Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SENARAI AKTIVITI

1. Sekolah Saya
Guru bertugas memberi penerangan ringkas kepada murid-murid tentang maklumat asas tentang
sekolah seperti waktu datang dan pulang, jadual waktu, masa rehat dan sebagainya.

2. Zumba
Bersenam untuk kesihatan sambil memupuk minat murid untuk seronok datang ke sekolah.

3. Sekolahku Ceria
Mengingatkan murid supaya sentiasa menjaga kebersihan sekolah, tidak membuang sampah merata-
rata, menconteng dinding dan meja dan sebagainya.

4. Mari Mewarna
Guru menyediakan kertas lukisan yang bersesuaian untuk aktiviti mewarna tahun 2 dan tahun 3.
Dijalankan di dalam kelas masing-masing.

5. Indoor Games
Dijalankan di dalam kelas mengikut kreativiti guru. Contoh permainan: dam aji, dam ular.

6. Awak Nak Jadi Apa?


Slot dikendalikan oleh guru kaunseling. Bincangkan tentang cita-cita murid sebagai perangsang
supaya murid lebih tekun belajar.

7. Akhlak Mulia
Guru menerapkan sifat-sifat mulia yang patut diamalkan oleh setiap murid. Identiti murid SPKI mesti
berakhlak mulia.

8. Jom Solat
Memupuk kesedaran murid tentang kewajipan solat. Dijalankan di surau.

9. Senamrobik
Bersenam untuk kesihatan sambil menarik minat murid seronok datang ke sekolah.

10. Kawan Saya


Guru kaunseling menyelitkan unsur mengambil berat sesame kawan, saling membantu dan
menyelitkan tentang kes buli.

11. Sorak dan Tari


Setiap kelas diminta mencipta satu sorakan (yell) dan Gerakan yang melambangkan identiti kelas
masing-masing.

12. Sukan Rakyat


Dijalankan di dalam kelas mengikut kreativiti guru. Contoh, permainan batu seremban, congkak.

13. Bintang Kecil


Pertandingan nyanyian untuk murid menunjuk bakat.

14. Roda Emosi


Promosi kesihatan mental dan kesejahteraan emosi.

15. Bestnya Sekolah


Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah. Penting untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah

You might also like