Lampiran Minit Mesy

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PANTAI

MAKLUM BALAS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 1/2020


Tarikh: 29 Disember 2019( Ahad)

BIL RUJUKAN PERKARA UNTUK TINDAKAN MAKLUM BALAS


1 Perkara 4.1.2 Pengerusi meminta setiap panitia merangka
perancangan strategik berdasarkan analisis SWOT Ketua Panitia
supaya kelebihan dan kelemahan pelajar dapat dikenal
pasti. Berdasarkan analisis SWOT tersebut, panitia
perlulah merancang program intervensi yang
bersesuaian mengikut keutamaan.

2 Perkara 4.2.1 Fokus JPN dan PPD tahun 2020 adalah melonjak gred Ketua Panitia Matematik,
purata bagi mata pelajaran Matematik dan Pendidikan Pendidikan Islam, Bahasa
Islam dalam PT3 serta Bahasa Melayu dan Sejarah Melayu dan Sejarah
dalam SPM.

3 Perkara 4.3.1 Pengerusi menjelaskan peruntukan kewangan tahun


2020 belum diserahkan lagi oleh JPN. Walau Ketua Panitia
bagaimanapun , bagi perancangan untuk tahun 2020,
semua panitia dikehendaki menyediakan anggaran
belanjawan terlebih dahulu dan serahkan kepada PK
Pentadbiran dalam tempoh 1 minggu persekolahan

4 Perkara 4.4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa LDP yang pertama


akan dijalankan pada 5 Januari 2020 iaitu hari Ahad. Semua guru
Pihak sekolah akan menjemput Encik Hasmin bin
Othman, Penolong Unit Latihan dan Kemajuan Staf dari
JPN untuk mata kredit LDP. Mata kredit menekankan
kepada kehadiran guru dalam perhimpunan rasmi pada
pagi Ahad. Guru-guru perlu masuk dalam perhimpunan
rasmi kerana perhimpunan rasmi dikira sebagai LDP.
Guru-guru diminta menanda kehadiran sebagai bukti
hadir dalam perhimpunan rasmi.

5 Perkara 4.5.3 Pengerusi memaklumkan guru-guru telah berjaya


menghantar minit curai melalui sistem e-borang. Walau Semua guru
bagaimanapun, guru-guru diminta menulis minit curai
dengan lengkap supaya maklumat dapat disampaikan
dengan lebih jelas.

6 Perkara 4.5.4 Konsep Pembangunan Akademik memfokuskan


penglibatan Ibu bapa dan Komuniti SARANA PIBK Semua guru tingkatan
2019. Pengerusi mengharapkan tahun 2020, ibu bapa
akan melibatkan diri dan meminta guru-guru kelas
bertanyakan ibu bapa atau waris murid yang boleh
datang ke sekolah untuk membantu menceriakan kelas
anak-anak mereka dan mewujudkan kelas Abad ke-21.

7 Perkara 4.6.2 Ketua panitia perlu membincangkan dalam mesyuarat


panitia penetapan jumlah buku latihan dan bilangan Ketua Panitia
jumlah latihan mestilah bersesuaian. Latihan yang
diberi mestilah berfokus dan sasaran untuk kelas-kelas
peperiksaan pula guru menyediakan modul latihan .

8 Perkara 4.7.2 Guru-guru perlu mengetahui instrumen dan kehendak


dalam pentaksiran seperti yang terkandung dalam Semua guru
STD4 supaya memenuhi kriteria-kriteria yang
dikehendaki. Sehubungan itu, guru-guru dikehendaki
meletakkan /menampal STD4 di bahagian belakang
buku / Fail RPP. Guru perlu menulis objektif
pembelajaran yang boleh diukur berdasarkan
pencerapan mengikut Standard 4. Sekiranya objektif
dinyatakan secara umum, maka pemarkahan adalah
kosong markah. Objektif juga perlu mengikut aras
kebolehan murid iaitu kaedah pembelajaran terbeza.

9 Perkara 4.8.2 Pengerusi meminta Buku/Fail RPP mestilah kemas serta


penulisan RPH tidak terlalu ringkas dan menepati Semua guru
kehendak. Guru-guru boleh menggunakan format yang
telah ditetapkan pada tahun 2019 sebagai asas.
Tambahan boleh dibuat mengikut mata pelajaran
masing-masing seperti yang diputuskan dalam
mesyuarat panitia masing-masing.

10 Perkara 4.9.2 Pengerusi memaklumkan setakat awal Januari bilangan


guru seramai 62 orang. Sekiranya berlaku perpindahan Semua guru
keluar dan masuk guru jadual PdPc akan dirombak
semula. Semua guru diminta akur kepada ketetapan
waktu dalam jadual berkenaan dan segera masuk ke
kelas supaya masa instruksional dapat dilindungi.
Digalakkan juga guru untuk berjual-beli waktu PdPc
sekiranya ada tugasan rasmi di luar sekolah. Pengerusi
berharap guru-guru dapat menerima dan reda dengan
jadual yang telah digubal. Unit Jadual Waktu Sekolah
telah berusaha untuk memuaskan kehendak semua
guru.

11 Perkara 4.10.1 Guru-guru diminta mengaplikasikan penggunaan alat


bantu mengajar seperti tahun-tahun lepas dan Semua guru
menggandakan alat bantu mengajar dari semasa ke
semasa. Setiap guru kelas dikehendaki menyediakan
Sudut Alat Bantu Mengajar dan mewajibkan PAK21
dilaksanakan dalam PdPc. Guru-guru boleh meletakkan
alat bantu mengajar di sudut tersebut dan digunakan
oleh guru ganti sekiranya ketiadaan guru pada waktu
tersebut.

12 Perkara 4.11.1 Pengerusi meminta setiap penggunaan bilik, kehadiran


murid, pinjaman dan pulangan alatan atau bahan Semua guru
perlu / hendaklah direkodkan dalam buku khas (log)
yang telah disediakan. PdPc dalam bilik-bilik khas
hendaklah dilaksanakan seperti yang dirancang dalam
RPH bukan untuk waktu relief.

13 Perkara 4.13.1 Pengerusi memaklumkan pihak sekolah perlu akur


dengan arahan dari atas. Pelajar tingkatan 1,2 dan 3 Semua guru
tidak dibenarkan melaksanakan ujian /peperiksaan
tetapi penilaian boleh diakukan berdasarkan
Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD).

Bagi tingkatan 4 dan 5, setiap soalan digubal mestilah


tertakluk JSU seterusnya analisis item dibuat supaya
dapat perbaiki PdPc.

Bagi PT3 , guru-guru mata pelajaran perlu menggubal


soalan sendiri kerana soalan peperiksaan tidak lagi
selaras.

14 Perkara 4.13.4 PK Pentadbiran memaklumkan KP dan GK perlu Ketua Panitia dan Guru
membuat semakan soalan peperiksaan sebelum Kanan Bidang
dicetak. Pastikan guru-guru menyediakan jumlah soalan
dengan masa yang sesuai.
15 Perkara 4.14.1 Pn. Siti Rahayu bt. Tarubus memaklumkan bahawa
buku-buku teks tingkatan 1 telah diedarkan pada hari Penyelaras SPBT
pendaftaran dan masih tidak mencukupi. Bagi tingkatan
4, semua buku telah sampai kecuali ekonomi dan sains
dan kerana silibus baru dan pertambahan kelas bagi
mata pelajaran elektif.

16 Perkara 4.17.2 Pengerusi meminta semua guru menepati masa dan


amanah. Waktu PdPc semua kelas perlu dimulakan dan Semua guru
ditamatkan seperti dijadualkan. Guru perlu
melaksanakan PdPc pada waktu ganti berdasarkan
perancangan bahan (modul relief) yang disediakan oleh
guru yang diganti. Modul relief boleh ditinggalkan di
pejabat untuk digunakan oleh guru-guru ganti.

17 Perkara 4.19.1 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Kontrak Ketua Panitia dan Guru
Latihan (KL) perlu ada dalam Buku/Fail RPP. Ketua Kanan Bidang
panitia dikehendaki menandatangani dan hantar
kepada Guru Kanan untuk sahkan.

18 Perkara 5.2 Pengerusi meminta aktiviti ko-akademik dilaksanakan


tahun 2020 kerana sekolah kita kurang penglibatan di Ketua Penasihat Kelab/
peringkat daerah dan negeri. Jadual pertandingan Persatuan
boleh disemak dengan PK Kokurikulum.

19 Perkara 5.5 PK Pentadbiran memaklumkan terdapat ralat dalam Semua guru


takwim pengurusan sekolah. Takwin bulan Mei yang
tercicir semasa dicetak pada awal telah dicetak semula
dan akan diedarkan kepada semua guru.

Disediakan oleh Disemak oleh

……………………………….. ………………………………………
( HARISON BT AZIZ ) ( KU AZIZAN B. KU BAHARUM )
Setiausaha Unit Kurikulum, Pengetua,
SMK Seri Pantai SMK Seri Pantai

You might also like