Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT

UNIT DISIPLIN DAN


PENGAWAS KALI PERTAMA
TAHUN 2020

1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU
JALAN ISTANA,BUKIT BERUANG
75450 MELAKA

Minit Mesyuarat Unit Dispilin Dan Pengawas Kali


Pertama Tahun 2020

Tarikh : 21 Januari 2020 ( Selasa )


Tempat : Bilik Gerakan
Masa : 3.15 petang

Kehadiran :

1. Pn Rogayah bt Harun 20. Pn Mahiran bt Mat Rejab


2. Pn Rugayah bt Tukiman 21. Pn Kok Ah Cheng
3. En Azhari bin Hj Sahar 22. Pn Noorahijahayu bt Abdul Rahim
4. Pn Maya A/P PK Manoharan 23. En Wan Chik bin Wan Taha
5. Pn Han Giok Chin 24. Pn. Samundi Iswari a/p Vasudehvan
6. Pn Marizan bt Che Ramli 25. Pn Jamaliah bt Mohd Zabidi
7. Tn Hj Rosli bin Mat Sa’at 26. Pn Rozanah bt Mukrie
8. En Mohd Heirman bin Ishak 27. Pn Syafezah bt Abdullah
9. En Nathan a/l Balakrishnan 28. Pn Lee Saw Hua
10. Pn. Siti Nor Syahidah bt Jantan 29. Pn Juniza bt Md Zin
11. Pn Kamarunisah bt Ramly 30. En Muhammad Hafiz bin Mohamad
12. Pn Norhaniza bt Mohmad Kamaludin 31. Pn Zulaiha bt Chik
13. Pn Nurul Zawana bt Mohd Nor 32. Pn Che Sukainah bt Che Hamid
14. Cik Nur Zaitty bt Zahari 33. En Isa bin Ab Raman
15. Pn Farhana bt Aliah
16. En Noran Zaidi bin Abdullah
17. Pn Hjh Azlah bt Abdullah
18. Pn Norwati bt Ahmad
19. Pn Maslia bt Makhsri

Tidak Hadir Bersebab :

1. Hajah Nor Afzan bt Mat Salleh


2. En Zulkifli bin Alias
3. En Masnawi bin Muhammad
4. Pn Tan Eng Eng

2
1.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Pn. Rogayah bt Harun)

1.1 Pn Rogayah bt Harun mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran
barisan pentadbir,guru disiplin,guru pengawas dan kaunselor dalam mesyuarat Unit
Disiplin Dan Pengawas Kali Pertama Tahun 2020.

1.2 Beliau mengingatkan bahawa guru-guru yang tidak dapat menghadiri


mesyuarat,hendaklah memaklumkannya kepada pentadbir. Jika tidak, guru tersebut
akan dipanggil untuk menyatakan sebab.

1.3 Beliau memaklumkan bahawa puan pengetua tidak dapat hadir kerana melayani
tetamu daripada Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah dan Jabatan Kerja Raya
berkaitan kebakaran yang berlaku di makmal komputer blok B.

Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan dan Bangkitan Minit Mesyuarat

 Cadangan pengesahan minit mesyuarat oleh Tn. Haji Isa bin Ab Raman
 Disokong oleh En Heirman bin Ishak.

3.0 Perkara-perkara berbangkit:

3.1 Tindakan terhadap murid yang datang lewat ke sekolah


 ‘Flow Chart’ datang lewat ke sekolah telah disediakan oleh kaunselor.
Kaunselor akan memasukkan nama murid yang telah 5 kali datang lewat
ke dalam group whatsapp Unit Disiplin dan Pengawas.
En Heirman pula akan memasukkan nama murid tersebut ke dalam SSDM.

 En. Heirman bin Ishak akan menyampaikan maklumat berkaitan ‘Flow Chart’
murid datang lewat kepada semua murid di tapak perhimpunan semasa
perhimpunan rasmi dengan kadar segera.

 Giliran Ketua Unit Displin pula akan berucap di tapak perhimpunan


selepas cuti Tahun Baru Cina.

Tindakan : Kaunselor, Ketua Unit Disiplin Dan Penolong Ketua Unit


Disiplin (1)

3
3.2 CCTV
 En. Noran Zaidi memaklumkan bahawa komputer untuk cctv di blok C akan
dipindahkan ke stor sukan. Jika dipindahkan ke tempat yang lebih jauh
seperti makmal komputer,kosnya akan lebih tinggi.

 En. Nathan menjelaskan bahawa kos pemasangan dan tempahan kabinet untuk
komputer tersebut berharga RM 700. Beliau juga memaklumkan bahawa
hanya 4 buah telefon bimbit sahaja yang boleh ‘access’ kepada cctv iaitu:
i. Pengetua
ii. Tn. Haji Rosli bin Mat Sa’at
iii. En. Heirman bin Ishak
iv. En. Nathan a/l Balakrishnan

Tindakan : En. Nathan a/l Balakrishnan

3.3 Pengurusan Pemantapan Disiplin


3.3.1 Projek Pemakaian ‘Vest’ Keluar Bilik Darjah
 GPK HEM mengucapkan tahniah kepada En. Heirman dan AJK yang
terlibat dengan projek pemakaian ‘vest’ keluar bilik darjah.
 Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak koperasi
yang memberi sumbangan untuk menampung bayaran pembelian ‘vest’.
 En. Heirman diberi kuasa untuk menerangkan kepada pelajar
tentang penggunaan ‘vest’ keluar kelas di tapak perhimpunan.
 Ketua Unit Disiplin juga akan berucap di perhimpunan rasmi
dengan menyentuh isu-isu dan masalah disiplin yang besar.

3.3.2 ‘Open Toilet’


 Pn. Rogayah memaklumkan bahawa perkara ini belum dibincangkan dengan
pengetua baru.

3.3.3 Cadangan penggunaan ‘thumbprint’.


 Pn. Rogayah memaklumkan bahawa penggunaan ‘thumbprint’ untuk
mengurangkan beban tugas guru ditangguhkan ke suatu masa tertentu
selepas hasil perbincangan dengan syarikat printer.

Tindakan : Makluman

4
4.0 Pengagihan Tugas tahun 2020

4.1  Guru-guru ditugaskan mengawal pintu pagar utama sekolah dan memantau
blok secara bergilir mengikut minggu ganjil dan genap, seperti di lampiran.
 Pn. GPK HEM mengingatkan guru-guru agar menjalankan tugas
dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan termasuklah
memantau murid di tapak perhimpunan.
 Hasil pemantauan blok hendaklah dicatat di dalam buku Rekod Pemantauan
Blok atau dimasukkan ke dalam ‘group Whatsapp’ Unit Disiplin,dan
Pengawas sebagai bukti guru menjalankan tugas.

Tindakan : AJK Unit Disiplin dan Pengawas serta kaunselor

4.2  Pembahagian tugas mengikut pengkhususan tertentu:

Jenis Kesalahan Tindakan oleh


Datang Lewat Pn Rozanah,Pn Zulaiha dan Pn. Che Sukainah
Rambut panjang atau berfesyen En Nathan, En. Noran Zaidi dan En Isa
Memakai T-Shirt rumah
Pn Amutha, Pn Syafezah
sukan/PJ pada hari yang
dan En. Wan Chik
tiada
Pendidikan Jasmani
Pn Hjh Azlah, Pn Norwati dan
Tidak memakai lencana sekolah
Pn Lee Saw Hwa
Pn Siti Nor Syahidah, Pn Juniza dan
Tidak memakai tanda nama
Pn Norhaniza

4.3  Pn. Lee Saw Hwa memaklumkan bahawa ramai murid yang tidak
mempunyai tanda nama.

 En. Heirman mencadangkan supaya pengawas mencatat nama murid yang


tidak memakai tanda nama dan memberikannya kepada 3 orang guru
yang bertanggungjawab.

 Pn. Rogayah menjelaskan bahawa 500 orang murid akan menerima tanda
nama yang telah siap ditempah untuk fasa pertama manakala 45 orang lagi
untuk fasa kedua. Tanda nama akan diedarkan kepada murid mulai 28
Januari 2020.

 Tarikh akhir tempahan tanda nama adalah pada 22 Januari 2020. Pn.
Rozanah bt Mukrie akan masukkan makluman dalam “group’ guru tingkatan.
5
 Peringatan juga perlu diberikan kepada murid mengenai tarikh dan tempoh
mula penguatkuasaan pemakaian tanda nama.

 Tindakan akan diambil terhadap murid yang tidak mempunyai tanda


nama mulai minggu kedua bulan Februari.

Tindakan : Pn. Rozanah bt Mukrie, Pn. Syafezah bt Abdullah dan Tn. Hj Rosli
bin Mat Sa’at.

4.4  ‘Spot check’ berperingkat mengikut tingkatan (Pemeriksaan kekemasan


diri) akan diadakan pada tarikh- tarikh berikut :
 Tingkatan 1 – 24/2/2020
 Tingkatan 2 – 25/2/2020
 Tingkatan 3 - 27/2/2020
 Tingkatan 4 – 02/3/2020
 Tingkatan 5 - 03/3/2020

Tindakan : AJK Unit Disiplin dan Pengawas serta kaunselor

5.0 Pelaksanaan Sistem ‘Vest’ Keluar Kelas

 Penggunaan ‘vest’ adalah untuk kawalan keluar masuk murid ke tandas.


 ‘Vest’ kuning untuk murid perempuan. Satu ‘vest’ dibenarkan keluar berdua
tetapi bersyarat.
 ‘Vest’ oren untuk kegunaan murid lelaki. Seorang murid sahaja yang
dibenarkan keluar untuk satu ‘vest’.
 ‘Vest’ akan diletakkan di bilik disiplin. Setiap pagi dua orang pengawas
bertugas akan membawa ‘vest’ keluar untuk diagihkan kepada ketua tingkatan
dan merekod pengambilan ‘vest’ tersebut.
 Pn. Rozanah akan mengaturkan tempat agihan ‘vest’ tersebut.
 ‘Vest’ akan dihantar semula ke bilik disiplin pada waktu balik.
 Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan kepada kelas yang ‘vest’ nya
berconteng atau hilang. Guru dan murid kelas berkenaan mesti
bertanggungjawab.
 ‘Vest untuk kegunaan bilik-bilik khas seperti makmal,bengkel dan makmal
komputer akan disediakan.
 Penggunaan ‘vest’ keluar kelas ini akan hanya dilaksanakan setelah taklimat
kepada guru,murid dan ketua tingkatan diadakan.

6
 Sekiranya murid dipanggil untuk sesi kaunseling, memo khas akan diberikan
oleh kaunselor kepada mereka.
 Guru-guru mesti memberi memo kepada murid yang keluar kelas untuk
urusan lain seperti mengambil buku di bilik guru. Contoh memo yang
digunakan oleh unit kaunseling akan dimasukkan ke ‘group Telegram’ .
Guru
hendaklah mencetaknya untuk kegunaan sendiri.
 Murid yang masuk ke tandas dengan memakai ‘vest’ bermakna
mendapat kebenaran. Sekiranya murid masuk ke tandas tanpa ‘vest’,
maka boleh diambil tindakan kecuali pada waktu rehat.
 Guru diminta memantau ke dalam tandas untuk mengelakkan murid
merokok pada waktu rehat.

Tindakan : AJK Unit Disiplin dan Pengawas serta kaunselor

6.0 Pengurusan Pemantapan Disiplin

6.1  Menyemak buku kawalan keluar kelas dan mengambil tindakan.

Tindakan : Penyelaras tingkatan

6.2  Unit Disiplin dan Kauselor berganding untuk membendung masalah


salah laku murid dengan mengadakan program berbentuk kerohanian atau
penegasan undang-undang dengan menjemput penceramah dari luar.
 Penyelaras hendaklah mendapatkan nama murid murid ‘hard core’ daripada
guru tingkatan dan menghantarnya ke bilik disiplin selewat-lewatnya pada
30 Januari 2020.

Tindakan : AJK Unit Disiplin dan kaunselor

7.0 Hal-hal lain

7.1 Pn. Rogayah bt Harun


 Meminta penyelaras membuat semakan, kelas yang belum
mengambil peralatan daripada Pn. Rosniza kerana terdapat aduan
yang kelas tiada penyapu.

Tindakan : Penyelaras tingkatan

7
 Meminta guru-guru mencadangkan kepada badan pengawas nama murid
yang dianggap layak untuk menjadi pengawas.

Tindakan : Semua guru

7.2 Pn. Hajah Azlah bt Abdullah

 Memohon agar murid-murid ‘hard core ‘ diingatkan bahawa mereka tidak


boleh memperlekeh dan menyentuh pengawas sekolah supaya mereka takut
untuk membuli pengawas.

Tindakan : Ketua Guru Disiplin dan Penolong Ketua Disiplin

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

……………………. …………………….

(KAMARUNISAH BT RAMLY) (ROGAYAH BTE HARUN)


Setiausaha Unit Disiplin GPK Hal Ehwal Murid
SMK Bukit Baru SMK B

8
9
10

You might also like