Refleksi Untuk Subjek Sekolah Dan Masyarakat

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Refleksi untuk subjek Sekolah dan Masyarakat

Syukur kepada Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaNya, sepanjang membuat kerja
kumpulan dan juga kerja individu untuk subjek Sekolah dan Masyarakat ini, saya dapat
melaksanakan dan menyiapkan dengan sangat baik walaupun dengan kekangan masa dan juga
bahan rujukan yang terhad. Kesibukan bekerja dan pelbagai tugasan dari subjek lain yang harus
disiapkan dalam masa yang sama agak mencabar dan hampir mematahkan semangat saya untuk
terus membuat kerja yang telah diberikan. Namun, ahli kumpulan saya iaitu Kumpulan 8 (Set 18)
sangat membantu dalam menjayakan semua tugasan berkumpulan. Mereka sangat responsif dan
tidak membiarkan saya terkapai-kapai seorang diri. Sangatlah bertuah saya berada di kumpulan 8
pimpinan Cik Nurhanan.

Disamping itu, semasa membincangkan projek berkumpulan iaitu mini projek, ketua kumpulan
iaitu Cik Nurhanan telah membahagikan tugasan dengan adil dan saksama. Bagi ahli yang jauh
macam saya yang berada di negeri Sarawak maka tugasan diberikan kepada saya sebagai
pengendali dokumen dan menguruskan laporan kewangan iaitu menjadi staff dibelakang tadbir.
Manakala untuk ahli yang berada di tempat dimana mini projek dilaksanakan akan turun padang
bagi menjayakan mini projek kumpulan kami iaitu Pertandingan Muazzin Cilik. Syukur kepada
Tuhan, mini projek kami telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat
baik daripada pihak sekolah, ibu bapa dan juga para murid di Sekolah Rendah Islam Al-Qari, Kota
Bharu Kelantan.

Selain itu, bagi tugasan individu pulak, saya mengalami kesukaran memilih buku yang berkaitan
dengan sekolah dan masyarkat. Pada mulanya saya telah memilih buku Membangun Negara
Madani (Visi dan Kerangka Dasar Reformasi) yang telah ditulis oleh Perdana Menteri iaitu Anwar
Ibrahim. Walau bagaimanapun, perkataan dan bahasa yang digunakan agak tinggi hingga
menyebabkan saya sukar untuk memahami dengan baik isi dan maksud yang ingin disampaikan.
Saya seterusnya membuat keputusan untuk menukar buku. Saya telah melakukan carian di laman
sesawang internet tentang buku-buku yang berkaitan dengan subjek Sekolah dan Masyarakat.
Akhirnya, saya telah memilih buku yang bertajuk Kokurikulum dan Penjajaran Konstruktif di
Sekolah untuk diulas.
Akhir sekali, apa yang saya pelajari sepanjang semester 1, sekolah dan masyarakat adalah dua
entiti yang saling memerlukan serta komplimen antara satu sama lain. Perkara ini dapat saya
perhatikan semasa membuat mini projek iaitu pertandingan Muazzin Cilik dimana, para ibu bapa
amat memainkan peranan dengan mengajar anak-anak mereka untuk bersiap sedia dengan
pertandingan tersebut. Jikalau tanpa penglibatan mereka secara langsung dan tidak langsung, tiada
bermakna dan tidak terlaksanalah apa-apa aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah. Begitu juga
sebaliknya, tanpa sekolah maka tidak ada masyarakat yang terlahir bijaksana dan berbudi pekerti
mulia kerana sekolah tidak hanya mengajar ilmu teori semata-mata tetapi pihak sekolah juga telah
membentuk insan yang bertamadun.

You might also like