Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

RINGKASAN EKSEKUTIF

Laju Dan Cergas Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang menawarkan


peralatan sukan larian Seperti kasut sukan, baju sukan dan jam pintar. Perniagaan
ini adalah berbentuk milikan tunggal. Perniagaan ini dimiliki oleh Yus Ibharah
Fataniah Binti Yushahar yang menawarkan peralatan sukan larian pada harga yang
berpatutan dan mampu milik. Laju Dan Cergas Enterprise terletak di alamat 10,
Jalan Melor 1/1, Ambangan Heights, 08000, Sungai Petani, Kedah.
Laju Dan Cergas Enterprise telah menetapkan visi, misi dan objektif
perniagaan yang jelas dan lebih spesifik bagi menjamin keberkesanan dan
kemajuan perniagaan ini. Visi bagi perniagaan ini ialah menjadikan Laju Dan
Cergas Enterprise sebuah perniagaan yang maju, berdaya saing dan pengedar
barangan sukan larian nombor satu di Malaysia pada tahun 2030. Seterusnya misi
perniagaan ini ialah menyediakan barangan menepati citarasa dan kehendak
pengguna dan menyediakan pelbagai jenis barangan dari pelbagai jenama dengan
harga yang berpatutan. Disamping itu, objektif perniagaan ini pula ialah
menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti untuk mencapai kepuasan
pelanggan maksimum dan sentiasa memastikan barangan sukan dalam keadaan
yang baik, berkualiti dan bukan barangan tiruan dalam perniagaan.
Struktur pentadbiran perniagaan Laju Dan Cergas Enterprise diketuai oleh
seorang pengurus besar iaitu Yus Ibharah Fataniah Binti Yushahar yang
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran serta dibantu oleh dua orang
pengurus iaitu Pengurus Pentadbiran / Kewangan iaitu Yusmahanis Binti Yusmaini
dan Pengurus Operasi / Pemasaran iaitu Siti Nur Insyirah Binti Amin Yusof bagi
melicinkan urusan pentadbiran. Tiga orang pekerja pentadbiran yang diambil adalah
warganegara Malaysia. Dalam urusan gaji pekerja, pengurus besar dibayar gaji
sebanyak RM3500, manakala Pengurus Pentadbiran/Kewangan dan Pengurus
Operasi / Pemasaran dibayar gaji sebanyak RM3000. Bagi menjamin kesetiaan
serta prestasi pekerja, Laju Dan Cergas Enterprise turut menawarkan beberapa
bentuk insentif untuk pekerja seperti penghargaan yang dibayar secara tunai kepada
pekerja pada akhir tempoh tertentu berdasarkan prestasi perniagaan.
Seterusnya,kemudahan cuti turut diberikan kepada pekerja mengikut tahun
perkhidmatan merangkumi cuti tahunan, cuti sakit, cuti rehat, cuti bersalin dan
sebagainya. Disamping itu, caruman KWSP dan PERKESO turut diberikan kepada
semua pekerja.
Rancangan operasi bagi perniagaan Laju Dan Cergas Enterprise juga
diadakan bagi memastikan urusan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar.
Laju Dan Cergas Enterprise mula beroperasi pada 10 pagi hingga 6 petang pada
hari Sabtu hingga Khamis, manakala Laju Dan Cergas Enterprise akan tutup pada
hari Jumaat dan cuti umum. Waktu operasi bagi perniagaan ini mengambil kira
waktu-waktu yang dijangka kehadiran pelanggan adalah lebih ramai.
i
Laju Dan Cergas Enterprise akan bersaing dengan 2 perniagaan yang telah
dikenali ramai dan telah lama bertapak dalam pasaran iaitu Lari Laju Enterprise dan
Kedai Sukan Iman. Produk yang ditawarkan adalah berkualiti dan lebih tahan lama.
Perniagaan ini turut menggajikan 2 orang pekerja operasi iaitu Nur Diana Binti Amin
sebagai Kerani dan Hun Haqeem Bin Suhairi Nazhar sebagai Pekerja Am dengan
bayaran RM 1500 sebulan.
Rancangan pemasaran dijalankan mengikut campuran pemasaran(4P) iaitu
harga yang ditawarkan ke atas produk adalah lebih rendah berbanding pesaing iaitu
Kasut Sukan RM 180, Baju Sukan RM 69 dan Jam Pintar RM 76. Lokasi perniagaan
Kedai Sukan Larian Sha adalah di 10, Jalan Melor 1/1, Ambangan Heights, Sungai
Petani, Kedah. Lokasi ini adalah strategik dimana berada berdekatan dengan pusat
membeli belah dan menjadi tumpuan orang ramai. Beberapa promosi turut
dijalankan oleh Laju Dan Cergas Enterprise iaitu dengan menyediakan kain rentang,
risalah yang diedar ke rumah-rumah dan premis perniagaan, pejabat, dan sekolah.
Promosi turut dilakukan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan
Tiktok.
Laju Dan Cergas Enterprise mensasarkan jualan meningkat sebanyak 160 %
setiap bulan. Jumlah untung kasar perniagaan ini ialah RM 200,000 manakala
untung bersih setahun bagi perniagaan ini adalah sebanyak RM 116,108.63.
Perniagaan ini mensasarkan kadar untung untuk setahun ialah sebanyak 14.46. Baki
akhir penyata aliran tunai perniagaan ini juga menunjukkan jumlah yang positif iaitu
sebanyak RM 150,742.04
Modal perniagaan Laju Dan Cergas Enterprise ialah sebanyak RM80,000 iaitu
RM30,000 bagi kelengkapan manakala RM50,000 lagi adalah tunai di bank.
Perniagaan Laju Dan Cergas Enterprise juga dilihat mempunyai prospek yang baik
untuk terus berkembang dan maju. Akhir sekali, harapan perniagaan ini ialah dalam
tempoh beberapa tahun yang akan datang, Laju Dan Cergas Enterprise dapat
menjadikan Laju Dan Cergas Enterprise sebuah perniagaan yang maju, berdaya
saing dan pengedar barangan sukan larian nombor satu di Malaysia pada tahun
2030.

You might also like