Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN KUIZ UUKA DAN PENDIDIKAN BULAN

SABIT MERAH BAGI UNIT BELIA PERINGKAT DAERAH JEMPOL/JELEBU 2018


1. OBJEKTIF
Mengembangkan pengetahuan ilmu Bulan Sabit Merah dalam kalangan ahli unit
belia(sekolah menengah) di daerah Jempol dan Jelebu
1.1 Menguji kefahaman tentang ilmu pendidikan Bulan Sabit Merah dan Undang-
Undang Kemanusiaan Antarabangsa serta kepentingannya.
1.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli belia BSMM di dalam
Daerah Jempol dan Jelebu ini dan menanam semangat persaingan yang sihat.

2 KELAYAKAN PENYERTAAN
2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua Sekolah Menengah yang mempunyai unit
Belia BSMM yang berdaftar di Daerah Jempol dan Jelebu.
2.2 Penyertaan adalah secara berpasukan (Tiga orang peserta dan seorang peserta
simpanan)

3 JUMLAH PENYERTAAN
3.1 Setiap unit BSMM sekolah boleh menghantar SATU atau LEBIH daripada satu
Pasukan bergantung kepada kemampuan

4 BIDANG SKOP SOALAN


4.1 Sejarah Pengasas Palang Merah,
4.2 Sejarah Penubuhan ICRC dan IFRC,
4.3 Emblem
4.4 Pengenalan kepada Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
4.5 Sejarah Bulan Sabit Merah di Malaysia

5 YURAN PENYERTAAN
5.1 Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan individu sebanyak RM 3.00 (RINGGIT
MALAYSIA: TIGA SAHAJA) bermakna satu pasukan RM12.00
5.2 Bayaran berbentuk tunai atau boleh dijelaskan pada hari pertandingan kepada
Bendahari Kehormat BSMM Daerah Jempol

6 TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN


6.1 Tempat pertandingan kuiz ini akan diadakan pada 11 Julai 2018 di Dewan Seri
Utama, SMK Bahau

1
PERATURAN PERTANDINGAN

1. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang ahli dan seorang ahli simpanan yang
terdiri daripada murid tingkatan 1 hingga 5.

2. Pertandingan kuiz ini mengandungi 3 pusingan. Setiap pusingan mengandungi 10 soalan.

3. Juru Kuiz akan membacakan setiap soalan sebanyak DUA kali

4. Jika soalan yang dibacakan khas untuk peserta pertama, maka peserta tersebut sahaja
yang perlu menjawab soalan tersebut. Begitu juga untuk peserta kedua dan ketiga.

5. Masa yang diperuntukan untuk menjawab setiap soalan adalah selama


30saat.

6. Penjaga masa akan membunyikan loceng setelah soalan dibacakan.

7. Penjaga masa akan membunyikan loceng setelah tamat 30 saat.

8. Setiap peserta perlu menuliskan jawapan di atas skrip jawapan yang disediakan

9. Setelah loceng kedua dibunyikan, peserta setiap pasukan perlu menyerahkan


skrip jawapan kepada pemungut kertas jawapan.

10. Soalan yang diajukan terdiri daripada soalan aneka pili han dan terdapat
soalan subjektif yang akan diajukan jika terdapat keputusan.

You might also like