Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

FAKTOR KEJAYAAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada 1941. Kejayaan Jepun menguasai seluruh
Tanah Melayu dalam tempoh 70 hari sahaja didorong oleh pelbagai faktor. Faktor perdana
kejayaan Jepun menyerang Tanah Melayu ialah Perang Dunia Kedua. Hal ini kerana pihak
British lebih menumpukan perhatian kepada peperangan yang Meletus di Eropah yang lebih
mendesak bukannya tidak menyedari Jepuh menyerang Tanah Melayu. Tanah jajahan di Asia
Tenggara terutamanya Tanah Melayu terbiar Ketika itu telah membuka peluang kepada Jepun
untuk menyerangnya kerana Pihak British tidak konsisten mempertahankan Tanah Melayu.
Bukan itu sahaja, sikap British yang memandang rendah terhadap kemampuan Jepun
menjadi salah satu faktor kejayaan Jepun. Tambahan pula, mereka cukup yakin dengan
kemampuan tentera laut dan udara mereka yang percaya ianya boleh menandingi kekuatan
tentera Jepun dengan mudah serta kedua-kedua kapal mereka. Akibatnya, apabila pihak Jepun
dengan mudah menenggelamkan kapal-kapal tersebut.
Selain itu, Jepun juga mempunyai persediaan dan perancangan yang teratur juga
menjadi pemangkin kepada kejayaan ini. Hal ini kerana mereka berjaya menubuhkan Unit
Perisikan Khas bagi mendapatkan maklumat kekuatan tentera British demi strategi yang
mantap. Jepun juga menghantar orang mereka sendiri ke Asia Tenggara termasuk Tanah
Melayu untuk menjalankan pengintipan apabila menyamar dengan membuka kedai tukang
gambar, kedai ikan peliharaan dan kedai gula-gula. Dengan penyamaran tersebut, mereka telah
mengkaji kedudukan pertahanan Tanah Melayu seperti jalan raya, jambatan, sungai-sungai dan
jalan di dalam hutan termasuklah maklumat tentang kubu British, landasan kapal terbang dan
lokasi kem tentera telah diperoleh telah diperoleh terlebih dahulu. Hal ini telah memudahkan
lagi serangan Jepun ke tanah Melayu.
Di samping itu, tentera Jepun telah memperkuatkan serangannya dengan
menggabungkan kekuatan yang pelbagai dari segi laut, udara dan darat. Antara persediaan
mereka ialah mengambil kura jarak dan sasaran dari pengkalan-pengkalan baru mereka di
Indo-China seterusnya turut menggunakan kapal terbang pejuang yang dianggap lebih moden
daripada pihak British. Mereka juaga dibantu dengan tembakan meriam daripada kapal-kapal
pemusnah Jepun yang berlabuh berdekatan pantai untuk melemahkan pertahanan utama
Jepun di sekitar landasan kapal terbang Pengkalan Chepa. Secara keseluruhannya, kekuatan
tentera Jepun diperkuat sepenuhnya dengan persenjataan, kelengkapan, bekalan peluru,
makanan dan ubat-ubatan.
Kesimpulannya, pendudukan Jepun bukan sahaja membangkitkan kesedaran politik
dalam kalangan penduduk Tanah Melayu tetapi juga mengukuhkan perasaan perkauman.
Lantaran itu, pendudukan Jepun telah mengubah keadaan politik, ekonomi dan sosial Tanah
Melayu sebelum perang dunia dengan begitu radikal sehingga British terpaksa merombak
dasarnya selepas perang, Oleh itu, suasana ini telah mempercepatkan proses pencapaian
kemerdekaan tanah Melayu.
DASAR PEMERINTAHAN JEPUN

Setelah Jepun telah menduduki negara kita, Jepun telah memperkenalkan


pemerintahan tentera. Dasar pemerintahan tentera Jepun diterima daripada Panglima Agung
Japanese Southern Army untuk dilaksanakan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Dasar
pendudukan Jepun di negara kita dapat difahami melalui dasar pentadbiran, ekonomi dan
sosial.
Jika dilihat dari dasar pentadbiran, tentera Jepun telah memperkenalkan Pemerintahan
Tentera Tanah Melayu. Pada peringkat awal, Tanah Melayu telah digabungkan dengan
Sumatera di bawah satu unit pentadbiran untuk membentuk Kawasan Pertahanan Khas. Pada
April 1994, Tanah Melayu dan Sumatera ditadbir secara berasingan kerana berbeza sistem
politik dan ekonomi. Lantaran itu, Singapura yang dikenali sebagai Syonan-to (Pulau Cahaya
Selatan) diasingkan pentadbirannya dari Tanah Melayu yang dikenali sebagaI Malai Baru
termasuklah Sarawak, Sabah dan Brunei dikenali sebagai Kita Boruneo.
Seterusnya, dasar terhadap raja-raja Melayu ialah pentadbiran Jepun mengiktiraf
kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu
serta bayaran pencen seperti sebelum perang. Tambahan pula, kedudukan raja sebagai sultan
di negeri masing-masing di bawah pengawasan gabenor dan pengiktirafan tersebut dibuat
semasa persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura pada bulan Januari
1943.
Bagi dasar terhadap kepimpinan tempatan, merekan telah diberikan kenaikan pangkat
kepada pemimpin tempatan. Langkah tersebut adalah untuk mengatasi masalah kekurangan
pegawai dan mendapat sokongan penduduk. Pentadbiran tentera Jepun menubuhkan Institut
Latihan Pemimpin-pemimpin Muda atau Koa Kunrenjo bagi melatih dan menanam semangat
perjuangan politik Jepun.
Seterusnya, dasar ekonomi Jepun telah melakasanakan ekonomi kawalan yang
mewujudkan Rancangan Pengeluaran Lima Tahun (RLPT) dan Jawatankuasa Penyelidikan
Bahan diperkenalkan untuk mengawal selia pelupusan barangan dan membuat penyelidikan
kegunaan baharu bagi sumber tempatan. Hal ini dapat memastikan penggunaan optimum
peralatan dan kemudahan sedia ada. Jepun juga berinisiatif untuk mencetak mata wang sendiri
bagi menggantikan mata wang British yang dikenali sebagai wang pokok pisang.
Selanjutnya, dasar sosial dari sector Pendidikan ialah Jepun bertindak untuk menutup
sekolah Inggeris dan Cina. Bangunan sekolah digunakan untuk pentadbiran Jepun dan sistem
persekolahan Jepun diperkenalkan yang dikenali sebagai Hakko Ichiu untuk meningkatkan
disiplin, menerapkan nilai Jepun, mengapuskan sistem Barat dan menanam kesetiaan kepada
Jepun melalui pendidikan.Di samping itu, tentera Jepun hormat agama Islam dan adat Melayu
dengan campur tangan dalam adat resam. Hasilnya, Majlis Agama Negeri dibentuk dan
persidangan agama Islam diadakan di Singapura dan Kuala Kangsar.
Jepun juga melaksanakan Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting untuk kawal
bekalan bagi tujuan catuan dan penghasilan makanan. Tidak dinafikan bahawa mereka telah
galakkan rakyat menanam bahan makanan sendiri seperti ubi kayu dan melaksanakan kempen
“Tambah Lebih Banyak Makan’. Akhir sekali, layanan Jepun terhadap penduduk berbeza
megukut kaum. Orang Melayu diberi layanan yang baik bagi motif untuk mendapatkan
sokongan masyarakat manakala orang India dibantu apabila Tentera Kebangsaan India
diwujudkan. Bagi orang Cina pula, Jepun memberi layanan yang kejam kerana lanjutan
permusuhan daripada perang permusuhan Perang China-Jepun.

KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Semasa pendudukan Jepun telah memberikan impak yang besar terhadap kemelesetan
ekonomi Tanah Melayu. Kekurangan makanan dan keperluan sehari-haru telah berada pada
satu tahap yang sangat kritikal. Menurut Oii Keat Gin, semasa penaklukan Jepun, British telah
mengamalkan Dasar Bumi Hangus bagi menghalang Jepun untuk mengambil alih kegiatan
ekonomi perlombongan bijih timah, penanaman padi dan getah. Impaknya, penduduk tempatan
telah mengalami kebuluran. Bukan itu sahaja, ketidakcukupan beras berlaku membuatkan
Jepun menggalakkan penduduk tempatan menanam makanan selain padi untuk dijadikan
makanan seperti jagung, sayur-sayuran, ubi kayu dan lain-lain.
Lantaran itu, inflasi berlaku semasa pemerintahan Jepun. Hal ini kerana pengeluiaran
mata wang jepun yang tidak terkawal menyebabkan nilai mata wang menjadi rendah dan harga
barangan turut melambung. Situasi ini telah berlarutan sehingga wujudnya penyeludupan,
pasaran gelap, lintah darat dan eksploitasi keguatan haram yang berleluasa. Dalam pada itu,
penduduk tempatan telah menyeludup barang di pasar gelap sebagai contoh gula, tepung,
rokok, arak, minuman keras, ikan, petrol dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan penyeludupan
ini berlaku dengan pesat kerana pihak Jepun tidak campur tangan, mendiamkan diri, rasuah
dan pilih kasih dan mereka sendiri terlibat dalam penyeludupab tersebut.
Dari aspek sosial, Jepun mengamalkan dasar yang berbeza-beza mengikut kaum di
Tanah Melayu. Kaum cina dikatakan sebagai kaum anti Jepun akibat peperangan Jepun
dengan China dan kaum India dilihat lebih fokus terhadap perjuangan di negara India. Orang
Melayu pula mendaoat layanan yang baik oleh Jepun bagi mendapatkan bantuan dan
sokongan menentang kerajaan British. Sikap Jepun yang kejam terhadap orang Cina ini telah
menyebabkan orang Cina berlari ke hutan dan menubuhkan MPAJA. Perkara dapat dilihat
dengan jelas apabila Jepun telah menjalankan operasi Sok Chung ke atas orang Cina di Bakar
Kapur, Sungai Petani pada Februari 1942 iaitu mangsa telah disuruh mengorek lubang lubang
kubur terlebuh dahulu sebeklum dibunuh.
Selain itu, pihak Jepun tidak menitikberatkan hal kesihatan sepanjang pemerintahan di
Tanah Melayu. Tambahan pula, ubat-ubatan yang terhad telah dibawa dari negara Jepun.
Kesannya, penyakit seperti bengkak badan, buncit perut, beri-beri, kudis buta dan sebagainya
merebak dan kesihatan masyarakat semakin merosot. Segai tamsilnya, di Johor, kematian
akibat kekurangan alat perubatan adalah meningkat iaitu 10296 kes pada 1942, 17895 kes
kematian pada tahun berikutnya dan meningkat lagi kepada 23134 kes pada 1944. Natijahnya,
penjajahan Jepun telah menyebabkan kesan negative terhadap kesihatan masyarakat di Tanah
Melayu.
Seterusnya, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juaga memberikan peluang
orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Semasa pemeintahan JepuN sukatan
pelajarang yang diajarkan kepada orang Melayu meliputi bidang Matematik, Pertanian, Sains
dan pelbagai subjek akademik lain. Dalam pada itu, guru-guru Jepun juga telah dibawa masuk
bagi menambah ilmu pengetahuan orang Melayu dan menambah pengetahuan bahasa.
Malahan Jepun juga telah menubuhkan sekolah teknik yang mengajar kursus kejuruteraan
mekanik, jurutera dan pembinaan kapal. Oleh itu, Teknik pembelajaran yang diperkenalkan oleh
Jepun telah menambah kemahiran orang Melayu berbanding pemerintahan Inggeris yang
sebelum ini mata pelajaran teknik tidak pernah diutamakan.

You might also like