Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

Hak Cipta © Copywrism

Terbitan Pertama: 2021

HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian ebook


ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Copywrism.

Penerbit berusaha sedaya upaya memastikan ebook yang


diterbitkan ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti
daripada segi subjek yang dibincangkan.

Penerbit dan ebook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat


perundingan, perakaunan, atau khidmat profesional yang lain
kepada pembaca.

Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan


nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yang
berkelayakan.

Diterbitkan oleh: Copywrism | copywrism@gmail.com


SKRIP 1

“Bosan la. Kalau kain pasang memang pattern lebih kurang je.”

Ini respon adik saya sebelum saya tunjukkan corak kain pasang
ABC yang terbaru.

Saya memang dah lama beli kain pasang ABC untuk buat baju
kerja.

Tapi kali ni, kami nak dapatkan kain pasang untuk baju tema
keluarga sempena perkahwinan adik saya.

Apa saya boleh cakap, kain pasang ABC ni memang sentiasa


corak up to date. Trendy dan modern sangat.

Tak adalah corak macam selalu kita tengok di kedai kain biasa.

Excited betul adik saya bila dah tengok corak-corak kain pasang
ABC yang trendy. Terus dia order 15 pasang untuk jadikan baju
tema keluarga.

Harga sepasang tak sampai RM100.

Nak beli kain pasang ABC, boleh beli dengan Cik Zila.

Klik sini »
SKRIP 2

“Wah, memang betul tak perlu gosok. Senang lah macam ni.”

Lepas ni, dah tak perlu lagi buang masa gosok tudung. Kalau nak
keluar boleh terus capai je tudung dan siap.

Tudung Bawal Anti Kedut ni memang pilihan wanita yang nak


cantik dan jimat masa.

Lagipun, tak perlu risau kalau guna tudung corak yang sama tiap
hari. Sebab Tudung Bawal Anti Kedut ni ada banyak corak pilihan
yang menarik.

Malah, harga pun sangat berpatutan.

Sehelai tudung chiffon hanya RM27 sahaja.


Kalau suka jenis cotton boleh dapatkan dengan harga RM28
sehelai.

Setiap pembelian akan dapat free gift tau!

Untuk tempahan,

klik >>
SKRIP 3

"Senang sikit nak berjalan-jalan sambil BF baby."

Kalau tidak, nak keluar rumah pun tak boleh lama. Nanti baby nak
BF.

Dengan jubah XYZ, bukan sahaja design lawa tapi cutting yang
loose memudahkan untuk BF baby.

Lihat gambar di bawah koleksi jubah mesra BF kami.

Sekarang, ada offer ABC.

Klik sini untuk lebih diskaun »


SKRIP 4
"Tak sangka mudah rupanya urusan beli kereta ni.”

Lega sangat bila loan pun cepat lulus. Tak payah tunggu lama-
lama nak dapat kunci kereta.

Lebih-lebih lagi dapat Honda CR-V. Luar dan dalam memang cun
habis. Bila drive tu smooth je perjalanan. Kalau jammed pun tak
rasa stres.

Senang berurusan dengan Tuan Roslan sebab servis pantas.


Memang trusted sebab dah 14 tahun pengalaman dalam bidang
jualan kereta.

Kalau nak beli kereta, highly recommended beli kereta di MH


PRESTIGE sebab:

1) Ada ready stock untuk kereta yang terpilih.


2) Servis pintu ke pintu.
3) Permohonan pinjaman percuma.
4) ada kontrak 5,7 dan 9 tahun.

Lagi seronok, sekarang ni MH PRESTIGE SDN BHD ada buat


tawaran diskaun RM3500.

Untuk lebih detail boleh direct hubungi Tuan Roslan.


Klik >>
SKRIP 5

"Rasa lebih tenang lepas sign up Hibah Takaful. Nak pejam mata
pun senang."

Terima kasih Puan Aishah kenalkan plan Hibah ni kepada saya.

Lega hati saya lepas tahu kalau saya dah tiada, keluarga saya
dapat duit untuk selesaikan terus semua hutang saya.

Lebihan jadi sebagai duit belanja mereka. Selesai 1 urusan dunia


saya.

Sekarang waktu terbaik kalau nak sign up, dapat free 3 bulan.
Tapi kena daftar before 30 June ni.

Contact Puan Aisyah untuk penerangan,


Klik sini >>

P.s- Saya dah lama kenal puan Aisyah. Orangnya sangat


memudahkan urusan.
SKRIP 6

"Biar betul. Dah ada kencing manis pun boleh amik pelan takaful
ni?"

Ramai tak percaya bila saya cakap. Ada satu pelan life takaful
yang anda boleh subscribe walaupun dah ada penyakit.

Sebab memang pengalaman sebelum ni, dah lebih 5 company


saya tanya kes macam ni. Semua reject.

Nasib baik saya jumpa pelan dari Zurich Takaful ni. Memang
special.

Dia cover death & TPD walaupun dah ada penyakit. Pelan
bermula RM75 sahaja sebulan.

Umur atas 50 tahun pun masih boleh subscribe tau.

Nak tahu lebih lanjut, terus contact En. Aidil, highly recommend
ejen.

Klik sini >>


SKRIP 7
"Haish, macam mana ni bang, tahun depan Alia nak masuk
sekolah dah ni."

Kami faham, sebagai ibu, pasti risau bila anak lambat pandai
membaca. Apalagi kalau umur dia dah 6 tahun, dah nak masuk
sekolah.

Nasib baik ada kawan rekomen buku Mari Membaca oleh ABC
learning centre ini.

Baru guna 1 bulan, anak dah mula lancar membaca. Suami pun
terkejut. Tertanya-tanya dia, macam mana saya ajar sampai Alia
cepat pandai baca. Lega sangat rasa hati ni.

Bulan ini, ada tawaran diskaun 30% untuk 100 pembeli pertama.
Penghantaran pun diorang belanja. Free je.

Kalau berminat, boleh dapatkan buku ini di website mereka.

Klik > >


SKRIP 8
"Risau tengok anak makin lama makin tak faham apa yang diajar
di sekolah."

Amirah runsing dengan perkembangan akademik anaknya.


Setiap hari sebelum buka laptop nak mulakan kelas online, mesti
anak menangis.

Bila ditanya, anak jawab sebab tak faham. Masa dah tak banyak,
exam pula dah makin dekat.

Sejak hari itu Amirah tekad masukkan anaknya ke dalam kelas


tuition Cikgu Ayu.

Memang berkesan! Sekarang ni, anak nampak lebih yakin dan


ceria belajar di sekolah.

Banyak faedah kelas tuition Cikgu Ayu, antaranya :

1) Ibubapa dapat pantau anak.


2) kelas dijalankan secara 1 guru dan 1 pelajar. (1 to 1)
3) Pelajar lebih fokus.
4) jimat masa dan kos.
5) waktu tuisyen fleksibel.
6) Boleh tukar tenaga pengajar jika tidak sesuai.
7) Guru yang berpengalaman.

Jangan lepaskan peluang ini, belanjakan RM 40/jam (ikut level)


untuk masa depan anak anda.

Untuk mendaftar, klik link >


SKRIP 9

"Laaa... Senang je nak skor A SPM."

Kami bukan tuisyen biasa. Kami tunjuk terus cara nak skor A
SPM dalam BM & Sejarah.

Dah terbukti lebih XYZ pelajar kami skor A & lulus dengan
cemerlang.

Semua ini melalui online sahaja. Anda yang dari Perlis pun boleh
join.

Sekarang, kami ada diskaun 70%. Hanya RM90 sebulan 2


subjek.

Nak details lagi?

Klik »
SKRIP 10

"Tak sangka betul. Memang cepat hilang sakit urat kaki ni.”

Biasalah, bila jadi cikgu lebih banyak masa berdiri masa


mengajar.

Tiap malam memang merengek minta suami urutkan. Tapi lega


kejap je lah. Esok berulang lagi.

Mujur ada kawan suggest Minyak Aura Kasih. Mula tu ragu-ragu


juga. Betul ke spray je boleh hilang sakit?

Tapi dah terdesak sangat, saya pun cuba sebotol. Memang


berkesan legakan sakit urat dan angin dalam badan.

Yang bestnya minyak Aura Kasih ni, tak perlu susah payah nak
urut lagi macam minyak lain. Spray dan sapu je, siap. Jimat
masa.

Dulu saya beli 1 untuk cuba. Bila dah tahu senang dan berkesan,
memang saya repeat beli.

Sekarang ada offer pembelian combo. Dua botol minyak Aura


Kasih 60ml dapat free postage.

Untuk lebih detail, klik sini »


SKRIP 11
"Wan, badan dan kaki mak rasa kebas la."

Anak mana yang tak risau bila mak sendiri mengadu kebas kebas
badan dan kaki sampai nak solat pun tak selesa.

Risau juga kalau biar ni sakit mak jadi melarat. Pernah baca yang
kebas dan lenguh ni boleh jadi punca stroke.

Dengan Gel ABC, mak cuma perlu sapu kat tempat lenguh dan
sakit sahaja. Memang rasa meresap nyaman dan sejuk tu.

Gel ABC menggunakan minyak kayu putih sebagai bahan utama.


Jadi, memang boleh kurangkan sakit lenguh dan kebas.

Sekarang ada offer ISTIMEWA. Harga asal: RM150.

Harga PROMO:
1 unit – RM99
3 unit – RM250

Free postage seluruh Malaysia.

Kalau nak bantu mak anda, boleh klik sini >> (Link whatsapp @
website anda)
SKRIP 12

"Saya betul-betul tak perasan badan berbau busuk selama ni.”

Malunya bila kawan saya terpaksa terus terang badan saya


berbau. Sejak hari itu, saya tak yakin nak duduk dekat dengan
orang lain.

Dah macam-macam jenama sabun mandi saya cuba. Tapi bau tu


tetap ada.

Sampailah satu hari, saya tergerak hati nak cuba Sabun Herba
ABC.

Tak sangka. Lepas gunakan sabun Herba ABC, bau busuk hilang
terus.

Syukur sangat dengan hanya RM12, masalah bau badan dapat


diatasi sepenuhnya.

Sekarang, memang saya tak tukar sabun lain. Siap beli sekali
untuk digunakan seisi keluarga.

Sabun Herba ABC ini boleh digunakan untuk seluruh anggota


badan. Tinggal pilih nak wangian lemon atau mint.

Untuk dapatkan Sabun Herba ABC,

Klik >>
SKRIP 13
“Setiap kali kena gout, memang saya rendam kaki dalam air
panas.”

Kurang la sikit kebas tu. Tapi jadi balik. Dan sampai bila, sakit je
nak kena rendam kaki dalam air panas. Mesti ada penyelesaian.

Kalau tidak, bukan sahaja menyusahkan malah merosakkan


mood untuk buat kerja. Memang fedup, geram & stres.

Kali ni, ikhtiar dengan Mengkujus Plus.

Istimewanya Mengkujus Plus ini:

1. Mudah guna. 2 sudu sebelum sarapan.


2. Tahan sampai 2 bulan. Memang tahan lama.
3. Rasa pun sedap. Tak pahit langsung.
4. Dijamin selamat oleh KKM.

Harga pun berbaloi. 1 botol RM120. 2 botol RM200. Jimat RM80.


Tahan 4 bulan.

Untuk pertanyaan @ tempahan,


Klik --->>
SKRIP 14
Jangan ambil ringan kalau dah mula rasa kebas-kebas.

Itu petanda awal bacaan gula anda tinggi. Ambil peluang ini untuk
atasi masalah ini sebelum terlewat.

Ramai yang ambil ringan, tak kisah. Akhirnya, terpaksa ambil


insulin selama-lamanya.

Salah satu ikhtiar yang selamat ialah cuba ABC. Suplimen yang
dijamin selamat oleh KKM.

Sekarang ada diskaun 45%. Boleh bayar bila barang sampai.

Untuk details,

Klik sini »
SKRIP 15
"Takkan nak biar anak tak puas menyusu."

Macam-macam dah buat. Breast pump pun dah. Mengurut pun


dah. Ambil suplimen pun dah.

Rasa macam nak give up je. Tapi, demi anak, cuba juga ikhtiar
akhir iaitu Milkbooster ABC.

Yang buat saya yakin sebab ada KKM, HALAL & banyak
testimoni ibu yang bekerja macam saya.

Tambahan lagi, ada diskaun & free baju baby untuk pek super
jimat.

Kalau ada yang nak cuba,

Klik sini »
SKRIP 16
Hati-hati la nak beli suplimen produk perempuan.

Ya, memang tak tahan period pain. Sampai berguling. Sampai


hilang tenaga.

Lagi rosak mood, bila jerawat period naik sana sini.

Terus tidur 1 hari. Siap minta MC lagi.

Tak salah nak beli. Pastikan ada KKM & ada banyak testimoni.

Contohnya, Jamu Tun Teja. Memang dijamin selamat oleh KKM.

Testimoni jangan cakap la. Boleh google sahjaa. Memang


banyak.

Cara guna pun mudah. Koyakkan sachet & terus sedut minum.

Tak perlu bancuh, tak perlu telan pil. Rasa pun sedap.

Sekarang, kalau beli pakej combo. Dapat free set Ratu Hari
Shampoo.

Free gift ni sahaja bernilai RM39. Percuma untuk anda.

Untuk details, klik sini —»


SKRIP 17

"Stresnya, kena buka telekung balik ambil wudhuk."

Ini luahan Siti yang ada masalah kembung perut & angin.

Baru nak angkat takbir dah kentut. Kena buka balik telekung
ambil wudhuk.

Memang stres dan renyah.

Nasib ada jus kunyit, perut dah tak kembung. Badan pun rasa
lebih ringan.

Cuba jus kunyit XYZ hari ini & dapat free call consultation.

Klik sini »
SKRIP 18

“Terkejut betul saya bila tengok muka menggerutu dalam cermin.”

Puas saya cuba resepi masker homemade untuk jerawat. Makin


teruk ada lah.

Mungkin kesian tengok saya murung, kawan saya suggest guna


Sabun Jerawat XYZ

Yang buat saya nak cuba sabun ni sebab :


+ Dibuat dari bahan semulajadi. Selamat digunakan.
+ Kesan pantas seawal 5 hari.
+ Bau pun sedap, wangian Lavender.

Lepas seminggu guna sabun ni, memang kulit saya jadi lebih
halus. Hilang semua jerawat yang menakutkan tu.

Sekarang, setiap pembelian 2 kotak sabun Sabun Jerawat XYZ


akan dapat hadiah percuma.

Boleh terus contact Puan Azie untuk dapatkannya.

Klik >>
SKRIP 19

“Bukan tak suka make up. Bila nak tanggalkan tu yang leceh.”

Bila kawan saya tanya kenapa tak make up macam orang lain,
jawapan saya simple. Leceh bila part nak tanggalkan make up tu.

Sebelum nak solat, 5 minit habis untuk bersihkan mekap je. Risau
kalau ada sisa make up tertinggal.

Guna make up remover pun sakit muka ni tonyoh dengan kapas.


Kadang kulit jadi kemerahan. Risau kulit jadi rosak.

Tanpa buang masa, kawan saya pun suggest guna make up


remover Anne Beauty. Boleh tahan puas hati bila pakai. Lembut
di kulit dan make up cepat tanggal tak tinggal sisa pun.

Bila dah dapat make up remover yang cepat tanggalkan make up


dan tak rosakkan kulit muka, saya lebih yakin nak make up bila
keluar bekerja.

Harga baru RM40 sebotol. Sebotol boleh tahan penggunaan


sampai 6 bulan. Jimat sangat.

Kalau anda masih tercari-cari make up remover yang


menanggalkan dengan berkesan dan lembut pada kulit, boleh
dapatkan dari Puan Azira.

Klik >>
SKRIP 20

Khas untuk suri rumah yang ada masalah rambut nipis.

Hai, saya fatin pengedar rasmi serum rambut X. Saya sendiri


sudah gunakan product ni dan sangat berpuas hati.

Serum rambut X sudah membantu atasi masalah rambut nipis


saya. Kini, rambut saya kembali lebat dan sihat.

Selain itu, serum rambut X juga telah menjimatkan duit saya


daripada mendapatkan rawatan rambut yang mahal.

Harga sebotol serum rambut X hanya RM25 sahaja

Sekarang, ada promosi beli 2 percuma sebotol.

Promo ini sah sehingga 31hb Januari sahaja.

Untuk rawat rambut dengan harga promo,

Terus klik >>


SKRIP 21
“Risaunya, majlis kahwin dah dekat, jerawat pula makin banyak.”

Nanti mesti semua orang nak tengok pengantin. Tak mahu lah
nanti orang kata muka tak berseri.

Nak tangkap gambar kahwin pun rasa tak yakin. Dah la seumur
hidup sekali saja moment macam ni.

Mujur ada advance serum daripada Babies Beauty ni. Boleh


kecutkan jerawat dan memudarkan parut. Hanya pakai 2 kali
sehari saja.

Kesan boleh nampak seawal 2 minggu.

Advance serum ni halal dan menggunakan bahan natural. Sijil


KKM pun ada. Memang selamat digunakan.

Sekarang ada offer ISTIMEWA. Harga asal RM 75. Tapi untuk 10


orang pembeli terawal, akan dapat lagi roller jade PERCUMA
sahaja yang berharga RM 59!

Klik link whatsapp dibawah untuk tampak yakin di hari bahagia


anda.
SKRIP 22
"Ini sisi gelap wanita bertudung."

Memang nampak ayu bila bertudung. Manis dipandang. Hati pun


rasa tenang.

Tapi, rahsia yang disimpan amat menyedihkan. Indah khabar dari


rupa. Buka sahaja tudung. Segumpal rambut gugur.

Aduh! Stresnya. Macam mana la nak rawat. Ini cara nak rawat.
Guna XYZ.

Tak sangka, baru seminggu guna XYZ. Rambut gugur dah


kurang. Lepas sebulan, rambut dah tak gugur.

Bukan itu sahaja. Rambut makin lebat & lembut. Senang nak sikat
rambut. Tak sekat-sekat.

Sekarang XYZ ada promo 10% diskaun.

Nak details & testimoni,

Klik »
SKRIP 23
“Kesian mak muka berjeragat dan kusam.”

Biasa la, bila usia dah meningkat tanda-tanda penuaan mula


timbul. Wajah pun dah tak berseri

Syukur, sekarang mak dah kembali ceria seperti dulu.

Memang tak silap saya hadiahkan Glowy foundation untuk mak


guna setiap hari. Mak cakap selepas guna Glowy foundation
automatik muka mak nampak berseri tanpa cela.

Kalau anda pun nak hadiah Glowy foundation kepada mak anda,
kami nak bagi diskaun RM30.

Klik sini > [Link website/wasap]


SKRIP 24
"Lepas try perfume ni, memang tak nak tukar perfume lain.”

Tak hairan kenapa perfume ni wangi dan tahan lama. Sebab


minyak wangi ni dihasilkan dari 90% pati.

Jadi, kita calit sikit pun dah semerbak bau wangi tu. Tambahan
lagi Perfume Candy Viral ni ada 10 jenis wangian yang berbeza,
boleh tukar tiap hari ikut mood.

Kalau nak beli Perfume Candy Viral, beli je dari Tuan Ahmad
sebab :

1) Servis yang pantas.


2) Harga yang murah.
3) Wangian tahan lama.
4) Beli borong dapat diskaun.

Sekarang ada tawaran potongan 10% untuk belian sebanyak 20


botol.
Untuk dapatkan Perfume Candy Viral,

Klik sini >>


SKRIP 25
"Ini nasihat kalau nak kurus."

Cari produk kurus yang ada bimbingan kurus sekali. Mana ada
produk yang boleh bagi kurus terus.

Lagi satu, mesti ada KKM. Baru terjamin selamat.

Nasib semua benda ni ada dekat ABC. Kunyah sahaja macam


gula-gula. Terus rasa kenyang.

Bukan sahaja ada coaching. Tapi, kalau tak berkesan, HQ akan


refund duit kita.

Sekarang lagi best, ada offer beli 1 percuma 1.

Semua details ada di sini,

Klik >>
SKRIP 26
"Selalu teringin nak masak menu special. Tapi asyik tak sempat."

Jangan hairan. Surirumah sepenuh masa pun kadang tak sempat


nak masak menu yang special untuk keluarga. Asyik menu sama
sepanjang minggu. Anak dan suami pun dah mula bosan.

Mujur Shu & Zan Enterprise ada menjual ayam madu frozen.
Ayam siap diperap dan tinggal goreng saja. Memang jimat masa.

Sekarang, seminggu sekali mesti ada menu ayam madu


dihidangkan di atas meja. Semangat anak-anak dan suami
makan makanan favourite baru mereka.

Harga ayam madu frozen Tuan Azman ni memang berpatutan,


hanya RM 25 sahaja sepaket.

Pembelian 5 paket keatas pula akan dapat penghantaran free.


Untung sangat kan?

Untuk dapatkan Ayam Madu Frozen ini boleh terus hubungi Tuan
Azman.

Klik >>
SKRIP 27

"Aktif betul anak kau Milah. Sepanjang hari nampak cergas je.
Ada tips apa-apa boleh share?"

Bila jiran mula bertanya, saya pun tak mampu nak sorok lagi.
Bukannya ada tips luar biasa pun. Cuma...

Sejak tahun lepas kami sekeluarga amalkan minuman Koko X


sebagai minuman harian.

Koko X ni bagus sangat untuk anak-anak yang sedang


membesar. Sebab membantu mereka lebih bertenaga, cergas
dan cerdas.

Dah anak-anak suka, saya pun terus borong 3 pek sekali order.
Memang berbaloi. Lagipun sesuai untuk diminum seisi keluarga.
Dah sedap dan serasi dengan selera, memang tak tukar jenama
lain dah.

Kalau nak tukar minuman harian ke Koko X, terus whatsapp je


seller tempat saya beli tu. Layanan pun terbaik.

Klik>>
SKRIP 28

"Man, beli mana keropok ikan ni? Tak lemau & berbau."

Berselera betul mak saya makan keropok ikan ABC.

Memang antara sebab saya suka keropok ikan ABC kerana:

1- Tak lemau
2- Tak bau tengik
3- Tak gatal

Kalau makan tu, memang puas. Budak-budak pun suka makan.


Biasa saya repeat 4-5 bungkus sekali. Senang. Lapar je, makan.

Ouh ya, dia bagi free 1 botol sos pencincah. Itu memang penaik
selera.

Harga 1 bungkus baru RMXY.

Untuk cuba keropok ikan ABC,


Klik >>
SKRIP 29

"Ya Allah, bukan 2-3 orang je cakap Lasagna ni besar & sedap.
Ada 20-30 video pelanggan rekomen."

Tak percaya, tengok gambar kat bawah ni.

Dah la ternampak iklan masa kat opis. Meleleh air liur saya
tengok gambar Lasagna. Betul-betul besar.

Tak tunggu lama. Terus saya call Encik Arif minta COD kat
pejabat saya di (Lokasi).

Makan-makan, ya Allah, betul-betul sedap. Tahap rasa nak


menangis dia punya puas makan.

Saya wajibkan rakyat Malaysia at least cuba dulu Lasagna encik


Arif ni.

Contact seller kat sini >>

Lupa nak cakap, Cheese dia pun melelehhhhh bang. Isi ayam
daging dia pun padat.

Dah dah, terus cuba sini >>


SKRIP 30

"Kalau tahu senang macam ni, memang saya borong 10 terus."

Apabila rakan opis kagum saya masih boleh masak untuk family
walaupun kerja opis bertimpa-timpa.

Saya terpaksa buka cerita. Saya cuma guna Pes XYZ. Saya
hanya panaskan semula, masukkan lauk & santan.

Siap. Jimat masa. Anak & suami memang makan penuh selera.
Siap saya buatkan bekal lagi untuk mereka.

Dulu saya beli 1 untuk cuba. Bila dah tahu senang, baik saya
borong 10. Harga lagi murah, jimat lagi masa.

Semua jenis pes ada. Pes A ada, Pes B ada, Pes C pun ada.

Harga baru RM7. Memang pelaburan keluarga bahagia yang


paling berbaloi.

Untuk details,

Klik sini »

You might also like