Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

1

ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT

1. PENGENALAN 1
2. DEFINISI 1
3. FAKTOR KEJAYAAN INSTITUSI DAKWAH 3
3.1. PENGURUSAN DAKWAH 4
3.1.1 PERANCANGAN 6
3.1.2. PENGORGANISASIAN DAN SUMBER 7
MANUSIA

3.1.3. KEPIMPINAN 10
3.1.4. PENGAWALAN 13
3.1.5. PENGURUSAN KEWANGAN 15

3.1.6. PENGURUSAN HARTA MODAL 16

3.1.7. PENGURUSAN PROGRAM DAKWAH 17


4. KESIMPULAN 20
RUJUKAN

2
1. PENGENALAN

Aktiviti dakwah di sesebuah negara sejak akhir-akhir ini semakin berebut-rebut


dalam usaha mencapai matlamat dakwah sama ada kepada orang Islam atau bukan
Islam dengan penglibatan pelbagai persatuan dan institusi dakwah dan dengan
berbagai-bagai kaedah kontemporari. Jika dibandingkan dakwah dahulu dengan
sekarang, memang terdapat banyak perbezaan. Keadaan ini sebenarnya boleh dilihat
sebagai satu keuntungan kepada perkembangan dakwah di pelbagai negara.
Walaupun begitu, gigihnya usaha dakwah institusi-institusi ini adakala kurang
memberi impak yang besar kepada aktiviti penyebar-luasan dakwah itu sendiri.
Keadaan ini berlaku antaranya disebabkan oleh sistem pengurusan dakwah yang
kurang sistematik dan perancangan yang kurang teliti sama ada diperingkat dalaman
institusi atau diperingkat kesatuan dan penyelarasan kepada usaha dakwah.

Oleh yang demikian usaha pemantauan kepada semua institusi ini sama ada
yang bergerak bersendirian atau berada dalam satu organisasi di bawah kerajaan
atau bukan kerajaan perlu dilakukan untuk memastikan usaha dakwah Islam di
sesebuah negara itu menampakkan hasil yang memberansangkan. Institusi dakwah
memainkan peranan dalam menghasilkan keberkesanan suatu dakwah.

2. DEFINISI

Institusi menurut kamus dewan berasal dari kata institut iaitu pertubuhan atau
institusi yang ditubuhkan untuk tujuan-tujuan atau tugas-tugas tertentu contohnya
pentadbiran Awam.1

Manakala perkataan dakwah berasal daripada perkataan arab yang bererti panggilan,
jemputan ataupun undangan. Contoh untuk undangan makan:

‫دعوت دعوة فالنا‬

Ertinya: saya memanggil, menjemput atau mengundang si pulan makan.2

1
Kamus Dewan Edisi ke Empat. 1992. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2
Mohd Amin. Haji Abdul Rahim, Haji. 2012. Perkembangan Dakwah Di Negara Brunei Darussalam.
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Negara Brunei Darussalam. Hlm: 2

3
Dari segi istilah pula, para ulama telah mengemukakan beberapa definisi,
antaranya menurut Zaidan (1917-2014), dakwah itu merupakan “panggilan ke jalan
Allah, iaitu ugama Islam, ugama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ‫”ﷺ‬.
Menurut Al-Ansari, dakwah ialah “usaha berbentuk perbuatan atau percakapan
untuk menarik manusia kepada kebaikan dan petunjuk. Menurut Ghalwasy,
perkataan dakwah mempunyai dua pengertian,iaitu 'agama Islam' dan 'kegiatan
menyebarkan agama Islam’.3 Perkataan dakwah bermaksud mengajak manusia
dengan cara bijaksana ke jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah SWT dan
melarang mereka daripada melakukan kemungkaran, supaya mereka memperoleh
kebahagian di dunia dan di akhirat (Ameer Azeezy Tuan Abdullah dan Suhaizan
Sulaiman, 2012).4

Berdasarkan definisi-definisi tersebut, dakwah ialah “kegiatan menyebarkan


ugama Islam dan ajaran-ajarannya kepada seluruh manusia” 5. Firman Allah dalam
surah Ali Imran ayat 104:

‫ِر ٰۤل‬ ‫ِف‬ ‫ِب‬ ‫ِا ِرْي‬


‫َو ْلَتُك ْن ِّم ْنُك ْم ُاَّم ٌة َّيْد ُعْو َن ىَل اَخْل َو َيْأُمُر ْو َن اْلَم ْع ُر ْو َو َيْنَهْو َن َعِن اْلُم ْنَك ۗ َو ُاو ِٕى َك ُه ُم‬

‫اْلُم ْف ِلُحْو َن‬


Maksudnya: "Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari
yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."

Untuk itu, sesebuah institusi dakwah Islam merupakan badan yang ditubuhkan
untuk melaksanakan tugas-tugas dakwah iaitu suatu kumpulan yang mempunyai
susuanan organisasi yang tertentu, Menyusun perencanaan dan perancangan untuk
mencapai sesuatu matlamat jangka pendek dan Panjang dan ia juga merupakan
sebuah institusi yang berusaha untuk membawa setiap orang kepada agama Islam

3
Ibid., Mohd Amin. Haji Abdul Rahim, Haji. 2012. Perkembangan Dakwah Di Negara Brunei
Darussalam. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Negara Brunei Darussalam. Hlm: 4
4
Ahmad, Mohd Farid Hafidz and Othman, Mohamad Khairi. 2017. Pusat Islam Polimas: Penglibatan
Program Dakwah Dan Hubungannya Dengan Amalan Ibadat Solat Dan Pengamalan Akhlak
Pelajar. Jurnal Proceedings of The ICECRS, 1 (1): 653-662.
5
Hajah Radziah Haji Abdullah. 2022. Struktur Pentadbiran Dakwah Islam di Negara Brunei Darussalam:
Kajian dari Tahun 1950-1985. International Journal of `Umranic StudiesJurnal Antarabangsa Kajian
`Umran.I Vol 5(1): 51

4
supaya dapat mengikut petunjuk Allah serta dapat menunaikan ketentuanNya di
dunia.

Di dalam perkembangan awal Islam, institusi dakwah yang pertama dan


terpenting kepada umat Islam dalam pembentukan masyarakat Islam di zaman
Rasulullah Shallallahu ‘Alahi wassalam ialah masjid merupakan institusi yang
utama dan penting kepada umat Islam. Sejarah juga telah menerangkan bagaimana
Rasulullah Shallallahu ‘Alahi wassalam telah mengurus dan menjadikan masjid
sebagai pusat ibadah, pusat pendidikan, pusat kegiatan sosial, pusat pembangunan
masyarakat, pusat penerangan dan maklumat, pusat kehakiman, pusat perhubungan,
pusat interaksi masyarakat, pusat rawatan dan kecemasan, pusat pemulihan dan
berbagai jenis pusat lagi.6

3. FAKTOR KEJAYAAN INSTITUSI DAKWAH

Penulisan ini akan melihat kepada faktor kejayaan institusi-institusi dakwah secara
amnya (umum) dan menyeluruh tanpa difokuskan kepada institusi dakwah Islamiah
secara khususnya.

Sesebuah institusi atau organisasi atau badan dakwah Islam perlu meletakkan
matlamat atau tujuan yang jelas supaya ia dapat difahami oleh semua yang terlibat
dalam organisasi dan yang membolehkan mereka percaya bahawa matlamat tersebut
mampu dihasilkan oleh institusi berkenaan. Matlamat yang ingin dicapai itu perlu
bertepatan dengan fokus gerak kerja sebuah institusi dakwah seperti matlamat yang
memberikan tumpuan kepada pendidikan, kebajikan, kemasyarakatan, sosial,
keagamaan dan sebagainya. Matlamat sesebuah institusi Islam perlu jelas. Matlamat
Institusi Islam.

Institusi dakwah Islam merupakan badan yang ditubuhkan untuk melaksanakan


tugas-tugas dakwah iaitu sebuah institusi yang berusaha untuk membawa setiap
orang kepada agama Islam supaya dapat mengikut petunjuk Allah serta dapat
menunaikan ketentuanNya di dunia.
6
Ab. Halim Tamuri. 2021. Konsep Dan Pelaksanaan Fungsi Masjid Dalam Memartabatkan Masyarakat.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Al-Mimbar:
International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf Management, 1(1):1-12

5
Perlaksanaan tugas ini melibatkan proses mendapat dan mencantumkan sumber
kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapat matlamat
institusi yang bermatlamatkan perkhidmatan. Dalam usaha untuk mencapai
matlamat yang telah digariskan semua institusi dakwah perlu mempunyai matlamat
yang jelas dalam melaksanakan amalan pengurusan yang baik dan efektif
(Bissmi.Mus, 2019)

Kita telah memahami bahawa institusi Islam perlu melaksanakan peranan


dakwah dengan menggunakan sumber-sumber yang ada dalam institusi tersebut bagi
mencapai matlamatnya. Untuk itu, secara umumnya matlamat pengurusan sesebuah
institusi Islam perlulah melibatkan perkara-perkara tertentu.

Justeru itu, matlamat untuk memperbaiki manusia yang ingin dicapai oleh
sesebuah institusi Islam memerlukan satu usaha bersepadu yang melibatkan
pengurusan dalam beberapa aspek, seperti perancangan, pengorganisasian atau
pengurusan sumber manusia, kepimpinan, pengawalan, pengurusan kewangan,
pengurusan harta modal dan pengurusan program dakwah.

3.1. PENGURUSAN DAKWAH

Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia


dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah
keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara.
Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan
proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan
mempunyai garis panduan tertentu. Pengurusan perlu supaya kerja yang sepatutnya
dapat dilaksanakan dengan cekap dan pantas. Tanpa pengurusan, sesebuah
organisasi tidak mungkin dapat beroperasi dengan lancar dan bersistematik.7

Pengurusan dapat membantu sesebuah organisasi mencapai objektif yang


dikehendaki. Pengurusan juga sangat perlu bagi membolehkan organisasi

7
Asmahan Mokhtar, Nurshahiza Mohamad Isa Dan Norni Abd Wahab. TT. Pengurusan Dalam Islam.
Hlm: 5-6

6
menangani perubahan. Pengurusan merupakan sebagai tuntutan fardhu kifayah ke
8
arah mencapai al-falah. Kelemahan dalam pengurusan adalah punca
ketidakberkesanan gerakan dakwah.

Melihat kepada pengurusan dakwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah


Shallallahu ‘alahi wassalam:
Melalui dua zaman yang berlainan:
1. Zaman pertama: zaman Mekah
2. Zaman kedua: zaman Madinah (bukti pengurusan dalam dakwah)

Pengurusan dakwah baginda melalui 5 fasa perkembangan dakwah:


1. Fasa berdakwah dan bergerak secara sulit/rahsia
2. Fasa berdakwah secara terbuka tetapi berorganisasi secara rahsia
3. Fasa menubuhkan kerajaan islam
4. Fasa memantapkan pemangkin kerajaan islam
5. Fasa untuk memperkasakan dakwah ke seluruh pelusuk dakwah.9

Secara umumnya, elemen pengurusan dan pentadbiran melibatkan empat unsur


utama iaitu perancangan peorganisasian kepimpinan pengawasan. 10 Dalam penulisan
ini akan menyentuh juga pengurusan kwangan, harta modal dan program dakwah.

Oleh itu, aktiviti dakwah mestilah terarah kepada corak dan proses
Kerjasama bersatu. Justeru dapat difahami bahawa pengurusan dakwah adalah
pelaksanaan dakwah yang tersusun secara sistematik, dengan hala tuju corak
kerjasama yang bersepadu untuk mencapai matlamat dakwah.

8
Ibid., Asmahan Mokhtar, Nurshahiza Mohamad Isa Dan Norni Abd Wahab. TT. Pengurusan Dalam
Islam. Hlm: 5-6
9
Mohamad Nazli Omar. 2016. Teori dan Konsep Pengurusan Dakwah: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Ilmi.
Jil 6. Hlm: 149-168
10
Ibid., Asmahan Mokhtar, Nurshahiza Mohamad Isa Dan Norni Abd Wahab. Hlm: 60

7
3.1.1. PERANCANGAN

Tugas dakwah perlu dilaksanakan secara tersusun dan melalui perancangan yang
rapi dan ianya hendaklah dilakukan secara bersama dalam satu gerakan yang
kukuh.11

Elemen utama dalam pengurusan ialah perancangan. Perancangan


merupakan sesuatu yang amat penting terutamanya dalam sesebuah organisasi.
Tanpa perancangan yang rapi, sesebuah organisasi tidak akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Perancangan yang teliti dan berpandangan jauh
akan mempengaruhi keberhasilan dan kejayaan sesebuah organisasi.
Perancangan yang teliti juga melambangkan keunggulan sesebuah organisasi
terutamanya dalam persediaan menghadapi pelbagai masalah dan cabaran masa
depan.12 Kerana perancangan merupakan salah satu faktor penting yang
menjamin bukan sahaja kejayaan sesebuah organisasi dalam menjalankan
misinya, tetapi juga kewujudannya untuk jangka panjang.

Rahim telah menyebutkan beberapa sebab pentingnya perancangan.


Antaranya ialah membolehkan pengurus "membuat persediaan bagi penggunaan
sumber, mengawasi perbelanjaan, menyelaraskan kerja, menangani masalah
yang bakal ditempuhi, dan mengenal pasti peluang." (Rahim, 1994:23).13

Berikut dihuraikan dengan ringkas tiga langkah bagi proses perancangan


(Rozhan, 1990:25-49) ialah melibatkan Analisis suasana terhadap pendakwah
dan organisasinya, audiens, dan persekitaran gerakan dakwah. Selepas analisis
keadaan dilakukan maka langkah seterusnya adalah penentuan matlamat. Yang
terakhir ialah Mengkaji dan memilih strategi yang sesuai. Tujuannya ialah
supaya pihak yang akan melaksanakan strategi tersebut dapat melihat dengan
jelas bagaimana ia akan dilaksanakan. Seterusnya strategi yang jelas akan
dengan sendirinya dapat dijadikan pengukur yang akan digunakan untuk menilai

11
Ahmad, Mohd Farid Hafidz And Othman, Mohamad Khairi. 2017. Pusat Islam Polimas: Penglibatan
Program Dakwah Dan Hubungannya Dengan Amalan Ibadat Solat Dan Pengamalan Akhlak
Pelajar. Jurnal Proceedings Of The ICECRS, 1 (1): Hlm: Pp. 653-662
12
Ibid., Asmahan Mokhtar Et., Al. Hlm: 60
13
Ibid.,

8
prestasi pada peringkat pengawalan (Rozhan, 1990:44&45). 14 Pengkajian
strategi biasanya berkisar kepada beberapa persoalan yang timbul seperti siapa,
bagaimana, bila, di mana, dan berapa kos.

3.1.2. PENGORGANISASIAN DAN SUMBER MANUSIA

Istilah organisasi berasal dari kata organon dalam bahasa yunani berarti alat.
Adapun pendapat para ahli yakni, Jamaes D. Monney, bahawa organisasi adalah
setiap bentuk kerjasama untuk mencapai tujuan bersama. Paul preston dan
Thomas Zimmemer mengemukakan bahawa organisasi adalah sekumpulan
orang-orang yang tersusun dalam kelompok yang bekerja sama untuk mencapai
tujuan bersama.15

Organisasi adalah setiap bentuk persekutuan antara dua orang atau lebih yang
bekerja sama untuk mencapai tujuan bersama dan terikat secara formal tercermin
pada hubungan kelompok orang yang disebut pimpinan dan sekelompok orang
disebut bawahan. Pengorganisasian merupakan satu proses yang sentiasa
bergerak ke arah mencapai matlamat organisasi, yang dinamik, kerana ia perlu
menjalankan pembahagian tugas di kalangan ahli-ahlinya, ia juga perlu
berkongsi tanggungjawab, kuasa dan menjalinkan hubungan, baik secara
dalaman mahupun luaran, dengan teratur untuk mencari kejayaan sesebuah
organisasi. Organisasi juga adalah sebagai satu sistem atau aktiviti sekumpulan
manusia untuk mencapai matlamat tertentu.16Dalam surah al-Shaff ayat 4
dikemukakan:

‫ِلِه‬ ‫ِت‬ ‫ِحُي ِذ‬


‫ِإَّن الَّلَه ُّب اَّل يَن ُيَق ا ُلوَن يِف َس ِبي َص ًّفا َك َأَّنُه ْم ُبْنَياٌن َمْر ُصوٌص‬

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-


Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan
yang tersusun kokoh.

14
Ibid., Mohd Amin. Haji Abdul Rahim, Haji. 2012.
15
Ibid.,
16
Hamriani. H.M. 2013. Organisasi Dalam Manajemen Dakwah. Fakultas Dakwah Dan Komunikasij.
Jurnal Dakwah Tabligh. 14(2): 239 – 249.

9
Di antara tindakan yang perlu dilakukan oleh pengurus bagi mencapai
keberkesanan pelaksanaan rancangan dakwah ialah menyusun organisasi atau
pengorganisasian, yang bermaksud membahagikan tugas-tugas harian di
kalangan individu atau kumpulan, dan seterusnya menyelaraskannya (rahim,
1994:46). Yang bertujuan untuk memupuk, membangun, memperkembang,
mengekal dan meneruskan keberkesanan pengunaan sumber-sumber diri untuk
mencapai tahap kemaslahatan diri dan ummah (al-masalih).

Sesebuah badan dakwah itu harus mempunyai organisasi yang mantap dan
seimbang pergerakannya. Organisasi yang mantap akan melahirkan pergerakan
dakwah yang mantap dan sepadu serta seimbang antara tuntutan fikriyah,
ruhiyyah dan jasadiyyah. Oleh itu segala program dan aktiviti yang dijalankan,
akan memberi kesan yang cukup mendalam kepada para penerima dakwah
terutamanya bagi menghadapi cabaran masa depan.

Pengorganisasian dan pengurusan sumber manusia yang baik dan berkesan


akan membolehkan sumber tenaga manusia diagihkan secara tepat mengikut
bidang kepakaran tertentu dan kepakaran institusi kepada sumber tersebut.17

Pengagihan sumber tenaga ini perlu dibuat dengan memilih sumber tenaga
yang lebih mendatangkan maslahah dan mengutamakan yang lebih baik. Perkara
ini disentuh dalam al-Quran dengan merujuk kepada firman Allah swt dalam
surah al-Qasas ayat 26:

. ‫َقاَلْت ِاْح ٰد ىُه َم ا ٰٓيَاَبِت اْس َتْأِج ْر ُهۖ ِاَّن َخ ْيَر َم ِن اْس َتْأَجْر َت اْلَق ِو ُّي اَاْلِم ُنْي‬
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai
pekerja (bekerja pada kita) ialah orang yang kuat dan dapat dipercaya
(amanah).”

Maksud kuat adalah kewibawaan untuk melaksanakan tugas dan


tanggungjawab mempunyai kekuatan mental, fizikal dan rohani berupaya untuk

17
Ibid., Mohd Amin. Haji Abdul Rahim, Haji. 2012. Hlm: 114-115

10
mengatasi masalah dan rintangan serta kemampuan untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan.18

Oleh itu, pengorganisasian dan pengurusan sumber manusia dalam institusi


Islam perlu diberikan penumpuan terhadap pemilihan dan pengagihan sumber
tenaga manusia yang melibatkan pegawai dan kakitangan.

Pemilihan dan pengagihan ini mestilah dilaksanakan dengan baik untuk


membolehkan hanya orang yang paling layak dipilih untuk melakukan kerja atau
tugas.

Di bawah ini di senaraikan langkah-langkah yang dapat memberikan


panduan dengan lebih jelas:
1. Mengenal pasti tugas-tugas dan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan.
2. Memecahkan tugas-tugas yang berlainan kepada beberapa kategori, serta
menghimpunkan tugas-tugas yang seragam atau hampir seragam ke dalam satu
kategori.
3. Mengenal pasti kebolehan dan kemahiran tenaga kerja.
4. Mengagihkan tugas-tugas yang telah dikategorikan dalam kalangan tenaga kerja
mengikut kebolehan dan kemahiran masing-masing.
5. Menjelaskan kepada semua tenaga kerja akan tugas masing-masing, serta
hubungan tugas setiap tenaga kerja dengan tugas tenaga kerja yang lain.
6. Mengagihkan sumber yang ada dalam kalangan tenaga-tenaga kerja mengikut
kesesuaian dan keperluan.
7. Mendapatkan sokongan dan penerimaan daripada tenaga-tenaga kerja yang
terlibat.19

Objektif organisasi dakwah ialah: membahagikan aktiviti dakwah kepada


jabatan atau bahagian dan tugas yang terperinci dan khusus, Membahagikan
aktiviti dan tanggungjawab dakwah yang berkaitan dengan setiap jawatan atau
tugas dakwah, Menyelaras pelbagai tugas organisasi dakwah, Mengelompokkan
da'wah ke dalam unit, Membina hubungan sesama pendakwah, baik secara

18
Ibid.,
19
Ibid., Mohd Amin. Haji Abdul Rahim, Haji. 2012. Hlm: 114-115

11
individu, kumpulan mahupun jabatan, Memperuntukkan dan menyediakan
sumber organisasi dakwah, Dapat menyalurkan aktiviti dakwah secara logik dan
sistematik.20

Organisasi ialah hubungan kerjasama sebilangan orang untuk mencapai


matlamat, dan interaksi diarahkan ke arah matlamat yang sama. Pengurusan
dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti menjurus kepada corak kerja yang
bersepadu, berkesan dan cekap dalam konteks mencapai matlamat yang telah
ditetapkan sebelumnya. Sedangkan dakwah adalah satu proses dijalankan secara
sedar dan terancang untuk membina keadaan ke arah lebih baik, untuk mendapat
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang diredhai Allah SWT.21

3.1.3. KEPIMPINAN

Untuk melaksanakan perancangan dan perorganisasian, ianya memerlukan


pengarahan. Pengarahan ini berkaitan dengan fungsi kepimpinan dalam
organisasi. Salah satu aspek penting disiplin dalam pengarahan ialah kepatuhan
terhadap arahan yang diberikan. Ini selaras dengan Firman Allah SWT (an-Nisa:
59) 22
Dalam konteks kumpulan formal kepimpinan mempunyai kedudukan
yang lebih penting dan diperlukan. Dengan adanya pemimpin bagi sesebuah
kumpulan, sama ada besar atau kecil, keperluan hidup ahli-ahlinya dapat diurus,
hubungan dalam kalangan mereka dapat diatur, ancaman luar dapat ditentang,
dan seterusnya kepentingan masa depan mereka dapat dirancang dan
dilaksanakan. Tanpa pemimpin, organisasi tidak akan dapat berjalan dengan
lancar dan mampu mencapai matlamatnya.

Dalam bidang pengurusan, kepimpinan didefinisikan sebagai "usaha


mempengaruhi orang lain untuk melakukan suatu tugas secara sukarela bagi
mencapai matlamat bersama." (koontz & weihrich, 1988:392; ishak, 1988:64 &
65; rozhan, 1990:99).

20
Hamriani. H.M. 2013. Organisasi Dalam Manajemen Dakwah. Jurnal Dakwah Tabligh, Vol. 14(2),:
239 - 249
21
Ibid.
22
Ibid., Asmahan Mokhtar Et., Al. Hlm: 65

12
Definisi tersebut memberikan bayangan tentang pentingnya peranan
pengurus sebagai pemimpin bagi mewujudkan serta meningkatkan motivasi
pekerja bawahannya untuk mencapai matlamat organisasi. Ini memerlukan
pengurus:
1. Menyertai dan melibatkan diri secara langsung dalam melaksanakan tugas
pekerja bawahan.
2. Mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai. Kejayaan pengurus dalam tugasnya
adalah hasil keupayaannya memahami faktor-faktor dalam pengurusan,
termasuklah kemampuan dan sahsiah pengurus, kadar kuasa dan pengarahan
yang dimilikinya, budaya kerja pekerja dan sikap mereka terhadap kerja, bentuk
tugas yang akan mereka jalankan, matlamat yang hendak dicapai oleh
organisasi, dan sebagainya.
3. Memberikan contoh teladan yang baik kepada pekerja bawahan, terutama dalam
perkara-perkara yang berhubung dengan disiplin dan etika kerja. Bahkan juga
yang berhubung dengan semangat kerja, produktiviti, dan kreativiti.
4. Menanamkan kefahaman dalam diri pekerja bawahan bahawa kegiatan yang
dijalankan adalah untuk mencapai matlamat bersama.23

Berikut ada beberapa kualiti tambahan yang perlu dimiliki oleh pemimpin
organisasi dakwah:
1. Mempunyai ilmu pengetahuan, kebolehan serta kemahiran dalam bidang-bidang
yang bersangkutan dengan tugasnya, iaitu pengurusan dan dakwah.
2. Mempunyai wawasan dan pandangan jauh serta mampu melihat arah yang akan
dituju oleh organisasi.
3. Mampu membuat keputusan yang wajar serta berani memikul akibatnya.
4. Mempunyai semangat kerja yang tinggi serta rela bekerja keras dan prihatin
terhadap sebarang perkara yang berlaku.
5. Berani menghadapi sebarang cabaran dan rintangan.
6. Sentiasa bersikap dan bertindak dengan adil dan saksama.
7. Mempunyai kebolehan berkomunikasi yang baik.24

23
Ibid., Mohd Amin Haji Abdul Rahim, Haji. 2012. Hlm: 117
24
Ibid., Hlm: 117-118

13
Menurut kajian yang dibuat oleh Ahmad Nasir (2016), setiap badan dakwah
berjaya mendekati saudara baru dengan kaedah dan pendekatan masing-masing
dalam aspek pengetahuan pendakwah tentang konsep dakwah, majoriti mereka
memahami tanggungjawab berdakwah serta perkara-perkara yang berhubung
kait dengan diri pendakwah.25 (Ahmad Nasir Mohd Yusoff, 2016).

Menurut beliau lagi, kader-kader dakwah mengalami aspek permasalahan


yang dihadapi iaitu faktor lokasi dakwah yang jauh. Begitu juga dengan
masalah-masalah utama lain antaranya kekurangan kakitangan, tiada peruntukan
disediakan dan terlibat dengan tugas-tugas pentadbiran. Di samping itu masalah-
masalah lain seperti tiada kursus atau latihan dakwah, masalah keluarga, jahil
dengan ilmu dakwah, tiada kerjasama daripada etnik sasaran (mad’u) dan terima
ugutan dari agama Kristian atau kepercayaan lain juga wajar diberi perhatian
dan diatasi oleh kader-kader dakwah atau badan-badan dakwah yang berkaitan
serta perlu mendapat sokongan padu daripada banyak pihak (Ahmad Nasir
Mohd Yusoff, 2016). Semua ini adalah di antara cabaran kepada sebuah institusi
dakwah dalam menguruskan perihal berdakwah ke lokasi yang jauh yang
diarahkan kepada para pendakwah.26

3.1.4. PENGAWALAN

Untuk memastikan perancangan, pengorganisasian dan pengarahan dilaksanakan


dengan baik, ia memerlukan pengawasan. Azman Che Omar (2003),
mentakrifkan pengawasan dalam konteks organisasi sebagai satu proses dalam
menentukan kerja atau aktiviti yang dilakukan atau terdapat di dalam organisasi
supaya berjalan lancar mengikut perancangan yang sedia ada.27

Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002) menjelaskan bahawa kawalan ini


melibatkan seluruh kegiatan organisasi, iaitu yang melibatkan perancangan,

25
Ahmad Nasir Mohd Yusoff. 2016. Praktis Dakwah Oleh Organisasi Dakwah Kerajaan Dan Badan
Dakwah Bukan Kerajaan Terhadap Etnik Penan Di Bintulu Sarawak. Jurnal Al-Anwar, Persatuan Bekas
Mahasiswa Islam Timur (PBMITT). Vol 2(2): 151- 171
26
Ibid.,
27
Ibid., Asmahan Mokhtar Et., Al. Hlm: 67

14
pengorganisasian dan juga pengarahan serta proses membuat keputusan. Di
antara kepentingan pengawasan menurutnya termasuklah:
1. Memastikan perjalanan organisasi sejajar dengan matlamat yang ditetapkan
2. Mengetahui pelbagai masalah yang mungkin berlaku dalam perlaksanaan
kegiatan organisasi
3. Membolehkan pembetulan dapat dilakukan jika berlaku masalah dalam
organisasi
4. Menguatkuasakan undang-undang atau peraturan bagi mengemaskinikan
perjalanan organisasi
5. Memastikan keutuhan organisasi, kerana proses kawalan melibatkan
dalaman dan luaran28

Fungsi pengawalan adalah untuk mengenal pasti apakah petugas-petugas


dakwah telah melaksanakan tugas sebagaimana yang dirancangkan, bagaimana
dan sejauh mana tugas itu telah dilaksanakan, apakah tidak berlaku
penyimpangan dan penyelewengan? Dengan adanya kawalan dan penilaian,
pimpinan dakwah dapat mengambil tindakan pencegahan terhadap
penyelewengan, memperbetulkan penyelewengan yang berlaku, dan seterusnya
mengadakan usaha peningkatan dan penyempurnaan sehingga proses dakwah
tidak menjadi statik melainkan semakin meningkat maju dan sempurna
(A.Rosyad, 1977:147&148).29 Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW
bersabda:
‫ِق‬ ‫ِم‬ ‫ِح‬
‫ِإَّن ال َّلَه َع َّز َو َج َّل ُي ُّب ِإَذ ا َع َل َأَح ُد ُك ْم َع َم اًل َأْن ُيْت َنُه‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang


yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan
cemerlang.”

Untuk itu, Rozhan dan Al-Talib (Rozhan, 1990:46 & 47 dan Al-Talib,
1992:123 & 124) menyebutkan tiga jenis kawalan:
1. Kawalan awal: kawalan ini dilakukan sebelum kegiatan pelaksanaan
dimulakan. Tujuannya ialah untuk memastikan segala sumber dan

28
Ibid., Asmahan Mokhtar Et., Al. Hlm: 67-68
29
Ibid., Mohd Amin Haji Abdul Rahim, Haji. 2012. Hlm: 115

15
persediaan yang digunakan memenuhi keperluan kegiatan pelaksanaan
yang akan dijalankan.
2. Kawalan selari: kawalan yang dilakukan secara berterusan sepanjang
kegiatan pelaksanaan dijalankan. Tujuannya ialah untuk memastikan
semua kegiatan pelaksanaan berjalan mengikut perancangan.
3. Kawalan maklum balas: kawalan yang dilakukan untuk menilai hasil
sesuatu kegiatan pelaksanaan. Tujuannya ialah untuk memastikan
kecekapan tenaga, kesempurnaan persediaan, dan kecukupan sumber,
serta pencapaian hasil yang memuaskan.30

Proses kawalan biasanya melibatkan beberapa kegiatan. Jaafar Muhammad


(2003) menghuraikan pengawalan tersebut biasanya melibatkan perkara-perkara
berikut: Menetapkan piawaian atau ukuran yang hendak dicapai berkaitan
dengan matlamat organisasi Mengukur pencapaian yang dicapai berbanding
dengan matlamat yang disasarkan Mengenalpasti masalah dan penyelewengan
jika ada Mengambil tindakan atau melakukan pembetulan terhadap masalah
yang dihadapi.31

Dengan adanya pengawalan tersebut, sebarang kelemahan dan


penyelewengan dalam pelaksanaan akan dapat dikesan pada peringkat awal, dan
seterusnya diperbetulkan dengan segera sebelum kelemahan tersebut tersasar
lebih jauh.

3.1.5. PENGURUSAN KEWANGAN

Menurut Rahim Abdullah dalam bukunya Asas Pengurusan, pengurusan


kewangan adalah aliran dana syarikat serta merancang dana, mengawal dana ini
untuk kegunaan semasa dan masa hadapan.

Pengurusan kewangan merupakan satu proses bagaimana sesebuah


organisasi atau institusi menggunakan serta membelanjakan tabung kewangan
yang ada bagi mengurus pengagihan kewangan untuk mencapai kehendak dan

30
Ibid., Mohd Amin Haji Abdul Rahim, Haji. 2012. Hlm: 115
31
Ibid., Asmahan Mokhtar Et., Al. Hlm: 68

16
objektif seperti mana yang telah ditetapkan. Untuk itu, maka pengendalian wang
perlu melibatkan perancangan dan pengawalan yang dilakukan dengan penuh
berhati-hati, cermat, cekap dan teliti supaya wang yang ada dapat dibelanjakan
dengan baik dan sistematik.32Sebagaimana firman Allah dalam surah at-Taubah
ayat 41:
‫ِب ّٰلِه ِل‬ ‫ِس‬ ‫ِه ِب ِل‬ ‫ِث‬ ‫ِا ِف ِخ‬
‫ْن ُر ْو ا َف اًفا َّو َق ااًل َّو َج ا ُد ْو ا َاْم َو ا ُك ْم َو َاْنُف ُك ْم ْيِف َس ْيِل ال ۗ ٰذ ُك ْم‬
. ‫َخ ْيٌر َّلُك ْم ِاْن ُك ْنُتْم َتْع َلُمْو َن‬
Yang bermaksud: “Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan
rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang
demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Dalam sesebuah institusi, pengurusan kewangan merupakan satu aspek


pengurusan yang terpenting yang bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan
memperlihatkan kecekapan serta keberkesanan wang yang dibelanjakan. Oleh
itu, setiap organisasi atau institusi perlu mewujudkan sumber kewangan yang
boleh membiayai aktiviti-aktivitinya kerana keupayaan organisasi merancang
sesuatu program akan dipengaruhi oleh kedudukan kewangannya.33

Selain itu, pengurusan kewangan bertujuan untuk mengawal kewangan dari


disalah gunakan atau diselewengkan dan dalam masa yang sama dapat
mengelakkan peruntukan kewangan yang dibelanjakan menjadi membazir dan
sia-sia. Maka, tanpa pengurusan kewangan yang kukuh, institusi berkenaan tidak
mempunyai maruah, tidak dapat bergerak dan tidak mempunyai kepentingan.
Bahkan bagi melicinkan perjalanan operasi dan pengurusan setiap organisasi ia
perlu mempunyai belanjawan. Belanjawan yang perlu disediakan bagi setiap
program yang telah dirancang untuk dilaksanakan.34

Dalam konteks pengurusan kewangan institusi dakwah ia perlu diuruskan


dengan baik dan berkesan agar berkeyakinan dan kepercayaan masyarakat umat
Islam terhadap institusi dakwah tidak hilang.

32
Ibid., Mohd Amin Haji Abdul Rahim, Haji. 2012. Hlm: 115
33
Ibid.,
34
Ibid.,

17
3.1.6. PENGURUSAN HARTA MODAL

Pengurusan harta modal yang melibatkan bangunan, kelengkapan atau peralatan


lain dalam sesebuah institusi merupakan salah satu amalan pengurusan yang
penting kerana semua harta modal adalah kemudahan yang dapat membantu
sesebuah institusi mencapai matlamatnya. Oleh itu, semua harta modal perlu
diuruskan dengan baik dan berkesan supaya ia benar-benar dapat dimanfaatkan
dalam usaha-usaha dakwah yang dilaksanakan. Pengurusan yang baik dan
berkesan terhadap harta modal itu membolehkannya digunakan secara
maksimum serta cekap dan efisien. Dalam surah alAnfal ayat 28, Allah SWT
berfirman;

‫ࣖ َو اْعَلُم ْٓوا َاَّنَم ٓا َاْم َو اُلْمُك َو َاْو اَل ُد ْمُك ِف ْتَنٌة ۙ َّو َاَّن اَهّٰلل ِع ْنَد ٓٗه َاْج ٌر َع ِظ ٌمْي‬.

Yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahwa hartamu dan anak-anakmu itu


hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar.”

Selain daripada penggunaan dan kelengkapan untuk kerja-kerja


pengurusan yang biasa, terdapat satu alat peralatan yang penting kepada institusi
Islam pada masa kini iaitu peralatan telekomunikasi dan teknologi maklumat. Ini
kerana zaman mutakhir ini telah menyaksikan peralatan komunikasi dan
teknologi maklumat sudah memasuki era canggih dimana manusia boleh
berhubungan antara satu sama lain dengan mudah, cepat dan tepat walaupun
jarak berjauhan.35

Peralatan seperti radio, televisyen dan internet perlu diuruskan dengan


baik dan digunakan semaksima mungkin sebagai medium dakwah masa kini.
Untuk itu, semua institusi dakwah sepatutnya mengambil manfaat sepenuhnya
dari peralatan-peralatan itu untuk kepentingan dakwah dan bagi melicinkan
kerja-kerja pengurusan institusi dakwah.

35
Ibid., Mohd Amin. Haji Abdul Rahim, Haji. 2012.

18
3.1.7. PENGURUSAN PROGRAM DAKWAH

Dalam membincangkan tentang pengurusan Islam atau dakwah perkara utama


yang diberikan tumpuan ialah tentang pengurusan program yang dijalankan
oleh sesebuah institusi tersebut. Perkara ini penting kerana di dalam sesebuah
organisasi atau institusi perkara utama yang menjadi persoalan ialah apakah
sumbangan atau perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat khususnya
masyarakat Islam?

Jawapan yang biasa dilontarkan ialah program dan latihan yang


dikendalikannya dalam keadaan ia diurus dan diselenggarakan. Sekiranya ia
diurus dengan baik dan sistematik, sudah pasti masyarakat akan mengikutinya
pada program tersebut dan sebaliknya.

Program dakwah merupakan salah satu media untuk menyalurkan isi


kandungan dakwah kepada sasaran dakwah. Menurut kamus dewan media ialah
alat atau perantara komunikasi (penghubung) iaitu menghubungkan isi
kandungan dakwah dengan orang ramai. Tanpa program dakwah, isi kandungan
dakwah tidak dapat disampaikan kepada sasaran dakwah.36

Program dakwah yang dilaksanakan sekarang adalah dalam pelbagai


jenis dan cara bersesuaian dengan situasi dan era globalisasi bagi tujuan
pembangunan insan. Sesebuah institusi atau organisasi dakwah perlu
menyediakan kandungan yang benar-benar memberikan manfaat dalam
program dakwah mungkin dari aspek penyampaian dan aspek-aspek yang lain
dan dilakukan dengan pelbagai cara. Ada program yang dilakukan secara
khusus kepada golongan tertentu sahaja dan terdapat juga program secara
umum. Di antara jenis-jenis program dakwah yang dilaksanakan oleh organisasi
dakwah ialah seperti usrah, khutbah, ceramah, kuliah, kursus, bengkel,
simposium, seminar dan persidangan, forum, diskusi dan debat, kegiatan

36
Laman web: https://123dok.com/article/jenis-jenis-program-dakwah-konsep-program-dakwah-
pelaksanaannya.z15ox2ey Mac 2023

19
kemasyarakatan, program ziarah, program-program keagamaan dan
sebagainya.37 Firman Allah Taala dalam Surah al-Hajj ayat 77:

‫ِذ‬
‫َيا َأُّيَه ا ا َّل ي َن آ َم ُنوا ا ْر َك ُع وا َو ا ْس ُج ُد وا َو ا ْع ُبُد وا َر َّبُك ْم َو ا ْفَع ُلوا ا ْل َخ ْيَر َلَع َّلُك ْم‬

‫ُتْف ِل ُح و َن‬

Yang bermaksudnya: Wahai orang-orang yang beriman,


rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah
kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah
amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Kepelbagaian nama jenis program dakwah tersebut adalah bagi


menjamin keberkesanan isi kandungan dakwah yang akan disampaikan. Ianya
hendaklah dijadikan budaya dalam kehidupan bagi tujuan melahirkan ilmuan
sebenar. Islam menggalakkan pengikutnya menggunakan setiap saluran yang
boleh menyampaikan dakwahnya kepada sasaran, tanpa melihat dari mana
datangnya saluran atau media itu tersebut dengan syarat tidak bercanggah
dengan roh Islam dan tabiat hukumnya.

Menurut kajian Ahmad Nasir (2016), dalam aspek metodologi dakwah


dapat diklasifikasikan kepada dakwah umum, dakwah alternatif dan dakwah
moden. Dalam aspek pendekatan dakwah umum, kader-kader dakwah didapati
lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan melalui nasihat diikuti
pendekatan melalui perbincangan, perbuatan, bimbingan solat, bimbingan al
Qur’an dan contoh teladan. Dalam aspek pendekatan dakwah alternatif, kader-
kader dakwah didapati lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan
melalui sistem pendidikan Manakala dalam aspek pendekatan dakwah moden,
kader-kader dakwah didapati lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan
melalui program lawatan atau ziarah. Dalam aspek pengisian dakwah, didapati
kecenderungan badan-badan dakwah dengan mengutamakan pengisian program
dakwah yang berbentuk ceramah agama.38
37
Suzanah Binti Nilam. 2012. Gerakan Dakwah Di Kota Kinabalu: Kajian Terhadap Pertubuhan Islam
Seluruh Sabah (USIA). Universiti Malaya. Malaysia. Hlm: 158

38
Ibid., Ahmad Nasir Mohd Yusoff. 2016.

20
Namun begitu jenis-jenis dakwah ini hendaklah diperkembangkan dan
diperluaskan dari semasa ke semasa. Pelaksanaannya bukan semata-mata
bersifat formal dan diadakan di majlis-majlis rasmi sahaja. Penyampaian
dakwah dalam bentuk secara tidak formal atau dalam bentuk yang lain juga
mampu memberi kesan yang positif dan menarik golongan manusia kepada
menghayati ajaran Islam sekiranya dilaksanakan dengan betul dan menepati
kaedah sebenar.39

Program dakwah yang sesuai perlu dirancang, disusun dengan sistematik


dan diselaraskan dengan semua bahagian pengurusan. Pelbagai program
dakwah sanaada kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain
boleh dilaksanakan bersifat tradisional ataupun moden bertujuan untuk menarik
minat audien atau mad’u untuk mereka menyertai aktiviti dakwah secara
konsisten. Program dakwah dilihat berkesan kerana sikap audien atau mad’u
lazimnya berminat terhadap sesuatu program.

Secara umumnya, semua institusi dakwah ini mempunyai dasar


pelaksanaan program dakwah dalam penubuhannya. Perancangan dakwah yang
baik dan teratur serta melihat semua aspek dakwah akan membolehkan
keberkesanan dan kejayaan dakwah bagi sesebuah institusi dakwah itu. Oleh itu
perlunya metod-metod program dakwah diaplikasikan oleh institusi dakwah di
sesebuah negara itu untuk mendekatkan masyarakat dengan ajaran Islam dalam
pelbagai bentuk. Antaranya melalui penganjuran hari kebesaran Islam dengan
di adakan ceramah, forum, tazkirah dan sebagainya.

Dari aspek peranan badan-badan dakwah, didapati telah menunaikan


tanggungjawab berdakwah melalui program-program dan aktiviti yang diatur
secara berkala dan sistematik sama ada secara harian, mingguan, bulanan dan
tahunan.40
Menerusi hasil kajian, penyelidik menyimpulkan program dakwah ini
sangat penting dalam membina sahsiah pelajar menjadi hamba Allah SWT yang
mementingkan kehidupan akhirat kerana setiap program dakwah yang
39
Ibid., Suzanah Binti Nilam. 2012. Hlm: 159
40
Ibid., (Ahmad Nasir Mohd Yusoff, 2016).

21
dilakukan. Pelajar melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas tanpa
mengharapkan pujian orang. Mereka melakukan amalan baik tanpa dipaksa
atau disuruh kerana adanya kesedaran dalam diri mereka sendiri. Program
dakwah dan pendidikan dilihat berkesan kerana sikap pelajar sangat positif
dengan menunjukkan minat yang mendalam terhadap sesuatu program.41

4. KESIMPULAN

Faktor-faktor yang telah dibincangkan ini dilihat sangat penting dalam institusi
Islam yang lazimnya berperanan sebagai institusi dakwah dalam menyebar-luaskan
syiar Islam dan dalam menyeru masyarakat kepada menegakkan serta
memperkukuhkan agama Islam.

Diharapkan dalam perbincangan yang dikemukakan ini dapat memberi


pendedahan yang bermakna kepada institusi Islam di Brunei khususnya dan amnya
berhubung dengan mencapai matlamat dakwah Islam dan pengurusan yang patut
diamalkan sebagai faktor kejayaan sesebuah institusi dakwah dalam membawa
ajaran ugama Islam.

41
Ibid.,

22
RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri. 2021. Konsep Dan Pelaksanaan Fungsi Masjid Dalam Memartabatkan
Masyarakat. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,
Selangor, Malaysia Al-Mimbar: International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf
Management, 1(1):1-12

Abdul Halim Bin Abdul Karim1 Ahmad Effat Bin Mokhtar. 2019. Peranan Badan-Badan
Dakwah Dalam Mendekati Golongan Gelandangan: Satu Tinjauan. Jurnal Al-Sirat
Bil. 18 Vol. 1:1-18

Abdul Munir Ismail, Nik Yamcik Zainab & Sulaiman Dorloh. 2020. Analisis Keberkesanan
Aktiviti Dakwah Dan Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Sains. Borneo
International Journal, Vol. 2 (4): 1-10.

Ahmad, Mohd Farid Hafidz and Othman, Mohamad Khairi. 2017. Pusat Islam Polimas:
Penglibatan Program Dakwah Dan Hubungannya Dengan Amalan Ibadat Solat Dan
Pengamalan Akhlak Pelajar. Jurnal Proceedings Of The ICECRS, 1 (1): 653-662.

Ahmad Nasir Mohd Yusoff 2016. Praktis Dakwah Oleh Organisasi Dakwah Kerajaan Dan
Badan Dakwah Bukan Kerajaan Terhadap Etnik Penan Di Bintulu Sarawak. Jurnal
Al-Anwar, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 2(2): 151-
171

Asmahan Mokhtar, Nurshahiza Mohamad Isa Dan Norni Abd Wahab. TT. Pengurusan
Dalam Islam. Jabatan Pengajian Politeknik, Kemnterian Pengajian Tinggi

Hajah Radziah Haji Abdullah. 2022. Struktur Pentadbiran Dakwah Islam di Negara Brunei
Darussalam: Kajian dari Tahun 1950-1985. International Journal of `Umranic
StudiesJurnal Antarabangsa Kajian `Umran.I Vol 5(1): 51

Hamriani. H.M. 2013. Organisasi Dalam Manajemen Dakwah. Fakultas Dakwah Dan
Komunikasij. Jurnal Dakwah Tabligh. 14(2): 239 – 249.

Kamus Dewan Edisi ke Empat. 1992. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

23
Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Kamaruddin Salleh. 2016.
Faktor-Faktor Kelemahan Pengurusan Dan Pentadbiran Islam Di Malaysia Serta
Langkah-Langkah Mengatasinya. Jurnal Ilmi. Jilid 6: 89-104

Mohd Amin. Haji Abdul Rahim, Haji. 2012. Perkembangan Dakwah Di Negara Brunei
Darussalam. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Negara Brunei Darussalam.

Suzanah Binti Nilam. 2012. Gerakan Dakwah Di Kota Kinabalu: Kajian Terhadap
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Universiti Malaya. Malaysia

Internet:

Laman web: https://123dok.com/article/jenis-jenis-program-dakwah-konsep-program-dakwah-


pelaksanaannya.z15ox2ey Mac 2023

24

You might also like