Review Skrip FMP411

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

FAKULTI KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF

SARJANA MUDA TEATER (KEPUJIAN) PRODUKSI TEATER

NAMA :

SITI NORJALILAH BINTI MOHD JONID

KOD PROGRAM :

CAFF234

KOD PENGAJIAN :

FMP411

NAMA PENSYARAH :

ENCIK AZLAN SHAH RASHID

TAJUK :

REVIEW SKRIP : HANTU TENGGEK

TARIKH :

19 DISEMBER 2022
NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. OBJEKTIF KAJIAN 2
2. SINOPSIS FILEM 2
3. TEMA DAN GENRE 2-3
4. PLOT PENCERITAAN
i. PLOT PEMULAAN 3-4
ii. PLOT PERKEMBANGAN 4
iii. PLOT PERUMITAN 4-5
iv. PLOT KLIMAKS 5
v. PLOT PELERAIAN 5-6
vi. PLOT PENGAKHIRAN 6
5. WATAK DAN PERWATAKAN
& 7-9
WATAK SAMPINGAN
6. CADANGAN LOKASI PENGGAMBARAN 10
7. CADANGAN LATAR
i. LATAR TEMPAT 10
ii. LATAR MASA 11
iii. LATAR MASYARAKAT 11
8. RUMUSAN 11-12
9. CADANGAN PELAKON 13

1
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dibuat untuk mengkaji sebuah filem yang berjudul “Hantu Tenggek” dan
menjelaskan isi-isi penting berkenaan filem tersebut. Sesebuah filem mempunyai cara untuk
menganalisis supaya mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan cepat. Malah, tidak
mempunyai cara yang lain kecuali dengan menggunakan cara memasukkan data-data yang
berkaitan ke dalam script breakdown. Kemudian, dari situlah kita dapat menemui maklumat-
maklumat penting dalam setiap babak. Semua produksi sama ada di dalam mahupun di luar
negara mereka menggunakan cara tersebut sebelum melakukan proses penggambaran supaya
proses penggambaran yang akan dilakukan kelihatan teratur dan mudah.

SINOPSIS FILEM

Filem ini bertajuk Hantu Tenggek yang bergenrekan komedi seram serta ia mengisahkan
sekumpulan Pemburu Misteri yang menggelarkan diri mereka sebagai Geng Autaa. Mereka
cuba untuk menakutkan pembeli bangunan terbiar tersebut malah akhirnya terperangkap oleh
gangguan hantu sebenar yang berada di dalam bangunan tersebut. Dapatkah geng Autaa ini
terus menipu penduduk kampung dengan teknologi mereka untuk menghalau hantu ataupun
mereka terperangkap dengan perbuatan mereka sendiri?

TEMA DAN GENRE

Tema membawa maksud persoalan utama yang menjadi dasar sesuatu karangan atau cerita.
Tema ini selalu dibangkitkan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Terdapat
beberapa tema yang sering digunakan untuk pembikinan sesuatu cerita seperti drama, filem
dan sebagainya (Mazlia Murat, 2013). Bagi saya, apabila sesebuah penceritaan yang
mempunyai tema akan memberi kemudahan untuk penonton faham dan mendalami apa yang
disampaikan dalam sesebuah cerita. Antaranya ialah tema persahabatan, kekeluargaan, kasih
sayang dan cinta serta banyak lagi tema yang boleh dikaitkan. Filem yang saya kaji bertajuk
Hantu Tenggek ini bertemakan persahabatan. Hal ini kerana, mereka sanggup melakukan apa
sahaja kerja sekalipun bersama-sama walaupun mereka tahu ia boleh mendatangkan masalah
dan risiko. Selain itu, komedi seram pula bermaksud menggabungkan elemen seram dan juga
komedi. Filem yang mempunyai unsur begini selalunya memparodikan elemen seram dalam
gaya lebih santai dan lawak. Filem tersebut juga selalunya tidak menyeramkan malah ianya

2
ialah salah satu subgenre seram yang unik dan mudah disukai penonton. Sebagai contoh,
filem Hantu Tenggek ini menunjukkan unsur komedi seram dalam penceritaan yang mereka
tunjukkan seperti mana menghasilkan karakter atau watak yang lawak sehingga penonton
dapat memberi reaksi tertawa terhadap apa yang ditonton. Oleh itu, ia akan memberi kesan
kepada penonton dan dapat menghiburkan mereka.

PLOT PENCERITAAN

Plot ialah susunan peristiwa yang terjadi dalam sesebuah cerita. Plot akan berlaku bersama
dengan adanya watak, latar, tema dan gaya penceritaan. Plot juga dianggap salah satu
bahagian asas cerita. Plot ini terjadi daripada penyusunan kronologi yang diubah suai
mengikut kemahuan pengarang inginkan. Plot terdiri daripada permulaan, perkembangan,
perumitan, klimaks, peleraian dan pengakhiran. Apabila kesemua elemen ini dimasukkan
dalam penceritaan maka cerita tersebut menjadi lebih dramatik dan menunjukkan kreativiti
setiap babak.

i. PLOT PERMULAAN
Plot permulaan adalah peringkat permulaan untuk memperkenalkan watak-
watak, latar serta suasana yang terdapat dalam sesuatu cerita. Kebanyakan
penonton akan melihat dari permulaan cerita dahulu kerana bagi mereka permulaan
sebuah cerita adalah segala-galanya untuk penonton faham. Hal ini kerana, setiap
permulaan cerita ia memberi kesan yang positif kepada penonton sebelum melihat
keseluruhan cerita. Filem Hantu Tenggek plot permulaannya menceritakan tentang
sekumpulan pemburu misteri iaitu Tariq, Ana, Usop, Ali dan Aishah. Mereka telah
membuat plan dalam tipu muslihat untuk menipu penduduk kampung. Pada
mulanya, di sebuah kampung ada seorang gadis yang bernama Siti iaitu anak
kepada Tuan Sidek telah mengalami kerasukan selepas melihat sesuatu benda yang
muncul dihadapannya ketika pulang dari mengaji. Dalam masa yang sama, hal
tersebut menyebabkan semua penduduk kampung heboh apabila mengetahui
keadaan Siti selepas dia pulang mengaji pada waktu malam. Penduduk kampung
jadi bimbang dan mereka berasa takut akan hal tersebut kerana mereka anggap
yang kampung mereka mempunyai hantu serta menambahkan lagi huru-hara di
kampung tersebut. Keadaan yang berlaku membuatkan Tuan Sidek terpaksa

3
mengadakan mesyuarat dengan AJK kampung untuk menangani masalah yang
terjadi.
Ketika mesyuarat sedang dijalankan, terdapat seorang perempuan yang
bernama Ana kelihatan sangat panik dan muka yang pucat masuk ke balai raya.
Tuan Sidek bertanya kepada Ana apa yang telah berlaku kemudian Ana
menceritakan kejadian yang berlaku terhadap dirinya telah melihat seorang
perempuan berdiri di belakang balai raya tersebut. Keresahan semua penduduk
kampung semakin kuat. Dalam masa yang sama, kebetulan pintu tiba-tiba tertutup
dengan sendirinya serta menambahkan lagi huru-hara apabila lampu balai raya
tersebut meletup dan penduduk kampung lari dalam ketakutan. Tuan Sidek dan
semua penduduk kampung bercadang untuk memanggil pemburu misteri kerana
mereka ingin meminta tolong untuk menghalau hantu yang ada di kampung itu.

ii. PLOT PERKEMBANGAN

Plot perkembangan bermaksud perkara yang berlaku sebelum mencapai


perumitan. Perkembangan sengaja diwujudkan oleh pengarang dengan tujuan untuk
menimbulkan perasaan teruja penonton sebelum menuju ke peringkat perumitan.
Dalam filem Hantu Tenggek plot perkembangan berlaku ketika babak sekumpulan
pemburu misteri mnggunakan helah mereka untuk menipu penduduk kampung.
Malah penipuan yang mereka rancang tidak bertahan lama kerana Tuan Sidek telah
mengetahui apa yang mereka rancangkan kerana rancangan tersebut mempunyai
kaitan dengan menculik anaknya iaitu Siti. Dalam masa yang sama, Tuan Sidek
telah membuat rancangan sendiri dengan menangkap salah seorang daripada
kumpulan itu. Sekumpulan pemburu misteri terpaksa mengikut syarat Tuan Sidek
supaya kawan mereka dilepaskan. Syarat tersebut adalah mereka perlu takut-
takutkan Rahim supaya dia tidak jadi membeli bangunan lama kolej seni tari itu
dan mereka semua bersetuju terhadap syarat tersebut.

iii. PLOT PERUMITAN

Plot perumitan ialah konflik asa yang berlaku pada bahagian permulaan
menjadi semakin kompleks disebabkan ia berkaitan dengan konflik-konflik yang

4
selanjutnya. Perkara tersebut termasuklah pelbagai halangan yang perlu ditempuhi
oleh watak protagonis dan kejadian yang mengecewakannya untuk mencapai
matlamat yang diharapkannya. Konflik selanjutnya itu juga akan melibatkan watak
antagonis yang cuba menghalang dan menentang watak protagonis. Dalam filem
Hantu Tenggek, plot perumitan berlaku ketika babak sekumpulan pemburu misteri
itu perlu mengikut syarat yang dibuat oleh Tuan Sidek untuk melakukan penipuan
ke atas Rahim bagi menyelematkan kawannya iaitu Ali yang ditangkap oleh Tuan
Sidek. Walabagaimanapun, mereka juga membuat perancangan baru untuk
menakut-nakuti Rahim dan orang suruhannya. Keadaan menjadi sukar kerana
Aisyah secara tiba-tiba tidak ingin bekerjasama kerana dia menganggap apa yang
mereka buat ini akan menjadi satu karma terhadap perbuatan sendiri. Tetapi, Tariq
cepat bertindak dan Aisyah pula ingin meneruskan dengan perancangan mereka
kerana dia berfikir untuk menyelamatkan Ali.

iv. PLOT KLIMAKS


Plot klimaks merupakan tahap paling tinggi bagi penonton mengalami detik
suspens dan cemas. Klimaks juga merujuk kepada titik puncak yang menjadi tanda
perubahan atau peralihan daripada yang baik atau buruk. Dalam filem Hantu
Tenggek, plot klimaks berlaku ketika babak Rahim datang ke bangunan yang ingin
dibelinya itu bersama bomoh untuk memeriksa sama ada boleh digunakan ataupun
tidak. Dalam masa yang sama, Ana dan Tariq menjalankan tugasnya seperti Ana
membuka suara anjing menyalak dengan menggunakan telefon bimbitnya manakala
Tariq pula membuat bunyi kerusi yang diheret untuk menambahkan lagi suasana
yang seram dalam bangunan itu. Apabila adanya bunyi-bunyian tersebut, Rahim
terdengar dan menjadi takut. Secara tidak langsung, Ali yang menyamar sebagai
hantu bertujuan untuk menakutkan Rahim dan orang-orangnya malah terjadi
sesuatu perkara yang tidak diingini iaitu ada hantu yang bertenggek di atas bahu
Ali.

v. PLOT PELERAIAN
Dalam plot peleraian, setiap watak berjaya mencapai matlamatnya dan di
bahagian peleraian ini selalunya keadaan teruja, cemas, dan tegang dalam kalangan

5
penonton sampai ke penghujungnya. Filem Hantu Tenggek bagi plot peleraiannya
melalui babak yang membawa keinsafan kepada sekumpulan pemburu misteri itu.
Mereka semua terperangkap di dalam bangunan lama kolej seni tari disebabkan
ingin menyelamatkan Aishah yang dirasuk oleh hantu. Hal ini terjadi kerana Aisyah
yang lari masuk ke dalam bangunan sementara rakan-rakannya sudah berlari ke
luar bangunan tanpa Aisyah tahu. Apabila mereka semua masuk ke dalam
bangunan, mereka terlihat Aisyah sedang menyanyi dan menari. Mereka semua
panik dan ingin menolong Aisyah dan tiba-tiba hantu tenggek itu menceritakan
kisah sedihnya yang berlaku dulu terhadap dirinya. Akhirnya, mereka mengambil
keputusan untuk menjadi anak murid kepada hantu tenggek dan mengajar mereka
menari. Oleh hal yang demikian, mereka semua menyesal terhadap perbuatan
sendiri dan mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu.

vi. PLOT PENGAKHIRAN


Plot pengakhiran dalam filem Hantu Tenggek ini memberi impak dan
pengajaran kepada penonton. Jika kita ingin melakukan sesuatu kerja atau
menyelesaikan masalah, kita perlu berfikir secara rasional agar hasilnya akan
menjadi baik serta tidak memudaratkan kehidupan seharian seseorang. Jadi, dalam
filem hantu tenggek tersebut disebabkan salah langkah, hidup mereka jadi huru-
hara.

6
WATAK DAN PERWATAKAN SERTA WATAK SAMPINGAN

‘Hantu Tenggek’ merupakan filem komedi seram yang akan ditayangkan pada 22 Disember
2022 arahan Dato’ Profesor TS. DR A. Razak Hj. Mohaideen terbitan VEEDU
PRODUCTION SDN. BHD & MGE PRODUCTION SDN. BHD. Filem ini dibintangi oleh :

 Sharif Zero sebagai Tariq

- Ketua kumpulan pemburu misteri, suka membuat perancangan dengan teliti,


mempunyai perasaan terhadap Aisyah

 Saiful Zero sebagai Ali

- Suka mematuhi arahan, pasangan kerja Aishah

7
 Danial Zaini sebagai Usop

- Seorang yang menyukai kamera, mempunyai perasaan terhadap Aisyah juga

 Sugeeta Chandran sebagai Aishah

- Menyamar sebagai hantu dengan memakai kostum dan make up yang menyeramkan
untuk menakutkan penduduk kampung

 Siti Khadijah Halim sebagai Ana

- Seorang yang kasar dan serba boleh, seorang yang penakut

8
 Saiful Apek sebagai Tuan Sidek

- Ketua kampung, ayah kepada Siti, membuat perancangan untuk menakutkan Rahim

 Yassin Senario sebagai Rahim

- Orang yang ingin membeli bangunan kosong,

 Adilia Hilda sebagai Siti

- Anak kepada Tuan Sidek, seorang yang penakut,

9
CADANGAN LOKASI PENGGAMBARAN

Lokasi yang banyak digunakan dalam filem ini banyak memfokuskan kepada sebuah bilik
yang berada di bahagian tingkat atas sahaja. Hal ini kerana filem ini mengisahkan tentang
hantu tenggek yang berada di bangunan lama iaitu kolej seni tari. Apabila lokasi yang
difokuskan pada bilik sahaja akan menimbulkan kesan ketegangan dalam skrip filem kerana
hanya memberi tumpuan kepada satu tempat serta ia akan mengulangi kejadian yang seram di
tempat yang sama. Selain itu, untuk menampakkan lagi keseraman terhadap penceritaan
mungkin boleh tambah dengan satu babak ketika hantu tenggek muncul secara perlahan-
lahan serta sama ada membuat gimik seperti menuliskan sesuatu pada dinding dengan
menggunakan darah yang boleh menimbulkan kesan tertanya-tanya kepada penonton. Pada
lokasi kawasan lama kolej seni tari pula bagi saya tidak menyeramkan. Hal ini kerana prop-
prop yang digunakan tidak terlalu banyak dan tidak menampakkan motif seram yang ingin
disampaikan. Mungkin kita boleh meletakkan prop seperti asap, kain hitam untuk kelihatan
suram dan banyak lagi yang boleh ditambah. Tambahan lagi, penulis boleh menambahkan
lagi dengan membuat bangunan tersebut kelihatan lebih usang serta meletakkan daun-daun
kering atau pelbagai kayu yang kelihatan buruk. Boleh juga menggunakan bau-bauan yang
tidak menyelerakan pada bahagian bangunan tersebut.

LATAR HANTU TENGGEK (CADANGAN)

Latar Tempat :

Balai raya di kampung Tuan Sidek adalah tempat mereka melakukan mesyuarat. Cadangan
saya, balai raya ini boleh ditempatkan di suatu kawasan yang lapang dan mempunyai sebuah
rumah untuk dijadikan balai raya. Balai raya tersebut mesti diperbuat daripada batu dan
bukan kayu kerana ingin meletakkan kuantiti penduduk kampung yang ramai serta kelihatan
teratur dan memberi keselesaan ketika berkumpul. Selain itu, latar tempat di bangunan lama
kolej seni tari. Bangunan ini dijadikan sebagai tempat untuk membuat babak yang ada hantu.
Bagi saya, perlu gunakan bangunan yang kelihatan betul-betul usang dan kotor dan
ditambahkan lagi sama ada menggunakan pencahayaan yang membawa ketakutan seperti
menggunakan lampu berwarna merah pada beberapa tempat. Boleh juga dengan meletakkan
asap-asap dibahagian pintu masuk bangunan itu serta boleh juga meletakkan bunyi-bunyian
dengan menggunakan instrumental yang seram untuk memberi aura kepada pelakon dan
penonton.

10
Latar Masa :

Di dalam filem Hantu Tenggek ia menggunakan latar masa siang dan malam. Hal ini kerana
disebabkan filem ini bergenre komedi seram jadi latar masa malam akan banyak yang
digunakan. Untuk kelihatan seram memang sesuai pada waktu malam supaya penonton dapat
merasakan keseraman terhadap filem tersebut. Sebagai contoh, babak yang mereka ingin
menghalau hantu dilakukan pada pukul 12.00 malam. Waktu tersebut adalah lebih tepat untuk
melakukan aktiviti seperti mistik kerana makhluk ghaib suka muncul.

Latar Masyarakat :

Terdapat pelbagai latar masyarakat iaitu penduduk kampung, ketua kampung dan
sekumpulan pemburu misteri. Kejadian yang berlaku kepada Siti iaitu dirasuk oleh hantu,
penduduk kampung menjadi risau dan mula panik kerana mereka sedar kampung yang dulu
aman dan sekarang tidak lagi aman disebabkan adanya makhluk halus yang muncul secara
tiba-tiba. Dalam masa yang sama, keadaan menjadi huru-hara dan perasaan penduduk
kampung sudah tidak terkawal lagi. Walaubagaimanapun, mereka semua bekerjasama dan
bersepakat untuk menangani masalah yang terjadi. Tuan Sidek sebagai ketua kampung
mengambil inisiatif dengan mencadangkan untuk memanggil sekumpulan pemburu misteri
dengan tujuan menyuruh mereka untuk menghalau hantu tersebut. Jadi, sikap tolong
menolong yang mereka tunjukkan dapat memudahkan lagi segala permasalahan selesai
dengan cepat.

RUMUSAN

Komedi seram yang ditunjukkan dalam filem Hantu Tenggek ini di mana cerita tersebut
meletakkan jalan cerita yang sangat lawak. Sebagai contoh, babak Rahim membawa seorang
bomoh untuk melihat keadaan bangunan kosong tersebut. Bomoh itu telah melakukan
beberapa persiapan seperti menggunakan pistol mainan dan perisai kononnya sebagai alat
perlindungan mereka. Bagi pendapat saya, apa yang digunakan oleh bomoh itu tidak logik
kerana barang-barang tersebut adalah sebuah mainan sahaja dan tidak sesuai digunakan untuk
melindungi diri tetapi disebabkan filem ini bergenre komedi jadi penulis meletakkan barang
tersebut sebagai unsur lawak. Terdapat juga kesan komedi yang ada dalam penceritaan ketika
babak bomoh terkejut mendengar suara orang mengilai padahal suara tersebut muncul
daripada telefon bimbit bomoh itu sendiri. Walaupun filem ini komedi seram tetapi ia juga

11
banyak memberi impak dan pengajaran kepada penonton melalui setiap jalan cerita yang
disampaikan. Salah satunya adalah setiap perbuatan yang tidak baik terhadap orang lain ia
akan mendapat balasan dalam hidup sama ada cepat ataupun lambat. Jadi, sebelum
melakukan sesuatu perkara kita mestilah berfikir dahulu dengan baik terhadap risiko yang
akan terjadi supaya tidak menyusahkan diri sendiri serta orang lain dengan perkara yang tidak
diingini berlaku.

12
CADANGAN PELAKON :

 Tariq sebagai Achey

 Ali sebagai Nami (kumpulan UBI muzikal lawak superstar)

 Usop sebagai Kamal Adli

13
 Aisyah sebagai Reen Rahim

 Ana sebagai Intan Najuwa

 Tuan Sidek sebagai Kaza Saisi

14
 Rahim sebagai Zizan Razak

 Siti sebagai Emma Maembong

RUJUKAN

Mazlia Murat. (2013). Panduan Manuskrip Yang Disukai Penerbit.

http://mazliamurat.blogspot.com/2013/11/ppn-genre-tema-dan-sasaran-pembaca.html

Veedu Production. (2022). Official Trailer: Hantu Tenggek.

https://youtu.be/yBQ6BTcW-RM

Muhammad Al Afzan. (2018). Binaan Plot.

https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/03/binaan-plot.html

15

You might also like