Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PERATURAN KHAS

KARNIVAL BOLA SEPAK

LIGA VETERAN
TERTUTUP
DAERAH SEGAMAT
“PIALA YB DATO SERI DR. SANTHARA”

TAHUN 2022

1
PERATURAN KHAS LIGA VETERAN TERTUTUP DAERAH SEGAMAT
2022

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan ” Liga Veteran Tertutup Daerah Segamat


2022 ”.

2. ANJURAN

2.1 Pertandingan ini adalah di bawah anjuran Persatuan Bolasepak Daerah


Segamat dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Daerah Segamat
serta agensi-agensi kerajaan daerah Segamat.

3. TARIKH & TEMPAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini akan diadakan pada 12 November 2022 (Sabtu)


bertempat di Padang Batu Hampar, Segamat.

3.2. Pertandingan ini akan dijalankan SECARA KARNIVAL satu hari


sahaja.

4. YURAN PENYERTAAN

4.1 Yuran Penyertaan sebanyak RM 300.00

5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

5.1 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 November 2022 (Isnin) sebelum
jam 5.00 petang.

5.2 Bayaran yuran penyertaan hendaklah di jelaskan sebelum atau pada 7


November 2022 beserta borang pendaftaran yang lengkap di Pejabat
Daerah Segamat sebelum jam 5.00 petang.

5.3 Hanya 8 pasukan terawal berserta bayaran pendaftaran dan


borang yang lengkap sahaja diterima.

2
6. TAKLIMAT LIGA BOLASEPAK VETERAN SEGAMAT 2020

6.1 Taklimat Liga Bolasepak Veteran Daerah Segamat 2020 akan


diadakan pada 10 November 2022 (Khamis) jam 4.00 petang
bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Segamat.

6.2. Sekurang – kurangnya seorang pegawai yang didaftarkan dalam


pasukan hendaklah wajib hadir dalam Taklimat Pengurus Pasukan. Bagi
pasukan yang menghantar wakil hendaklah menerima sebulat suara apa
yang telah diputuskan didalam taklimat tersebut.

7. MAJLIS PENGUNDIAN PASUKAN

7.1 Majlis Pengundian Pasukan akan diadakan pada 10 November 2022


( Khamis ) jam 2.00 petang di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Segamat.

8. MESYUARAT OTP

8.1 Mesyuarat OTP akan dijalankan pada jam 7.30 pagi pada hari perlawanan.

8.2 Pengurus Pasukan hendaklah hadir ke mesyuarat OTP dengan membawa


KAD PENGENALAN Pemain,Jersi pemain & Jersi Penjaga Gol yang
lengkap dan senarai nama pemain semasa mesyuarat OTP.

9. SERAHAN NAMA PEMAIN

9.1 Pengurus – pengurus pasukan hendaklah WAJIB mengemukakan senarai


nama pemain serta salinan kad pengenalan, serta surat pengesahan
ketua jabatan/majikan atau Ketua Kampung untuk pemain yang
bermastautin lebih dari 6 bulan di Daerah Segamat. Borang
Pendaftaran yang lengkap hendaklah dihantar kepada urusetia
sebelum atau pada 7 November 2022 sebelum jam 5.00 petang.

9.2. Kad Pengenalan pemain yang beralamatkan Daerah Segamat serta


Pemain yang telah disahkan bermastautin lebih 6 bulan di Daerah
Segamat sahaja yang dibenarkan menyertai pertandingan kali ini.

9.3 Bagi pemain yang beralamat luar dari Daerah Segamat tetapi telah
bermastautin minimum selama 6 bulan dari tempat tinggal atau
tempat bekerja dibenarkan untuk didaftarkan dengan syarat;

9.3.1 Bagi yang bekerja di jabatan/agensi/badan berkanun di


bawah kerajaan mestilah mendapat surat pengesahan dari
jabatan dan disahkan oleh ketua jabatan serta surat
tawaran penempatan bertugas (lapor diri).

3
9.3.2 Bagi yang bekerja di sektor swasta mestilah mendapatkan
surat pengesahan dari majikan dan disertakan dengan
salinan 3 bulan penyata KWSP (3 bulan terakhir April, Mei,
Jun tahun 2022)

9.3. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 18 orang pemain sahaja


dimana:

 40 – 44 tahun = 8 orang

 45 tahun keatas = 10 orang

10. UNDANG – UNDANG & PERATURAN

10.1 Undang-undang permainan hendaklah mengikuti undang-undang yang


berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh FIFA, FAM, PBNJ dan
pihak penganjur.

10.2 Tempoh masa permainan adalah 20 minit dan tiada separuh masa untuk
setiap perlawanan. “Water Break” akan dibenarkan atas keputusan pengadil
semasa perlawanan.

10.3 Pergantian pemain termasuk penjaga gol boleh dilakukan tanpa had
pertukaran dimana pemain yang sudah digantikan dibenarkan memasuki
perlawanan semula dengan kebenaran pengadil

10.4 Ketua setiap pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan
kiri jersinya. Sekiranya ketua pasukan digantikan maka lilitan lengan tersebut
diberi pula kepada pemain yang mengambil alih sebagai Ketua Pasukan.

10.5 Tidak lebih 5 orang Pegawai serta 18 Pemain yang disenaraikan sahaja
boleh menduduki bangku pasukan.

10.6 Cara pemberian mata, pasukan yang MENANG mendapat 3 Mata, SERI 1
Mata dan KALAH 0 Mata .Kelewatan 15 minit akan diberikan kepada
pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya 9 orang
pemain berpakaian lengkap berada di dalam kawasan permainan
maka pasukan berkenaan di kira menarik diri dari perlawanan.

10.7 Pemain yang berumur 40 - 44 tahun akan diberikan GELANG untuk


membezakan mereka dengan pemain yang berumur 45 tahun ke atas.

10.8 Setiap perlawanan, Pengurus Pasukan hendaklah menyenaraikan 6


orang pemain yang berumur 45 tahun dan keatas dan 5 orang
pemain yang berumur 44 tahun dan kebawah.

10.9 Pemain yang keluar hendaklah digantikan dengan pemain yang sama
kategori seperti syarat 9.3 di atas. Hanya pemain 45 tahun ke atas sahaja
yang dibenarkan masuk menggantikan pemain 40 – 44 tahun semasa
perlawanan.

4
11. FORMAT PERTANDINGAN

11.1 Perlawanan ini akan dijalankan secara SEBELAS (11) SEBELAH.

11.2 Sebanyak 8 pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada


2 kumpulan.

11.3 Setiap pasukan akan bermain secara Liga satu pusingan dalam kumpulan
masing-masing. Setiap perlawanan mesti ada Pemenang dimana jika
perlawanan berakhir dengan keputusan SERI, sepakan penalti sebanyak 3
kali untuk setiap pasukan akan diberikan, dan jika keputusan masih Seri,
sepakan Penalti “Sudden Death” akan dijalankan sehingga ada pemenang.

11.4 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak dan akan bermain dalam
pusingan kalah singkir iaitu separuh akhir dan perlawanan akhir.

11.5 Sekiranya setelah semua perlawanan selesai, terdapat 2 atau lebih


pasukan yang memperolehi bilangan mata yang sama, maka format
turutan berikut hendaklah digunakan :-

11.5.1 Perbezaan gol ( Gol different )


11.5.2 Jaringan Gol ( Gol score )
11.5.3 Pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawan dalam
pusingan kumpulan.
11.5.4 Sekiranya masih sama, format ’Fair Play’ akan diguna pakai oleh
Jawatankuasa. (kiraan jumlah kad kuning dan merah secara keseluruhan
didalam pusingan round robin peringkat kumpulan)
11.5.5 Jika didapati masih lagi sama maka keputusan akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pertandingan di mana keputusannya adalah muktamad.

11.6 Dalam pertandingan separuh akhir & akhir, jika didapati masa penuh
perlawanan telah selesai dan keputusan didapati seri maka, masa
tambahan masa dijalankan dengan masa 7 minit bagi dan jika masih
keputusan yang sama maka penentuan tendangan penalti yang akan
dijalankan mengikut format seperti berikut :

11.6.1. Tendangan Penalti sebanyak 5 kali akan diberikan secara


bergilir.
11.6.2. Jika masih seri , tambahan sepakan penalti secara
“Sudden Death” kepada setiap pasukan untuk
menentukan pemenang.

11.7 Pihak penganjur berhak mengubah masa, tarikh, jadual pertandingan,


format pertandingan dan keputusan penganjur adalah
MUKTAMAD.

5
12. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

12.1 Pengurus pasukan hendaklah mengemukakan KAD PENGENALAN


pemain-pemain kepada urusetia sebelum bermulanya perlawanan.
Pemain yang tiada KAD PENGENALAN tidak dibenarkan bermain.

12.2 Semua pasukan hendaklah mendaftar seramai 18 orang pemain serta 5


orang pegawai dalam borang yang disediakan.

12.3 Kelayakan Pemain

12.3.1 Warganegara Malaysia.

13. JERSI PASUKAN

13.1 Jawatankuasa pertandingan akan menyusun Jadual perlawanan dan akan


diedarkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.

13.2 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor yang sama di sepanjang


pertandingan mengikut nombor dalam borang pendaftaran.

13.3 Semua pasukan hendaklah mempunyai set jersi kedua dengan warna
berlainan daripada set jersi pertama.

13.4 Sekiranya terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama maka
pasukan pelawat hendaklah menukar jersinya.

14. BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI

14.1 Sekiranya kurang dari 9 orang pemain yang berpakaian lengkap dari
salah satu pasukan turun ke kawasan permainan apabila pengadil
memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan
berserta tambahan 15 min MASA MENUNGGU, maka pasukan
yang mempunyai 9 orang pemain yang berpakaian lengkap atau lebih
dikawasan permainan hendaklah di beri kemenangan percuma dengan
jaringan 3-0.

14.2 Jika kedua-dua pasukan TIDAK DAPAT menurunkan 9 orang pemain


yang berpakaian lengkap atau lebih apabila pengadil memerintahkan
supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan, maka pengadil

6
hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada jawatankuasa pertandingan
dan kedua-dua pasukan akan dikira kalah dengan jaringan 0-3
setiap pasukan.

15. MENARIK DIRI

15.1 Menarik diri tidak dibenarkan, jika ianya berlaku, yuran tidak dipulangkan
dan kesemua keputusan perlawanan yang telah dan yang akan dijalankan
dikira kalah dengan jaringan 0-3.

16. TINDAKAN TATATERTIB PEMAIN DAN PEGAWAI

16.1 Tindakan tatatertib yang telah digariskan oleh pihak penganjur hendaklah
dipatuhi :-

16.1.1 Pemain yang menghimpun 2 kad kuning dalam pusingan liga


akan digantung 1 perlawanan berikutnya.

16.1.2 Seorang pemain yang dikenakan 2 kad kuning dalam 1 perlawanan


dan diperintah keluar padang akan digantung 1 perlawanan
berikutnya.

16.1.3 PEMAIN / PEGAWAI yang dikenakan1 kad merah secara terus


dalam 1 perlawanan akan digantung 2 perlawanan
berikutnya.

16.1.4 PEMAIN / PEGAWAI yang Memukul atau cuba memukul atau


bergaduh atau bertumbuk ke arah PENGADIL/PEMAIN akan
digantung terus di dalam pertandingan ini dan pertandingan Liga
berikutnya dan bakal dikenakan tindakan tatatertib dari pihak
penganjur.

16.1.5 Pemain yang menerima kad kuning dalam pusingan awal (


pusingan Liga Kumpulan )TIDAK akan dibawa ke pusingan kalah
singkir.

16.1.6 Pemain yang menerima kad merah pada perlawanan awal (


pusingan Liga Kumpulan )AKAN DIBAWA pada perlawanan kalah
singkir.

16.1.7 Para 16.1.1, 16.1.2 dan 16.1.3 juga akan digunapakai dalam
perlawanan kalah mati.
16.1.8 Jawatankuasa Tatatertib:-

16.1.8.1 Seorang Ahli jawatankuasa PBDS (Pengerusi)


16.1.8.2 Setiausaha Majlis Sukan Daerah Segamat
7
16.1.8.3 Ketua Pengadil
16.1.8.4 2 orang Pengurus pasukan berkecuali

17. HADIAH-HADIAH

17.1 Hadiah-hadiah akan disediakan oleh jawatankuasa penganjur dalam bentuk


wang tunai, medal dan piala seperti berikut :-

Johan - RM 3,000.00 + Medal + Piala Iringan


N. Johan - RM 1,500.00 + Medal + Piala Iringan
Ke-3/4 - RM 1,000.00 + Medal
Ke-3/4 - RM 800.00 + Medal

18. URUSAN PADANG

18.1 Pihak penganjur bertangungjawab atas segala urusan padang sepanjang liga
ini berlangsung.

19. KAWALAN KESELAMATAN DAN KELAKUAN PENYERTAAN

19.1 Setiap pasukan hendaklah bertanggungjawab atas :-

19.1.1 Tutur kata dan bahasa PEGAWAI / PEMAIN dalam padang


mahupun di bangku simpanan

19.1.2 Mengambil langkah keselamatan yang digariskan dalam


Peraturan Keselamatan Persatuan Bolasepak Negeri Johor dan
Malaysia.

19.1.3 Mengambil segala langkah pencegahan untuk menentukan tiada


kejadian yang tidak diingini.

19.1.4 Merokok di kawasan bangku simpanan adalah tidak dibenarkan.

19.2 Sekiranya jawatankuasa pertandingan mendapati pasukan pasukan


cuai menjalankan tanggungjawab ini, maka Jawatankuasa
Pertandingan akan melaporkan dan mengesyorkan jenis tindakan
yang boleh diambil oleh Jawatankuasa Tatatertib dan diantaranya
adalah seperti berikut :-
19.2.1 Amaran
19.2.2 Denda Tunai
19.2.3 Penggantungan Pasukan
19.2.4 Penggantungan Pemain dan atau pegawai yang
8
terlibat
19.2.5 Atau lain-lain tindakan yang difikirkan perlu

20. BANTAHAN

20.1 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara Fakta
yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

21. GANTI RUGI

21.1 Pihak Jawatankuasa Penganjur, Pengelola, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai


yang dilantik TIDAK bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau
kecelakaan yang mungkin berlaku ke atas mana-mana pemain atau
pengawai-pegawai di sepanjang berlangsungnya LIGA VETERAN
TERTUTUP SEGAMAT 2022 ini atau dalam perjalanan pergi & balik,
sebelum, semasa atau selepas pertandingan.

21.2 Setiap pasukan dinasihatkan mengambil perlindungan insuran


kepada pegawai dan pemain bagi pasukan masing-masing.

22. HAL – HAL YANG DIPERUNTUKAN

22.1 Segala hal yang tidak diperuntukan di bawah peraturan ini atas soal
perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan
keputusan itu adalah MUKTAMAD.

You might also like