Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/346484503

PENGETAHUAN PEDAGOGI, KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DAN


HUBUNGANNYA DENGAN KUALITI PENGAJARAN GURU TAHFIZ MODEL ULUL
ALBAB (TMUA) DI MALAYSIA

Conference Paper · October 2020

CITATIONS READS
0 4,000

2 authors:

Muhd Zulhilmi Haron Mohd Muslim Md Zalli


Ministry of Education, Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
23 PUBLICATIONS 39 CITATIONS 18 PUBLICATIONS 89 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Inclusive education at higher education settings View project

Community of inquiry and self-regulated learning in Massive Open Online Courses (MOOCs) View project

All content following this page was uploaded by Mohd Muslim Md Zalli on 30 November 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGETAHUAN PEDAGOGI, KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN
KUALITI PENGAJARAN GURU TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) DI MALAYSIA

Muhd Zulhilmi Haron1, Mohd Muslim Md Zalli2,


Farah Nabila Mohd Akil3, Ismail Salleh4, Mohd Hilmi Ahmad5
1Universiti Utara Malaysia, 2Universiti Pendidikan Sultan Idris, 3SMKA Jerlun, 4SMKA Kedah,
5SK Bukit Jenun
1
zulhilmiharon@gmail.com

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan pedagogi dan kemudahan
pembelajaran terhadap kualiti pengajaran dalam kalangan guru TMUA. Pengumpulan data menggunakan
satu set soal selidik yang mengandungi maklumat demografi, pengetahuan pedagogi, kemudahan
pembelajaran dan kualiti pengajaran guru. Kajian ini melibatkan 144 orang guru TMUA di tiga buah sekolah
yang melaksanakan program TMUA di Malaysia. Data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis menerusi
structural equation modeling dengan menggunakan perisian Smart Partial Least Square (SmartPLS3). Hasil
kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan pedagogi dan
kemudahan pembelajaran dengan kualiti pengajaran guru. Implikasi dapatan kajian ini adalah bertujuan
menyedarkan guru akan kepentingan penguasaan mereka dalam pengetahuan pedagogi demi meningkatkan
kualiti pengajaran dalam pelaksanaan program TMUA.

Kata kunci: pengetahuan pedagogi, kemudahan pembelajaran, kualiti pengajaran, tahfiz, Malaysia.

PENGENALAN
Anjakan empat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) menyatakan
bahawa transformasi perguruan sebagai profesion pilihan sekali gus menunjukkan bahawa Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) komited memperkasakan profesion perguruan dalam usaha membangunkan
modal insan kelas pertama. Usaha pembangunan dan pemerkasaan modal insan ini perlu bermula dengan
pembentukan guru yang berkualiti kerana guru yang berkualiti merupakan langkah pertama dalam
meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Selaras dengan anjakan ini, pihak KPM berhasrat untuk
memastikan guru memberikan tumpuan kepada pengajaran di sekolah dan membuka laluan kerjaya guru
berdasarkan kompetensi dan prestasi.
Slavin (1991) berpendirian bahawa kualiti pendidikan di sekolah dapat ditinjau daripada empat elemen
iaitu; kualiti pengajaran, aras pengajaran, pemberian ganjaran dan masa yang mencukupi. Kualiti pengajaran
bergantung kepada tahap keupayaan seorang guru yang bertindak sebagai perancang dan pelaksana
pengajaran di dalam bilik darjah. Kualiti pengajaran berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Hal ini
kerana kaedah pengajaran guru merupakan medium utama yang menyumbang kepada kualiti pengajaran.
Dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti, guru perlu menguasai beberapa kemahiran seperti
penguasaan terhadap bidang, menguasai kaedah pengajaran (Mohamad Safwandi Suaidi, 2017) dan
pengurusan bilik darjah. Shulman (1987) menyenaraikan tujuh domain pengetahuan asas guru iaitu:
pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan pedagogi dan
isi kandungan, pengetahuan mengenai latar belakang murid, pengetahuan mengenai konteks pendidikan dan
pengetahuan mengenai matlamat pendidikan. Pengetahuan pedagogi guru yang rendah akan memberi kesan
langsung terhadap kualiti pengajaran dan proses pembelajaran ke atas murid-murid. Oleh itu, dalam
menghasilkan kualiti pengajaran yang berkesan, guru perlu mempunyai tahap pengetahuan pedagogi yang
tinggi dalam mengaplikasikan pengajarannya kepada murid-murid.
Selain itu, kemudahan pembelajaran yang baik dan lengkap juga dapat membantu guru dalam
meningkatkan kualiti pengajarannya. Dalam usaha menarik minat dan mempelbagaikan aktiviti di dalam bilik
darjah, guru perlu memanfaatkan pelbagai sumber kemudahan yang ada untuk meningkatkan keberkesanan
pembelajaran dan keupayaan regulasi kendiri murid (Zalli et al., 2020). Tambahan lagi dalam dunia teknologi
sekarang, seharusnya guru memanfaatkan bahan berteknologi dalam menghasilkan pembelajaran secara
interaktif di dalam bilik darjah, mahupun di luar bilik darjah (Muhd Zulhilmi et al., 2019). Antara kemudahan
pembelajaran utama yang digunakan secara optimum oleh guru ialah bilik darjah, pusat sumber, bahan bantu
mengajar dan buku teks.
Kajian mengenai tahap pengetahuan pedagogi guru penting kerana ia dijadikan kayu ukur dalam
menentukan keupayaan seseorang guru dalam mengendalikan pengajaran yang berkualiti. Pengkaji
berpandangan bahawa terdapat kemungkinan pengetahuan pedagogi guru menjadi salah satu faktor dalam

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

123
menentukan keupayaan seseorang guru dapat mengendalikan pengajarannya yang berkualiti di dalam bilik
darjah. Menyentuh mengenai persoalan yang ditinggalkan dalam perbincangan kajian Muhd Zulhilmi Haron et
al., (2020) berkenaan isu di mana kemudahan pembelajaran yang lengkap dan baik dapat meningkatkan kualiti
pengajaran guru Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Malaysia.
Program TMUA merupakan salah satu inisiatif KPM dalam mengembangkan bakat dan potensi murid
dengan menggabungkan aliran pendidikan tahfiz dengan aliran akademik. Sehingga kini, terdapat 15 buah
sekolah menengah terpilih sedang melaksanakannya di Malaysia dengan menggunakan Kurikulum Bersepadu
Tahfiz (KBT). Program TMUA ini berpaksikan tiga gabungan pendekatan iaitu Quranik, Ijtihadik dan
Ensiklopedik. Pelaksanaan program TMUA ini merupakan usaha dalam melahirkan murid yang dapat
menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh lima tahun persekolahan mereka di peringkat sekolah menengah
(KPM, 2016a). Pembentukan program sebegini bertujuan menjadikan negara Malaysia sebagai hub pendidikan
Islam bertaraf dunia dengan menawarkan sistem pendidikan yang seimbang, progresif dan dinamik.
Bertitik tolak daripada kenyataan Shulman (1987), terdapat banyak kajian berkaitan pengetahuan
pedagogi guru antaranya ialah Pendidikan Islam (Ahmad Yunus & Ab. Halim Tamuri, 2010), Biologi (Zalipah
Zakaria, 2011), Bahasa Iban (Zamri Mahamod & Magdeline anak Nor, 2012), Bahasa Arab (Nik Mohd Rahimi
et al., 2016), Sejarah (Muhamad Hafizan Mohd Suhairi & Anuar Ahmad, 2017), Matematik (Syed Khalid Syed
Idrus & Mohd Isha Awang, 2016; Mohamad Safwandi Suaidi, 2017; Zeki Aksu, 2019), Syariah (Firdaus Abdul
Fatah et al., 2019) dan Pendidikan Seni Visual (Roslina Mohd Nor et al., 2019). Walau bagaimanapun, kajian
mengenai hubungan antara pengetahuan pedagogi dengan kualiti pengajaran guru masih amat kurang
dilaksanakan dalam kalangan guru TMUA. Justeru adalah penting kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti
tahap pengetahuan pedagogi guru, kemudahan pembelajaran dan hubungannya dengan kualiti pengajaran
guru di dalam bilik darjah.

Kajian ini dirangka bagi menjawab soalan kajian seperti berikut:

1. Adakah terdapat hubungan yang positif dan signifikan pengetahuan pedagogi guru terhadap kualiti
pengajaran guru TMUA?
2. Adakah terdapat hubungan yang positif dan signifikan kemudahan pembelajaran terhadap kualiti
pengajaran guru TMUA?

Selari dengan objektif yang telah dirangka, terdapat dua hipotesis dibentuk bagi kajian ini, iaitu:

H1: Terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pengetahuan pedagogi dan kualiti
pengajaran guru TMUA.
H2: Terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kemudahan pembelajaran dan kualiti
pengajaran guru TMUA.

METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Secara asasnya kajian ini adalah berbentuk tinjauan (survey) menggunakan kaedah deskriptif secara
deduktif (Neuman, 2011). Kajian ini dimulakan dengan merangka hipotesis diikuti dengan pengukuran data
kajian secara empirikal dan disusuli dengan analisis secara kritikal. Kajian ini menggunakan tinjauan semasa
atau keratan lintang (cross-sectional survey) dimana kutipan data hanya dilakukan sekali sahaja daripada suatu
sampel dalam satu masa (Creswell, 2012).

Persampelan
Lokasi kajian melibatkan tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah kawal
selia KPM meliputi zon yang berbeza. Ketiga-tiga buah sekolah ini melaksanakan program TMUA bagi kohort
pertama dan telah menghasilkan generasi pertama setelah pelaksanaannya selama lima tahun (tingkatan satu
hingga tingkatan lima). Secara amnya, kajian ini menggunakan persampelan rawak berstrata berkadaran
(proportionate stratified random sampling). Saiz sampel yang ditentukan dalam kajian ini berjumlah 144 orang
guru daripada jumlah populasi 234 orang.

Peserta Kajian
Taburan responden berdasarkan sekolah menunjukkan bahawa seramai 49 orang (34.0%) di Sekolah
X, 50 orang (34.7%) di Sekolah Y dan 45 orang (31.3%) di Sekolah Z. Dari aspek jantina, bilangan responden
lelaki seramai 90 orang (62.5%) manakala bilangan responden perempuan seramai 54 orang (37.5%). Dari

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

124
aspek pengalaman mengajar, responden yang memiliki pengalaman mengajar 1-3 tahun (guru novis)
berjumlah 76 orang (52.8%) manakala responden yang memiliki pengalaman 4-6 tahun (guru berpengalaman)
berjumlah 68 orang (47.2%).

Instrumen Kajian
Item-item dalam instrumen kajian merupakan hasil adaptasi daripada beberapa pengkaji terdahulu
(Azmil Hashim, 2010; Nor Hayati Fatmi, 2013; Azizi Jaafar, 2015; Mohd Zailani Ismail, 2019). Instrumen telah
diubahsuai berdasarkan kesesuaian soalan kajian dan hipotesis dan telah disemak oleh 9 orang pakar yang
terdiri daripada ahli akademik di universiti awam, ahli akademik di institut pendidikan guru, pemegang polisi di
kementerian pendidikan dan guru cemerlang di sekolah. Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian;
Bahagian I dan Bahagian II. Bahagian I merupakan soal selidik berkaitan demografi guru manakala Bahagian
II soal selidik meliputi tiga konstruk iaitu pengetahuan pedagogi guru (7 item), kemudahan pembelajaran (18
item) dan kualiti pengajaran guru (21 item). Nilai alpha Cronbach bagi keseluruhan item adalah tinggi iaitu pada
aras 0.837.

Analisis Data
Pemodelan persamaan berstruktur Partial Least Squares (PLS-SEM) digunakan untuk menentukan
model pengukuran dan model berstruktur kajian ini, dengan menggunakan perisian SmartPLS 3.0. PLS-SEM
dipilih sebagai kaedah untuk menganalisis data kerana pertamanya, PLS-SEM adalah kaedah analisis
multivariate yang robust walaupun terdapat permintaan yang minimum terhadap saiz sampel dan kenormalan
data (Hair et al., 2011). Kedua, PLS-SEM lebih sesuai dengan sifat kajian ini kerana kemampuannya
memberikan ramalan yang lebih baik bagi melihat hubungan antara pengetahuan pedagogi dan kemudahan
pembelajaran terhadap kualiti pengajaran guru. PLS-SEM akan memaksimumkan varians yang dijelaskan oleh
pemboleh ubah laten endogen melalui kaedah regresi ordinary least squares (OLS) (Hair et al. 2011).
DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian dianalisis berdasarkan penilaian model pengukuran diikuti dengan penilaian
model berstruktur untuk menguji hipotesis yang dibina dalam kajian ini.
Penilaian Model Pengukuran
Dalam penilaian model pengukuran, nilai muatan faktor, kebolehpercayaan komposit (CR) dan
Average Variance Extracted (AVE) sering digunakan untuk menentukan kesahan konvergen dan kesahan
model. Nilai muatan faktor yang dicadangkan adalah > 0.5, CR > 0.7 dan AVE > 0.5 (Hair e tal., 2017).
Kemudahan Pembelajaran dan Kualiti Pengajaran telah dikonseptualisasikan sebagai konstruk aras kedua
untuk kajian ini. Oleh itu, pengkaji mengikuti kaedah yang disarankan dalam literatur dengan menggunakan
pendekatan penunjuk berulang untuk memodelkan faktor aras kedua dalam analisis PLS-SEM. Secara
keseluruhan, dua item (C12 dan C23) telah digugurkan daripada model kerana nilai muatan faktor yang rendah
daripada nilai yang disarankan untuk mencapai nilai CR dan AVE yang sepatutnya. Jadual 1 menunjukkan
dapatan penilaian model pengukuran yang menunjukkan kesahan konvergen yang memuaskan.
Setelah kesahan konvergen telah dicapai dalam kajian ini, pengkaji meneruskan penilaian terhadap
kesahan diskriminan. Kesahan diskriminan dinilai untuk mengukur sejauh mana item-item adalah benar-benar
berbeza mengikut konstruk dan mengukur konsep yang berbeza dalam penilaian model pengukuran (Hair et
al., 2017). Dalam menentukan kesahan diskriminan, nisbah heterotrait-monotrait (HTMT) telah dikenal pasti
sebagai kriteria pilihan jika dibandingkan dengan kaedah penilaian konvensional yang lain seperti kriteria
Fornell-Larcker (Henseler et al., 2015). Bagi membuktikan kesahan diskriminasi, kajian-kajian lepas
mencadangkan dua kriteria pengukuran nilai HTMT yang berbeza iaitu pada 0.85 dan 0.90 (Henseler et al.,
2015). Kajian ini menggunakan nilai kritikal yang lebih ketat iaitu 0.85 untuk menentukan kesahan diskriminasi.
Oleh itu, kesahan diskriminan disahkan untuk model dalam kajian ini kerana nilai HTMT berada dalam julat
0.357-0.526 bagi setiap konstruk dan berada di bawah nilai kritikal 0.85 (Jadual 2).

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

125
Jadual 1
Kesahan konvergen bagi penilaian model pengukuran

Konstruk Konstruk Nilai


Item CR AVE
Aras Pertama Aras Kedua Loading
PSS B01 0.745 0.871 0.578
B02 0.826
B03 0.846
B04 0.743
B05 0.619
BD B06 0.568 0.857 0.550
B07 0.863
B08 0.835
B09 0.719
B10 0.685
BBM B11 0.908 0.955 0.840
B12 0.928
B13 0.929
B14 0.901
BT B15 0.704 0.845 0.579
B16 0.737
B17 0.878
B18 0.711
PSS 0.769 0.834 0.564
BD 0.826
Kemudahan Pembelajaran
BBM 0.841
BT 0.524
Pengetahuan Pedagogi B21 0.843 0.948 0.722
B22 0.841
B23 0.855
B24 0.892
B25 0.831
B26 0.849
B27 0.834
Teknik C01 0.741 0.851 0.534
C03 0.727
C04 0.817
C05 0.736
C11 0.620
Penggunaan BBM C20 0.584 0.825 0.547
C21 0.817
C22 0.675
C24 0.851
Kaedah Penilaian C35 0.655 0.928 0.565
C36 0.674
C37 0.796
C38 0.719
C39 0.774
C40 0.683
C41 0.749
C42 0.777
C43 0.851
C44 0.814
Kualiti Pengajaran Teknik 0.538 0.771 0.541
Penggunaan BBM 0.681
Kaedah Penilaian 0.933
*nota: PS: Pusat Sumber, BD: Bilik Darjah, BBM: Bahan Bantu Mengajar, BT: Buku Teks, CR: Kebolehpercayaan Komposit, AVE: Purata
Varians Terekstrak Notes, Item C12 dan C23 dimansuhkan kerana nilai loading yang rendah.

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

126
Jadual 2
Kriteria HTMT bagi penentuan kesahan diskriminan

Pengetahuan Kemudahan Kualiti


Konstruk
Pedagogi Guru Pembelajaran Pengajaran
Pengetahuan Pedagogi Guru
Kemudahan Pembelajaran 0.375
Kualiti Pengajaran 0.526 0.418

Penilaian Model Berstruktur


Secara amnya, nilai R2 dilihat untuk mengukur daya ramalan model berstruktur. Nilai R2 menunjukkan
jumlah varians yang dijelaskan mengenai pemboleh ubah eksogen ke atas pemboleh ubah endogen. Oleh itu,
kedua-dua pemboleh ubah eksogen dalam kajian ini menjelaskan 27.8% varians bagi Kualiti Guru (Rajah 1).
Bagi menguji hipotesis kajian yang telah dibina, teknik bootstrapping dengan pensampelan semula sehingga
5000 telah dijalankan. Jadual 3 merumuskan analisis model berstruktur. Dapatan analisis menunjukkan
bahawa Pengetahuan Pedagogi Guru (β = 0.421, p <.01) dan Kemudahan Pembelajaran (β = 0.207, p <.01)
secara signifikan dan positif mempengaruhi Kualiti Pengajaran Guru di sekolah TMUA. Oleh itu, kedua-dua
hipotesis (H1 dan H2) dalam kajian ini disokong.

Rajah 1. Algoritma PLS bagi penilaian model berstruktur


Jadual 3
Analisis Penentuan Hipotesis Kajian

p-
Hipotesis Std. Beta SE t-Value Keputusan
Value
H1: Pengetahuan Pedagogi Guru -> Kualiti 0.09
0.421 4.288 0.000 Disokong
Pengajaran 8
0.08
H2: Kemudahan Pembelajaran -> Kualiti Pengajaran 0.207 2.596 0.009 Disokong
0

Seterusnya, nilai Q2 dikira dengan menggunakan prosedur blindfolding dengan nilai jarak sebanyak 7
(Hair et al., 2017). Prosedur blindfolding didasarkan kepada teknik penggunaan semula sampel, pembahagian
elektif daripada matriks data, dan menganggarkan parameter penilaian model berstruktur (Fornell-Larcker,

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

127
1981). Oleh kerana nilai Q2 bersamaan 0.089 dan lebih besar daripada 0 (Fornell-Larcker, 1981), dengan
hanya satu konstruk endogen iaitu Kualiti Pengajaran, model dalam kajian ini dianggap mempunyai daya
ramalan yang mencukupi.
PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
pengetahuan pedagogi dan kemudahan pembelajaran dengan kualiti pengajaran guru TMUA. Oleh yang
demikian, guru perlu lebih kompeten dalam meningkatkan pengetahuan demi meningkatkan keberkesanan
pengajaran (Agung Panji Sasmito et al., 2020). Kumpulan guru novis juga perlu memainkan peranan yang
proaktif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran (Mohamad Safwandi Suaidi, 2017) selari dengan
perkembangan generasi murid alaf baru ini dengan menimba pengalaman dan mengadakan perbincangan
bersama kumpulan guru berpengalaman untuk menghasilkan keberkesanan pengajaran. Usaha ini lebih
berkesan dengan penggunaan BBM berteknologi kerana ia mampu meningkatkan minat murid terhadap PdPc
tahfiz Al-Quran Muhd Zulhilmi et al. (2019a).
Hasil kajian turut menunjukkan bahawa kemudahan pembelajaran yang lengkap dan baik dapat
membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran mereka (Norlizah Che Hassan et al., 2017) serta
mempengaruhi kepuasan murid dalam aktiviti pembelajaran di sekolah (Galabo, 2019). Oleh itu, kemudahan
pembelajaran di sekolah perlu diurus dan diselia dengan baik agar penggunaannya berada pada tahap yang
optimum dan selari dengan peredaran zaman. Selain itu, guru perlu lebih pro aktif dan kreatif dalam
menyediakan BBM yang terkini (Muhd Zulhilmi et al., 2020) dan interaktif (Hassan Nudin A. Hamid, 2020) serta
memastikan bilik darjah dalam keadaan kondusif dalam usaha memberikan impak yang positif terhadap usaha
pembangunan seorang murid menjadi insan kamil (Muhd Zulhilmi et al., 2019b). Ini adalah kerana penubuhan
program TMUA merupakan inisiatif KPM bagi melahirkan golongan profesional, teknokrat dan usahawan hafiz
yang mengamalkan ajaran Islam (mutadayyin) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016a) dengan memiliki
pelbagai kemahiran ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2016b).

IMPLIKASI DAN CADANGAN


Hasil kajian ini mendapati peranan guru dalam memiliki pengetahuan yang lengkap terhadap kaedah
pengajaran adalah penting dalam menghasilkan pengajaran yang mampu menarik minat murid. Oleh itu, guru
TMUA seharusnya memiliki sikap yang positif dan sentiasa ingin meningkatkan pengetahuan semasa dan
kemahiran dalam mengolah kaedah pengajaran yang menarik minat murid dalam pembelajaran mata pelajaran
Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran.
Di samping itu, guru perlu mempelbagaikan penggunaan BBM dalam pengajaran mereka. Dalam erti
kata lain, penggunaan buku teks yang terlalu kerap haruslah dikurangkan dengan cara isi kandungan buku
teks tersebut diterjemahkan dalam bentuk BBM. Dalam konteks ini, guru perlu bijak dalam menentukan,
menyesuaikan dan mengolah bahan pengajaran berkenaan serta memilih kaedah/strategi/teknik pengajaran
berdasarkan situasi murid. Ini memandangkan BBM yang pelbagai dan interaktif mampu menarik minat dan
fokus murid mengikuti setiap langkah pengajaran guru.
Pada masa yang sama juga, pihak sekolah harus mengambil inisiatif dengan menganjurkan siri-siri
latihan dalam perkhidmatan secara berterusan dan konsisten. Aktiviti sebegini mampu menjadi medium
perkongsian bijak dalam kumpulan guru novis dan guru berpengalaman dengan berkongsi tips dan teknik
dalam menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran. Hal ini bukan sahaja dapat menghasilkan
keberkesanan dalam pengajaran guru malah dapat meningkatkan keyakinan dan efikasi guru dalam
menghadapi suasana pengajaran yang pelbagai.
Selain itu, pihak KPM disarankan agar melihat peningkatan profesionalisme guru sebagai satu usaha
berterusan, konsisten dan sistematik ke arah memartabatkan profesion perguruan. Pihak KPM harus mengisi
ruang-ruang keperluan dalam kalangan guru TMUA dalam bidang inovasi terutamanya dalam mencari solusi
bagi kaedah hafazan pantas dalam konteks pelaksanaan program TMUA. Dalam masa yang sama juga, pihak
KPM disarankan mengadakan usaha sama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menawarkan
program tahfiz dengan pendidikan di peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah lanjutan bagi tujuan bekalan
guru tahfiz sentiasa mencukupi saban tahun.

RUJUKAN
Agung Panji Sasmito, Djoko Kustono, Purnomo, & Hakkun Elmunsyah. (2020). Conceptual model for improving
quality of teacher in Indonesian vocational school. International Journal of Evalution and Research in
Education. 9(1). 39-44.

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

128
Ahmad Yunus, & Ab. Halim Tamuri. (2010). Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) pengajaran akidah:
kajian kes guru cemerlang Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2).13-30.
Ainon Wazir. (2016). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru Bahasa Arab sekolah rendah. (Tesis PhD).
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azizi Jaafar. (2015). Penilaian pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam sekolah menengah berasaskan Model
Context-Input-Process-Product (CIPP). (Tesis PhD). Universiti Utara Malaysia.
Azmil Hashim. (2010). Penilaian pelaksanaan kurikulum tahfiz Al-Quran di Darul Quran JAKIM dan Maahad
Tahfiz Al-Quran negeri. (Tesis PhD). Universiti Kebangsaan Malaysia.
C. Fornell, and D. F. Larcker. (1981). Evaluating structural equation models with unobservable variables and
measurement error. Journal of Marketing Research, vol. 18(1). 39-50.
Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative
research (4th ed.). Boston, MA: Pearson Education.
Firdaus Abdul Fatah, Khadijah Abdul Razak, & Maimun Aqsha Lubis. (2019). Pengetahuan pedagogi mata
pelajaran Syariah Kurikulum Bersepadu Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. International
Journal of Education, Psychology and Counseling. 4(29). 1-11.
Galabo, N. R. (2019). Canteen service quality and student satisfaction. International Journal of Scientific and
Technology Research, 8(6), 114-126.
Hair, J. F., Ringle, C. M., & Sarstedt, M. (2011). PLS-SEM: Indeed a silver bullet. Journal of Marketing Theory
and Practice, 19(2), 139-152. doi:10.2753/MTP1069-6679190202.
Hair, J., Hult, G., Ringle, C., & Sarstedt, M. (2017). A primer on partial least squares structural equations
modeling (PLS-SEM) (2nd ed.). Los Angeles, CA: SAGE.
Hassan Nudin A. Hamid. (Mac, 2020). Visi dan halatuju TMUA dalam sistem pendidikan negara.
Pembentangan ini sempena Pesta Buku Selangor pada 2 Mac 2020 di Shah Alam Convention Centre
Mall, Shah Alam.
Henseler, J., Ringle, C. M., & Sarstedt, M. (2015). A new criterion for assessing discriminant validity in Variance-
based Structural Equation Modeling. Journal of the Academy of Marketing Science, 43(1). 115-135.
http://dx.doi.org/10.1007/s11747-014-0403-8.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016a). Surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia
bilangan 1 tahun 2016: Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab di sekolah menengah Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016b). Laporan Tahunan 2016: Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
Mohamad Safwandi Suaidi. (2017). Pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kalangan guru novis dan guru
berpengalaman di sekolah rendah daerah Hulu Langat. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau ke-
VIII. Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM.
Mohamad Zailani Ismail. (2019). Penilaian pelaksanaan program ijazah sarjana muda pendidikan di Institut
Pendidikan Guru Darulaman (IPDA). (Tesis PhD). Universiti Utara Malaysia.
Muhamad Hafizan Mohd Suhairi, & Anuar Ahmad. (2017). Pengaruh pengetahuan isi kandungan terhadap
aplikasi pengajaran yang berkesan dalam kalangan guru-guru sejarah. International Conference on
Global Education V. 2457-2474.
Muhd Zulhilmi Haron, Mohamad Khairi Haji Othman, & Mohd Isha Awang. (2019a). Technology-assisted
teaching aids in teaching and learning: Evidence from the Malaysian Tahfiz Ulul Albab Model (TMUA).
International Journal of Innovative Technology and Exploring Engineering. 8(12), 4401-4404.
Muhd Zulhilmi Haron, Mohamad Khairi Haji Othman, & Mohd Isha Awang. (2019b). Keperluan penilaian
pelaksanaan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sekolah menengah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Practitioner Research. 1, 289-316.
Muhd Zulhilmi Haron, Mohd Muslim Md Zalli, Mohamad Khairi Othman, & Mohd Isha Awang. (2020). School’s
facilities and achievement of students in Ulul Albab Model Tahfiz schools in Malaysia: A mediating roles
of satisfaction. International Journal Of Scientific & Technology Research.9(2). 3026-3030.
Neuman, W. L. (2011). Social research methods: Quantitative and qualitative approaches. (7th ed.). Needham
Height, MA: Allyn and Bacon.
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nurulhuda Hasan, & Mahat Afifi. (2012). Pengetahuan pedagogi isi kandungan
pengajaran Bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab.
Nor Hayati Fatmi Talib. (2013). Penilaian pelaksanaan kurikulum TITAS di politeknik kementerian pengajian
tinggi Malaysia. (Tesis PhD). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

129
Norlizah Che Hassan, Fathiyah Mohd Fakhruddin, Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Lukman Abd. Mutalib, & Wan
Marzuki Wan Jaafar. (2017). Minat murid yang mengikuti aliran tahfiz dan bentuk sokongan yang
diterima. Journal of Humanities, Language, Culture and Business. 1(2). 67-78.
Roslina Mohd Nor, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Hamidzun Haron. (2019). Pengetahuan pedagogi ilmu
kandungan dalam kalangan guru seni visual sekolah menengah di Hulu Langat. Jurnal Pendidikan
Malaysia. 44(1). 137-150.
Shulman, L. (1987). Knowledge and teaching: Foundation of new reform. Havard Educational Review. 57(1).
1-22.
Slavin, R. (1991). A theory of school and classroom organization. Educational Phsychologist. 22. 89-108.
Syed Khalid Syed Idrus, & Mohd Isha Awang. (2016). Retrospektif kualiti pengajaran pensyarah berdasarkan
perspektif guru pelatih di institut pendidikan guru wilayah utara Malaysia. Jurnal Penyelidikan Dedikasi,
10. 26-42.
Zalipah Zakaria. (2011). Pengetahuan pedagogikal kandungan guru matematik tambahan berpengalaman:
Satu kajian kes. (Tesis PhD). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zalli, M.M.M., Nordin, H., & Hashim, A.W. (2020). Online self-regulated learning strategiesin MOOCs: A
measurement model. International Journal of Emerging Technologies in Learning. 15(08). 255-263.
Zamri Mahamod, & Magdeline anak Nor. (2012). Penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa
Iban. GEMA Online TM Journal of Language Studies. 12(2).
Zeki Aksu. (2019). Pre-service mathematics teachers’ pedagogical content knowledge regarding student
mistakes on the subject of circle. International Journal of Evaluation and Research in Education. 8(3).
440-445.

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

130
View publication stats

You might also like