Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BAHAGIAN C

[30 Markah]

SP – 4.1.2

38. Badan Kelab Guru dan Staf SMK Seksyen 4 Kota Damansara ingin mengutip data
mengenai jenis CC kenderaan setiap guru dan staf sekolah tersebut. Jenis CC kenderaan
setiap guru dan staf akan dikelaskan seperti jadual 1 berikut:

Jenis CC Kelas
1300 dan ke bawah A
1301 – 1600 B
1601 – 2000 C
2001 – 3000 D
3001 dan ke atas E

Jadual 1

a) Bina algoritma dalam bentuk pseudokod untuk menyelesaikan masalah di atas.


(6 markah)

b) Berdasarkan algoritma di soalan 38 a), nyatakan dua pemboleh ubah yang sesuai.
(2 markah)

c) Berpandukan algoritma, apakah output yang akan diperoleh sekiranya jenis CC


adalah 1500?
(2 markah)
SP -3.2.1 (ii)

39. Jadual 2 menunjukkan nilai bantuan sara hidup yang akan diperoleh berdasarkan
pendapatan individu. Pendapatan individu akan disemak berdasarkan syarat-syarat yang
telah ditetapkan bagi menentukan nilai bantuan yang akan diterima.

Syarat Pendapatan Nilai Bantuan


1 Kurang atau sama dengan RM2000 RM1000
2 RM2001 hingga RM3000 RM750
3 Lebih daripada RM4000 Tidak Layak
Jadual 2

Berdasarkan Jadual 2,

a) nyatakan struktur kawalan pilihan yang digunakan. Berikan alasan kepada


jawapan anda.
(2 markah)

b) tuliskan pseudokod bagi atur cara yang akan dibina.


(8 markah)

40. Penyataan 1 menunjukkan satu situasi pembangunan pangkalan data di sebuah sekolah.

Guru ICT SMK Gemilang ingin membangunkan satu pangkalan data Sistem
Maklumat Pinjaman Peralatan Sukan atau dikenali sebagai SisMPPS Gemilang bagi
Unit Sukan sekolah tersebut dapat merekodkan pinjaman peralatan sukan pelajar.
Apabila rekod dilakukan secara manual, ia mendatangkan banyak masalah apabila
ingin mendapatkan data secara cepat bagi rekod-rekod pelajar yang meminjam dan
rekod-rekod pelajar yang masih belum memulangkan peralatan sukan.
Pembangunan sistem ini melibatkan kerjasama guru sukan dan anda sebagai
Pengerusi Kelab Sains Sukan bagi membangukan sistem ini.

Pernyataan 1
a) Apakah nama projek sistem yang akan dibangunkan?
(1 markah)
b) Nyatakan objektif projek sistem tersebut.
(1 markah)
c) Lukiskan gambar rajah perhubungan entiti (ERD) bagi menunjukkan hubungan
antara dua entiti tersebut dan gariskan atribut kekunci primer.

( 8 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like