Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

K ERTAS

KERJA
MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH AGAMA PERINGKAT NEGERI
PERAK TAHUN 2023 M / 1444 H
KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH- SEKOLAH
MENENGAH AGAMA (MIISMAM) PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
TAHUN 2023 / 1444 H

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memberi penerangan serta gambaran


ringkas mengenai pelaksanaan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah
Agama Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan (MIISMAM) Tahun 2023 / 1444.

2.0 LATAR BELAKANG

MIISMAM tahun ini merupakan tahun ke-10 penganjuran. Ianya juga berikutan
daripada cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang ingin
menganjurkan program kokurikulum akademik khusus bagi murid-murid sekolah
agama seluruh Malaysia bermula daripada tahun 2014.

3.0 OBJEKTIF

MIISMAM ini dianjurkan adalah bertujuan seperti berikut :

3.1 Memilih peserta untuk mewakili Negeri Perak ke MIISMAM peringkat


kebangsaan.

3.2 Memberi ruang dan peluang kepada murid di sekolah agama untuk
mendapat pengiktirafan markah kokurikulum dalam PAJSK.

3.3 Mengeratkan dan memperkukuhkan komunikasi guru dan pelajar antara


sekolah-sekolah agama dalam satu wadah perjuangan pendidikan Islamiah.

4.0 PENYERTAAN & TEMPAT

4.1 Terbuka kepada murid SMAN / SMAR / SABK sahaja.

4.2 Setiap acara hanya diiringi oleh seorang guru pengiring dan dibenarkan
menyertai satu acara dalam satu kategori sahaja.

4.3 Sila rujuk lampiran satu


5.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

Acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

5.1 Khat : Lelaki & Perempuan

5.2 Hafazan : Lelaki & Perempuan

5.3 Syarahan Bahasa Arab – Lelaki & Perempuan

5.4 Syarahan Bahasa Melayu – Lelaki & Perempuan

5.5 Syarahan Bahasa Inggeris – Lelaki & Perempuan

5.6 Tilawah Al-Quran – Lelaki & Perempuan

5.7 Nasyid : Lelaki & Perempuan (10 orang peserta)

5.8 Kitabatul Maqal : Lelaki & Perempuan

5.9 Bahas Ala Parlimen : Terbuka (5 orang peserta)

5.10 Kuiz Dini : Terbuka (3 orang peserta)

5.11 Kitab Turath – Lelaki

6.0 KAEDAH PERTANDINGAN

Pertandingan diadakan secara secara dua peringkat iaitu peringkat saringan dan
peringkat akhir. Peringkat saringan dilakukan secara rakaman video manakala
peringkat akhir dilakukan secara bersemuka. Acara yang terlibat adalah seperti di
lampiran satu. Video yang diberikan hendaklah mengikut peraturan seperti berikut:

6.1 Video hendaklah dirakam secara melintang (landscape)

6.2 Durasi rakaman hendaklah mengikut garis panduan pertandingan MIISMAM

6.3 Rakaman berkualiti tinggi

6.4 Suntingan audio dan video tidak dibenarkan

6.5 Suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak dibenarkan.

6.6 Rakaman tidak boleh mengandungi pengenalan diri dan sekolah


6.7 Penghantaran video hendaklah menggunakan platform dalam talian iaitu
youtube (tetapan unlisted)

6.8 Setiap video rakaman yang di muat naik hendaklah dinamakan seperti
kaedah berikut:

Contoh: NO. UNDIAN GILIRAN_ACARA (L/P)_ILMI PERAK 2023

NO.12_SYARAHAN BM (L)_ILMI PERAK 2023


NO.5_TILAWAH AL-QURAN (P)_ILMI PERAK 2023

6.9 Rakaman hendaklah dihantar mengikut kategori acara.

6.10 Pihak sekolah hendaklah mengisi borang pengesahan penghantaran video


secara dalam talian dengan menggunakan google form yang disediakan.

6.11 Lima peserta / kumpulan video terbaik akan bertanding ke peringkat akhir
secara bersemuka.

7.0 KELAYAKAN PESERTA

7.1 Had umur peserta adalah 18 tahun dan ke bawah.

7.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.

7.3 Had umur peserta yang menduduki STAM ialah 18 tahun. (Pelajar yang lahir
pada tahun 2005).

7.4 My kad, Kad Pengenalan dan dokumen JPN yang disahkan dan dikeluarkan
oleh Jabatan Pendaftaran Negara akan diterima pakai sebagai bukti umur.
Semua dokumen hendaklah diperiksa oleh Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan sebelum bermulanya setiap pertandingan.
8.0 SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Pertandingan dijalankan mengikut garis panduan yang diberikan oleh JAKIM.

8.2 Sekolah yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa teknikal bersama


tuan rumah tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan berkenaan.

8.3 Sebarang bantahan mengenai keputusan pertandingan hendaklah diajukan


oleh pengurus pasukan secara bertulis tidak lewat daripada 30 minit
selepas pertandingan kepada Jawatankuasa Pengelola dengan disertakan
wang sebanyak RM 200.
8.4 Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola atas bantahan
yang diberikan adalah muktamad.

9.0 PAKAIAN PESERTA

9.1 Pakaian pemain mestilah menutup aurat dan bersesuaian dengan acara
yang dipertandingkan seperti dalam garis panduan yang ditetapkan.

10.0 MAKAN & MINUM

10.1 Makan & minum peserta serta guru pengiring adalah dibawah tanggungan
pihak sekolah masing-masing.

11.0 PEMILIHAN PESERTA DAN GURU PENGIRING MIISSMAM PERINGKAT


KEBANGSAAN

11.1 Peserta yang mendapat johan bagi semua acara akan dipilih mewakili
Negeri Perak kecuali bagi acara bahas ala parlimen dan nasyid serta kuiz
dini akan dipilih oleh panel yang dilantik oleh pihak penganjur. Disamping
itu, bagi acara tilawah Al-Quran (P) dan hafazan (P) naib johan akan
mengiringi johan ke peringkat kebangsaan manakala johan dan naib johan
khat (L&P) akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
12.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Perbelanjaan yang terlibat adalah seperti berikut ;

12.1 Sijil

12.2 Peralatan

12.3 Saguhati Hakim

12.4 Sewaan

12.5 Jamuan urusetia

13.0 KESIMPULAN

13.1 Dengan adanya majlis ini, pelajar-pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti
ko-kurikulum yang amat penting dalam pembentukan sahsiah pelajar-
pelajar Sekolah Agama di Negeri Perak Darul Ridzuan khususnya dan
negara.

13.2 Diharapkan matlamat untuk memilih peserta yang terbaik bagi mewakili
Negeri Perak ke MISSMAM kebangsaan dapat direalisasikan.

Disediakan oleh :
Unit HEM
Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Islam
Lampiran satu

BIL ACARA PERINGKAT TEMPAT


SARINGAN AKHIR
1 Tilawah Al-Quran

2 Syarahan Bahasa
Melayu
24 Mei 2023
3 Syarahan Bahasa (Tarikh akhir Sekolah Raja Dr
Arab penghantaran Nazrin Shah
rakaman video) 17 Jun 2023
(Bersemuka) Sekolah Raja
4 Syarahan Bahasa
Perempuan Taayah
Inggeris
20 - 21 Mei 2023 (Saringan Bahas Ala
5 Nasyid (Hafazan Sahaja : Parlimen dan
Bersemuka) Hafazan Al-Quran L
6 Bahas Ala Parlimen 20 - 21 Mei 2023 & P)
(Bersemuka)
7 Hafazan Al-Quran

8 Khat Tiada saringan

9 Kitab Turath

10 Kitabatul Maqal

11 Kuiz Dini
Lampiran Dua

Senarai Bayaran Acara Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama (MIISMAM) SMAN SMAR SABK
Tahun 2023 / 1444 H

BIL ACARA  / X BAYARAN (RM)


1. Nasyid (L) 200
2. Nasyid (P) 200
3. Tilawah Al-Quran (L) 20
4. Tilawah Al-Quran (P) 20
5. Syarahan BA (L) 20
6. Syarahan BA (P) 20
7. Syarahan BM (L) 20
8. Syarahan BM (P) 20
9. Syarahan BI (L) 20
10. Syarahan BI (P) 20
11. Hafazan Al-Quran (L) 20
12. Hafazan Al-Quran (P) 20
13. Khat (L) 20
14. Khat (P) 20
15. Kitab Turath 20
16. Bahas Ala Parlimen 100
17. Kuiz Dini 60
18. Kitabatul Maqal (L) 20
19. Kitabatul Maqal (P) 20
JUMLAH

Bayaran boleh dibuat secara pemindahan antara bank dalam talian ke Kelab Sukan dan Kebajikan Bahagian

Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak (Nombor akaun 8601238702 : CIMB Bank) dengan menyertakan

rujukan wajib seperti berikut :

Rujukan 1 : Nama sekolah

Rujukan 2 : Yuran MIISMAM

Yuran hendaklah dibayar sebelum atau pada 12 Mei 2023 (Jumaat)

You might also like