Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN IBU BAPA MURID PRASEKOLAH KALI-1

TARIKH : 26 DISEMBER 2009

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN SRI DUYONG

KEHADIRAN :

1. Tn. Hj. Che Ayob bin Othman


2. En. A.Rahman bin Taib
3. En. Abd Warith bin Md. Amin
4. Pn. Che Aini binti Mohamad
5. Pn. Dayang Eliza binti Mohd Noor
6. Pn. Nik Azni binti Nik Lah
7. Pn. Wook binti Ibrahim

BIL AGENDA TINDAKAN

1 Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah


1.2 Mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan ibu
bapa ke majlis perjumpaan ini.

2 Ucapan YDP PIBG SK Duyong


(Tn. Hj. Che Ayob bin Othman)

2.1 Mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau ke majlis


perjumpaan dengan ibu bapa pada kali ini.
2.2 Memohon maaf di atas kelewatan beliau ke majlis ini.
2.3 Mengalu-alukan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke
prasekolah.
2.4 Mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada pihak ibu bapa
untuk memastikan kecemerlangan dalam pendidikan anak-anak.
2.5 Berharap tahun akan datang sekolah ini akan terus mencapai
kegemilangan dalam pendidikan.
3 Ucapan Tuan Guru Besar SK Duyong
(En. A. Rahman bin Taib)

3.1 Mengalu-alukan kedatangan para jemputan ibu bapa ke majlis ini.


3.2 Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa yang
menghantar anak-anak ke prasekolah SK Duyong.
3.3 Prasekolah telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada
ibu bapa berbanding tahun sebelum ini.
3.4 Mengalu-alukan lagi peluang memasuki kelas prasekolah kepada
ibu bapa yang masih belum menghantar anak-anak mereka ke
prasekolah memandangkan masih ada sedikit lagi kuota yang
diperlukan bagi memenuhi kelas prasekolah pada tahun hadapan.
3.5 Maximum bilangan murid prasekolah yang diperlukan ialah 25
orang bagi setiap kelas.
3.6 Prasekolah mempunyai persaingan dengan Tadika KEMAS, PASTI
dan Tadika Yayasan namun masih menjadi pilihan dikalangan ibu
bapa di Pulau Duyong.
3.7 Memperkenalkan 2 orang guru prasekolah SK Duyong iaitu Pn.
Che Aini binti Mohamad dan Pn. Dayang Eliza binti Mohd Noor.

4 Perkara Berbangkit

4.1 Berkaitan dengan yuran prasekolah bagi tahun 2010:

Uniform prasekolah RM 32.00


Tudung (perempuan) RM 6.00
Baju Sukan RM 20.00
Insurans RM 1.50
Pakej Gambar RM 20.00
Sumbangan RM 5.00
Sijil RM 1.50

4.2 Maklumat Prasekolah

 Prasekolah mempunyai 2 kelas iaitu kelas murid berumur 5 tahun


dan kelas murid berumur 6 tahun.
 Kelas murid 6 tahun – Pn. Dayang Eliza binti Mohd Noor
 Kelas murid 5 tahun – Pn. Che Aini binti Mohamad
 Pengasingan kelas mengikut umur untuk memudahkan guru
mengajar mengikut tahap atau aras kemampuan murid untuk
perancangan aktiviti di dalam kelas.
4.3 Program KKPQ (Pintar Quran)

 Program ini diteruskan lagi pada tahun hadapan.


 Kelas pembelajaran bermula dari 7.45 pagi hingga 8.45 pagi iaitu
selama 1 jam.
 Mohon kerjasama daripada pihak ibu bapa agar meneruskan
kesinambungan program ini di rumah untuk memastikan anak
mereka berjaya menguasai program ini dengan jayanya.

4.4 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

 Berlaku perubahan dalam kurikulum prasekolah bermula pada


tahun hadapan.
 Penambahan masa selama 1 jam dalam pengajaran dan
pembelajaran ini dan menekankan penguasaan dalam Bahasa
Inggeris.
 Kelas pembelajaran kurikulum prasekolah bermula pada jam 8.45
pagi hingga 12.45 tengah hari.

4.5 Sampel baju uniform prasekolah

 Boleh dapatkan sampel baju uniform prasekolah melalui guru


prasekolah dan pembantu pengurusan murid.
 Murid dibolehkan memakai pakaian baju kurung/tudung bagi
murid perempuan dan kemeja bagi murid lelaki pada hari
pertama hari persekolahan bermula.

4.6 Pelantikan AJK PEWARIS

 Untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa dan guru


prasekolah serta pembantu.
 Boleh membincangkan permasalahan yang wujud dalam
prasekolah.
 Boleh merancang aktiviti bersama yang melibatkan guru,
pembantu pengurusan murid dan ibu bapa murid prasekolah.
 Pencalonan AJK ini daripada kalangan ibu bapa dan mendapat
sokongan yang sepenuhnya.
 6 orang wakil daripada ibu bapa murid prasekolah telah diberi
pelantikan sebagai AJK PEWARIS iaitu:
1. En. Mohd Mazdi bin Muda
2. En. Saiful’ Adli bin Abdul Hamid
3. En. Mohd Nasharuddin bin Ismail @ Mohd Chitab
4. Pn. Norliha binti Yusof
5. Pn. Apisah binti Ya
6. Pn. Rozilawati binti
Hal-hal lain

 Ibu bapa boleh berjumpa dengan guru atau pembantu


pengurusan murid sekiranya ada sebarang masalah.

Mesyuarat perjumpaan ini ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari dengan bacaan surah
Al-Asr dan menikmati jamuan yang telah disediakan.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

............................................... ............................................

(PN. DAYANG ELIZA BINTI MOHD NOOR) (PN. CHE AINI BINTI MOHAMAD)

SETIAUSAHA PRASEKOLAH PENGERUSI PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG

You might also like