Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SMKSP 60/001/2 ( )


Tarikh : 14 JANUARI 2020

Ketua Pegawai Eksekutif


Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA)
No.892 Jalan Sultan Badlishah
05582 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

ADUAN MENGENAI MASALAH BEKALAN AIR KE SEKOLAH.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa masalah ketiadaan bekalan air SMK Seri Pantai masih
berulang dan semakin kerap walaupun kita telah melangkah masuk ke tahun baru 2020.
3. Sememangnya pihak tuan pun sedia maklum bahawa masalah ketiadaan air ini memberi
impak yang besar kepada warga sekolah ini. Tandas pelajar dan kakitangan sekolah tidak boleh
berfungsi dengan baik, kegiatan solat berjemaah tidak boleh dijalankan dan pihak pengusaha
kantin tidak dapat mencuci bahan-bahan untuk masakan dan pinggan / mangkuk yang telah
digunakan oleh pelajar. Keadaan ini amat merumitkan pengurusan hal-hal berkaitan kebersihan
dan keselamatan warga sekolah.
4. Memandangkan masalah ini telah berulang saban tahun, pihak sekolah berharap tuan dapat
mengambil inisiatif untuk memuktamadkan pemulihan bekalan air ke sekolah demi kebajikan
dan keselesaan warga sekolah.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG, KEDAH GEMILANG”

Saya yang menurut perintah,

(KU AZIZAN BIN KU BAHARUM)


Pengetua,
SMK Seri Pantai,
Kuala Kedah.

s.k. - Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar,


Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.

You might also like