The Water Cycle

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 25

The water cycle, Malay Kembali ke muka surat sebelum ini • Laman Utama Kitaran Air

Laman Utama Sains Air


Gambarajah Kitaran Air

U.S. Geological Survey

Apakah kitaran air?

Apakah kitaran air? Saya boleh jawab soalan itu dengan mudah - ia
adalah "saya" seluruhnya. Kitaran air menghuraikan kewujudan and pergerakan air di
permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi sentiasa dalam
pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan kembali
semula. Kitaran air telah bertindak berbilion-bilion tahun dan semua hidupan di bumi
bergantung kepadanya; Bumi akan menjadi sebuah tempat tanpa hidupan jika
tiadanya.

Ringkasan kitaran air.


K
itaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat yang agak baik untuk bermula ialah
lautan. Matahari, yang menggerakkan kitaran air, akan memanaskan air dalam lautan,
dan sesetengah daripadanya akan menyejat membentuk wap air dan bergerak ke
dalam udara bumi ini. Sejatan turut berlaku di kawasan seperti tasik air tawar dan
sungai. Di kawasan daratan, sejattranspirasi iaitu air yang akan ditranspirasikan
daripada tumbuh-tumbuhan dan bersejat daripada tanah juga akan menyumbang
kepada jumlah kuantiti wap air di udara. Terdapat suatu kuantiti kecil air di atmosfere
yang terhasil daripada proses pemeljawapan, iaitu ais dan salji akan menyejat terus
kepada wap air dan langsung tidak melalui proses peleburan. Arus udara yang
meningkat akan membawa wap air ini ke dalam lapisan atmosfera dan suhu yang
lebih sejuk akan menyebabkannya untuk berkondensasi kepada awan yang ada di
langit.

Arus udara memindahkan awan-awan supaya ia akan mengelilingi bumi, dan titisan-
titisan awan akan bertembung, membesar, dan kemudian jatuh dari awan sebagai
kerpasan. Sebahagian daripada kerpasan akan jatuh sebagai salji dan kemudian
berlonggok untuk membentuk kemuncak ais dan glasier. Salji di iklim yang lebih
panas akan mencair apabila tibanya musim bunga, dan air yang tercair itu akan
mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua
kerpasan akan jatuh semula ke lautan tetapi juga terdapat air tercair yang jatuh ke atas
daratan bumi, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi
sebagai air larian permukaan. Sebahagian daripada air larian ini akan mengalir ke
dalam sungai dan seterusnya ke dalam lautan besar sebagai akibat daripada tindakan
aliran arus sungai dan sebahagian daripadanya pula berkumpul di dalam sungai dan
tasik sebagai air tawar.

Bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sumber-sumber simpanan
air di permukaan bumi, sungguhpun kebanyakan daripadanya akan menyerap ke
dalam permukaan bawah tanah ( peresapan ). Sebahagian lagi akan menyerap jauh ke
dalam kerak bumi dan mengisi semula jumlah air di dalam akuifer ( batu
subpermukaan tepu ) yang dapat menyimpan sejumlah besar air bawah tanah untuk
suatu jangka masa yang lama. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan
dengan permukaan bumi dan akan diserap semula ke dalam sumber-sumber air
permukaan serta lautan sebagai 'rembesan'air tanah. Terdapat juga air yang akan
mencari retakan pada permukaan bumi dan muncul semula sebagai mata air tawar.
Apabila melalui suatu jangka masa yang lama, air ini akan terus bergerak dan terdapat
sebahagian daripadanya yang akan dialirkan semula ke dalam lautan dan 'berakhirlah'
kitaran air ini…dan bermulanya suatu kitaran yang baru tetapi sama.

Gambar rajah untuk kitaran hidrologi

Bahagian-bahagian bagi kitaran air

U.S Geological Survey ( USGC ) telah mengenal pasti 15 bahagian berbeza bagi
kitaran air iaitu:

Air simpanan di lautan

Sejatan

Sejattranspirasi

Air atmosfera

Pemeluwapan

Kerpasan

Air simpanan di dalam ais dan salji

Aliran air dari cairan salji ke dalam sungai

Air larian permukaan

Aliran sungai

Simpanan Air Tawar

Infiltrasi

Luahan air bawah tanah

Simpanan air bawah atnah

Mata air

Pembahagian air dunia


Air simpanan di dalam lautan : Air garam di dalam lautan
dan laut daratan.

Laut bagaikan "stor" bagi air

Sebenarnya
lebih banyak air disimpan dalam "stor" bumi iaitu lautan untuk suatu jangka masa
yang lama daripada ia melalui proses kitaran air. Lebih kurang 1,338,000,000
kilometer kubik ( 321,000,000 batu kubik ) bagi jumlah air simpanan dunia iaitu
sebanyak 1,386,000,000 kilometer kubik ( 332,500,000 batu kubik ) disimpan di
dalam lautan dunia. Kuantiti ini ialah lebih kurang 96.5 peratus. Lautan akan
membekalkan sebanyak 90% daripada air sejatan yang terdapat dalam proses kitaran
air.

Kuantiti air dalam lautan akan berubah apabila melalui suatu tempoh masa yang
panjang. Semasa tempoh iklim yang lebih sejuk, lebih banyak kemuncak ais dan
glasier akan terbentuk yang mengakibatkan pengurangan dalam kuantiti air laut.
Keadaan sebaliknya akan berlaku semasa musim panas. Semasa zaman air batu, paras
air laut adalah 122 meter ( 400 kaki ) lebih rendah daripada zaman sekarang. Apabila
keadaan bumi adalah lebih panas pada 3 juta tahun yang lalu, paras air laut mungkin
berada pada 50 meter ( 165 kaki ) lebih tinggi.

Pergerakkan dalam lautan

Arus-arus dalam lautan akan menyebabkan pergerakkan kuantiti air yang besar
mengelilingi dunia. Pergerakkan ini akan mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap
proses kitaran air dan iklim dunia. "Gulf stream" adalah sangat popular,iaitu
pengaliran air sungai yang panas di Lautan Atlantik yang bergerak daripada Teluk
Mexico ke Great Britain. Gulf Stream menggerakkan lebih daripada 100 kali jumlah
air sungai di dunia ini dengan kelajuan sebanyak 97kilometers ( 60 batu ) dalam satu
hari.
Sejattranspirasi: Perubahan air daripada cecair kepada gas
atau wap

Sejatan dan sebab berlakunya sejatan

Sejatan ialah suatu proses yang


melibatkan perubahan air daripada cecair kepada gas atau wap. Proses ini merupakan
cara yang penting bagi air untuk menyerap semula ke dalam kitaran air daripada
bentuk cecair kepada bentuk wap di atmosfera. Lautan, laut, tasik,dan sungai
membekalkan lebih kurang 90% lembapan atmosfera melalui proses sejatan, dengan
10% lagi melalui proses transpirasi tumbuhan.

Bahangan ( tenaga ), daripada matahari diperlukan untuk proses sejatan. Tenaga ini
digunakan untuk memutuskan ikatan-ikatan kimia yang memegang molekul-molekul
air bersama.Hal ini dapat menjelaskan sebab air dapat menyejat dengan mudah pada
titik didih ( 212° F, 100° C ) dan sejatan semakin berkurang apabila mendekati titik
beku. Apabila kelembapan relatif bagi udara ialah 100 % (dalam fasa tepu), sejatan
tidak akan berlaku.Proses sejatan dapat menghilangkan kepanasan di alam sekeliling
kita, maka inilah sebab utama sejatan daripada permukaan kulit dapat menyejukkan
badan kita.

Sejatan dan proses kitaran air

Sejatan daripada lautan adalah cara utama penyerapan air laut ke dalam atmosfera.
Permukaan laut yang luas ( lebih daripada 70% daripada permukaan bumi dilitupi
oleh lautan ) membolehkan sejatan dapat berlaku secara besar-besaran.Secara
global,kuantiti air yang hilang secara sejatan akan dikembalikan pada kuantiti yang
sama ke permukaan bumi melalui titisan air hujan. Tetapi penerimaan air hujan adalah
tidak sekata dan berbeza-beza mengikut kedudukan geografi sesebuah negara. Proses
sejatan lebih mudah berlaku daripada hujan di kawasan lautan manakala hujan mudah
didapati daripada proses sejatan di kawasan daratan.Sebahagian besar air sejatan
daripada laut akan kembali semula ke dalam lautan sebagai titisan air hujan.Hanya
10% daripada air sejatan laut akan dipindah ke daratan melalui proses hujan.Molekul
air akan berada di udara selama 10hari selepas melalui proses sejatan.
Sejattranspirasi: Pergerakkan wap air dari daun tumbuhan
kepada lapisan atmosfera
Sungguhpun terdapat definisi bagi sejattranspirasi yang meliputi sejatan daripada
sumber-sumber air permukaan, seperti tasik dan juga lautan , dalam laman web ini,
tetapi sejattranspirasi boleh didefinisikan sebagai kehilangan air ke dalam atmosfera
daripada permukaan tanah dan transpirasi bagi air daratan oleh tumbuh-tumbuhan
melalui daunnya. Kebanyakan daripada proses sejattranspirasi terdiri daripada air
yang ditranspirasikan daripada tumbuhan . Transpirasi merupakan suatu proses iaitu
kelembapan air yang diangkut melalui pokok tumbuhan daripada sistem akar ke liang-
liang stoma pada permukaan bawah daun, di mana ia akan berubah kepada wap air
dan disingkirkan ke dalam atmosfera. Transpirasi merupakan sejatan air daripada
daun tumbuhan. Ia telah dijangkakan bahawa 10% daripada kelembapan air yang
didapati dalam atmosfera telah disingkirkan oleh pokok tumbuhan melalui proses
transpirasi.

Transpirasi dan daun tumbuhan

Proses transpirasi ialah proses pengangkutan


lembapan air melalui tumbuhan dari akarnya kepada liang-liang kecil pada permukaan
daun,dan di sinilah ia akan berubah bentuk menjadi wap air dan dibebaskan ke
atmosfera bumi. Transpirasi ialah proses sejatan air dari permukaan daun. 10%
daripada kelembapan bumi dijangka disingkirkan oleh tumbuhan melalui proses
transpirasi.

Secara umumnya, proses transpirasi pada tumbuhan tidak dapat dilihat oleh mata
kasar sungguhpun air akan menyejat dari permukaan daun, tetapi anda tidak mungkin
keluar untuk melihat tumbuhan anda mengalami proses "perpeluhan". Semasa tempoh
percambahan, sehelai daun akan mengalami transpirasi dan berat air yang
ditranspirasikan adalah jauh lebih banyak daripada beratnya sendiri. Satu ekar tanah
yang ditumbuhi oleh jagung akan menyingkirkan sebanyak 11,400-15100 liter (3,000-
4000 gelen) air setiap hari dan pokok oak pula akan membebaskan 151,000 liter
( 40,000 gelen )air setahun melalui proses transpirasi.

Keadaan atmosfera yang mempengaruhi proses transpirasi


Kuantiti air yang ditranspirasikan oleh tumbuhan berbeza mengikut kedudukan
geografi dan masa. Kadar transpirasi dipengaruhi oleh faktor seperti:

 Suhu :Kadar transpirasi meningkat apabila suhu bumi meningkat,terutamanya


semasa musim percambahan,iaitu keadaan udara buni yang lebih panas.
 Kelembapan bandingan: Apabila kelembapan bandingan di sekitar
tumbuhan meningkat,maka proses transpirasi bagi tumbuhan tersebut akan
menurun. Air lebih senang untuk menyejat ke dalam atmosfera pada keadaan
udara yang kering jika dibandingkan dengan udara yang lebih lembap.
 Pergerakkan air dan udara : Peningkatan pergerakkan udara di sekitar
sesuatu tumbuhan akan mengakibatkan kadar transpirasi manjadi lebih cepat.
 Jenis tumbuhan: Kadar transpirasi adalah berbeza mengikut tumbuhan.
Tumbuhan yang didapati di kawasan iklim panas seperti kaktus boleh
menyimpan lebih banyak air dengan mengurangkan kadar transpirasinya.

Pemeljawapan

Bagi mereka yang berminat dengan kitaran air, pemeljawapan


sering kali digunakan untuk menjelaskan proses penukaran salji dan ais kepada wap
air tanpa melebur kepada air dahulu. Pemeljawapan ialah suatu cara umum untuk
menjelaskan kehilangan salji pada suatu keadaan iklim tertentu. Sebenarnya, ia tidak
mudah untuk melihat proses ini yang sedang berlaku, sekurang-kurangnya dalam kes
ais. Cara terbaik untuk melihat proses pemeljawapan ini ialah bukan menggunakan air
tetapi dengan menggunakan karbon dioksida, seperti yang ditunjukkan oleh gambar
rajah ini.

Pemeljawapan lebih senang untuk berlaku jika keadaan iklim tertentu berlaku, seperti
kelembapan relatif yang rendah dan angin kering. Ia turut mudah berlaku di
ketinggian yang lebih tinggi, iaitu kawasan dengan tekanan udara yang lebih rendah
berbanding kawasan yang kedudukannya lebih rendah. Tenaga, iaitu seperti pancaran
cahaya matahari yang kuat juga diperlukan. Jika saya berpeluang untuk memilih
sebuah kawasan yang sering dan banyak berlakunya proses pemeljawapan ialah
bahagian selatan Gunung Everest. Suhu yang rendah, angin kuat, pancaran matahari
kuat dan tekanana udara yang rendah - ciri-ciri keadaan yang diperlukan supaya
proses pemeljawapan dapat berlaku.
Simpanan air di dalam atmosfera sebagai wap, awan dan
lembapan.

Atmosfera kita dipenuhi oleh air

Sungguhpun atmosfera kita bukan merupakan


"stor" air yang paling penting,namun demikian ia boleh diibaratkan sebagai
"lebuhraya" yang digunakan untuk membolehkan pergerakkan air mengelilingi dunia.
Atmosfera sering dipenuhi oleh kandungan air dan ini boleh dilihat secara ketara
melalui awan-awan atmosfera.Tetapi udara juga mengandungi air -air yang
terkandung dalam partikel kecil yang sukar dilihat dengan mata kasar. Isipadu air di
atmosfera pada masa ini ialah lebih kurang 12,900 kilometer kubik ( 3,100 batu
kubik ).Jika semua air di atmosfera bertukar bentuk kepada air hujan dan semua
titisan ini jatuh ke permukaan bumi,maka air ini akan melitupi permukaan bumi
setinggi 2.5 cm,iaitu 1 inci.

Kondensasi : Pertukaran air daripada bentuk wap kepada


cecair

Kondensasi ialah proses


pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair. Proses ini memainkan peranan
penting kepada kitaran air kerana kondensasi penting dalam proses pembentukkan
awan.Awan seterusnya pula menghasilkan hujan dan inilah cara utama untuk air
sejatan kembali semula ke bumi.Kondensasi ialah proses yang terbalik bagi sejatan.
Kabus juga berlaku sebagai akibat daripada proses kondensasi dan juga menyebabkan
berlakunya keadaan cermin mata anda yang menjadi kabur apabila anda berpindah
daripada sebuah bilik yang sejuk kepada luar bilik pada suatu hari yang panas serta
lembap, bagi titisan air yang meleleh pada permukaan luar gelas anda, serta bagi
pembentukkan air pada permukaan dalam tingkap di rumah anda pada hari yang
sejuk.

Proses kondensasi di udara

Sungguhpun pada suatu hari yang cerah tanpa litupan awan, udara masih
mengandungi air yang berada dalam bentuk wap atau titisan air yang adalah terlalu
kecil untuk dilihat oleh mata kasar kita. Molekul-molekul air akan bergabung dengan
partikel debu, garam dan asap di udara untuk membentuk titisan awan yang
seterusnya akan bergabung dengan titisan-titisan awan yang lain untuk membentuk
awan.Titisan air yang bergabung sesama sendiri akan bertambah dari segi saiz dan
seterusnya menyebabkan berlakunya kerpasan.

Awan terbentuk di atmosfera kerana udara yang mengandungi wap air akan bergerak
ke permukaan atas atmosfera dan menyejuk.Matahari akan memanaskan udara di
sekitar permukaan bumi dan menyebabkan udara tersebut menjadi lebih ringan dan
meningkat ke kawasan yang lebih sejuk.Dengan suhu yang semakin rendah,maka
lebih banyak proses kondensasi dapat berlaku yang seterusnya meningkatkan
pembentukkan awan di atmosfera.

Kerpasan : Proses pelepasan air daripada awan

Kerpasan ialah proses pelepasan air daripada awan dalam bentuk air
hujan, salji atau hujan batu. Proses ini merupakan laluan penting bagi air di atmosfera
kembali semula ke bumi dan kebanyakkan proses berlaku dalam bentuk air hujan.

Bagaimana titisan air hujan terbentuk?

Awan yang terapung di


atmosfera mengandungi wap air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan
bumi sebagai hujan kerana saiznya yang kecil,tetapi saiznya adalah cukup besar untuk
membentuk awan yang dapat dilihat oleh manusia. Air di langit akan mengalami
proses sejatan dan kondensasi secara berterusan. Kebanyakkan daripada air yang
terkondensasi di dalam awan tidak akan jatuh ke bumi sebagai titisan air hujan kerana
turbulen udara yang mengampaikan awan-awan di atmosfera.Proses hujan hanya
dapat berlaku jika titisan air mula mengalami proses kondensasi dan bergabung untuk
membentuk titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk
hujan.Pembentukkan satu titisan air hujan memerlukan gabungan berjuta-juta titisan
awan.

Kadar kerpasan berbeza dari segi kedudukan geografi dan


masa

Penerimaan air hujan adalah tidak sekata bagi dunia ini,sungguhpun bagi sesebuah
negara atau bandar. Sebagai contoh,di Atlanta ,Georgia, USA, hujan kilat pada musim
panas akan menyebabkan penerimaan air hujan lebih sebanyak satu inci atau lebih.Hal
ini pula menyebabkan keadaan menjadi lebih kering di kawasan yang terletak sejauh
beberapa kilometer daripadanya. Tetapi kuantiti air hujan yang diterima oleh Georgia
dalam satu bulan sering adalah lebih banyak daripada penerimaan air hujan oleh Las
Vegas,Nevada dalam satu tahun. Rekod dunia bagi penerimaan purata tahunan bagi
air hujan dipegang oleh Mt.Waialeale,Hawaii,iaitu lebih kurang 1,140cm ( 450 inci)
dalam satu tahun.Hal ini menunjukkan perbezaan ketara dengan negara Afrika, Chile
iaitu negara-negara yang tidak mengalami hujan selama 14 tahun.

Peta di bawah menunjukkan purata air hujan tahunan dalam milimeter dan inci bagi
seluruh dunia ini. Kawasan hijau cerah boleh dianggap sebagai kawasan "gurun".
Kemungkinan besar anda menganggap kawasan Sahara di Afrika ialah kawasan gurun
tetapi pernahkan anda juga menganggap Greenland dan Antartika sebagai kawasan
gurun juga?
Simpanan air di dalam ais,glasier dan salji:

Kemuncak ais dunia

Air yang telah disimpan selama suatu jangka masa yang


panjang di dalam ais,salji dan glasier adalah sebahagian daripada kitaran air
global.Sebahagian besar,iaitu hampir 90% daripada ketulan ais bumi didapati di
Antartika,manakala 10% lagi pula didapati di kemuncak ais Greenland.Ketebalan bagi
kemuncak ais di Greenland secara puratanya ialah 1,500meter ( 5,000 kaki) tetapi
boleh mencapai ketebalan sebanyak 4,300meter ( 14,000 kaki).

Pencairan dan pembekuan ais serta glasier

Iklim dunia sentiasa mengalami perubahan tetapi kadarnya tidak begitu cepat
sehingga boleh diperhatikan oleh manusia.Dunia kita telah mengalami pelbagai jenis
iklim,dari tempoh iklim panas semasa kewujudan dinosour pada 100 juta tahun yang
lalu,hingga ke tempoh musim sejuk semasa zaman air batu pada 20,000 tahun yang
lalu. Hampir seluruh hemisfera utara telah dipenuhi oleh ais dan glasier semasa zaman
air batu yang lalu.

Sedikit sebanyak fakta tentang glasier dan kemuncak ais

 Glasier menutupi 10 hingga 11 % permukaan di bumi ini


 Jika semua glasier melebur pada masa ini, maka paras laut akan meningkat
sebanyak 70 meter ( 230 kaki ).Sumber: Pusat Data Nasional Bagi Salji Dan
Ais
 Semasa zaman air batu, paras laut adalah 122meter ( 400 kaki )lebih rendah
jika dibandingkan pada masa ini dan glasier menutupi lebih kurang satu
pertiga daripada kawasan daratan bumi.
 Semasa musim panas yang lalu,iaitu 125,000 tahun yang lepas,laut adalah 5.5
meter ( 18 kaki ) lebih tinggi daripada zaman sekarang. Kemungkinan besar
paras laut adalah 50 meter( 165 kaki ) lebih tinggi pada 3 juta tahun yang lalu.

Air larian cairan salji ke dalam sungai:

Secara global, air larian


daripada salji membentuk sebahagian besar daripada pergerakkan air di dunia ini.Di
kawasan iklim yang lebih sejuk,air larian daripada musim bunga dan aliran air sungai
berpunca daripada pencairan salji dan ais.Selain daripada berlakunya banjir,pencairan
salji pada kadar yang terlalu cepat akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan.

Cara yang paling baik untuk memahami pengaruh cairan salji ke atas aliran air sungai
adalah dengan melihat graf hidro di bawah yang menunjukkan min aliran air sungai
harian (purata aliran air sungai untuk setiap hari) bagi tempoh 4 tahun untuk North
Fork American River di North Fork Dam,California,USA.Kemuncak-kemuncak
tinggi dalam carta ialah akibat daripada pencairan salji.Fakta menunjukkan
perbandingan antara min harian aliran sungai pada bulan March 2000 ialah 1,200 kaki
kubik sesaat manakala pada bulan Ogos, iaitu selepas pencairan salji secara
keseluruhannya,aliran air sungai telah berkurang iaitu mempunyai julat antara 55-75
kaki kubik sesaat.
Air larian daripada pencairan salji berbeza-beza mengikut musim dan juga tahun.Sila
buat perbandingan antara kemuncak bagi aliran air sungai pada tahun 2000 dengan
kemuncak yang lebih rendah bagi aliran air sungai untuk tahun 2001. Ia menunjukkan
satu musim kemarau yang serius telah melanda kawasan California pada tahun
2001.Kekurangan air yang disimpan sebagai longgokan salji semasa musim sejuk
akan mengurangkan bekalan air untuk sepanjang tahun itu.Hal ini akan
mempengaruhi kuantiti air yang disimpan dalam kolam air yang terletak di hilir
sungai dan seterusnya mempengaruhi jumlah kuantiti air yang boleh dibekalkan untuk
pertanian dan bekalan manusia.

Air larian permukaan:Air larian kerpasan yang mengalir


daripada permukaan tanah ke dalam sungai

Air larian permukaan ialah hasil daripada air larian kerpasan


merentasi bumi.

Kebanyakkan orang beranggapan bahawa air hujan akan jatuh ke permukaan bumi
dan mengalir merentasi bumi yang seterusnya akan mengalir ke dalam sungai dan
akhirnya ke dalam lautan dunia.Sebenarnya perkara ini adalah lebih kompleks,kerana
sungai juga akan memperolehi dan menghilangkan air ke dalam tanah dalam bumi
kita.Tetapi sejumlah besar air sungai diperolehi secara terus daripada air larian
kerpasan yang juga didefinisikan sebagai air larian permukaan.
Sebahagian daripada air hujan selalunya
akan menyerap ke dalam permukaan bawah tanah,tetapi apabila air hujan dikenakan
ke atas permukaan keras dan telap seperti jalan raya dan kawasan tempat letak
kereta,maka air ini akan mula mengalir ke kawasan yang lebih rendah sebagai air
larian.Semasa berlakunya hujan lebat,anda mungkin berpeluang untuk melihat
pembentukkan anak-anak sungai yang mengalir daripada kawasan tanah tinggi ke
kawasan tanah rata.Air akan mengalir sepanjang terusan air di daratan sebelum ia
memasuki sesebuah sungai.Gambar ini menunjukkan cara air larian permukaan ( di
sini air larian mengalir keluar dari jalan raya ) dan memasuki suatu teluk yang
kecil.Dalam kes ini,air larian akan mengalir merentasi tanah gondol dan membawa
bersama mendapan bersamanya ke dalam sungai ( kesannya adalah buruk kepada
kualiti air ).Air larian yang memasuki teluk ini memulakan perjalannya semula ke
dalam lautan.

Seperti semua bahagian dalam suatu kitaran air,interaksi di antara proses kerpasan dan
air larian permukaan berbeza mengikut masa dan keadaan geografi. Kejadian hujan
kilat yang sama di hutan Amazon dan gurun yang terdapat di selatan timur bagi
negara Amerika akan menunjukkan air larian permukaan yang berbeza. Air larian
permukaan dipengaruhi oleh faktor-faktor iklim dan cuaca serta keadaan fizikal
geologi dan topografi bagi sesebuah tanah. Hanya satu pertiga daripada air hujan yang
jatuh ke atas bumi akan mengalir ke dalam sungai yang seterusnya dikembalikan
semula ke dalam lautan. Bahagian selebihnya iaitu dua pertiga daripadanya akan
mengalami proses sejatan,transpirasi atau akan menyerap semula ke dalam tanah. Air
larian permukaan boleh digunakan oleh manusia untuk kegunaan seharian.

Aliran Sungai: Pergerakan Air Dalam Sebatang sungai


U.S Geological Survey ( USGS ) telah menggunakan istilah " aliran sungai " untuk
menjelaskan kuantiti air yang mengalir dalam sebatang sungai,anak sungai atau

Kepentingan sungai
Sungai bukan hanya
setakat penting kepada manusia, tetapi kepada semua benda hidup di dunia ini.Sungai
bukan sahaja merupakan suatu tempat rekreasi yang baik untuk manusia serta haiwan
peliharaan tetapi manusia akan menggunakan air sebagai sumber air minuman,bagi
aktiviti perairan, menjana tenaga elektrik, untuk penyingkiran hasil
buangan( diharapkan hasil buangan yang telah mengalami proses
rawatan ),pengangkutan barangan dan untuk memperolehi makanan. Sungai adalah
sangat penting untuk semua jenis flora dan fauna.Selain itu, sungai juga membolehkan
bawah tanah sentiasa dipenuhi oleh air dengan mengalirkan air ke bawah tanah
melalui dasar sungai. Lautan kita juga sentiasa dipenuhi dengan air kerana sentisa
menerima pengaliran air sungai.

Kawasan tadahan dan sungai

Semasa kita memikirkan tentang sungai,adalah sangat penting untuk kita juga
memikirkan tentang kawasan tadahan bagi sungai.Apakah itu kawasan tadahan? Jika
anda sedang berdiri di atas bumi,maka lihatlah ke bawah. Bumi yang sedang anda
pijak seperti semua orang yang lain ialah suatu kawasan tadahan.Kawasan tadahan
ialah kawasan pengumpulan air yang sama apabila berlakunya hujan. Kawasan ini
boleh sekecil suatu tapak kaki di atas lumpur sehinggalah saiz sebesar suatu kawasan
yang dapat menutupi seluruh tanah yang mengalirkan air ke dalam Sungai Mississippi
yang seterusnya akan mengalir ke dalam Teluk Mexico. Kawasan tadahan yang kecil
akan dilingkungi oleh kawasan tadahan yang lebih besar.Semuanya bergantung
kepada titik aliran keluar iaitu semua tanah permukaan bumi yang mengalirkan air
kepada titik tersebut merupakan kawasan tadahan bagi lokasi titik aliran keluar itu.
Kawasan tadahan adalah sangat penting kerana aliran sungai dan kualiti air akan
dipengaruhi oleh kegiatan manusia di kawasan tersebut.

Aliran sungai akan sentiasa mengalami perubahan

Aliran sungai akan sentiasa


berubah,dari sehari ke sehari bahkan dari seminit ke minit yang lain. Tetapi pengaruh
yang paling penting bagi aliran sungai ialah air larian kerpasan dalam sesebuah
kawasan tadahan. Air hujan akan menyebabkan peningkatan paras sungai, tetapi
peningkatan paras tersebut hanya dapat berlaku jika kawasan tadahan mengalami
hujan pada kawasan yang lebih tinggi,iaitu air akan mengalir ke bawah melalui lokasi
aliran keluar.Saiz bagi sesebuah sungai bergantung kepada saiz kawasan tadahan air
baginya. Sungai yang besar akan mempunyai kawasan tadahan air yang lebih besar
dan sebaliknya pula sungai yang kecil akan mempunyai kawasan tadahan air yang
lebih kecil.Saiz sungai yang berbeza akan bertindak balas secara berbeza kepada ribut
petir dan kejadian hujan. Kadar peningkatan dan penurunan paras air sungai bagi
sungai besar adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan sungai kecil. Dalam
sebuah kawasan tadahan yang kecil,paras air sungai akan berubah dalam tempoh masa
minit atau jam. Sungai besar pula akan mengambil masa beberapa hari untuk
mengalami peningkatan dan penurunan paras airnya.Selain itu,kejadian banjir pula
akan dialami sebanyak beberapa hari kerana tempoh masa beberapa hari diperlukan
supaya semua air yang jatuh beratus batu di hulu sungai dapat .

Air simpanan: Kewujudan air di permukaan bumi


Satu bahagian dalam kitaran air yang mempunyai signifikasi yang tinggi kepada
semua benda hidup di muka bumi ini ialah kewujudan air di permukaan
bumi.Tanyalah jiran anda atau pokok tomato, ikan "trout" atau seekor nyamuk. Air
permukaan termasuk sungai, kolam, tasik,tasik buatan dan 'Tanah Lembap.'

Pengaliran air keluar dan masuk akan menyebabkan kuantiti air dalam sungai dan
tasik sentiasa berubah. Pengaliran masuk adalah disebabkan oleh kerpasan, air larian
permukaan,resapan bawah tanah dan pengaliran daripada cabang-cabang sungai kecil.
Pengaliran keluar daripada sungai dan tasik pula disebabkan oleh proses sejatan dan
resapan ke bawah tanah. Manusia juga menggunakan sumber air permukaan untuk
memenuhi keperluan sehariannya. Kuantiti dan lokasi bagi air permukaan bumi akan
mengalami perubahan selepas suatu tempoh masa dan ruang tertentu,sama ada secara
semula jadi atau sebagai akibat daripada aktiviti manusia.

Air permukaan ialah nadi penggerak bagi semua benda hidup

Gambar di Nile Delta,Egypt ini jelas


menunjukkan bahawa benda hidup juga dapat bercambah di kawasan gurun hanya jika
terdapat bekalan air permukaan ataupun bawah tanah. Air permukaan memang dapat
menyokong semua benda hidup di dunia ini dan air bawah tanah terbentuk sebagai
akibat daripada resapan ke bawah air permukaan bumi ke dalam akuifer bawah tanah.
Anda mungkin fikir bahawa ikan yang hidup dalam lautan (air masin) tidak
dipengaruhi oleh air tawar, tetapi, tanpa air tawar sebagai sumber air lautan, air lautan
akan lama-kelamaan tersejat dan menjadi terlalu masin untuk ikan hidup.

Secara relatifnya, air tawar didapati dalam kuantiti yang sangat sedikit di permukaan
bumi. Hanya 3% daripada jumlah air di bumi ini ialah air tawar, dan tasik air tawar
serta paya bakau hanya membekal 0.29% daripada air bumi. 20% daripada jumlah air
tawar didapati dalam sebuah tasik iaitu tasik Baikal di Asia. Selain itu,20% lagi pula
disimpan di dalam Great Lakes ( Huron, Michgan, dan Superior ) yang terdapat di
Amerika Syarikat. Sungai hanya menyumbang kepada 0.006% daripada jumlah air
tawar di bumi ini. Maka anda dapat lihat bahawa semua benda hidup di bumi ini
disokong oleh kuantiti air yang begitu sedikit daripada jumlah bekalan air dunia,dan
ini boleh diibaratkan sebagai"" satu titik air dalam sebuah baldi.""

Infiltrasi: Proses pergerakkan air ke dalam bahagian bawah


tanah dan batu dari permukaan atas bumi.

Air bawah tanah bermula daripada kerpasan

Di mana-mana sahaja kawasan di dunia


ini,sebahagian daripada air yang turun sebagai titisan air hujan atau salji akan
menyerap masuk ke dalam permukaan tanah dan ketulan batu. Kuantiti resapan
dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berbeza. Resapan sebagai akibat daripada
kerpasan terhadap kemuncak ais di Greenland mungkin adalah sangat kecil jika
dibandingkan dengan gambar ini yang menunjukkan sebatang anak sungai yang
"hilang" ke dalam sebuah gua di Georgia,USA, maka ini membuktikan bahawa
sebatang anak sungai dapat menyerap secara terus ke dalam air bawah tanah.

Sebahagian besar daripada air yang meresap ke dalam tanah akan berada dalam
lapisan tanah yang berdekatan dengan permukaan bumi, dan ia mungkin akan
menyerap masuk ke dalam aliran anak sungai melalui celah di tebing sungai. Terdapat
juga air yang akan menyerap masuk jauh ke dalam kerak muka bumi dan mengisi
akuifer bawah tanah. Jikalau akuifer adalah cetek atau kurang padat dan
membolehkan pergerakkan air secara senang melaluinya,maka manusia boleh
menggali sebuah perigi untuk kegunaan mereka. Air dapat mengalir melalui suatu
jarak yang sangat jauh atau berada sebagai simpanan air bawah tanah untuk suatu
tempoh masa yang lama sebelum kembali semula ke permukaan bumi atau sumber-
sumber air yang lain seperti sungai dan lautan.

Air di subpermukaan
Kerpasan yang menyerap
masuk ke dalam sub-permukaan tanah selalunya boleh didapati dalam dua bentuk
berbeza iaitu zon tidak tepu dan zon tepu. Bagi zon tidak tepu, terdapat air di dalam
celah-celah sub-permukaan batu tetapi tanahnya adalah tidak tepu dengan air.
Bahagian atas bagi zon tidak tepu air ialah zon tanih. Zon tanih mempunyai ruang-
ruang yang dibentuk oleh akar pokok tumbuhan yang membolehkan kerpasan air
untuk mengalami proses resapan. Tumbuh-tumbuhan akan menggunakan kandungan
air di zon tanah ini. Di bahagian bawah bagi zon tidak tepu ialah zon tepu air yang
diisi sepenuhnya bagi celah-celah ruang di antara batu dan partikel tanah. Manusia
dapat menggali perigi di kawasan ini untuk mengeluarkan kandungan airnya.

Resapan air bawah tanah: Pergerakkan air dari bawah tanah

Anda dapat melihat air di kawasan


sekiling kita,sama ada dalam bentuk tasik, ais, hujan dan salji. Tetapi terdapat juga
sejumlah besar air yang tidak dapat anda lihat, iaitu air yang bergerak di bawah tanah.
Manusia telah menggunakan air bawah tanah sejak beribu-ribu tahun yang lalu dan
masih dipraktikkan pada masa ini sebagai air minuman dan untuk aktiviti
pengairan.Kehidupan bumi bergantung kepada air bawah tanah sama seperti
pergantungannya terhadap air di permukaan bumi.

Air bawah tanah mengalir di permukaan bawah tanah


Sebahagian daripada
kerpasan yang jatuh ke permukaan daratan akan diserap masuk ke dalam bumi untuk
membentuk air bawah tanah. Sebaik sahaja berada di bawah tanah, sebahagian
daripada air akan mengalir berdekatan dengan permukaan bumi dan akan disingkirkan
ke dalam dasar alur sungai,tetapi disebabkan oleh tarikkan graviti,maka
kebanyakkannya akan terus diserap ke dalam kerak bumi.

Gambarajah ini menunjukkan arah dan kelajuan bagi pergerakkan air bawah tanah
ditentukan oleh beberapa ciri akuifer dan lapisan batasannya ( batu yang padat
menjadikan air sukar untuk menyerap masuk ke dalamnya ) di bawah tanah.
Pergerakkan air bawah tanah bergantung kepada darjah ketelapan iaitu dan porositi
( iaitu jumlah ruang kosong di dalamnya) batu sub-permukaan. Jika secara relatifnya
pengaliran air adalah senang dalam batu, maka air bawah tanah tersebut akan dapat
bergerak melalui suatu jarak yang jauh dalam tempoh masa beberapa hari. Tetapi air
bawah tanah juga mungkin akan diserap jauh ke dalam akuifer mendalam, dengan ini
air akan memerlukan masa beribu-ribu tahun untuk kembali semula ke alam sekitar
kita.

Simpanan air bawah tanah :Air yang telah wujud di bawah


permukaan tanah untuk suatu tempoh masa yang lama

Simpanan air sebagai sebahagian daripada kitaran air


Sebahagian besar daripada air
disimpan di dalam bumi. Airnya masih bergerak sungguhpun mungkin pada kadar
yang sangat perlahan,tetapi ia masih merupakan sebahagian daripada kitaran air
dunia. Kebanyakkan air bawah tanah berpunca daripada kerpasan yang menyerap
masuk ke bawah dari permukaan atas bumi. Permukaan lapisan atas bagi tanah ialah
zon tidak tepu, dan kuantiti airnya akan berubah mengikut perubahan masa tetapi
tidak akan menepukan tanah dengan air. Di bawah lapisan ini ialah zon tepu air, iaitu
kawasan yang mengandungi liang, rekahan dan ruang di antara partikel batu yang
dipenuhi oleh air. Istilah air bawah tanah menjelaskan kawasan ini. Istilah lain bagi air
bawah tanah ialah stor besar bagi simpanan air bumi dan manusia sejagat bergantung
kepadanya untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

Untuk mencari air,lihatlah di bawah meja……meja air Untuk


mencari air,lihatlah di bawah meja……meja air

Saya berharap agar anda akan


menghargai usaha yang saya curahkan selama satu jam ini untuk menggali satu
lubang di tepi pantai dalam keadaan matahari terik. Inilah cara yang paling baik untuk
mengilustrasikan konsep cara tanah yang boleh mengalami peresapan,dapat
menyimpan air adalah telap dengan air. Paras air merupakan bahagian atas bagi kolam
air di dalam lubang ini dan paras airnya adalah sama dengan paras laut. Pasang
surutnya arus air akan menyebabkan perubahan paras laut setiap minit,dan paras air di
dalam lubang ini juga bergerak seperti air laut yang sentiasa pasang dan surut.

Selain itu lubang ini juga boleh diibaratkan sebagai suatu perigi untuk mendapatkan
air bawah tanah. Jika gambar ini menunjukkan air, maka orang ramai akan membawa
bersama baldi untuk mendapatkan bekalan air.Jika anda berada di tepi pantai sekarang
dan ingin mengontangkan semua air di dalam lubang ini dengan menggunakan sebuah
baldi,anda akan gagal berbuat demikian kerana air dapat meresap semula ke dalam
lubang tersebut dan mengisinya semula kerana tanah membolehkan pengaliran air
yang senang melaluinya. Bagi mendapatkan air yang bersih, manusia terpaksa
menggali jauh ke dalam permukaan bumi untuk sampai ke dalam kerak
bumi.Kedalaman perigi tersebut perlulah sebanyak beribu-ribu kaki dalam.Tetapi
konsepnya adalah sama dengan lubang kita ini,akses air yang terdapat di zon tepu air,
iaitu kawasan ruang batu yang dipenuhi oleh air.

Mata air : Tempat air bawah tanah yang dirembes keluar di


permukaan bumi

Apakah itu mata air?

Mata air ialah kesan yang didapati


apabila sebuah akuifer telah dipenuhi oleh air sehingga melimpah keluar ke
permukaan bumi.Mata air boleh didapati dalam pelbagai jenis saiz iaitu dari saiz yang
kecil ( mengalir selepas hujan yang lebat ) kepada kolam mata air yang besar iaitu
pengaliran air sebanyak berjuta-juta gelen sehari.

Mata air boleh dibentuk dalam pelbagai jenis batu, tetapi ebanyakkannya didapati
dalam batu kapur dan dolomite,yang akan merekah secara sangat senang dan boleh
dilarutkan oleh air hujan yang seterusnya akan menyebabkan sifat asid padanya.
Apabila batu tersebut melarut dan merekah,ruang-ruang akan terbentuk yang
membolehkan pengaliran air menerusinya.Jika pengaliran air adalah secara mandatar,
maka ia akan mengalir ke permukaan bumi sebagai mata air.

Air daripada mata air bukan selalunya jernih


Air daripada mata air selalunya
didapati dalam bentuk yang jernih.Tetapi terdapat juga air daripada sebahagian mata
air dunia yang boleh didapati dalam warna "teh".sebagai contoh ialah mata air di
Colorado,USA. Ia didapati dalam warna merah kerana air bawah tanahnya telah
bercampur gaul dengan garam mineral bawah tanah ( ferum ).Rembesan air daripada
mata air yang menunjukkan warna yang sangat gelap akan membuktikkan bahawa
pengaliran air yang sangat cepat melalui terusan besar di sekitar alur bvesar tanpa
mengalami proses penapisan yang cukup oleh batu untuk menyingkirkan warnanya.

Mata air panas

Mata air panas adalah mata air yang


biasa tetapi airnya adalah suam dan di kawasan tertentu adalah panas seperti Taman
Negara Yellowstone mata air di Yellowstone National Park,Wyoming,USA.
Kebanyakkan mata air panas didapati di kawasan yang telah mengalami aktiviti
letupan gunung berapi iaitu air telah dipanaskan apabila bersentuhan dengan batu-bata
panas jauh di bawah permukaan bumi. Batu manjadi semakin panas apabila semakin
ke dalam kerak bumi dan jika air bawah tanah sampai ke yang menyediakan suatu
laluan ke atas permukaan bumi,maka terbentuklah suatu mata air panas.Mata air panas
berlaku di merata dunia dan juga boleh didapati di kawasan gunung ais beku.

Taburan air global


Sila merujuk kepada carta dan jadual data di bawah untuk penjelasan yang lebih
terperinci tentang penyimpanan air dunia. Dapatkah anda perhatikan bahawa daripada
jumlah bekalan air di dunia ini iaitu sebanyak 1,386 juta kubik kilometer ( 332.5 juta
kubik batu ) air,lebih daripada 96% ialah air masin. Dan daripada jumlah air tawar,
lebih daripada 68% terperangkap dalam ais dan glasier manakala 30% lagi air tawar
terdapat di bawah tanah.Sumber-sumber air di permukaan bumi seperti sungai dan
tasik hanya mempunyai kuantiti sebanyak 93,100 kubik kilometer ( 22,300 batu kubik
),iaitu lebih kurang 1/700 daripada satu peratus bagi jumlah air dunia.Tetapi sungai
dan tasik adalah sumber air yang penting untuk kehidupan seharian manusia.

Satu jangkaan bagi pembahagian air global


Isipadu air Isipadu air Peratus
Peratus
Sumber air dalam kilometer dalam batu bagi
bagi air
kubik kubik jumlah air
Lautan, laut dan
1,338,000,000 321,000,000 -- 96.5
teluk
Kemuncak ais,
Glasier dan Salji 24,064,000 5,773,000 68.7 1.74
Tetap
Air bawah tanah 23,400,000 5,614,000 -- 1.7
tawar 10,530,000 2,526,000 30.1 0.76
Air masin 12,870,000 3,088,000 -- 0.94
Kelembapan
16,500 3,959 0.05 0.001
tanah
Ais tanah dan
300,000 71,970 0.86 0.022
permafros
Tasik 176,400 42,320 -- 0.013
tawar 91,000 21,830 0.26 0.007
Air masin 85,400 20,490 -- 0.006
Atmosfera 12,900 3,095 0.04 0.001
Air paya bakau 11,470 2,752 0.03 0.0008
Sungai 2,120 509 0.006 0.0002
Air biologi 1,120 269 0.003 0.0001
Jumlah 1,386,000,000 332,500,000 - 100
Sumber : Sumber bagi air dalam Ensiklopedia bagi Iklim dan Cuaca ,disunting oleh S.H
Schneider, Oxford University Press,New York, vol 2,pp 817-823

Malay version translated by:

Professor Ngai Weng CHAN and Ming Yeen PHEE

Water Watch Penang

10 Brown Road, 10350 Penang

Malaysia

Tel: 6-04-2283306

Fax: 6-04-6563707

Email: waterwatchchan@hotmail.com

Website: http://surf.to/waterwatchpenang/

WATER WATCH PENANG

Water Watch Penang (WWP) is a non-profit organisation set up in 1997 in Penang,


Malaysia. WWP’s objectives are: to promote study, awareness, knowledge,
conservation, protection and the practice of a water saving society towards the
sustainable development of water resources in accordance with the aspirations of
Agenda 21 of the United Nations and Malaysia's Environmental Commitment. Other
objectives include:

 Creating awareness and water saving practices amongst the public, industry
and government agencies;
 Publishing and distributing articles, pamphlets, journals, periodicals and
books; Organising and conducting field trips, educational camps seminars,
forums, conferences, lectures and talks;
 Coordinating and carrying out research, consultancy , EIA assessment & panel
& other works; Acting as Watch Dog for water pricing, monitoring &
pollution, non-revenue water, monitoring destruction of catchments & other
water related issues; Networking with other societies and NGOs;
 Creating a "Water Saving Societies" in Malaysia and the World.
Website: http://surf.to/waterwatchpenang/

Water-cycle home Water Science home USGS Water Resources

Comments? Contact Howard Perlman

The URL for this page is http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html

Last Modified: Jun 01, 2005

USGS Privacy Statement | Disclaimer | Accessibility

You might also like