Kisah Nur Jannah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Nama Lama/ sekarang : Nur Jannah binti Abdullah

Masuk Islam : 11 Ogos 2015 (18++ tahun) ketika sedang


mengambil STPM
(SMK Batu Kikir (Model Khas)

Pengajian tinggi : STPM, SMK Batu Kikir

No. IC : 961123-05-5232

Agama asal : Hindu

Berasal : Simpang Durian, Jelebu

Bilangan adik beradik :Anak ke 1 daripada 2 adik beradik

Pendidikan awal :
SK Simpang Durian, Jelebu
SMK Terian Hilir dan SMK Seri Pagi

Punca masuk Islam :-


 Mengkaji Agama Islam semenjak March 2015
 Rasa serba salah disebabkan kawan-kawan
sekolah semua pergi solat
 Tertarik dengan ayat-ayat al-Quran apabila
membaca terjemahan di asrama SMK Batu
Kikir
 Kebetulan ketika itu, beliau hanya seorang
sahaja yang Bergama hindu yang tinggal di
asrama ketika itu.
 Hanya terdetik untuk mengkaji dan timbul rasa
keyakinan terhadap Islam
 Masuk Islam di surau asrama sekolah terbabit

Cabaran :-
 Selepas memaklumkan kepada keluarga
selepas mengucap dua minggu mengucapkan 2
kalimah syahadah
 Keluarga buat keputusan untuk datang ke
sekolah dan meminta untuk balik rumah dan
meninggalkan Islam.

Prinsip :-
 Berhdapan dengan cabaran hanya berdiam diri
dan tidak berlawan.
 Sentiasa berazam untuk menjadi contoh yang
terbaik dengan memasuki agama Islam

Harapan Kepada golongan muallaf : Walau apapun cabaran risiko yang


dihadapi, janganlah sesekali terlintas untuk keluar
daripada Islam sekalipun diugut, dicabar dan
dicemuh kerana Allah s.w.t sentiasa ada bersama

Bermula dengan terdetiknya dihati untuk lebih mengenali Islam, Sdri. Nur Jannah, 19
mengambil risiko yang besar dalam menghadai sebarang kemungkinan untuk
berhadapan dengan keluarganya sebelum kemasukan Islamnya.

Pun begitu dugaan yang dilalui oleh Sdri Nur Jannah, hanya Allah sahaja yang Maha
Mengetahui disebaliknya. Itulah suasana yang boleh digambarkan sewaktu
permulaan hidayah menusuk kalbu.

Memang takdir telah menggerakkan hatinya apabila Nur Jannah merupakan satu-
satunya pelajar yang beragama hindu tinggal di asrama sekolahnya. Beliau
seringkali terasa terasing apabila rakan-rakan seasramanya sering meninggalkan
dirinya seorang diri ketika mereka ke surau untuk menunaikan solat.

Hari demi hari, beliau cuba memberanikan diri meminta dari kawan sekelasnya
untuk meminjam satu mashaf al-Quran serta terjemahannya bagi tujuan semata-
mata ketika itu untuk mengenali lebih mendalam berkenaan agama Islam dan apa
yang terkandung di dalam al-Quran yang merupakan kita suci bagi seluruh ummat
yang bergelar muslim. Ternyata hatinya terasa diubati apabila membaca disebalik
maksud-maksud yang tersurat dan tersirat di dalam Al-Quran, cukup membuatkan
hatinya tidak berbelah bahagi untuk memilih agama Islam yang merupakan agama
yang tiada tandingannya.

Dengan kekuatan yang ada, beliau mengambil keputusan untuk berjumpa dengan
kaunselor sekolah tersebut dengan dibantu rakan sekelasnya. Setelah memikirkan
secara mendalam, beliau nekad untuk membuat keputusan untuk memeluk agama
Islam. Pada hari dan waktu yang telah ditetapkan bertempat Sekolah Menengah
Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas), Jelebu, Negeri Sembilan beliau mengucapkan
dua (2) kalimah syahadah dengan rasa hiba dan gembira dalam menikmati
kehidupan di dalam Agama Islam selepas ini.

Sepertimana yang telah diduga, beliau memaklumkan kepada keluarganya selepas


dua (2) minggu mengucapkan dua kalimah syahadah, keluarganya telah datang ke
sekolah untuk memujuknya kembali ke agama asalnya. Hati yang cekal dan terus
utuh untuk bersama Islam semakin menebal apabila pelbagai dugaan daripada
keluarganya telah diterima. Beliau terpaksa menempuh pelbagai ujian tersebut
dengan mengangap itulah sebahagian ujian yang perlu dihadapinya sebagai
seorang yang baru bergelar muslim.

Dengan izin Allah s.w.t, pada tahun 2016 beliau telah ditawarkan pengajian secara
eksklusif dalam bidang agama Islam bertempat di Kompleks Al-Saadah, MAINS. Kini
beliau adalah salah seorang pelajar didalam program Persijilan MAINS yang
mengambil Sijil Asas Pengajian Islam sesi 2016/2017.

Sesungguhnya hidayah Allah s.w.t sentiasa tidak memilih siapa yang


dikehendakinya kerana hakikatnya manusia sentiasa disuruh mencari kebenaran
dan kebenaran yang sebenarnya hanya pada agama Islam.

You might also like