Vanila Temerloh 'Terbang' Ke Serata Dunia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

https://www.bharian.com.

my/bisnes/usahawan/2017/09/329798/vanila-temerloh-terbang-ke-serata-dunia

BISNES»Usahawan
Ahad, 24 September 2017 | 11:35pm

CARI

Vanila Temerloh 'terbang' ke serata dunia


Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bh.com.my

TEMERLOH: Siapa sangka vanila ditanam di


Kampung Parit Bangau, dekat sini, sudah
'menjelajah' ke serata dunia untuk dijadikan
bahan perisa bagi juadah makanan atau
hidangan pencuci mulut seperti pastri, kek dan
ais krim.

Pengusahanya, Mohd Feisal Mohd Norawi, 35,


berkata tanaman itu sudah dieksport ke
beberapa negara di Asia Barat, Singapura,
United Kingdom (UK) dan Jerman.

Malah, katanya, beliau turut mendapat


permintaan daripada beberapa syarikat di
Amerika Syarikat (AS) namun terpaksa
menolaknya kerana pihak berkenaan
memintanya membekalkan tanaman itu dalam
kuantiti yang besar sekali gus iaitu 100
kilogram (kg).
MOHD Feisal Mohd Norawi menunjukkan
vanila yang telah dikeringkan. - Foto Nazirul
Roselan
VANILA yang telah dikeringkan. - Foto Nazirul
Roselan
Kakitangan agensi swasta itu berkata, beliau
mengusahakan tanaman pokok vanila di tanah
seluas 1.2 hektar milik keluarganya sejak 2008
dan mula mengeluarkan hasil empat tahun
kemudian.

Katanya, beliau hanya bergantung dengan


maklumat diperoleh menerusi internet ketika
mula menanam pokok vanila itu, berikutan ia
belum ditanam secara meluas dan hampir
berputus asa apabila 800 benih pokok
ditanamnya tidak mengeluarkan hasil selepas
beberapa tahun.

Namun, pada sekitar Mac 2012, beliau terkejut


apabila melihat beberapa pokok mengeluarkan
bunga dan segera melakukan proses
pencantuman bagi mengelakkan bunga
berkenaan mati.

"Bunganya hanya mekar satu hari dan kita kena


lakukan proses pencantuman sebelum jam 12
tengah hari. Selepas proses pencantuman,
esoknya kita boleh lihat sekiranya ia berjaya
atau sebaliknya.
"Jika berjaya, kita kena tunggu selama lapan
bulan untuk ia menjadi buah sebelum boleh
dituai. Selepas itu, buah berkenaan akan
melalui proses pengeringan pada cuaca panas
selama satu bulan sebelum boleh dijual.

PEKERJA ladang menyembur baja organik pada


pokok vanila yang ditaman di Kampung Parit
Bangau, Temerloh. - Foto Nazirul Roselan
MOHD Feisal menunjukkan pokok vanila yang
ditaman di Kampung Parit Bangau, Temerloh. -
Foto Nazirul Roselan
"Prosesnya agak rumit dan sebab itu harganya
mahal. Sekarang, harga pasaran sekitar
RM1,800 bagi sekilogram vanila gred A.
Walaupun mahal, permintaan agak tinggi
daripada seluruh dunia," katanya yang
mengusahakan tanaman vanila secara
sampingan.
Mohd Feisal berkata, ada pembeli dari Asia
Barat datang ke kebunnya bagi membeli vanila
dikeluarkan dan kemudian mengeksportnya
semula ke beberapa negara seperti Jerman dan
UK untuk dijadikan rempah ratus.

"Saya difahamkan ia digunakan untuk membuat


kek di hotel di luar negara. Permintaannya agak
tinggi dan saya sendiri tidak menang tangan
menampung permintaan kerana bukan mudah
hendak dapatkan hasil dalam tempoh segera,"
katanya yang turut mempromosikan jualannya
menerusi media sosial.

Katanya, vanila yang termasuk dalam spesies


orkid yang berasal dari Mexico itu mempunyai
potensi kerana ia sesuai ditanam di Malaysia
berikutan negara ini terletak di garisan
Khatulistiwa.
TANAMAN pokok vanila yang ditaman di
Kampung Parit Bangau, Temerloh. - Foto Nazirul
Roselan
"Saya adalah antara tiga penanam vanila di
Malaysia, selain di Jerantut serta Sabah. Saya
masih melakukan penyelidikan dalam usaha
menghasilkan vanila organik yang bermaksud
tidak menggunakan bahan kimia dan halal
digunakan.
"Bantuan daripada kerajaan juga perlu bagi
meningkatkan potensi tanaman vanila,
antaranya dengan mempermudahkan proses
mendapatkan Persijilan Amalan Pertanian Baik
Malaysia (MyGAP) dan sijil halal," katanya.

INFO

- Vanila adalah sejenis tumbuhan keluarga orkid


yang berasal dari Mexico dan kini banyak
ditanam di kawasan tropika.

- Vanila ditemui oleh orang Sepanyol yang


diketuai oleh Bernal Diaz del Castillo pada
1952.

- Terdapat 100 jenis spesies vanila tetapi hanya


sedikit yang dikenal pasti mempunyai nilai
komersil iaitu:

Vanilla planifolia Andrews

Vanilla tahitensis JW Moore

You might also like