PK07 3 Minit Disiplin 3 (2015)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DISIPLIN BIL 3 / (TAHUN 2015)

Tarikh : 10 November 2015

Masa : 1.00 tgahari

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Mohammad Afifi b Endut


Kehadiran(Bilangan) : 6 orang

Turut Hadir (Jika ada) : TIADA

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalukan kehadiran semua ahli
mesyuarat. Beliau berharap semua guru dapat bekerjasama meningkatkan mutu disiplin
murid-murid SK Taman Bukit Dahlia
Makluman : Semua jawatankuasa

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Puan Pramalatha
Disokong untuk pengesahan oleh Cecilia anak Udil
Makluman : Semua jawatankuasa

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Penambahbaikan program disiplin
3.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa program Pas keluar masuk murid perlu
dimurnikan.
3.1.2 Encik Amyruddin mencadangkan pelaksanaan penggunaan jaket keselamatan
sebagai pas keluar
3.1.3 Cik Noramiza setuju dengan cadangan tersebut berdasarkan pemantauan kepada
murid sesi petang
3.1.4 Puan Norhawanom mencadangkan kekerapan pemerksaan mengejut kerana
terdapat murid yang didapati membawa barang yang tidak sepatutnya
4 Makluman : Semua jawatankuasa

FOKUS MESYUARAT
4.1 Perkembangan Pelaksanaan Perancangan Program Tahunan
4.1.1 Pengerusi menyatakan program tahunan unit disiplin akan dijalankan berdasarkan
Pelan Strategik Lima Tahun.
4.1.2 Antara program/aktiviti tahunan yang akan dijalankan ialah:
a. Surat akuan ibu/bapa tentang makluman peraturan sekolah
b. Pemeriksaan disiplin murid secara mengejut/berkala
c. Penyediaan Buku Peraturan dan Disiplin Sekolah
d. Taklimat Disiplin ketika perhimpunan
e. Kursus Kecemerlangan Sahsiah Diri
Tindakan : Encik Mohammad Afifi

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.2 Sistem SSDM (Salahlaku Disiplin Murid)


4.2.1 Encik Mohammad Afifi meminta maklumkan kepada guru kelas supaya fokus kepada
murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan.
4.2.3 Kesalahan murid yang dilaporkan akan direkodkan kedalam portal SSDM
pada setiap bulan yang akan diakses terus oleh pihak PPD Pasir Gudang.
Makluman : Semua Guru

4.3 Peringatan Tindakan dan Hukuman


4.3.1 Pengerusi mengingatkan semua guru-guru tidak menghukum murid
sewenang-wenangnya dan perlu tertakhluk pada pekeliling dan prosedur yang telah
ditetapkan oleh kementerian.
4.3.2 Pengerusi menyatakan bahawa segala tindakan disiplin hendaklah dimaklumkan
kepadanya atau GPK HEM atau ketua guru disiplin untuk memastikan segala
kesalahan murid dikenakan tindakan yang sewajarnyadan mengikut prosedur.
4.3.3 Puan Norhawanom memberitahu guru-guru boleh menghantar murid yang
melakukan kesalahan disiplin kepada beliau untuk sesi kaunseling.
Makluman : Semua Guru

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi menyatakan kejayaan sesebuah institusi mahupun sekolah adalah
bergantung pada disiplin semua pihak. Oleh itu beliau berharap guru-guru
dapat bekerjasama memupuk disiplin murid yang baik di sekolah ini.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00pagi.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
() ()
Setiausaha Pengerusi / Ahli Mesyuarat
Tarikh : 6 Januari 2016 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like