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


6

 Masyarakat hidup berkonsepkan rimba, sesiapa yang kuat merekalah yang benar dan
dapat menikmati segalanya.

 Amalan perhambaan berleluasa, kaum wanita yang lemah menjadi mangsa laksana
barang dagangan, si miskin terus bekerja dalam masyarakat bersistemkan kasta yang
dikuasai golongan feudal, pemerintahan atau agamawan menjadi pengampu pemerintah.

ISLAM AGAMA SEJAHTERA

 Islam meletakkan agama adalah rukun pertama sebelum nyawa, akal, maruah, keluarga
dan harta. Apabila agama tidak berperanan menyebabkan aspek yang lain terdedah
kepada kerosakan dan kejahatan.

 Ketika manusia sangat berhajat kepada penyelamat, maka dilahirkan Nabi Muhammad
SAW di tempat paling terpencil, kota suci Makkah. Itulah tempat yang dirasmikan oleh
Nabi Ibrahim AS, Rasul yang menjadi kebanggaan agama ahli kitab mengikut
kepercayaan masing-masing.

 Nabi Muhammad SAW berasal daripada zuriat Nabi Ibrahim AS, diwahyukan al-Quran
yang menjadi mukjizat ilmu tanda kerasulannya. Itulah sebuah kitab suci yang berbeza
dengan kitab suci agama lain.

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


7

ISLAM AGAMA TERBUKA

Al-Quran bukan sahaja membuka pintu hati manusia yang tertutup, bahkan juga memerintahkan
kepada penganut Islam agar bersikap positif atau terbuka kepada semua yang bermanfaat kepada
manusia dan menolak semua yang mendatangkan mudarat.

Sifat terbuka bukan sahaja dalam urusan agama, bahkan urusan dunia dalam memakmurkan
bumi. Islam memerintahkan masyarakat majmuk dengan menerima segala ilmu dan pengalaman
yang baik daripada semua bangsa yang berada di bawah pemerintahannya.

Di waktu masyarakat jahiliah paling maju dari sudut kebendaan dan membunuh orang yang bijak
kerana dianggap sebagai pencabar, Islam menghormati mereka yang bijak berpandukan al-Quran.

Sabda Rasulullah :

˴ Ϭ au˴ ˴ u ˴ s˴ ˴l ˴ a˴ ˴ S u˴ Ϭ Ϭ J ˴ J ˴ ϤS ˸Ϭ S 䀳
J ˴S S S䀳

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


8

“Kebijaksanaan itu laksana barang tercicir kepunyaan orang yang beriman. Di mana sahaja
ditemuinya, dialah orang yang paling berhak memilikinya”
(Hadis al-Tirmidhi 2687 dan Ibn Majah 4169)

Pada zaman pemerintahan Islam, banyak kegiatan penterjemahan ilmu daripada pelbagai bangsa
dan masyarakat. Ilmu itu dipandu oleh al-Quran bersama kebijaksanaan manusia. Maka
terciptalah tamadun Islam menjadi kuasa besar tunggal beberapa abad zaman keemasannya.

ISLAM MENDAHULUKAN PERDAMAIAN

Nabi SAW dan para sahabat berjaya membina sebuah masyarakat madani di Madinah
yang dibentuk dengan tertegaknya negara hidayah (petunjuk Allah), bukannya negara jibayah
(hanya bergantung kepada kekayaan harta negara dengan sebahagian besar diambil daripada
cukai yang zalim).

Pengaruh rahmat dan adilnya Islam dengan hidayah al-Quran menjadi penyelamat kepada
golongan lemah yang ditindas dalam masyarakat manusia serta menjadikan Islam mudah
diterima oleh mereka yang melihat dan mendapat berita berkenaan kemunculan Islam.

Keterbukaan Islam terhadap pihak bukan Islam melalui perdagangan dan mendahulukan
perdamaian dalam hubungan antarabangsa banyak membantu menyegerakan perkembangannya.

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


9

ERA KETAMADUNAN ISLAM

KEJAYAAN TAMDUN ISLAM

 Membina negara besar di atas asas al-Quran.


 Islam berjaya menembusi hati manusia yang keras.
 Islam mengembalikan manusia kepada fitrah kejadiannya.

BUKTI KEJAYAAN ISLAM

 Melalui pembinaan negara Madinah. Madinah berasal daripada nama Yathrib atau Taibah
yang difahami daripada perkataan al-Din yang menepati kehendak Islam. Madinah juga
berasal daripada perkataan tamadun yang membentuk masyarakat madani berdasarkan
teori ahli-ahli falsafah purba.

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


10

 Para utusan dihantar itu mengembara ke mana sahaja. Islam diterima sehingga belum
mencecah separuh abad yang pertama Hijrah. Cahaya Islam sudah sampai ke Timur
Tengah, Pantai Barat Afrika, Selatan Eropah dan Asia Tengah.
 Islam berjaya memerintah dalam suasana masyarakat majmuk di dalam sebuah negara
yang luas sebelum adanya kemudahan secepat hari ini dan berjaya menegakkan Hadharah
Islamiah (Tamadun Islam).

TIGA TONGGAK ISLAM MENGUASAI DUNIA

1. Beriman kepada Allah dan hari Akhirat

ra iat 㷟 t t 㷟t t t ⿏ t ˴ t riat ⿏ ˴ 䗠 t˴ t ϰ˴
t i䗠t t˴
Maksud : “Maka bagaimanakah (pada hari akhirat kelak), apabila Kami mendatangkan
dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap
perbuatan mereka) dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi
terhadap umatmu ini?”.
(Surah an-Nisa’ : ayat 41)

2. Konsep Taqwa

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


11

䀳Jm Se˴ ˴R˴mϬ ˴ ˴ ˱ JR˵


a Ϭbi˴ a bϬ i˴ ˴쀀 ⿏Ϭ aS Ϥ ˴⿏S㷟˴u Ϭ쀀 ˴l쀐iϬ aS Ϥ ˴ a˴ ϣS ˴ u Ϭ⿏ Ϟ˴ Ϭ˶m b˴Ύa aS Ϥ˴쀐bS ˴R ˴ a˴ ˴ ua˴ a˴ϣ˴η Ϭ aϤ˴쀐⿏S ˴bi˴ Ϭ⿏ i 쀐 ˴ ˴ ˴m
Maksud : “Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu saling berkenal-kenalan (saling bersaudara dan berhajat antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Mendalam PengetahuanNya.”
(Surah al-Hujrat : 13)

3. Rahmat kepada seluruh Alam

˴ ˴
˴ Ϭ ˴b˴RbS Ϭ ˱J Sue 䀀Ϭ⿏ ˴Ϛ˴쀐bS ˴ eS ˴ u m ˴ a˴
Maksud : “Dan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi semesta alam”.
(Surah al-Anbiya’ : 107)

KEJATUHAN DAN KEMUNDURAN UMAT

Faktor kejatuhan :

1. Meninggalkan petunjuk al-Quran


2. Meninggalkan ajaran Rasulullah dan salah cara melaksanakannya kerana tidak
mempunyai ilmu.
3. Meninggalkan budaya ilmu.
4. Leka dengan kemajuan dan kekayaan.
5. Berlaku cetusan perpecahan dalaman umat Islam dengan banyak berlaku perbezaan
pendapat. Dahulu, perbezaan pendapat berlaku tidak memecahkan umat, tetapi
menambahkan perkembangan ilmu dalam satu mazhab dan mazhab yang berbeza.

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


12

KEGILAAN TAMADUN BARAT

Walaupun tamadun barat yang dibanggakan pada hari ini, namun pada hakikatnya mereka
menimba ilmu daripada tamadun Islam tetapi tidak mengikut petunjuk al-Quran dan tidak
beriman kepada rukun-rukun iman.

Dunia Barat mencedok kehebatan Islam dari tamadun di Andalus, Baghdad dan lain-lain melalui
usaha penerokaan, perdagangan dan Perang Salib. Banyak hasil ilmuwan Islam yang diambil
oleh mereka, dikaji dan diterjemahkan, bahkan sebahagian besarnya maih disimpan dalam
khazanah mereka sehingga hari ini.

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”


13

 Agama Kristian di bawa ke Eropah oleh Kerajaan Rom, kemudian dipinda daripada Injil
yang asal dan Kitab Taurat. Bahkan mereka terpengaruh dengan Injil palsu. Adapun kitab
Injil asal diharamkan, dan dicampur aduk pula dengan pengaruh agama jahiliah Rom.
 Berlakunya usaha pemisahan agama daripada pemerintahan dengan menyingkirkan para
paderi. Gereja pula disekat pengaruhnya kerana dikira menjadi ancaman kepada pihak
istana.
 Berlaku pemisahan agama dengan sains kerana ketidaksempurnaan agama yang
diselewengkan.
 Lahirnya ideologi sekularisme yang dicipta daripada banyak ideologi dan teori politik,
ekonomi dan cabang ilmu kemasyarakatan.
 Mereka mencipta alat senjata pemusnah yang dapat membunuh jutaan manusia dalam
sekelip mata. Di samping itu, merosakkan alam sekitar dan bumi dengan pembangunan
yang tamak haloba dan pelbagai ujian senjata pemusnah.

Allahu Taala A’lam.


Sekian, terima kasih.

PETIKAN BUKU “CELUPAN JARUM KECIL DI LAUTAN ILMU AL-QURAN”

You might also like