Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SKRIP BAHASA MELAYU

1. KESALAHAN KATA SENDI NAMA ‘DARI’

Kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ bukanlah sesuatu yang asing lagi
pada masa kini, baik dalam tulisan mahupun dalam pertuturan rasmi. Penggunaan sendi nama
juga didapati tidak mantap dalam keratan surat khabar harian yang seharusnya memberi contoh
dalam penggunaan ayat yang betul serta gramatis. Menurut Mohamed Zain, Hajiyah (2010)
walaupun penguasaan pelajar-pelajar adalah baik, namun kesalahan masih juga dilakukan oleh
pelajar-pelajar untuk penggunaan kata sendi nama yang mudah seperti kata sendi nama ‘dari’
dan ‘daripada’. Untuk kesalahan pertama, contoh ayat yang saya petik daripada ruangan sukan
ini berbunyi “Christian Pulisic menarik diri dari skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS)
untuk perlawanan persahabatan akan datang menentang Peru kerana kecederaan otot”. Satu
kesalahan jelas yang dapat kita lihat dari contoh ayat tersebut ialah, penggunaan kata sendi nama
dari, yang hadir di hadapan perkataan ‘skuad’. Skuad di dalam ayat ini merujuk kepada punca
bagi sekumpulan manusia. Penggunaan kata sendi nama dari harus hadir di hadapan kata nama
atau frasa nama yang menunjukkan arah, tempat, waktu ataupun masa. Penggunaan dari TIDAK
boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia,
haiwan, benda, unsur mujarad (abstrak), sumber atau asal kejadian sesuatu benda serta perbezaan
atau perbandingan. Penggunaan dari di dalam ayat tersebut sepatutnya digantikan dengan kata
sendi nama daripada. Secara langsung ayat tersebut akan berbunyi seperti ini “Christian Pulisic
menarik diri daripada skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS) untuk perlawanan
persahabatan akan datang menentang Peru kerana kecederaan otot”. Antara faktor-faktor yang
boleh menyumbang kepada kesalahan dalam penggunaan kata sendi nama dari dan daripada
adalah disebabkan oleh ketidakpastian tentang aspek yang betul dan salah atau kekeliruan dan
kesalahan ketika membuat tanggapan yang menyebabkan berlakunya kesalahan dalam
penggunaan kata sendi nama dengan tepat.
2. KESALAHAN KATA PEMERI ‘IALAH’

Penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ merupakan kata tugas yang tergolong sebagai kata
prafrasa. Penggunaannya dalam ayat menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
Menurut Norazizah (2016) Penggunaan kata pemeri dalam Bahasa Melayu adalah berfungsi
sebagai pemeri hal atau perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat. Untuk
kesalahan kedua, contoh ayat yang saya petik daripada akhbar ruangan sukan ini berbunyi
“tugas Klopp ialah menamatkan penantian tiga dekad kejuaraan terakhir Liverpool.” Kesalahan
yang jelas kelihatan adalah penggunaan kata pemeri ‘ialah’ yang hanya boleh digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sedangkan perkataan ‘menamatkan’
itu merujuk kepada frasa sendi nama yang bersifat huraian. Untuk memperbetulkan ayat di atas,
kata pemeri ‘ialah’ harus digantikan dengan kata pemeri ‘adalah’. Ayat baru ini akan berbunyi
“tugas Klopp adalah menamatkan penantian tiga dekad kejuaraan terakhir Liverpool”. Antara
penyumbang kepada kesalahan penggunaan kata pemeri adalah disebabkan oleh kurangnya
membaca buku-buku yang berunsur jurnal pendidikan dan juga sikap sesetengah orang yang
endah tak endah dalam menimba ilmu.

You might also like